Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGURUSAN SUMBER WARISAN

Pengurusan sumber jaya warisan merangkumi pengiktirafan, penghuraian, pemeliharaan, keselamatan dan keseluruhan pengurusan ke atas sumber jaya warisan. Objektif pengurusan sumber jaya warisan ini adalah untuk memastikan adanya perlindungan ke atas kepentingan warisan, ketulusan dan keaslian sumber jaya untuk diwarisi oleh generasi sekarang dan akan datang melalui pemeliharaan dan pengekalan sumber-sumber sedia ada (Paul Box, 1999). Mengikut tafsiran yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar dan Warisan Kerajaan

Australia, pengurusan sumber jaya warisan adalah satu proses yang mengurus sumber fizikal untuk mengekalkan nilai-nilai warisan budaya sedia ada. Sumber jaya warisan boleh terdiri daripada benda, monumen, landskap, taman atau tempat, tetapi biasanya adalah lebih kepada pengurusan bangunan warisan. Pengurusan sumber jaya warisan yang dibuat adalah mengambil kira kitaran yang dibuat ke atas sesuatu sumber warisan itu dari segi pembaikan, pengurusan penggunaan, perbelanjaan ke atas usaha-usaha pemeliharaan dan pelupusan. Pembangunan pesat yang dialami oleh masyarakat bandar telah menerima tekanan dari segi sosial dan ekonomi, dan ini telah menambahkan kesukaran dalam perancangan dan pengurusan bandar. Sering kali pembangunan dijalankan lebih cepat daripada perancangan bandar. Tekanan pembangunan ini secara tidak langsung membawa ancaman kepada kawasankawasan yang kaya dengan warisan. Perkembangan bandar yang pesat ini membawa kepada pembinaan bangunan-bangunan yang bercirikan reka bentuk moden dan terkini memberi kesan kepada rupa bandar di mana bangunan-bangunan lama yang mempunyai seni bina dan tarikan tersendiri akan digantikan dengan bangunan-bangunan baru. Ini boleh menyebabkan unsurunsur sejarah dan seni bina yang terdapat pupus sekiranya tiada usaha pemeliharaan dilakukan (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Pemusnahan bangunan lama dapat dilihat lebih ketara pada bangunan-bangunan kedai lama yang majoritinya terletak di pusat bandar. Lokasinya yang strategik dengan kesan ekonomi yang menunjukkan peningkatan terhadap nilai harta tanah di kawasan bandar menyebabkan pihak-pihak tertentu dan juga pemilik bangunan itu sendiri lebih suka menggantikan bangunan kedai lama dengan bangunan moden. Tindakan merobohkan bangunan kedai lama ini adalah atas alasan untuk tujuan komersil. Ketidakprihatinan, sikap berkecuali dan kurangnya maklumat atau data mengenai

bangunan warisan menyebabkan kepentingannya tidak banyak diketahui oleh pihak-pihak yang

terlibat dalam

pembangunan sesebuah bandar seterusnya menyebabkan kerja-kerja

pemeliharaan sukar dilaksanakan (Ghafar Ahmad, 1994). Pemeliharaan bangunan warisan adalah satu tugas yang penting bagi memastikan khazanah-khazanah yang bernilai ini dapat dipelihara bagi generasi masa hadapan. Bangunan warisan penting kerana nilai seni binanya yang unik dan tidak terdapat pada bangunan moden hari ini menjadi bukti kepada sesuatu era dan peristiwa sejarah. Khazanah bersejarah ini menjadi bukti perkembangan tamadun negara dan menjadi satu aset kebanggaan negara di mana Malaysia telah cuba mendapat pengiktirafan dari United Nations Educational, Sciencetific And Cultural

