Anda di halaman 1dari 10

http://www.bharian.com.

my/bharian/articles/MisteriEtnik_Hiduppenuhpantanglarangseja kdalamkandungan/Article

Misteri Etnik: Hidup penuh pantang larang sejak dalam kandungan Oleh Azrul Affandi Sobry azr@bharian.com.my 2010/12/14 Jawa Ponorogo pegang teguh adat pastikan segala perbuatan tidak undang musibah HIDUP dilingkari adat dan budaya. Tradisi lama tidak dibuang meskipun cara hidup moden semakin kuat mengasak. Itulah yang terus dipertahankan masyarakat Jawa Ponorogo memastikan mereka kekal sebagai etnik unik dalam memelihara budaya sejak lahir hingga dewasa. Ia dapat dilihat dan dibuktikan dengan amalan ibu mengandung dan menguruskan bayi baru lahir. Meskipun ia tidak banyak berbeza dengan Melayu, ada amalan unik yang sukar dilihat dalam masyarakat lain. Kebetulannya, kebanyakan kampung di Sri Medan seperti Parit Warijo masih menggunakan khidmat bidan dalam menguruskan bayi dan ibu dalam berpantang sekurang-kurangnya tiga hari selepas bersalin. Selain itu, banyak juga pantang larang dan amalan yang digunakan sejak mengandung. Antaranya, kain kemban untuk ke bilik air perlu disidai sebelum mandi. Ia tidak boleh direndam kerana menurut bidan kampung terlatih di Parit Warijo, Rosiah Yaidi, 47, merendam kain berkemban menyukarkan kelahiran anak. Wanita mengandung ditegah duduk di depan pintu kerana sukar bersalin. Ia seperti mengelirukan proses kelahiran sama ada mahu masuk atau keluar. Makan buah seperti epal atau apa saja, tidak boleh terus digigit. Perlu dipotong dengan pisau kerana nanti anaknya juga suka menggigit orang ketika kecil. Satu perkara yang selalunya dipastikan oleh Jawa Ponorogo ialah tiba masa untuk bersalin, semua bekas bertutup seperti tin biskut dan kotak makanan mesti dibuka. Sampai sekarang ia masih diamalkan. Ia memudahkan proses bersalin seperti membuka jalan kelahiran. Jika pakai tocang pun mesti dibuka ikatannya. Ikan bersengat tidak digalak untuk dimakan ibu mengandung. Ikan keli antara yang sangat sensitif dimakan ibu mengandung kerana tabiat ikan itu suka berenang menentang arus. Dikhuatiri, anak yang mahu lahir turut melawan arus, tidak mahu keluar, katanya ketika ditemui dalam tugasannya menguruskan seorang ibu baru di Parit Baru, Sri Medan, baru-baru ini. Masyarakat Jawa Ponorogo juga terkenal dengan beberapa upacara khusus ketika menjalani beberapa fasa iaitu tiga bulan ketika mengandung dan selepas melahirkan

