Anda di halaman 1dari 15

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.

0 PENGENALAN Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme yang juga dikenali sebagai teori kecerdasan pelbagai berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran. Teori pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran sementara teori pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran.

2.0 PENGENALAN LITERATUR 2.1 Teori Kecerdasan Pelbagai Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang

tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994).

Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut :

a) Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

b) Interpersonal Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

c) Intrapersonal Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

d) Logik-Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

e) Muzik Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik.

f) Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan

g) Visual-Ruang Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

h) Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar

bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

2.2 Teori Pembelajaran Kognitif 2.2.1 Teori Pembelajaran Kognitif berdasarkan Atkinson Teori Atkinson ialah berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat. Model Pemprosesan Maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Model memproses maklumat sama seperti model komputer iaitu terdiri daripada :

a) Ingatan Deria Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ia akan hilang serta-merta.

b) Ingatan Jangka Pendek Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah di antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Salah satu cara untuk menyimpan maklumat bari ialah secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal). Contohnya, dalam pengajaran pembelajaran, guru berhenti sebentar, tanya soalan tentang fakta yang telah diterangkan, selepas pelajar respon, ulang semula penerangan.

c) Ingatan Jangka Panjang Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama iaitu lebih daripada beberapa mint hingga ke beberapa tahun. Ingatan jangka panjang dari segi kandungan boleh

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ingatan episodik, semantik dan prosedural :

Ingatan episodik Ingatan episodik adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa jatuh basikal.

Ingatan semantik Ingatan semantik adalah ingatan tentang makna iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema atau imej.

Contohnya, mengingat makna semantik.

Ingatan prosedural Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana

melakukan sesuatu terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berturutan. Contohnya, mengingat bagaimana menaiki basikal, sekiranya anda telah lama tidak menaiki basikal.

2.2.2 Teori Pembelajaran Kognitif berdasarkan McClelland McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), mengatakan bahawa motivasi individu akan meningkat Kedua, memahami unsur-unsur jika pertama, dia motivasi. Ketiga,

dimotivasikan.

melibatkan diri secara aktif dalam usaha itu. Hal ini dengan sendirinya menjelaskan proses motivasi itu bertindak secara dua hala dan kedua-dua pihak pula mestilah saling memberi dan menerima.

Motivasi merupakan satu set proses yang memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan matlamat menjuruskan tingkah laku itu

kepada satu matlamat. Seseorang yang bermotivasi akan membuat pilihan positif untuk melaksanakan sesuatu itu kerana beliau akan mengetahui tindakan ini bermakna kepadanya dan boleh memuaskan keperluannya.

Di samping itu, McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), menekankan juga tentang tingkah laku individu yang bermotivasi pencapaian tinggi. Hal ini kerana individu ini mempunyai keinginan untuk mengatasi rintangan dan sanggup bersusah-payah untuk mencapai sesuatu yang baik. Oleh itu, dalam teori motivasi pencapaian ini menyebabkan harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan tertanam dalam jiwa individu tersebut.

2.2.3 Teori Pembelajaran Kognitif berdasarkan Bruner Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada tiga iaitu : a) Peringkat Enaktif (0-2 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik dengan menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanakkanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya.

b) Peringkat Ikonik (2-4 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.

Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan matanya iaitu telah terbentuk imej mental. Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya.

c) Peringkat Simbolik (4-7 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya iaitu bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang. Prinsip tahapan daripada Jerome S. Bruner ini boleh kita terapkan dalam Kerucut Pengalaman atau Dale Cone of Experience yang dikemukan oleh Edgar Dale pada tahun 1946.

Rajah 1 : Dale Cone of Experience

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai dua jenis teori pembelajaran iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Pembelajaran Kognitif berdasarkan Atkinson, McClelland dan Bruner dan untuk mengetahui bagaimana seseorang guru itu mengaplikasikan kedua-dua teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan dengan menjalankan tinjauan literature ( kajian kepustakaan ) untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang dua teori pembelajaran iaitu : a) Teori Kecerdasan Pelbagai b) Teori Kognitif ( Atkinson, McClelland, Bruner ) Seterusnya, kami telah menemu ramah dua orang guru ( guru nobel dan guru cemerlang ) untuk mendapatkan maklumat bagaimana mereka mengaplikasikan kedua-dua teori tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. a) Guru Novis Nama Sekolah Subjek Tingkatan : Puan Siti Hajar binti Ishak : SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor : Sains dan Matematik : 1 dan 2

Pengalaman Mengajar : 3 Tahun

b) Guru Cemerlang Nama Sekolah Subjek Tingkatan : Puan Azzah binti Mohamed Salehuddin : SMK Teknik Kajang, Kajang, Selangor : Prinsip Akaun : 4 dan 5

Pengalaman Mengajar : 20 Tahun

Persoalan kajian ialah : a) Berdasarkan 8 tahap yang terdapat di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, yang manakah sering digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran? b) Apakah jenis soalan yang boleh membantu semasa menyediakan Rancangan Mengajar? c) Bagaimanakah anda mengenalpasti kekuatan pelajar dalam Teori Kecerdasan Pelbagai? d) Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif ( Atkinson, McClelland, Bruner ), bagaimanakah ia dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran? e) Adakah anda beranggapan kedua-dua teori ini penting dalam proses mengajar? Mengapa?