Organisation (UNESCO) bagi memasukkan sumber jaya kebudayaan sejarahnya ke dalam World Heritage List. Selain daripada ini, bangunan-bangunan warisan ini merupakan satu aset pelancongan yang penting di mana historical-tourism adalah satu aset pelancongan yang mendapat sambutan di peringkat antarabangs Dengan menyedari kepentingan bangunan warisan sejarah ini kepada masyarakat dan negara di samping selaras dengan arus pembangunan, perancangan dan pengurusan bangunan warisan perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, penekanan dalam bidang perancangan bangunan warisan masih kurang dan tidak diberi perhatian yang khusus. Ini boleh dilihat dari segi beberapa aspek perancangan seperti konteks rancangan pemajuan, dasar dan piawai perancangan serta polisi pembangunan negara di mana kita jelas dengan kekurangan alat-alat pelaksanaan seperti rancangan tempatan dan juga pelan reka bentuk bandar serta garis panduan pembangunan. Tambahan pula, dari segi perundangan, peruntukan akta bagi pemeliharaan dan menjaga kepentingan bangunan warisan ini masih terhad kepada Akta Benda Purba,1976 dan sebahagian kecil Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. Secara tidak langsung ini telah menjadi halangan dan permasalahan bagi memudahkan penyediaan rancangan pemajuan Selain permasalahan di atas, perancangan dan pengurusan bangunan warisan ini merupakan satu proses yang rumit dan mengambil masa. Peringkat pengurusan data dan peringkat analisis melibatkan teknik penilaian yang menyeluruh dan rumit sebelum dasar dan garis panduan pembangunan dapat dihasilkan. Di negara-negara Eropah, usaha pembangunan bandar selepas Perang Dunia I banyak menampakkan percubaan untuk memelihara warisan seperti bangunan dengan seni bina Greek dan Rome yang didirikan di Zaman Renaissance. Di bandaraya yang sangat pesat

pembangunan iaitu kadar urbanisasi telah mencapai 100% seperti Paris, warisan yang mempunyai sejarah selama beratus-ratus tahun masih dipelihara seperti L Arc de Triomphe, La Tour Eiffel (1889), Notre-Dame de Paris (1163), Le Palais de Chaillot (1937), La Bastille (1789). Ini jelas menunjukkan pembangunan bandar tidak menjejaskan warisan negara. Di Amerika Syarikat, sejak tahun 1949, taman negeri dan taman negara telah bertambah daripada 19 juta eka rkepada 116 juta ekar, dan kawasan hidupan liar bertambah daripada 9 juta ekar kepada 96 juta ekar. Di Malaysia, pembangunan bandar dari segi tanah dan bangunan adala dikawal oleh Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) dan undang-udang yang berkaitan seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta127). Malaysia yang masih mentah dari segi sistem perancangan bandar telah menampakkan keprihatinan untuk memulihara warisan negara dalam pembangunan bandar 1.1 KEPENTINGAN PEMELIHARAN KAWASAN WARISAN KEPADA NEGARA

Dalam konteks Malaysia, bidang kuasa perancangan pemeliharaan terletak di bawah beberapa pihak berkuasa yang tertentu seperti Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Terdapat juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Badan Warisan Malaysia dan Badan Warisan Pulau Pinang yang juga menyumbang kepada bidang perancangan pemeliharaan kawasan warisan. Kepentingan pemeliharaan bangunan warisan telah diberi perhatian dalam konteks pembangunan negara setelah menyedari sumber jaya sejarah sebagai satu tarikan pelancong. Walaupun kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan bangunan warisan sejarah telah meningkat, usaha pemeliharaan masih di peringkat permulaan. Antara usaha yang perlu dinyatakan dalam konteks pemeliharaan warisan sejarah di Malaysia adalah kajian Inventori Bangunan-bangunan Warisan Sejarah Malaysia yang dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1992 yang melibatkan sejumlah lebih daripada 35,000 bangunan sebelum perang bagi 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara. Kajian ini telah menyediakan senarai bangunan-bangunan sebelum perang dalam konteks taburan, bilangan, seni gaya dan kepentingan yang dapat membantu PBT dalam melaksanakan usaha pemeliharaan. Walau bagaimanapun, kajian inventori yang dinyatakan tidak meliputi kawasan warisan sejarah kota lama seperti Lembah Bujang, Johor Lama, Sungai Lembing dan sebagainya yang juga mempunyai nilai warisan yang tinggi dari segi sejarah dan arkeologi.

