Anda di halaman 1dari 1

Kekuatan dan Kelemahan Ujian Diagnostik yang dijalankan Pada 17 Ogos hingga 21 Ogos yang lalu, saya telah

menjalankan ujian diagnostik keatas palajar-pelajar pemulihan Sekolah Kebangsaan Tamah Seri Jelok, Kajang. Pelajae pemulihan sekolah ini kebanyakkannya terdiri daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2. Jumlah pelajar pemulihan sekolah ini ialah 12 orang dan kebanyakkannya adalah lelaki. Antara kekuatan yang diperolehi semasa melakukan ujian ini ialah, kerjasama yang baik yang telah diberikan oleh pihak guru dan sekolah. Kerjasama yang baik ini memudahkan kami menjalankan ujian diagnostik penglihatan kerana dengan mudah kami memperoleh kebenaran untuk menjalankan ujian. Ujian diagnostik yang mempunyai pelbagai aspek juga memudahkan kami membina soalan kerana ujian pengamatan penglihatan dapat dibuat dengan pelbagai corak yang kreatif dan bertepatan dengan aspek pengujian. Ujian diagnostik ini melatih saya menilai masalah-masalah utama dalam pengamatan yang dapat menggangu pelajar-pelajar dalam proses pengajaran sehingga

menimbulkan masalah untuk membaca. Ujian diagnostik yang dibina juga merupkan salah satu cara mendedahkan saya kepada bentuk ujian diagnostik dan cara menjalankan ujian diagnostik masalah pengamatan. Semasa menjalankan ujian diagnostik ini terdapat beberapa kekangan yang menyukarkan pelajalanan ujian ini. Antaranya masalah tingkah laku pelajar. Pelajar pemulihan kerap membuat bising semasa melakukan ujian, tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang dijalankan dan tidak membawa alat tulis yang cukup. Selain itu, perhatian yang mereka diganggu oleh persekitaran menyebabkan mereka sukar menumpukan perhatian terhadap ujian yang merela lakukan. Bilanagn ujian diagnostik yang terlalu banya dan terpaksa dihabiskan dalam tempoh yang singkat menyebabkan objektif ujian ini terganggu.

Anda mungkin juga menyukai