anak. Paling ketara kenduri untuk anak sulung ketika usianya mencecah tiga bulan. Ketika itu, majlis ringkas dibuat menggunakan hidangan nasi takir (nasi kuning yang dibalut dengan daun pisang berbentuk sampan). Ada perkiraan yang dibuat menggunakan kalendar Jawa untuk memastikan berapa bilangan balutan nasi takir perlu dibuat dan ia berdasarkan hari kelahirannya. Sebagai contoh, selepas kiraan oleh orang yang arif kalendar Jawa mendapati hari kelahirannya memberi angka 17, maka 17 balutan nasi takir perlu disediakan. Nasi takir juga dibuat ketika mengandung tiga bulan dan diberi kepada jiran dengan diselitkan jarum di tepinya sebagai pendinding. Pernah dengar cerita orang mengandung, bayinya hilang? Itulah tujuannya jarum diselit di tepi nasi takir untuk mengelakkannya hilang, diambil makhluk halus. Tujuan diagihkan nasi takir kepada jiran ialah supaya mereka tahu ada orang mengandung dan mereka juga tahu yang kandungan itu sudah tiga bulan. Ketika kandungan masuk tujuh bulan, suami dan isteri perlu dimandikan air bunga tujuh jenis. Air itu turut diletak minyak wangi dan ada bacaan khusus untuk membersihkan diri. Ia bertujuan melahirkan bayi yang bersih. Ia dimandikan bidan khusus yang tahu bacaannya menggunakan ayat al-Quran. Biasanya selepas dibaca, air akan berubah menjadi sejuk dingin. Senduk sebagai gayung mandian dibuat dengan kelapa. Isi kelapa pula minyak. Ia direbus sampai menjadi minyak dan diminum ibu mengandung itu supaya lancar apabila melahirkan anak nanti, katanya lagi. Adat paling unik ialah suami membelah kelapa muda ketika isteri mengandung tujuh bulan. Suami menetak dan semua orang menjadi saksi di bahagian manakah kelapa itu dibelah. Jika tepat di tengah, spontan semua orang berteriak, anak perempuan, tetapi jika di tepi, teriak mereka, anak lelaki. Meskipun dikatakan hanya kepercayaan Jawa Ponorogo, menurut Rosiah kebanyakan yang membuat tradisi itu biasanya mendapati jantina anak seperti yang dilihat ketika membelah kelapa. INFO: Adat berpantang Ibu bersandar di sendenan bagi mengelak darah putih naik ke mata atau rahim jatuh serta mudah menguruskan bayi. Sendenan dibuat sendiri menggunakan kayu dan jika tiada, bantal juga boleh diguna untuk menampung badan agar lebih tinggi. Urut ibu bersalin selama lima hari berturut-turut bermula hari kedua atau ketiga untuk membetulkan urat dan peranakan biasanya dengan minyak serai.

Apabila tali pusat tanggal, bayi dimandikan dengan air tujuh bunga bagi menghormati uri yang dikatakan teman rapat bayi. Uri yang ditanam berhampiran rumah disiram sisa air mandian bunga mengelak bayi menangis kerana diganggu semangat uri. Mandian bunga juga untuk memberi seri kepada bayi. Tempat uri ditanam perlu dinyalakan api setiap malam untuk memberi cahaya supaya ada rasa dihormati. Jawa Ponorogo menggunakan sengkak iaitu urutan menaikkan kedudukan peranakan yang dilakukan bidan. Pilis pula disapu pada kening untuk mencerahkan mata kerana dikatakan ibu baru melahirkan anak mudah rabun. Bayi dimandikan dengan air rebusan daun dukung anak jika sakit kuning. Ibu guna bengkung yang dililit pada punggung dan perut untuk mengembalikan bentuk tubuh. Uniknya, lilitan bengkung sepanjang 12 meter dilakukan sendiri oleh ibu dan tidak ada sesiapa pun termasuk anak kecil dibenarkan lalu di bawahnya.

http://www.scribd.com/doc/50129874/Kepercayaan-Masyarakat-Jawa-Autosaved PENDAHULUAN Suku Jawa adalah salah satu suku yang termasuk dalam rumpun Melayu,populasi suku Jawa dianggarkan terdapat sekitar 100 juta orang di seluruh dunia,daripada jumlah itu terdapat sekitar satu hingga dua juta jumlah masyarakat Jawa diMalaysia.Selain itu daripada aspek agama dan kepercayaan pula hampir keseluruhanmasyarakat Jawa yang berada di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yangmenganut agama Islam. Hal ini berbeza dengan Indonesia dimana sebahagian besar orang Jawa di Indonesia yang menganut agama Islam , terdapat ramai juga suku Jawadi Indonesia yang menganut agama Kristian,Hindu, Buddha dan juga agamakepercayaan suku Jawa iaitu agama Kejawen.Umum mengetahui bahawa kolompok masyarakat Jawa yang berada di Malaysiapada hari ini adalah berasal daripada Indonesia.Menurut Khazin Mohd Tamrin (1984).Masyarakat Jawa berhijrah kerana tekanan berat dari penjajah Belanda dan faktor mengerjakan haji. Tekanan berat yang dimaksudkan ialah lambakan cukai yangdikenakan ke atas penduduk asal Pulau Jawa. Berkenaan dengan faktor mengerjakanhaji pula, ramai penghijrah berangkat ke Tanah Melayu khususnya di negeri Selangor kerana hendak mencari wang untuk dijadikan tambang pergi ke Makkah Mereka pergike Tanah Melayu untuk membuka kawasan baru. Mereka mengerjakan kebun danladang di kawasan itu dan kemudiannya menjualkannya untuk mendapatkan tambangpergi ke Makkah Kebiasannya, mereka yang pulang daripada menunaikan haji akanterus menetap di Tanah Melayu dan tidak pulang semula ke Pulau Jawa.Sejarah keagamaan masyarakat Jawa adalah bermula dengan kepercayaanHindu-Buddha yang tebal dalam kalangan masyarakat Jawa, begitu juga dengankepercayaan animisme dan mistik yang tinggi sebelum kehadiran Islam di Tanah Jawa.Islam mula tersebar di Tanah Jawa melalui kehadiran pendakwah dan ulama Islamyang berdakwah di tanah Jawa melalui para ulama seperti wali songo