Pemeliharaan warisan sejarah membantu membina semangat kemasyarakatan yang menjadi kebanggaan terhadap diri mereka. Pada hakikatnya, pemeliharaan bukan sebagai satu ancaman jika dikendalikan dengan sempurna, malah ia boleh bertindak selaras dengan kehendak pembangunan. Konsep pemeliharaan hendaklah selaras dengan penjagaan keseluruhan aspek kawasan untuk dipulihkan bagi memeriahkan serta mengekalkan kepentingan sesuatu tempat untuk menarik tumpuan orang ramai. Sekiranya tindakan pemeliharaan ke atas bangunan warisan diambil serius oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan dilaksanakan dengan penuh efisien serta efektif, banyak faedah dan kepentingan yang diperolehi oleh semua mempertingkatkan imej dan membentuk identiti pada sesebuah pihak. Malah ia dapat bandar. Jika dikaji secara

terperinci, bangunan warisan mempunyai kepentingan sejarah dan nilai seni bina yang tersendiri. Oleh kerana itu, adalah penting untuk memelihara bangunan warisan kerana: i. Ketinggian nilai seni bina Bangunan yang dibina zaman kolonial mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang unik dan nilai seni bina yang tinggi. Sesetengah bangunan warisan masih dalam keadaan baik dan berstruktur kukuh. Bangunan warisan zaman kolonial British mempunyai ciri reka bentuk seni bina asing yang telah diubahsuai mengikut keadaan cuaca tempatan. Rekabantuk seni bina yang terdapat pada elemen bangunan lama seperti dinding, tibar layar, pintu, tingkap dan ruang dalaman telah dipinjam dan diubahsuai untuk menjadi elemen dan reka bentuk bangunan. ii. Pelindungan dan penghargaan keunikan warisan sejarah negara Usaha-usaha pemeliharaan bangunan menghasilkan catatan dan dokumentasi data dan maklumat berkenaan bangunan sejarah secara sistematik termasuklah sejarah berkaitan bangunan, faktor seni bina dan kerja pembaikan. Kepentingan melindungi dan memelihara bangunan warisan adalah disebabkan oleh kepentingannya dalam menjadi bukti kepada suatu era dan peristiwa. Menurut Stipe (1995), pemeliharaan bangunan bersejarah terutama strukturnya adalah kerana hubungannya kepada peristiwa lepas, kawasan, monumen dan

orang perseorangan yang penting untuk kebanggaan dan pemahaman. iii. Membina imej dan identiti bandar warisan

Satu atau sekumpulan bangunan bersejarah dalam sesebuah kawasan dapat menunjukkan bukti visual masa lalu. Faktor ini kukuh untuk membina imej yang jelas dan identiti sebuah bandar warisan. Bangunan bersejarah menyediakan ciriciri fizikal sesuatu kepada bandar warisan, membezakannya dengan bandar biasa yang lain. Pemeliharaan warisan pada asalnya adalah berkenaan dengan bangunan (Roberta Hardy, 1997). Sebanyak 500 tapak warisan

sejarah dalam Senarai Warisan Dunia 1996 majoritinya adalah bangunan ataupun kelompok bangunan. iv. Pelancongan Pemeliharaan kawasan warisan ini juga dapat membawa pembangunan ke atas ekonomi setempat dalam penerokaan bidang pelancongan. Pelancongan berteraskan kebudayaan sejarah telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Bangunan bersejarah, kawasan bersejarah dan keunikan budaya masyarakat setempat dibangunkan sebagai produk pelancongan. Bangunan bersejarah dapat ditukarkan kepada muzium, galeri seni, restoran dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford dan Cambrigde di England, Paris di Perancis, Venice, Pisa dan Florence di Italy, dan Amterdam di Belanda telah berjaya memelihara dan melindungi sebahagian besar daripada bangunan dan monumen lama mereka dengan baik (Ghafar Ahmad, 1994). v. Perancangan Walaupun pemeliharaan bangunan dan monumen bersejarah di Malaysia masih dalam peringkat awal, adalah penting bagi usaha-usaha pemeliharaan diberi keutamaan sebelum warisan dan khazanah negara lenyap dibawa arus pembangunan moden. Pelbagai langkah dan tindakan boleh diambil untuk menyelamatkan bangunan dan monumen daripada masalah pemusnahan dan perobohan. 2. Tekanan dan ancaman pembangunan terhadap bangunan warisan

