Anda di halaman 1dari 5

CERPEN PENANGGUNGAN MODUL 1 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan

n menggunakan ayat anda sendiri. Dia menggelisah, menanggung rasa yang menekan dan menikam hatinya. Kalau dikenangnya nasib diri, terbayanglah hidup yang pahit dan getir, menyengkang mata, dan mengikat perut. Kadangkadang mempertaruhkan nyawa menjalankan kewajipan sehari-hari. Malah, Kapten Mamat dan kumpulannya menjadi tulang belakang yang kuat menanggung beban kompeni, tetapi ada kalanya, kelasi menerima tuduhan menderhaka di dalam kapal. Ada kalanya dibuang kerja dalam masa 24 jam. Suara anak menangis telah mengejutkan Kapten Mamat. Dia tidak jadi menung panjang. Suara itu semakin lama semakin tajam menusuk telinganya. Dia menunpukan minat mendengar suara perempuan. Tidak dapat dipastikan kawan anak gadisnya bercakap, tetapi mereka itu pasti di dapur. Jemputlah naik. Dia ada di atas. Didengarinya suara isterinya menjemput mereka itu naik. Kapten Mamat bangun mengambil rokok. Dihisapnya sebatang lalu duduk semula. Dia mengingat namanya cukup masyhur baru-baru ini. Mana-mana surat khabar menyiarkan gambarnya. Isi berita ialah sejarah hidup dan mati di laut. Dia runsing memikirkan hal serupa itu. Peristiwa yang paling pahit baginya ialah perkara kecelakaan yang menimpa Baharum.

i)

Apakah yang terbayang di fikiran Kapten Mamat terhadap kehidupan masa silamnya? [3 markah]

ii)

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya seseorang itu dibuang kerja? [3 markah] Huraikan satu teknik plot yang terdapat dalam petikan dan dua teknik plot yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]

iii)

MODUL 2 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kapten Mamat bangun mengenakan baju. Ketika dia pergi ke dapur, tokohnya tidak menampakkan pangkatnya. Bahasanya tidak seperti bahasa yang dikenal orang kapalnya. Sekali ini, hati batu Kapten Mamat menjadi lembut benar. Dia tahan melihat mayat Baharum mati berdarah. Tetapi, tidak sanggup melihat janda dan dua orang anaknya yang tinggal. Wajah dan tangisan mereka merupakan suatu gambaran dunia yang penuh laknat. Siapakah tidak terharu melihat anak yang baru kehilangan bapa bertanya mana bapanya? Siapakah tidak kasihan melihat isteri yang baru kehilangan suaminya? Menyaksikan anak dan isteri yang menanggung duka dan nestapa, suatu penyeksaan bagi Kapten Mamat, tetapi jika sudah berdepan, dipaksanya menahan segala kemungkinan. Sifatnya yang lemah itu diatasinya dengan gagah Hari ini terlampau panas, kata Kapten Mamat membuka mulut. Isterinya segera menjawab. Ya, panas salah, sejuk salah. Masnah diam. Anak matanya pudar memberi suatu pengertian yang mengharukan. Percakapan yang baru lalu didengarinya dengan muka sugul. Rambutnya kusut dan semuanya membayangkan masa depan yang sangat gelap.

i)

Berikan maksud rangkai kata menampakkan pangkatnya. [2 markah]

ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat dapat membela nasib ibu-ibu tunggal? [3 markah]

iii)

Huraikan dua latar masyarakat daripada petikan dan dua latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

