Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Pendahuluan
Seringkali dalam proses setiap pekerjaan dan pelajaran kita tidak terlepas dari
keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami
stress, 'tension' atau tegang. Lebih-lebih lagi apabila musim peperiksaan hampir
tiba. Banyak perkara yang belum habis ditelaah. Banyak perkara yang belum difahami
dan bermacam-macam lagi yang datang menghantui. Apabila berada dalam situasi ini
seringkali kita menyatakan bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa. Potensi diri
tidak dapat diterjemahkan dengan baik.
Stress adalah sebahagian daripada hidup kita. Kebanyakan orang akan berasa
tertekan pada suatu masa tertentu. Tekanan boleh datang daripada berbagai sumber
yang berlainan. Biasanya tekanan yang kita alami datangnya dari kerja, sekolah,
keluarga, perhubungan, kesihatan dan berbagai peristiwa hidup.
Ada penyelidikan mengenai “risau” mengatakan bahawa 40 peratus orang risau pada
sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun. 30 peratus orang
risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun. 12
peratus orang risau tentang kesihatan. 10 peratus orang risau tentang perkara-
perkara yang amat kecil. 4 peratus pula risau tentang perkara yang akan datang dan
tidak boleh kita ubah pun. Manakala 4 peratus lagi adalah risau yang boleh kita
lakukan sesuatu.
Tterdapat berbagai cara untuk menangani masalah stres. Namun begitu untuk
menanganinya secara berkesan anda perlu tau apakah punca-punca stres yang ada.
Stres boleh wujud disebabkan oleh perhubungan sosial, masalah pekerjaan atau
persekitaran yang wujud di sekeliling anda .
2.0 Definisi Stress
Stress adalah sebahagian daripada hidup kita. Kebanyakan orang akan berasa
tertekan pada suatu masa tertentu. Tekanan boleh datang daripada berbagai sumber
yang berlainan. Biasanya tekanan yang kita alami datangnya dari kerja, sekolah,
keluarga, perhubungan, kesihatan dan berbagai peristiwa hidup.
Sebenarnya ketegangan atau stress ini mengikut definisinya ialah pengalaman yang
tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialami secara mental,
fizikal, emosi dan spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan
tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa
yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam
bentuk fizikal seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan
perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan
ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada.
Stress adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan,
ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxieti, kemurungan dan hilang daya. Gejala
stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari
keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu.
Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif dalam mecapai apa yang dihajati dan
melaksanakan segala tanggungjawabnya adalah prasyarat penting pada kebanyakan
individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan
kesejahteraan hidupnya. Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang
itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya
sendiri.
Stress ialah satu perkara yang normal yang selalu berlaku kepada setiap
insan. Oleh sebab itu sebagai manusia kita perlu tahu dan memahami tentang makna
stress secara khusus. Di sini dinyatakan keadaan yang berlaku sebagai tamsilan
tentang stress. Contohnya, A dan B apabila mendengar pengumuman bahawa keputusan
peperiksaan akan diumumkan pada keesokan hari, suasana keduanya berbeza. A telah
merasa gementar seluruh tubuh, emosi menjadi tidak menentu dan kadang-kadang wujud
perasaan marah kepada adik-adik, kawan-kawan dan orang di sekeliling dan ianya
dilihat begitu mendadak. Tingkahlakunya dilihat seolah-olah tidak terkawal,
sebentar di ruang tamu, sebentar keluar di halaman rumah, sebentar kemudia
berbaring di dalam bilik dan perubahan keadaan itu juga dapat dilihat secara
drastik.
Bagi individu B pula keadaan yang berbeza berlaku. Setelah selesai mendengar
tentang pengumuman tersebut iaitu keputusan peperiksaan akan diumumkan esok,
beliau berbuat apa yang dibuatnya sebelum ini. Tiada perubahan tingkahlaku yang
mendadak. Di sini dapatlah dikatakan bahawa individu A adalah manusia yang mudah
untuk mengalami stress. Dilihat tingkahlaku dan emosi berubah secara mendadak.
