Anda di halaman 1dari 10

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak. Penyampaian tugasan, aktiviti atau arahan dirancang dengan rapi serta tersusun.

Arahan perlu jelas, betul, ringkas, khusus dan lengkap dengan butirsn yang terperinci. Bimbingan dan bantuan yang berkesan diberikan secara berterusan. Menyediakan suasana pembelajaran yang menarik perhatian kanak-kanak melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran. Guru boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah.

Memasukkan eleman vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum. Kanak-kanak dilatih menguruskan keperluan diri sendiri seperti makan, minum, mandi dan memakai pakaian tanpa bantuan orang lain. Menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi merangsang murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran bertutur. Memberi ganjaran atau hadiah kepada murid yang berjaya menguasai kemahiran bertutur.

Mengaitkan pembelajaran dengan perkara yang disukai atau diminati oleh kanak-kanak. Menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik. Menggunakan rangsangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal. Guru perlu memastikan tahap kesediaan muridmurid. Waktu set induksi perlu digunakan untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid-murid.

Guru perlu memberikan respon atau tindak balas yang spesifik dan kerap. Respon guru dan teguran yang positif serta spesifik diperlukan agar kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku dapat mengetahui masalah mereka yang lari dari norma asal. Guru perlu menggiatkan penghapusan tingkah laku yang tidak diingini di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran seperti time-out, kontrak, token economy dan pengasingan dalam mengawal dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini boleh diaplikasikan.

Mewujudkan peraturan bilik darjah yang dipersetujui bersama kanak-kanak yang jelas berkaitan ganjaran dan hukuman yang diperolehi jika mereka melangkar atau mematuhi peraturan yang ditetapkan. Hukuman yang diberi sesuai dengan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Teknik scaffolding merupakan teknik pengajaran berkesan dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran secara berterusan. Sering mendekati dan memberi perhatian melalui perbualan dan interaksi.

Guru harus sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak ini dan mengawal tingkah laku mereka agar tidak bersendirian. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan.

KESIMPULAN
Aspek yang paling penting dalam pengajaran kanakkanak sindrom down ialah sikap guru serta kemahiran guru. Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan setiap kanak-kanak.

Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan rangsangan seperti kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid. Kanak-kanak sindrom down boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka. Interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif dapat membantu perkembangan kanak-kanak sindrom down.