Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan 2 Huraikan maksud hasil pembelajaran.

Dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan, hasil pembelajaran amat penting untuk mengenalpasti dan menilai hasil pendidikan yang diinginkan untuk melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang. Selain itu, hasil pembelajaran juga dapat menilai prestasi murid tentang apa yang mereka tahu di akhir pembelajaran. Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, hasil merupakan sesuatu yang didapati atau diperoleh (daripada usaha dan kegiatan) pendapatan atau perolehan. Oleh itu, hasil pembelajaran menunjukkan apa yang pelajar dapat lakukan pada akhir sesuatu program, kursus atau pelajaran. Hasil pelajaran merupakan sesuatu yang boleh diukur atau dicerap separti pengetahuan, kemahiran, sikap dan ciri-ciri. Selain itu, maksud hasil pembelajaran juga boleh diperincikan seperti berikut: a) Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu b) Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid c) Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran d) Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisisn kurikulum. e) Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Penulisan hasil pembelajaran boleh dibuat berdasarkan Kategori Bloom Taksonomi dengan menggunakan perlakuan berkaitan (related behaviours). Berikut merupakan kategori dalam menulis hasil pembelajaran; a) Pengetahuan Mengingat atau mengingat semula sesuatu tanpa memahami, menggunakan atau menggantikannya. Contoh perlakuan berkaitan seperti mendefinisi, menghurai dan mengenalpasti. b) Pemahaman Memahami sesuatu yang telah dihubungkaitkan tanpa keperluan mengaitkannya kepada apa jua yang lain. Contoh perlakuan berkaitan seperti meminda, mengira dan menerangkan.

c) Aplikasi Menggunakan konsep umum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi tertentu. Contoh perlakuan berkaitan seperti mengaplikasikan, menerapkan dan menghimpun. d) Analisis Memecahkan sesuatu ke dalam bahagian-bahagian, memfokuskan pengenalpastian bahagian-bahagian atau analisis perkaitan antara bahagianbahagian. Contoh perlakuan berkaitan seperti menganalisis, membanding dan membuat kesimpulan. e) Sintesis Mencipta sesuatu yang baharu dengan memasukkan bahagian-bahagian idea yang berbeza untuk keseluruhan. Contoh perlakuan berkaitan seperti membina, mengubah dan mencipta. f) Penilaian Mengadili nilai bahan atau kaedah-kaedah apabila ianya boleh diaplikasikan dalam situasi khusuh dan mengadili dengan menggunakan kriteria yang tepat. Contoh perlakuan berkaitan seperti menerima, mengukur dan memilih. Kesimpulannya, hasil pembelajaran merupakan sesuatu yang boleh dicapai supaya murid dapat menguasai kemahiran dan ilmu dalam sesuatu topik.

Anda mungkin juga menyukai