(vandalism) 1. EKONOMI Pembangunan ekonomi yang pesat meningkatkan permintaan penggunaan ruang sama ada di bandar mahupun luar bandar. Kebanyakan bangunan-bangunan warisan yang terletak di

kawasan pusat bandar mengalami ancaman kemusnahan akibat dari peningkatan nilai tanah dan kuasa pasaran untuk menguasai kawasan tersebut. Ia adalah bagi menempatkan pembangunan baru dengan menggantikannya dengan bangunan bertingkat yang mana mampu memberikan pulangan yang lumayan (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Dengan ini, kawasankawasan bersejarah akan terjejas secara langsung atau tidak langsung dengan pembangunan baru sama ada perumahan, perniagaan dan perindustrian. Sebagai kawasan warisan yang kaya dengan pelbagai sumber jaya pelancongan, tekanan pembangunan ke atas kawasan ini perlu diuruskan secara sistematik bagi mengelakkan penjejasan kepada kualiti dan nilai sumber jaya sejarahnya. Di kebelakangan ini, timbul kebimbangan mengenai kesan perbandaran yang pesat ke atas ciriciri bandar di Malaysia (Ahris Yaakup, 1994). Banyak bangunanbangunan yang dibina sebelum perang di Malaysia memberikan sifat-sifat unggul kepada bandar-bandar tersebut. Kerana kedUdukannya di lokasi yang strategik, kebanyakan bangunan ini terpaksa dimusnahkan untuk menempatkan bangunan yang bertingkat. Adalah penting bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah ini dikekalkan untuk generasi akan datang. Tapak geowarisan yang dibincangkan terdapat di kuari yang masih aktif seperti di Kuari Kang Giap, Bukit Tuntung dan Guar Sanai. Kegiatan pengkuarian ini perlu dipantau agar semua warisan geologi yang dinyatakan dapat diselamat dan dipulihara. Sebagai contohnya lokasi penemuan asal Monodiexodina ialah di kawasan Bukit Wang Pisang. Kawasan tersebut telah diratakan dan menjadi tapak bangunan Terinai. Kegiatan pengkuarian di Kawasan Gua Sanai juga berlaku dengan aktif dan sebahagian besar kawasan yang berfosil telah dikorek dan banyak maklumat fosil telah hilang. Adalah diharapkan inisiatif memulihara sumber geowarisan melalui Kumpulan Warisan Geologi Malaysia ini akan menjadi pemangkin kepada pemuliharaan warisan geologi negeri Perlis sebelum terlambat.Bahan-bahan warisan geologi yang

menghadapi ancaman kemusnahan perlu dikumpul dan dipulihara dalam muzium agar dapat dimanfaat oleh generasi akan datang. Satu kerjasama perlu diwujudkan antara Kumpulan Warisan Geologi Malaysia dengan pihak muzium negeri agar hasrat ini dapat direalisasikan. Telah dibuktikan bahawa pembangunan bandar zaman moden dikawal sistem perancangan bandar berkanun yang mengambil kira warisan negara yang bernilai. Soalannya bagaimana pembangunan bandar yang dikawal oleh set undang-undang boleh menjejaskan warisan negara jika bukan disebabkan oleh keputusan pihak pemerintah yang boleh mempengaruhi keputusan