MODUL 3 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahar, anaknya, melihat raja laut contoh kapal kayu. Kapten Mamat memandang keadaan Masnah yang lemah itu dan barkata, Lebih dulu engkau mesti sabar. Kemudian engkau kenal dunia ini penuh suka dan duka. Abang Mat, mengapa tidak orang lain berasakan seperti saya? Mengapa saya tidak berbahagia seperti orang lain? Engkau sama seperti orang lain juga, tetapi perasaan engkau sekarang mesti ditambah dengan semangat berani. Abang mat sebut juga perkataan yang menghampakan hati saya, tiba-tiba Masnah melepaskan buku dalam hatinya. Saya kira selama ini kesatuan memberi bantuan kepada hidup suami saya, tetapi sekarang ternyata begitu hampa. Engkau menyangka kesatuan tidak berbuat kebajikan kepada anak-anak dan isteri orang kapal? Saya tidak kata begitu, tapi saya kira, suami saya berkhidmat seperti orang lain. Rendah-rendah taraf suami saya, dapat juga dia membekalkan sesuatu yang kami perlukan.

i)

Apakah nasihat Kapten Mamat kepada Masnah? [2 markah]

ii)

Pada pendapat anda bagaimanakah caranya Kesatuan dapat membantu ahli dan keluarganya sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini? [3 markah] Huraikan dua pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

iii)

MODUL 4 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Biar puas hati saya, Abang Mat. Biar saya curahkan semua buku yang tidak sanggup saya tanggung ini. Saya sedar Abang Mat. Saya sedar. Isteri Kapten Mamat menghidangkan the, tetapi ruang itu berada dalam suasana sedih. Sekarang, pada perasaannya timbul suatu kebimbangan. Dia melihat Masnah sudah melupakan kesedihannya. Ruang itu pada pandangan isteri Kapten Mamat bertukar kepada satu babak drama. Dilihatnya anak mata Masnah liar sekali. Percakapannya susah difahamkannya. Jemput minum airnya, Mas! katanya membenamkan perasaan, dengan maksud meringankan percakapan yang berat-berat. Engkau takut Mas, jangan takut, Kapten Mamat melihat Masnah menjadi pucat. Hidup jangan takut. Apa engkau sakit, Mas? Erti hidup bagi saya, tidak ada. Masnah berkata lancar. Abang Mat, lama-lama akan gilakah saya? Saya rasa di luar kesanggupan saya melihat anak-anak kesayangan bertempiaran. Bagaimana kalau mereka teraniaya?

i)

Berikan maksud rangkai kata melupakan kesedihannya? [2 markah]

ii)

Pada pendapat anda, mengapakah Masnah perlu mencurahkan penanggungannya? [3 markah]

iii)

Huraikan dua nilai daripada petikan dan dua nilai daripada keseluruhan cerpen? [4 markah]

MODUL 5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kapten Mamat mengerutkan kening. Isterinya memandang retak mukanya berjalur-jalur seperti kulit gajah. Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia bergerak dan sedar semula. Kemudian dia bersungut tidak tentu hujung pangkal, hanya dapat difaham, Sakit kepala, katanya. Mukanya terlalu pucat, tetapi matanya liar. Sangka isteri Kapten Mamat, dia dirasuk polong. Dirasanya nadi Masnah berdenyut lebih cepat, nafas pendek-pendek, badannya sejuk berpeluh. Kapten Mamat menyuruh isterinya memberi air panas. Lama-lama Masnah pulih seperti sediakala. Kapten Mamat berkata, Engkau jangan susah, Masnah. Selagi aku masih hidup, engkau dan anak-anak engkau tidak akan disia-siakan. Engkau mesti banyak berehat. Saya akan balik ke kampung, Abang Mat. Dia memeluk anaknya Bahar kemanja-manjaan. Bagus. Di sana engkau akan menempuh hidup baharu. Sekarang orang kampung sedang membangun. Tetapi saya rasa penyakit saya tidak akan pulih. Sejak beberapa hari ini, rasanya ngilu tulangtulang saya dan jantung saya terasa bagai ditikam-tikam.

i)

Mengapakah isteri Kapten Mamat menganggap Masnah dirasuk polong? [2 markah]

ii)

Pada pendapat anda mengapakah Kapten Mamat bersetuju Masnah pulang ke kampung? [3 markah] Huraikan dua perwatakan Kapten Mamat seperti yang terdapat dalam petikan dan dua perwatakan Kapten Mamat daripada keseluruhan cerpen? [ 4 markah]

iii)