Anda di halaman 1dari 5

BABA NYONYA

Kepercayaan
Baba dan Nyonya memanggil diri mereka sebagai Baba atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Peranakan bermaksud keturunan. Baba merujuk kepada keturunan lelaki dan Nyonya untuk perempuan. Majoriti bangsa Peranakan adalah dari keturunan Hokkien, walaubagaimanapun terdapat juga dari keturunan Teocheww atau Kantonis.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasigenerasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba.

Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka.

Baba dan Nyonya mengamalkan agamaagama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.