pembangunan? DiMalaysia mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling di bawah seksyen 34A, satu perintah kualiti Alam Sekeliling (akta yang ditetapkan) telah menyenaraikan 19 aktiviti yang dikehendaki menjalani kajian EIA, salah satu aktiviti ini adalah penjana an pemancaran kuasa. Menurut akta, EIA perlu dikemukakan kepada JAS dan diluluskan sebelum projek pembangunan boleh dilaksanakan. Malangnya projek Empangan Bakun tetap dilaksanakan walaupun EIA belum diluluskan. Projek ini telah mengorbankan warisan negara yang tidak ternilai dengan pembersihan hutan rimba primer seluas 80,000 hektar (saiz Singapura) di samping peralihan keluar keluarga orang asli sebanyak 5000 buah yang terdiri daripada etnik Kenyah, Kayan, Lahanan, Ukit, Penan. Kesimpulannya, keputusan pemerintah menjejaskan warisan negara dan bukan sistem pembangunan bandar. Kubu dan Taman Shalimar di Lahore, Pakistan juga termasuk dalam senarai baru yang memerlukan perlindungan. Kubu yang dibina pada kurun ke-11 diperbuat daripada bahanbahan bermutu tinggi dan berharga merupakan kebanggaan Pakistan. Kehebatan landskap serta seni bina Moghul pula begitu terserlah di Taman Shamilar yang begitu gemilang pada kurun ke-17. Taman tiga tingkat itu dilengkapi air pancut, tempat mandi-manda diraja, kolam renang dan terowong. Malangnya pada 1999, pihak berkuasa bandar raya di situ secara tidak sengaja memusnahkan dua tangki air bersejarah semasa kerja-kerja melebarkan Grand Trunk Road bagi memudahkan akses antara kubu dan taman tersebut. 2. SOSIAL Aktiviti pelancongan yang melibatkan penjelajahan gua juga sedikit sebanyak boleh menjejaskan alam sekitar. Kebanyakan pelancong yang datang melawat gemarkan aktiviti menjelajah gua. Malaysia amat terkenal dengan beberapa gua yang menarik antaranya Gua Niah dan Gua Mulu (Sarawak), Gua Telinga (Pahang) dan Gua Wang Burma (Perlis). Namun tindak-tanduk manusia sememangnya sukar dikawal. Contohnya formasi gua seperti stalaktit dan stalagmit kerap dirosakkan atau diambil sebagai cenderamata. Kemasukan pelancongpelancong ke dalam gua akan menyebabkan suhu didalam gua akan berubah dan sekaligus akan membantutkan pertumbuhan stalaktit dan stalagmit. Justeru itu bilangan pengunjung perlulah dihadkan agar khazanah warisan negara tidak akan terjejas dengan tindak-tanduk manusia yang tidak bertanggungjawab.

Konsep pendidikan dan kesedaran yang lebih mendalam tentang kesejahteraan alam sekitar dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar. Walaupun begitu , pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara menyeluruh adalah amat perlu dengan penggabungan maklumat dan penyebaran maklumat kepada pelancongpelancong yang datang. Ini adalah kerana konsep secara menyeluruh adalah perlu bagi memberi kesedaran awal tentang kepentingan alam sekitar kepada mereka. Perkhidmatan maklumat juga merangkumi penggunaan teknologi maklumat, multimedia, media cetak, media elektronik dan sebagainya. Peranan media dalam penyebaran maklumat perlu dipergiatkan agar semua individu menerima kesannya. Program-program seperti Hari Alam Sekitar Sedunia, Kempen Alam sekitar, Kempen Kitar Semula, Kempen Buku Hijau adalah satu langkah yang proaktif disamping mendidik individu juga tidak terkecuali pelancong-pelancong sukan supaya sedar akan kepentingan alam sekitar. Mereka perlu didedahkan dengan program-program seumpama ini agar khazanah warisan negara kita tetap terpelihara dari zaman berzaman Media massa melalui televisyen, radio, video dan sebagainya membawa masuk pengaruh barat dari segi seni muzik, gaya berpakaian, budaya hidup; dan faktor inilah yang menjejaskan warisan budaya kita. Pengaruh barat ini dikukuhkan lagi oleh pelancong asing yang melawat negara kita. Kemajuan teknologi maklumat menyediakan jaringan global atau internet yang membolehkan perhubungan secara langsung dengan dunia luar. Perubahan ini menjadikan kuasa media massa meresap ke seluruh negara termasuk desa yang tidak diharungi arus pembangunan. Ini membuktikan bahawa warisan negara tidak dijejaskan oleh pembangunan bandar tetapi faktor media massa. Rizab Biosfera Rio Plataro, Honduras, antara hutan simpan unik yang masih ada di Amerika Tengah. Di situ terdapat lebih 200 tapak arkeologi termasuk peninggalan Maya dan tempat di mana Columbus pertama kali tiba di tanah besar Amerika. Ia juga menempatkan empat kumpulan orang asli, binatang liar serta spesies tumbuhan yang jarang ditemui. Atas permintaan kerajaan Honduras, kawasan tempat disenaraikan sebagai terancam berikutan kegiatan pembalakan haram dan pencerobohan tanah untuk penempatan pelarian. Lebih membimbangkan penyeludupan dadah yang menjadikan hutan simpan itu sebagai pusatnya.