dan lain-lainnya.Perjuangan ulama di Tanah Jawa telah berjaya mengislamkan hampir keseluruhanTanah Jawa dan telah berjaya menubuhkan Kerajaan Islam Demak, sehinggalah padahari ini Islam tersebar ke seluruh pelusuk Nusantara. KEPERCAYAAN MASYARAK AT JAWA DI MALAYSIA JUMAAT KELIWON

Umat Islam secara khususnya menganggap bahawasanya hari jumaat adalahpenghulu sekalian hari. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda , daripada AbuHurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakandan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Hari jumaat adalah hari yang istimewa yang biasanya dihiasi dengan amalan-amalan tertentu seperti, membaca surah yasin, tahlil dan sebagainya kerana terdapatbanyak hadis-hadis yang menyarankan umat Islam agar menghiasi hari jumaat denganmelakukan amal soleh kepada Allah. Bagi masyarakat Jawa mereka mempercayaibahawasanya diantara hari jumaat ada hari jumaat yang terbaik atau penghulu segalahari jumaat yang digelarkan sebagai Jumaat keliwon yang pada mereka hari ini adalahhari yang terbaik untuk berbuat sesuatu perkara seperti beramal, menuntut ilmu dansebagainya.Menurut masyarakat Jawa, antara keistimewaan malam jumaat keliwon adalahpada malam tersebut dipercayai sekiranya hujan turun pada malam Jumaat Keliwon, air hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu baik untuk dibuat air penerang hati . Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jikasekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon, kuburnyaterpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semulaoleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya, kain kafan dansebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh AllahSWT seperti merompak, sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat.Seterusnya antara 3 perkara lain yang turut dilakukan pada malam tersebut adalah digalakkan untukmemulakan amalan seperti wirid, zikir atau melaksanakan solathajat.Seterusnya,dikatakan juga pada malam Jumaat Keliwon orang yg mengamalkanilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali, Sekiranya gagal dia akanmenunggu sehingga berjumpa lagi dengan malam Jumaat keliwon yang akan datang. PANTANG LARANG Masyarakat Jawa yang berada di Malaysia mempunyai banyak pantang larangdiamalkan oleh generasi terdahulu dan masih diamalkan oleh generasi hariini.Berdasarkan temubual saya dengan beberapa individu yang berasal dari suku Jawamereka menyatakan bahawa masyarakat Jawa mengamalkan beberapa pantang larangantaranya adalah seperti, apabila kupu-kupu ataupun dayoh dalam bahasa Jawamasuk ke dalam rumah maka itulah petanda bahawa akan ada tetamu yang bakalberkunjung ke rumah. Selain itu terdapat juga yang mempercayai sekiranya ada biawakmelintas dihadapan, itu adalah petanda bahawa ada orang meninggal dunia.Seterusnya, ada juga yang mempercayai bahawa jika payung dibuka di dalam rumahianya akan mengundang ular untuk masuk ke dalam rumah. Terdapat juga masyarakatJawa yang memakaikan tangkal kepada bayi yang mana tangkal itu dibuat daripadabalutan kain yang didalamnya terdapat besi, paku, batu

