Anda di halaman 1dari 6

Ayam Kukus dan Sayur-sayuran

Bahan-bahannya 300gm ayam 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 batang serai (ditumbuk) sedikit halia (ditumbuk) sedikit lada sulah 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil kicap pekat lobak merah+kacang peas+daun sup+bunga kobis (dipotong kecil) beberapa cili padi (dipotong) sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air) garam secukup rasa Cara-caranya Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam. Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan. Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili. Nota: Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah. Selamat mencuba!

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/08/resepi-diet-ayam-kukus-dansayur.html#ixzz1j9CnxsWQ

Resepi Sup Sayur Mudah dan Ringkas


Posted on August 20, 2011 by ciktom

10Share
Salam Sejahtera.. Cik tom nak kongsikan satu lagi resepi kesukaan cik tom iaitu sup sayur. Sup sayur ini memang mudah dan ringkas untuk di sediakan. Sup sayur ini sedap makan waktu panas. Kalau tak sihat atau tak sedap badan, bila pas makan/ hirup sup sayur ini rasa makin bertambah sihat. Sup sayur ini bagus sebab resepi sayur yang sihat untuk kesihatan diri.

Bahan-bahan Resepi Sup Sayur; 2 ikat sawi jepun/ sawi putih (dipotong) 2 inci lobak merah (dipotong) 1 biji tomato (dibelah empat) 1 inci halia (dihiris) 1 ulas bwg putih (dihiris) 2 kuntum bunga lawang 1 kiub ayam Knorr 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 sudu kecil serbuk perasa garam secukup rasa 1 sudu kecil minyak untuk menumis Cara-cara Masakan Resepi Sup Sayur; 1. Panaskan minyak di dalam kuali. 2. Kemudian tumiskan bawang putih yang dihiris, bunga lawang dan halia sehingga naik bau. 3. Masukkan air, kiub ayam knorr, serbuk lada hitam dan biar sehingga mendidih. 4. Masukkan ayam, kiub ayam knorr, garam, perasa dan biar seketika untuk masak ayam sehingga empuk. 5. Kemudian masukkan lobak merah dan sawi ke dalam periuk. 6. Last masukkan tomato dan tutup api. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi sup sayur yang mudah untuk disediakan. Resepi masakan sup sayur ini juga sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka mahupun bersahur. Bagi yang demam atau tak sihat, sup sayur ini memang sesuai untuk dimakan.

Resepi: Sayur Brokoli Xpress By: Lina pg Bahan-Bahan


y y y y y y y

Brokoli udang Cendawan Capsicum (ijo, kuning, merah) potong 2 ulas bawang putih (ketuk) 1/2 kiub ayam Minyak

Cara-Cara: 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. 2. Masukkan udang, kacau sekejap. 3. Masukkan cendawan, kacau lagi 4. Masukkan brokoli, kacau sekejap. 5. Masukkan capsicum, masukkan kiub.Kacau sekejap 6. Dah siap

Resepi Diet Lagi........ cuba menu nih lak selama 10 hari .. Insya'allah ada penurunansarapan pagi susu anlene fresh rendah lemak ( suam ) hot dog rebus / bakar @ telur rebus yg putih nye sahaja. tghari hot dong ayam rebus @ bakar atau sup sayur + fish ball @ chicken ball - without penambah rasa. atau sayur rebus rebus.. atau potong hot dog nipis nipis + cendawan tiram di carik carik + putih telur gaulkan dan bakar or stim. atau ikan rebus / bakar atau ayam bahagian dada sahaja without kulit di rebus atau bakar. malam hot dong ayam rebus @ bakar atau sup sayur + fish ball @ chicken ball - without penambah rasa. atau sayur rebus

rebus.. atau potong hot dog nipis nipis + cendawan tiram di carik carik + putih telur gaulkan dan bakar or stim. atau ikan rebus / bakar atau ayam bahagian dada sahaja without kulit di rebus atau bakar. *** AIR PUTIH PERLU DI MINUM SEBANYAK 3 LITER = 2 BOTOL BESAR MINERAL WATER SEHARI.. LAGI BANYAK LAGI BAGUSS.. ** SEMUA DIATAS PERLU DI MAKAN TANPA BAHAN PENAMBAH PERASA CTH - GARAM, GULA, KICAP, AJINOMOTO DAN SGBNYA... BENDA LARANGAN SELAMA 10 HARI NASI BISKUT OAT BUAH BUAHAN GARAM GULA AJINOMOTO JAGUNG KENTANG KANG KUNG KICAP SELAMAT MENCUBA..
bfast: minum air masak 2 gelas air suam( u can have this immediately after bangun tido or after u have ur bfast..) 1 telur separuh masak/hard boiled sekeping roti bakar plain.. no butter pls..hehe.. 1 gelas low fat milk.. in between meal. biskut..2 keping shj or or roti bakar plain or fruits 1 gelas air masak.. lunch: 1 protein 2 jenis sayur nasi 1 bowl.. jus buah or plain water.. between meal: biskut or roti or buah. 1 gelas air

diner: 1 protein (ikan or daging or ayam or taukua) 2 jenis sayuran nasi 1 bowl sup (malam tak digalakan makan buah..hehe)..

TELUR KUKUS CINA BAHAN-BAHANNYA 2 biji telur 1 1/2 mangkuk air Sedikit minyak bijan 3/4 sudu besar minyak masak Sedikit Garam Sedikit serbuk lada bawang goreng daun bawang ( dihiris ) CARA MEMASAK 1. Pukul telur ayam dan campurkan air. 2. Masukkan lada putih dan garam secukup rasa. 3. Masukkan minyak bijan dan gaul sehingga rata. 4. Tuang sedikit minyak masak dan kukus. 5. Masakan air didalam periuk sehingga mendidih. 6. Letakkan plate penahan ( potstand ) didalamnya. 7. Letakkan mangkuk tadi dia atasnya dan masak menggunakan api yang perlahan. 8. Tutup periuk dan masak dalam linkungan 3-4minit

Kangkung Goreng (Fried Kangkung Recipe click here for English) Bahan-bahan: 600 gm sayur kangkung 300 gm cili kering 6 bawang merah 2 ulas bawang putih 2 cili merah 1 sudu makan minyak masak Garam secukup rasa

Cara penyediaan: 1. Kupas bawang merah dan bawang putih. Buang biji cili merah. Tumbuk bawang dan cili hingga lumat. 2. Basuh sayur kangkung dan potong 5sm panjang. 3. Rendam udang kering dan tos. Tumbuk kasar. 4. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. 5. Masukkan kangkung dan gaul rata. Masukkan garam dan gaul seketika selama seminit. 6. Hidang panas-panas bersama nasi.

Anda mungkin juga menyukai