3. POLITIK Faktor peperangan dan kemusnahan yang dibawakan akan menjejaskan warisan negara. Contohnya dala Perang Dunia I, banyak bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah seperti seni bina Greek, Rome, Baroque telah musnah. Bukan warisan Eropah sahaja termusnah dalam peperangan tetapi banyak harta benda budaya Jepun yang hilang atau termusnah oleh serangan udara dalam Perang Pasifik. Di akhir Perang Pasfik, hampir semua bandaraya di Jepun telah musnah dibom. Banyak harta benda budaya yang tidak boleh dipindah seperti castle, temple, rumah berhala (shrines) dan bangunan bersejarah telah termusnah oleh serangan udara. Perang di Iraq ternyata memusnahkan sebahagian besar daripada kehebatan tamadun yang pernah dicipta di situ antaranya Kota Arkeologi Samarra. Pernah melebarkan pengaruhnya hingga ke Tunisia dan Asia Tengah, struktur bandar tersebut mempamerkan kehebatan seni bina Islam terutamanya Menara Malwiya dan masjid Abu Dulaf. Namun perang pada 2006 telah memusnah kubah keemasan masjid tersebut dan pemberontakan al-Qaeda kemudiannya meranapkan pula kedua-dua menara.

3.

KESAN NEGATIF INDUSTRI PELANCONGAN KE ATAS TAPAK WARISAN DUNIA

Mengenai kesan-kesan negatif pembangunan pelancongan, beberapa trend yang biasa dilaporkan. Peningkatan tekanan pengunjung dilihat sebagai salah satu daripada isu-isu utama yang berkaitan dengan status Tapak Warisan Dunia dan boleh membawa kesan yang teruk terhadap integriti terutamanya apabila kenaikan sama ada yang tidak dirancang atau sangat pesat, mengatasi penyelarasan kapasiti infrastruktur laman web dan sistem pengurusan menghadapi. Peningkatan pesat dalam bilangan pelancongan, khususnya perkara ini tidak diambil kira oleh pengurusan harta sering mengancam nilai-nilai yang harta itu adalah tertulis dalam senarai di tempat yang pertama. Dikaitkan dengan peningkatan dalam bilangan pengunjung adalah isu-isu lain yang dilaporkan dalam penyiasatan termasuk kesesakan lalu lintas berat, pembangunan infrastruktur, udara, bunyi dan / atau pencemaran air dan kesan yang teruk kepada kepelbagaian kawasan itu melalui perubahan fizikal yang didorong oleh kehadiran besar bilangan pelancong (contohnya melalui trampling, gangguan, vandalisme dan lain-lain). Beberapa kesan secara tidak langsung nombor tinggi pengunjung ke kawasan, seperti