5.0 HASIL KAJIAN 5.1 Berdasarkan 8 tahap yang terdapat di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, yang manakah sering digunakan di dalam proses pengajaran dan Pembelajaran?

Bagi

Guru

Novis,

responden

menyatakan

bahawa

responden

banyak

menggunakan kaedah visual iaitu gambar dan model video bagi membolehkan pelajar melihat gambaran sebenar sesuatu proses yang terlibat dalam mata pelajaran Sains. Bagi mata pelajaran matematik pula, guru ini menggunakan logik dan membuat lebih banyak latihan bagi mengukuhkan lagi kefahaman pelajar. Selain itu, guru ini juga mengaitkan topik yang diajar dengan kehidupan seharian, unsur-unsur di sekeliling dan pengalaman pelajar bagi menarik perhatian dan memudahkan kefahaman pelajar. Berbanding dengan Guru Cemerlang iaitu responden yang kedua, guru ini tidak banyak menggunakan kaedah visual tetapi memperbanyakkan latihan. Guru ini bersependapat dengan responden yang pertama iaitu banyak menggunakan logik dalam Matematik memandangkan guru ini mengajar mata pelajaran Prinsip Akaun. Guru ini juga mengaitkan pelajaran dengan kehidupan seharian, unsur-unsur sekelilinh dan pengalaman pelajar bagi menarik perhatian pelajar. Guru ini memberi contoh dengan mengaitkan aktiviti jual beli yang berlaku di kedai runcit. Proses yang berlaku ada melibatkan urusan pembelian dan secara tidak langsung ada menyentuh topic yang terkandung di dalam Prinsip Akaun. Berbeza dengan guru novis, guru cemerlang ini

mewujudkan sistem fasilitator di dalam kelas. Pelajar yang cerdas akan membimbing yang lemah. Ini bertujuan supaya pelajar mendapat bimbingan penuh dan tidak ketinggalan. Kaedah ini menoyokong pendapat Gardner di dalam 8 tahap pembelajaran beliau iaitu keadah interpersonal.

5.2 Apakah jenis soalan yang boleh membantu dalam menyediakan Rancangan Mengajar?

Responden yang pertama ( Guru Novis ) menyediakan soalan berdasarkan tahap kesukaran iaitu daripada yang mudah ke sederhana sehinggalah yang sukar dengan memberikan contoh jawapan kepada setiap soalan di dalam kelas sebelum meminta pelajar menjawab soalan yang diberikan. Latihan yang diberikan adalah berdasarkan keupayaan pelajar. Pelajar yang cerdas diberikan latihan yang lebih sukar dan banyak manakala pelajar yang lemah diberi soalan aras mudah dan sederhana terlebih dahulu dan setelah kedua-dua aras tersebut dikuasai, soalan aras sukar akan diberikan. Soalan-soalan yang diberikan adalah berdasarkan format soalan peperiksaan bagi membiasakan pelajar dengan jenis soalan peperiksaan. Bagi Responden kedua ( Guru Cemerlang ), guru ini mempunyai bank soalan sendiri dan memberikan latihan berdasarkan bank soalan yang telah disediakan. Guru ini tidak banyak menggunakan buku teks sebaliknya guru ini menggunakan Modul yang telah dibina sendiri bagi setiap topik yang telah diajar. Modul ini diberikan kepada pelajar untuk dijawab dan setiap modul merangkumi pelbagai jenis soalan mengikut aras kesukaran. Bagi memperkukuhkan lagi kefahaman pelajar, guru ini akan mengadakan ujian topical di penghujung topik yang diajar.