dan lain-lain. Sementelahan itu,terdapat juga pantang larang yang melarang daripada melangkah bayi, kerana merekamempercayai bayi yang dilangkah akan menjadi pendek apabila sudah dewasa, oleh itujika bayi tersebut dilangkah maka bayi perlu dilangkah semula bagi mengelakkan bayitersebut menjadi pendek apabila dewasa. Dalam hal ini,kita dapat melihat bahawasanya beberapa kepercayaan danpantang larang yang berbentuk khurafat yang masih diamalkan oleh masyarakat Jawa,walaupun mereka telah lama memeluk Islam tetapi amalan dan kepercayaan lamamasih lagi mereka anuti. Sebahagian daripada pantang larang tersebut adalah mungkindicipta untuk menakutkan anak-anak supaya tidak membuat perkara yang tidak sopan namun terdapat juga sebahagiannya yang masih terbelenggu dengan kesyirikankepada Allah. Contohnya dalam bab pemakaian tangkal Rasulullah melarang umatnyadaripada berbuat demikian berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad BinHanbal maksudnya : Dari Uqbah bin Amir, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda; barangsiapamenggantungkan tamimah (azimat) , semoga Allah tidak mengabulkan keinginannya,dan barangsiapa menggantungkan wadaah. Semoga Allah tidak memberi ketenanganpada diirinya . (Riwayat Ahmad)

K UDA K EPANG Kuda kepang adalah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari JawaIndonesia. Di Malaysia tarian kuda kepang amat popular khususnya di negeri Johor danbeberapa tempat di negeri Selangor.Tarian ini biasanya diaminkan di majlis-majlisperkahwinan dan juga majlis keramaian masyarakat jawa. Permainan ini amat berkaitrapat dengan pengaruh makhluk halus diamana ianya melibatkan unsur-unsur pemujaan terhadap makhluk halus. Terdapat beberapa pantang larang yang diamalkandi dalam permainan kuda kepang antaranya adalah pemain-pemain tidak boleh diacahsemasa dalam permainan kerana ditakuti keadaan akan menjadi tidak terkawal, pemaintidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ianya adalah pantang larang semulajadi dan pemain juga tidak boleh melihat kaca kerana ditakuti mereka akan memakankaca tersebut.Majlis fatwa kebangsaan di dalam fatwanya yang bernombor JMJ 351/05/(AQ)/8telah memfatwakan bahawasanya permainan kuda kepang adalah haram danbercanggah dengan aqidah Islam dan mana-mana yang terlibat hendaklah bertaubatdengan taubat nasuha kerana di dalamnya terdapat unsur pemujaan ataupun menurunyang di dalam bahasa arab disebut sebagai Tanasuhul Arwah ( ) yang mana 5 ianya merupakan