Berbeza dengan individu B yang lambat menerima ketegangan. Ini memang berlaku di
kalangan kita pada hari ini.
Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definisikan sebagai
stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal
stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang
lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan,
ianya adalah begitu subjektif.
Faktor persepsi adalah penting dan bermisteri. Kerap kali apa yang dianggap racun
kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang
identikal itu boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu
yang berlainan dan seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itulah
ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai
pembukaan kepada kejayaan, dan disebaliknya ada orang yang membiarkan peluang yang
sama berlalu kerana ia melihatnya sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan.
Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita menerima diri
sendiri. Oleh itu sesuatu realiti itu bukan dijadikan untuk kita, tetapi dibentuk
oleh kita sendiri. Bergantung kepada diri seseorang, ada orang yang bangkit dengan
cabaran dalam kesukaran kehidupan, ada orang yang menggelak, ada yang terus hidup
bergelumang dengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya dengan manifestasi
gangguan saraf, sistem kardiovaskular ataupun kecelaruan psikiatri.
3.0 Jenis-jenis Stress
3.1 Stress yang Positif
Stress adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Stress yang sedikit boleh
membantu kita mencapai apa yang kita mahukan dalam kehidupan seharian. Stress
memberi kesan terhadap tubuh dan otak kita. Tubuh kita memberi reaksi terhadap
kedua-dua jenis stress iaitu stress positif dan stress negatif. Kita perlu
menangani stress supaya tubuh kuta tidak terlalu terkesan dengan stress. Stress
yang positif membantu kita menjadi peka dan mendorong kita untuk menghadapi
cabaran dan membantu kita menyelesaikan masalah. Stress sebegini boleh diuruskan
dan sebenarnya diperlukan dalam kehidupan seharian kita.
Di dalam kita memahami tentang stress in, kita juga perlu tahu bahawa bukan semua
stress ini membawa keburukan. Kenapa dikatakan demikian ? Kerana manusia juga
memerlukan stress. Jika tidak merasai stress, peperiksaan yang akan diambil adalah
perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan. Bagi pelajar, tugasan yang diberikan
oleh guru adalah perkara biasa yang tidak perlu disiapkan. Ia tidak merasa malu
dan tidak merasakan bahawa tugasan itu adalah tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan.
Noraini (1994), menyatakan ketegangan atau tekanan ini tidak semestinya
negatif atau tidak sihat. Sebenarnya ia merupakan satu proses semulajadi yang
perlu dijangkakan dalam hubungan sesama manusia.
Stress ini juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh
memotivasikan dan menginspirasikan seseorang itu untuk mengerah segala sumber,dan
potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan biasanya. Untuk mendapat kejayaan
optima dalam kehidupan memerlukan penekanan pada diri. Rahsia kejayaan adalah
membentuk imbangan supaya kita tidak terlampau menekan diri dan tidak terlampau
leka. Tanpa kesedaran ini tekanan kreatif boleh bertukar menjadi stress yang
memudaratkan. Jadi reaksi stress itu tidak boleh dikatakan baik atau tidak, tetapi
bergantung kepada cara kita bereaksi kepada stress dan mengendalikannya untuk
menentukan samada ia menjadi dorongan yang kreatif atau musuh yang merosakkan
diri.
3.2 Stress yang Negatif
Stress sebagai reaksi akut, adalah reaksi yang mempertahankan atau melindungi
diri. Ianya merangsang diri untuk bertindak. Hormon adrenalin dan rangkaian
hormon-hormon lain merangsang tubuh untuk bersedia samada untuk melawan atau lari.
Stress negatif ini berlaku apabila tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan
yang berlaku di sekeliling kita. Ini dikenali sebagai tindakbalas “lawan atau
lari” (fight or flight). Tindakbalas sebegini mungkin sesuai pada masa dahulu di
mana manusia selalu menghadapi atau memilih antara hidup atau mati. Pada hari ini,
keadaan sangat berbeza. Walaubagaimanapun, kita masih bertindakbalas terhadap
sesuatu peristiwa seolah-olah ia adalah pilihan hidup atau mati.
