Anda di halaman 1dari 3

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Saya telah memilih dua orang anak murid saya sebagai responden bagi menjalankan kajian ini. Beliau ialah adik Muhammad Zulfadhli bin Sekiman dan adik Muhammad Haikal Aiman bin Alyas, kedua-duanya dari darjah 6. Saya memilih keduadua orang pelajar ini kerana saya dapati kedua-duanya mempunyai tingkah laku dan salah laku yang kerap semasa di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini, saya telah memilih beberapa salah laku yang akan diperhatikan , iaitu; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Tidak sopan Berbahasa kasar Tidak duduk diam Mengganggu kawan Tidak menyiapkan kerja Tidak mendengar arahan Membuat bising tanpa sebab Tidak mematuhi peraturan kelas Bercakap semasa guru mengajar Suka keluar kelas

Pemerhatian yang saya lakukan ini telah dilakukan dari 14 Februari sehingga 25 Februari 2011. Pemerhatian dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya menggunakan kaedah senarai semak untuk melakukan pemerhatian ke atas responden ini. Pada hari pertama (12 Februari ) pemerhatian saya keatas kedua-dua orang responden dalam masa satu (1) jam, didapati responden telah melakukan begitu banyak salah laku seperti mana yang boleh dilihat pada borang senarai semak dan graf. Purata salah laku yang dilakukan ialah 5 kali daripada skala 10. Ini tidak memeranjatkan kerana kedua-dua orang responden ini merupakan

pelajar yang terkenal dengan salah laku yang sering dilakukan. Di samping itu, responden ini juga datang daripada keluarga yang bermasalah. Keluarga kedua orang responden ini tidak mengambil berat akan anak-anaknya dan mempunyai taraf sosioekonomi yang agak rendah. Tambahan pula mereka mempunyai tanggungan yang agak ramai. Semua ini menyumbang ke arah salah laku oleh responden berkenaan. Pemerhatian yang saya lakukan seterusnya iaitu dari 16 Februari hingga 25 Februari 2011 didapati telah berlaku penurunan dari segi salah laku yang telah dilakukan oleh responden (sila rujuk borang senarai semak). Ini juga dapat dilihat daripada graf yang dilampirkan bersama-sama dengan tugasan ini. Penurunan ini berlaku adalah atas beberapa faktor, antaranya ialah: i. tindakan teguran yang saya lakukan serta-merta apabila didapati responden berkenaan melakukan salah laku. ii. mengenakan hukuman serta-merta jika kesalahan yang dilakukan agak berat atau apabila kaedah teguran tidak memberikan kesan. iii. nasihat yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran ( p & p ). Selalunya saya akan memanggil responden ini secara individu untuk diberikan nasihat tanpa kehadiran orang lain. iv. Memberikan motivasi selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p). Motivasi diberikan dalam beberapa bentuk antaranya dalam bentuk kata-kata, sentuhan(belaian) dan material (barangan dan duit). Tindakan yang saya ambil ini adalah berdasarkan kepada mazhab / Teori Humanis dan Teori Sosial. Menurut Teori Humanis, pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan. Manakala menurut Teori Sosial pula, pembelajaran manusia adalah melalui pendekatan permodelan. Bagi mengatasi masalah salah laku responden saya ini, saya telah menggunakan Teori Humanis dan Teori Sosial. Ini terbukti berkesan apabila di dapati responden telah berjaya mengurangkan jumlah salah laku dalam tempoh

pemerhatian guru selama satu (1) jam sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p). Melalui pendekatan Humanis, emosi dan perasaan responden berkenaan telah saya cuba penuhi dengan melakukan teguran, hukuman dan nasihat serta ganjaran. Manakala melalui pendekatan Sosial, saya telah menjadikan saya sebagai model yang boleh ditiru oleh responden. Ini bertepatan dengan teori Sosial yang menggunakan pendekatan, permodelan. Nampaknya, pemilihan Teori Humanis dan Teori Sosial telah dapat mengatasi masalah salah laku responden ini. Walaupun masalah salah laku ini tidak dapat diatasi sepenuhnya tetapi, dengan pendekatan teori-teori ini sekurang-kurang ada menunjukkan perubahan kepada sikap responden. Ini menunjukkan setiap orang insan boleh berubah sekiranya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sepatutnya daripada orang yang bertanggungjawab ke atas mereka iaitu ibu bapa, guru dan masyarakat.

Beri Nilai