satu keadaaan yang menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jinyang dipanggil atau diseru. Hal tersebut menyebabkan jin tersebut sebati dalam diriorang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yangberkenaan K ESIMPULAN Walaupun masyarakat Jawa di Malaysia adalah beragama Islam tetapi masihlagi terdapat beberapa kepercayaan lama yang diwarisi turun temurun daripadagenerasi lampau mengenai beberapa kepercayaan , amalan dan pantang larang yang mana jika ditinjau daripada aspek Islam pada hari ini ianya adalah bercanggah denganajaran Islam. Amalan seperti kepercayaan terhadap malam jumaat keliwon, pantang larang,dan juga tarian kuda kepang masih lagi diamalkan oleh generasi hari ini walaupundiakui ianya semakin tenggelam dihempas arus kemodenan. Justeru generasi barumasyarakat Jawa seharusnya meninggalkan kepercayaan-kepercayaan yang bertentangan dengan Islam disamping tidak meninggalkan adat budaya suku Jawa itusendiri, budaya bangsa perlu dipertahankan tetapi haruslah ianya selari dengantuntutan agama.Akhir sekali, diharapkan hasil tugasan ini dapat memberikan manfaatyang berguna kepada semua pihak http://kejong.multiply.com/journal/item/20?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem Oleh Noor Hasnah Adam Amit-amit jabang bayi, ojo kaget! AYAT di atas yang bermaksud 'moga bayi yang dikandung tidak terkejut' sering disebut oleh ibu-ibu mengandung (yang berketurunan Jawa) ketika mereka tersentak atau terkejutkan sesuatu. Mereka yang berketurunan Jawa percaya bahawa seseorang wanita mengandung yang terkejut atau terperanjat boleh memudaratkan bayinya. Seperti contoh, sekiranya seorang wanita mengandung itu terkejut apabila terlihat muka seseorang yang hodoh, wanita itu perlu cepat-cepat menghentak kaki ke tanah sebanyak tiga kali lalu menyebut ayat di atas sambil mengurut-urut perutnya. Jika tidak, janin akan turut terkejut dan mungkin terkenan dengan lahir berwajah hodoh. Konsep terkenan membawa maksud terpengaruh pada keadaan sesuatu yang luar biasa, boleh jadi buruk atau baik, sehinggakan turut menjejas kandungan ibu mengandung. Selalunya, terkenan membawa kemudaratan. Jarang sekali wanita mengandung terkenan pada sesuatu yang baik kerana terkenan selalu berlaku kerana wanita mengandung itu terkejut apabila melihat sesuatu yang luar biasa.

Masyarakat Melayu sehingga sekarang masih lagi percaya pada konsep terkenan. Justeru, banyak pantang larang wanita mengandung yang masih diamalkan untuk mengelakkan musibah ini. Wanita mengandung tidak boleh mengata sesuatu yang kelihatan luar biasa atau buruk, apatah lagi mentertawakannya. Wanita mengandung juga tidak boleh mencederakan binatang atau membunuh binatang. Justeru wanita mengandung dilarang melawat Taman Haiwan, masuk ke dalam hutan dan sebagainya. Selain wanita mengandung, pantang larang turut dikenakan ke atas suami wanita mengandung itu untuk melindungi janin agar tidak terkenan. Suami wanita mengandung juga dilarang memburu atau membunuh binatang. Memancing ikan juga harus dielakkan kerana takut bayi yang bakal lahir sumbing sebagaimana ikan yang tertangkap cedera mulutnya dek mata kail. Di Indonesia, kepercayaan pada konsep terkenan amat kuat. Banyak cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut tentang kejadian aneh yang berlaku akibat terkenan. Cerita-cerita ini mungkin diubah suai tetapi watak yang diceritakan memang wujud. Contohnya, di Kampung Sumber Pucong, Malang, Surabaya, terdapat seorang bayi yang dilahirkan berkulit seperti katak, warnanya hijau, menggerutu dan bersisik. Lidahnya pula terjelir. Anak yang malang itu menjadi perhatian ramai dan orang kampung menyalahkan ibu si anak kerana telah membunuh seekor katak ketika mengandung. Secara rasional, manusia memang selalu mengaitkan sesuatu kejadian aneh dengan unsur mistik sebagai jawapan pada sesuatu kejadian. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Masyarakat dahulu memang percaya pada konsep terkenan. Memandangkan masyarakat Melayu hidup berkawan dengan alam semula jadi dan ekonominya hasil tani, hubungan antara manusia dengan binatang dan tumbuhtumbuhan amat dekat. Bahkan, saling melengkapi. Namun kepercayaan pada konsep terkenan yang keterlaluan boleh menyebabkan seorang isteri yang curang menggunakan alasan terkenan sekiranya bayi yang dilahirkan tidak menyerupai bapanya.