Pendedahan yang berulang dan berterusan kepada stress boleh melemahkan
seseorang kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan
kerohanian yang tidak tenteram. Ini menjadi lebih teruk jika dalam kehidupan tiada
aktiviti riadah dan bersantai yang membentuk keseimbangan. Ketiadaan aktiviti ini
akan membuat diri hilang kecekapan mengendalikan stress. Ini kerana persepsi diri
ke atas aspek-aspek kehidupan akan terjejas. Selain dari itu stress juga boleh
memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai atau tidak
praktikal. Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap ditengah
kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran bil kerana
terpaksa menunggu lama.
Stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantung
kepadanya tanpa merelakan ia berlalu, walaupun punca stress itu telah bertahun-
tahun berlalu. Di sini anxieti, kemarahan, perasaan bersalah dan ketakutan adalah
menifastasi stress yang terus bermain di minda dan perasaan kita. Contoh stress
seperti ini ialah perasaan kecewa dengan peristiwa-peristiwa lama atau perasaan
hasad dengki dalam diri kita. Stress berpotensi membawa keburukan bilamana
seseorang itu merasa begitu tertekan. Apabila seseorang tertekan perasaannya ia
boleh menyebabkan orang itu tidak dapat berbuat apa-apa maka ini merupakan stress
yang tidak membina.
Keadaan mental menjadi bercelaru, emosinya tidak stabil. Keadaannya marah-marah
dan menyepi diri dari bergaul. Ini yang dikatakan stress yang tidak baik atau yang
membawa keburukan kepada kita. Jikalau ia menjadi serius akan menyebabkan musibah
kepada kita. Gejala ini perlu dibendung supaya tidak sampai ke tahap yang lebih
teruk seperti tahap psikosis. Belajar bertenang, melepaskan dan merelakan adalah
penting untuk keharmonian dalam diri, kebahagian dan kesihatan.
4.1.4 Perwatakan
Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini
berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia
adalah unik, iaitu jika dilihat kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa
Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati
mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang
dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan, pelbagai minat dan
nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula
manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di
mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.
4.1.5 Kendiri yang terlalu ideal
Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini
selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian
tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang
langsung tidak mengejar impian tersebut. Tegasnya di sini ialah apabila kendiri
ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya (tingkah lakunya) tidak
memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita melihat
pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita
sedikitpun tidak berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti
meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya
kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.
4.1.6 Kognitif
Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami
ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif.
Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi.
Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini
mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah. Justeru itu kita tidak dapat
menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang pada manusia
ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.
4.1.7 Tidak selaras personaliti
Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri
dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang
sosial iaitu menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini
menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini
sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenal pastinya sungguh-sungguh.
5.0.2 Kaedah kawalan sakit kepala sakit kepala berpunca daripada stress .
Katakan kepada diri anda : “ Saya mengalami sakit kepala.; saya merasa sakit
kepala; saya tidak mahu sakit kepala.; saya tidak mahu merasa sakit kepala”. “Saya
akan mengira 1 - 5 dan pada kiraan 5, saya akan membuka mata, sedar semula, merasa
segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Saya tidak akan sakit kepala. Saya
tidak akan merasa sakit kepala lagi .”Kemudian kira perlahan- lahan dari 1, 2 dan
3; pada pada kiraan 3 ingatkan diri anda “ pada kiraan 5 saya akan membuka mata,
sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna; tidak ada lagi
rasa tidak selesa di dalam kepala. saya; saya tidak lagi merasa tidak selesa di
dalam kepala saya.”