5.3 Bagaimanakah anda mengenalpasti kekuatan pelajar di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai?

Berdasarkan pandangan Responden pertama, kekuatan pelajar dapat dikenalpasti berdasarkan respon yang diberikan di dalam kelas. Selain daripada mengarah pelajar untuk menjawab soalan di papan tulis, guru ini mengenalpasti kekuatan pelajarnya dengan melihat tingkah laku setiap pelajar. Pelajar yang cerdas akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah yang selalu membuat kerja sendiri semasa guru sedang mengajar. Pelajar yang menumpukan perhatian di dalam kelas tidak mempunyai masalah dalam menyiapkan latihan yang diberikan. Kekuatan pelajar yang diajar oleh responden kedua dikenalpasti berdasarkan ujian topical yang diberikan dan juga keupayaan pelajar menyiapkan modul yang diberikan. Sekiranya pelajar tidak menghadapi sebarang masalah dalam menjawab sesuatu soalan, guru ini beranggapan bahawa pelajar faham topik tersebut dan beliau akan meneruskan pembelajaran. Tetapi sekiranya ramai di antara pelajar gagal menjawab sesuatu soalan maka guru ini membuat kesimpulan bahawa pelajarnya masih belum dapat menguasai apa yang disampaikan dan akan mengulang kembali topik yang tersebut. Seterusnya, guru ini akan menggunakan kaedah fasilitator yang telah diwujudkan sebagai jalan penyelesaian yang kedua sekiranya masa semakin suntuk.

5.4 Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif ( Atkinson, McClelland, Bruner ), bagaimanakah pembelajaran? ia dapat membantu dalam proses pengajaran dan

Responden yang pertama mengaplikasikan Teori Pembelajaran Kognitif Atkinson di dalam pengajarannya dengan sering mengajukan soalan kepada pelajarnya. Tindakan ini bertujuan untuk mengukuhkan ingatan jangka pendek untuk diproses dan disimpan di dalam ingatan jangka panjang. Ingatan sensori para pelajar dirangsang dengan menunjukkan model dan gambar bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang diajar. Guru ini juga banyak memberi pujian dan dorongan dalam kelas secara tidak langsung menaikkan semangat pelajar dan ini bertepatan dengan Teori Pembelajaran Kognitif yang telah diperkenalkan oleh McClelland yang menyatakan bahawa motivasi amat penting di dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru ini menampal formula Matematik di belakang kelas agar apabila pelajar sering melihat formula tersebut secara tidak langsung mereka akan mengingat formula tersebut. Teori Pembelajaran Kognitif yang diperkenalkan oleh Atkinson menjadi titik panduan kepada setiap guru kerana responden kedua juga mengaplikasikan teori ini di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya iaitu dengan sering bertanya soalan di dalam kelas. Dorongan dan motivasi juga selalu diberikan untuk menaikkan lagi semangat pelajar untuk belajar bersesuaian dengan pendapat McClelland. Namun, berbeza dengan responden pertama, guru ini akan memberi latihan di dalam kelas sebelum kelas tamat bagi mengenalpasti kefahaman pelajar dan seterusnya akan memberikan tunjuk ajar secara persendirian.

5.5 Adakah anda beranggapan kedua-dua teori ini penting dalam proses mengajar? Mengapa?

Kedua-dua responden beranggapan bahawa teori pembelajaran ini sememangnya sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bagi mereka teori ini dapat memudahkan kefahaman pelajar dan apabila pelajar faham secara tidak langsung mereka akan berminat untuk belajar. Latihan berulang kali akan mengukuhkan lagi ingatan pelajar seperti yang dinyatakan oleh Atkinson. Berdasarkan McClelland pula, motovasi yang diberikan akan menaikkan semangat pelajar untuk belajar dan ini dapat menarik minat mereka. Responden kedua berpendapat bahawa di dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran, guru tidak seharusnya mengajar seolah-olah pelajar faham apa yang diaja walhal pelajar tidak faham. Sikap sebegini haruslah dibendung dari diri setiap guru.

6.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, teori pembelajaran merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran ini ia secara langsung memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Oleh itu, berdasarkan temu bual dan hasil kajian yang telah diterjemahkan di dalam laporan ini, dapat disimpulkan bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Pembelajaran Kognitif ( Atkinson, McClelland dan Bruner ) banyak diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Teori pembelajaran ini banyak membantu guru-guru dalam merancang strategi pengajaran terutama kepada guru-guru novis. Tidak seharusnya teori ini diabaikan dan tidak diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana teori pembelajaran ini merupakan tunjang kepada kecemerlangan sesuatu proses pengajaran.

7.0 RUJUKAN

1. Bruner, J.S. (1966). Toward a theory of instruction. Cambridge, MA: The Belknap Press of Harvard University Press. 2. Dale, E. (1946) Audio-visual methods in teaching. New York: The Dryden Press. Dale, E. (1954) Audio-visual methods in teaching, revised edition. 3. Asmawati Desa (2002). Psikologi Untuk Golongan Profesional. Universiti Kebangsaan Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. 4. Muhammad Kamil Mat Zin (2001). Minat Dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 5. Weiner, B. (1990). History Of Motivational Research In Education. Journal Of Educational Psyhology. 82(4), 616-622.

Anda mungkin juga menyukai