Kepercayaan pada konsep terkenan yang keterlaluan juga boleh membuat manusia menyekutukan Tuhan. Secara logik, sekiranya seorang wanita mengandung terlalu memikirkan sesuatu yang tidak elok, pastinya ia mempengaruhi emosinya dan emosi bayi yang dikandungnya. Faktor genetik atau keturunan juga perlu diambil kira. Sekiranya seorang bayi dilahirkan dengan berkulit gelap sedangkan ibu bapanya berkulit cerah, lazimnya ada keturunan salah seorang daripada ibu bapanya yang berkulit gelap. Pelbagai faktor lain turut menyumbang ke arah rupa fizikal bayi seperti persekitaran, pemakanan ibu semasa hamil dan ke serasian ibu bapa. Menurut kata orang-orang tua, konsep terkenan diperkenalkan pada masyarakat Melayu dahulu, mungkin kerana takut wanita mengandung menyebut atau terdetik dalam hati kata-kata yang tidak baik terhadap sesuatu makhluk atau ciptaan Tuhan. Konsep terkenan juga adalah semacam peringatan kepada kaum wanita yang mengandung dan suaminya supaya mempunyai perasaan sayang terhadap alam dan makhluk Tuhan serta tidak berlaku kejam. Sesungguhnya, doa manusia atau binatang yang teraniaya selalunya dimakbulkan Tuhan. Allah menguji manusia dengan berbagai-bagai cara dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Kesimpulannya, hati, mulut dan perbuatan perlu dijaga ketika hamil. Sekiranya terkejut apabila melihat sesuatu yang pelik dan menakutkan, anggaplah pandangan sebegitu sebagai dugaan dan segeralah menyebut nama Allah dan beristighfar. Banyakkanlah membaca Al-Quran, surah Yasin, surah Taubah, surah Yusuf, surah Luqman dan surah Maryam. Insya-Allah, anak yang dilahirkan sihat, elok rupanya, sempurna sifatnya serta baik tingkah lakunya. Nota: Penulis ialah seorang guru. Prev: DOA ATAU SUMPAH? Next: MEMOHON PERUBAHAN MEMBINA PADA HAT

http://myadha.blogspot.com/2008/08/pantang-larang-melayu-jawa.html

Home Umum Pantang Larang Melayu Jawa

Pantang Larang Melayu Jawa


Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Wednesday, August 27, 2008
Pantang larang Melayu keturunan Jawa yg tak dapat di terima oleh akal manusia... adakah anda setuju? 1- Tak baik cium tangan budak kecik sebab nanti bila besar jadi orang yang suka meminta-minta. 2- Masa mengandung tak baik duduk kat tunggul (akar pokok) takut masa bersalin nanti susah baby nak keluar takut melekat cam tunggul tu gak. 3- Pernah dengar lagu jalil hamid pasal ayam? banyak part ayam yang tak dibenarkan makan oleh org2 tua seperti jangan makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam(murai). Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. Jangan makan kepak ayam nanti kahwin dpt org jauh. 4- Pantang larang nie im takut sangat masa kecik2 dulu. Bila makan kaki jangan suka digoyang-goyang(terutamanya makan atas meja) nanti kakinya kene ikat dengan setan. Nenek im yg cakap cam tu, pastu im cakap kalau setan ikat takpeh boleh bukak sendiri(kes melawanlah nie), nenek im cakap setan ikat mana nak nampak tali tu sebab setan kan ghaib, bila takleh bukak jadi lumpuh baru tau. hehehehe. masa tu baru terfikir seram gak. 5- Budak kecil (baby) tak boleh diberi bunga nanti makan najis (tahi). ?? 6- Jangan pukul org dengan penyapu nanti sial (yang kena pukul). 7- Pantang larang ni macam keterlaluan sikit mungkin ader unsur2 khurafatlah. Tak boleh buat kenduri kahwin pada hari dimana hari tersebut

jatuh pada hari keluarga terdekat meninggal dunia. Cth kalau mak kita meninggal dunia hari ahad tak boleh buat kenduri kahwin hari tersebut sampai bila2 takut nanti ader bala yang menimpa. Lagi satu tak boleh buat kenduri @ apa2 keramaian pada bulan safar, takut bala menimpa. 8- Tak boleh kahwin ngan jiran yang dapur rumahnya mengadap antara satu sama lain nanti jodoh tak panjang. * Sepertimana diceritakan oleh seorang warga keturunan Melayu Jawa

Anda mungkin juga menyukai