Perhatikan bahawa perkataan telah diubah pada tahap 3 daripada sakit kepada
tidak selesa. Sakit telah ditinggalkan di belakang. Sambung kembali kiraan
perlahan- lahan kepada 4, kemudian 5, dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka
katakan kepada diri anda. “ Saya telah sedar, merasa segar dan di dalam kesihatan
yang sempurna. Tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala saya. Saya tidak
lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya “.
5.0.3 Teknik Kawalan Sakit Kepala Berpunca Daripada Migrain
Untuk sakit kepala yang berpunca daripada migrain , gunakan kaedah seperti di atas
tetapi lakukan tiga kali dengan jarak masa 5 minit setiap satu. Pada kali yang
pertama anda akan dapat rasakan kesakitan itu menurun sedikit dan kali yang
berikutnya akan mengurangkan kesakitan sedikit demi sedikit. Pada kali yang ketiga
sepatutnya sakit kepala anda akan hilang semuanya. Apabila kesakitan anda datang
lagi sepatutnya sekali sahaja akan dapat menghilangkan semua kesakitan di dalam
kepala anda. Ini akan mengurangkan pergantungan anda kepada dadah yang tertentu
dan sakit anda akan terubat dengan sendirinya apabila badan anda melupakan punca
kepada kesakitan di dalam kepala anda. Walaubagaimanapun jangan merasa segan untuk
mengulanginya beberapa kali sehingga anda mendapatkan kesan yang anda harapkan.
Tidak rugi mencuba teknik yang tidak memerlukan bayaran daripada menghabiskan wang
membeli ubat.
5.0 Kesimpulan
Stress adalah sebahagian daripada hidup kita. Kebanyakan orang akan berasa
tertekan pada suatu masa tertentu. Tekanan boleh datang daripada berbagai sumber
yang berlainan. Biasanya tekanan yang kita alami datangnya dari kerja, sekolah,
keluarga, perhubungan, kesihatan dan berbagai peristiwa hidup.
Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definisikan sebagai
stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal
stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang
lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan,
ianya adalah begitu subjektif.
Perkongsian masalah dengan sahabat akan menggandakan keseronokkan dan mengurangkan
penderitaan. Setiap kita mengalami kesukaran kehidupan yang membolehkan kita
berkongsi cara-cara penyelesaian. Hujan tidak menimpa ke atas bumbung rumah kita
seorang sahaja. Pengasingan dan kesunyian boleh menukar perpektif ke atas masalah
menyebabkan masalah itu dirasai lebih berat.
Stress begitu merbahaya apabila ia sampai keperingkat di mana kita hilang
keupayaan melihat sesuatu dalam perpektif yang sebenarnya. Peribahasa Parsi, "Saya
meratapi ketiadaan kasut, sehinggalah saya menemui seorang yang ketiadaan kaki".
Sesungguhnya kita ada contoh dikalangan masyarakat kita sendiri iaitu "Tuah",
Tokoh Maal Hijrah yang lalu. Menyelami penderitaan yang dipaparkan oleh orang yang
lebih tidak bernasib baik, sepatutnya membolehkan diri kita berdepan dengan
masalah peribadi yang kita alami.
Selain dari membandingkan diri dengan orang yang lebih tidak bernasib baik, kita
juga boleh membandingkan masalah sekarang dengan masalah-masalah lalu yang telah
kita atasi dengan jayanya. Latihan ini membolehkan diri kita mengigati yang kita
ada kekuatan dan kebolehan.
Setiap orang perlu meluangkan masa untuk melakukan sesuatu atau tampa melakukan
sesuatu dengan bersendirian. Masa sebegini adalah teramat penting bagi seseorang
itu mengrefleksi keatas pengalaman kehidupannya. Masa berseorangan ini adalah baik
dalam mendatangkan kepekaan pada diri sendiri. Mungkin anda seorang ibu atau bapa
yang begitu sibuk dengan tugas seharian dan hanya memikirkan masalah-masalah dan
kehidupan orang lain. Masa sebegini amat baik jika dilalui dalam keadaan
bermeditasi atau berelaksasi.