Anda di halaman 1dari 20

Morfologi dan Sintaksis

Lancelot Doom PPISMP PJ Jun 2010 Bahasa Melayu Akademik 1

Morfologi Apa itu Morfologi


} Morfologi ialah bidang yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk, dan penggolongan kata.

Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Contoh: k/e/r/e/t/a = kereta (kenderaan yang bergerak) KV+KV+KV

Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan

1. Kata Tunggal
} Kata

tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. contoh: Cantik Sudah Saya

2. Kata Terbitan
} Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan , iaitu mendapat atau menerima imbuhan,baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan contoh: mendukung (men- + dukung) dipukul (di- + pukul) makanan (makan + -an) biarkan (biar + -kan)

3. Kata Majmuk
} Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu contoh: air mata meja makan kerani kanan bendahari kehormat sudut tepat kata kunci hati batu muka tembok

4. Kata Ganda
} Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. contoh: kanak-kanak lelaki bertubi-tubi memperkecil-kecil membohong-bohongi bahagian-bahagian

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.

1. Kata Nama
} Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu: - kata nama khas * Tun Abdul Razak * Si Belang kata nama am * tangan * mimpi kata ganti nama * itu * saya * siapa * kamu

* dia

2. Kata Kerja
} Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu: kata kerja tak transitif * * bangun berjalan * * menjadi (guru) berbuat (baik)

kata kerja transitif * * Ali membeli buku (aktif) Buku dibeli oleh Ali (pasif)

4. Kata Adjektif

} Kata adjektif terbahagi kepada sembilan iaitu: sifatan * baik, jahat waktu * cepat, spontan

warna * putih, kuning

cara * deras, perlahan

ukuran * panjang, pendek

perasaan * rindu, geram

bentuk * bulat, leper

jarak * hampir, jauh

pancaindera * sedap, cantik, merdu, harum, halus

Sintaksis

Apa itu Sintaksis } Sintaksis ialah bidang yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.

1. Bentuk Ayat
} Bentuk ayat terbahagi kepada dua iaitu: Ayat tunggal * Sari merupakan pakaian tradisional wanita India.

Ayat majmuk * Kain sari turut diminati oleh kaum Melayu dan Cina

2. Jenis Ayat
} Ayat Penyata - diucapkan untuk tujuan melakukan penyataan atau mengemukan keterangan tentang sesuatu perkara. Bapa saya wartawan di Utusan Melayu. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam.

} Ayat Tanya untuk tujuan mengemukan sesuatu pertanyaan. Anda sudah melabur dalam syarikat itu? Siapakah gurunya?

} Ayat Perintah untuk tujaun memberikan arahan, menimbulkan sesuatu tindakan. Siapkan kerja itu dengan segera. (suruhan) Jangan berludah di sini. (larangan) Sila buat laporan di balai polis. (silaan) Tolong tutup pintu itu. (permintaan)

} Ayat Seruan - diucap secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keaadan perasaan, seperti marah, takut, geram dan sebagainya. Oh, Tuhanku! Amboi, garangnya! Cis, berani kamu menggangu dia! Wau, cantiknya baju itu!

3. Ragam Ayat
} Ayat Aktif dan Pasif - melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan. Ali subjek membaca buku itu. (aktif) objek oleh Ali (pasif) subjek

Buku itu telah dibaca objek