pengenalan spesies invasif turut dilaporkan. Kepulauan Galapagos adalah contoh yang baik kesan kalah ke yang dibangkitkan oleh pengunjung meningkat tekanan. Pelancongan ke pulaupulau telah berkembang dengan ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini yang membawa kepada pelbagai jenis isu-isu yang mengancam OUV harta. Pertama, beberapa pintu masuk yang tinggi dengan adanya beberapa mod pengangkutan, terutama pengangkutan udara, telah memudahkan peningkatan yang pesat dalam pelawat ke pulau-pulau. Kedua, peningkatan dalam nombor dan nombor operator dan pilihan pelancongan dan aktiviti available bermakna bahawa pengunjung kini boleh mengakses kawasan pulau-pulau yang sebelum ini had off. Lain-lain kesan kenaikan dalam jumlah pelancong termasuk pertumbuhan dalam pembinaan hotel untuk perkhidmatan pelancongan, dan operator lain perkhidmatan kawasan itu. Ketiga, pertumbuhan pelancongan telah mencetuskan ketara penghijrahan dari tanah besar Ecuador untuk kerja-kerja yang membawa pembandaran yang sangat dramatik dan tidak dirancang tekanan ke pulau-pulau ini, bersama-sama dengan pelbagai isu-isu sosial. Secara kolektif, perubahan ini telah menyebabkan banyak ancaman kepada flora dan fauna tempatan ekosistem itu rapuh disebabkan oleh pengenalan spesies invasif, sisa meningkat dan miskin pengurusan, pencemaran dan perubahan kepada banyak ciriciri tidak ketara tapak jauh. Kepulauan Galapagos, di kalangan semulajadi yang tertulis pertama Tapak Warisan Dunia pada tahun 1978, telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia dalam Bahaya (2007), ketara kerana kesan-kesan langsung dan tidak langsung pelancongan. Kotak 1 di bawah memberi lebih terperinci contoh harta yang lain dengan nombor pengunjung yang tinggi. Satu lagi masalah biasa pertumbuhan pelancongan yang dilaporkan dalam kajian ini adalah tidak dirancang dan invasive pembangunan infrastruktur. Sebagai contoh, di tempattempat seperti Iguazu / Iguau National Park, Mosi-oaTunya/Victoria Falls dan Ngorongoro Crater, konsesi pelancongan telah tidak terancang membawa kepada percambahan

perkembangan yang menurunkan nilai tapak. Satu contoh yang melampau pembangunan infrastruktur mengancam OUV tapak telah berlaku dalam Sawar Belize Sistem Reef (BBRS). Meskipun terdapat kebimbangan yang kuat daripada Jawatankuasa Warisan Dunia, pajakan dan pembangunan tanah di dalam harta ini untuk pelancongan dan hartanah telah mencapai tahap tidak mapan. Pemotongan bakau dan pengorekan karang adalah antara kesan-kesan yang serta-merta perkembangan itu. Pembangunan berkaitan pelancongan yang tidak terkawal

membawa kepada kemasukan BBRS pada Senarai Dunia Warisan dalam Bahaya pada tahun 2009. Pencemaran dan bahan buangan juga kedudukan yang sangat dalam senarai kesankesan yang didorong oleh pelancongan Warisan Dunia asli Laman. Ini cenderung untuk menjadi yang berkaitan dengan nombor pengunjung yang meningkat dan pembangunan infrastruktur tetapi juga kepada aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlaku dalam tapak. Tempat seperti Ha Long Bay di Vietnam telah melihat pencemaran dan bahan buangan menjadi satu masalah besar dari semasa ke semasa. Tawaran pelancongan pada masa ini terhad kepada perjalanan bot di sekitar teluk dan terdapat lebih 400 bot dalam operasi yang menyumbang kepada pencemaran dan pengurangan dalam kualiti air. Di samping itu, kebanyakan bot-bot tidak mempunyai kaedah yang mencukupi untuk sisa pelupusan dan / atau pengurusan. Satu lagi isu yang memburukkan lagi masalah pencemaran adalah infrastruktur pembangunan di luar sempadan tapak, iaitu pembinaan hotel dan pelabuhan. Isu jangkaan yang tidak direalisasi merupakan satu lagi isu yang sering dikaitkan dengan pembangunan pelancongan (Pedersen, 2002). Kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat tempatan kadang-kadang yakin dengan tapak pengurusan dan industri pelancongan bahawa pencalonan Warisan Dunia akan membawa kepada peningkatan dalam pelawat ke kawasan itu dan dengan itu, perubahan positif. Ini boleh membawa kepada pelbagai kesan negative untuk laman web ini, terutamanya yang berkaitan kepada masyarakat tempatan yang boleh menjadi bercanggah ke arah pengurusan pihak berkuasa tempatan dan juga aktif mengancam integriti tapak. Daripada laman web yang dikaji, Timur Rennell di Pasifik adalah contoh yang baik jangkaan yang belum direalisasi. Pakar-pakar yang ditemuramah tentang laman web ini melaporkan bahawa orang-orang tempatan dijangka bahawa pencalonan akan membawa utama meningkatkan pembangunan, bukan sahaja dari segi pelancongan, tetapi juga mengenai bangunan hospital baru, menambah baik infrastruktur dan pengangkutan di dalam dan di pulau itu. Hakikat bahawa ini tidak berlaku telah membawa kepada penduduk tempatan yang menjadi gundah gulana dan boleh membawa masa depan kepada konflik dan ancaman kepada laman web ini. Di Malaysia contohnya, kesan negative yang terhasil daripada penubuhan langkawi Geopark ialah kerosakan alam semulajadi. Hal ini kerana, kawasan alam semulajadi amat sensitive dengan apa2 perubahan uyang dilakukan ke atasnya. Kemasukan pelancong ke kawasan alam semulajadi dengan jumlah yg besar boleh merosakkan sumberjaya yang terdapat di dalamnya. Secara umum, kemasukan pelancong kesuatu kawasan mewujudkan permintaan terhadap kemudahan seperti bekalan air, elktrik, kemudahan penginapan, pengangkutan dan barangan

runcit. Bai menampung permintaan tersebut, banyak kawasan terpaksa dikorbankan. Pembinaan kemudahan in boleh melibatkan penerokaan tanah scara tidak terkawal yang mengakibatkan ganguan terhadap ekologi seperti pemusnahan habitat flora dan fauna, pencemaran sungai serta perubahan nutrient tanih. Di batu caves contohnya anak-anak tangga telah mengalami kerosakan akibat daripada tumpuan pelancong yang ramai. Pemulihan danoemeliharaan terhadap tangga2 tersebut sebaliknya akan mengurangkan nilai keaslian tanggan tersebut. Pemuliharaan cabaran Victoria Falls WHS mengalami pelbagai cabaran pemuliharaan yang berkaitan untuk bandar pembangunan, pelancongan, tekanan, spesies invasif; pemburuan haram, pencemaran air dan pengekstrakan; dan cabaran institusi. bandar serta pembangunan bandar Telah meningkat pembangunan dalam Tapak Warisan Dunia Victoria Falls selepas inskripsi senarai warisan dunia walaupun sesetengah struktur telah dibina sebelum tapak telah diberikan status. Walaupun laman web itu yang diuruskan oleh Warisan Kebangsaan Pemuliharaan Suruhanjaya perancangan pembangunan tanah dan dikawal oleh Maramba Majlis Daerah. Terdapat beberapa struktur dalam laman yang termasuk hotel, beberapa dibina sangat dekat jatuh, lodge, chalet, bidang muzium, bot kelab, curio penjual tempat perlindungan, kuasa stesen hidroelektrik dan kampung-kampung. Link jalan raya dan kereta api antara Zambia dan Zimbabwe akan melalui yang WHS, menyeberangi sungai dengan jambatan jatuh. Landasan kereta api dan jalan raya antara Maramba dan Kazungula juga dijalankan melalui tapak warisan dunia. Zambia, kastam dan imigresen struktur adalah di dalam sempadan tapak warisan dunia. Pengurusan rancangan Bersama yang sepatutnya untuk menangani kesan negatif

pembangunan belum dilaksanakan. Ini telah disebabkan oleh kekurangan kerjasama antara pihak berkuasa Negara (Pemuliharaan Warisan Kebangsaan Suruhanjaya Zambia, Zimbabwe Taman dan Hidupan Liar Lembaga pengurusan dan Muzium Negara dan Tugu Peringatan di Zimbabwe. Bandar Maramba di Zambia sedang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat yang memerlukan lebih banyak tanah bagi penyelesaian.