Anda di halaman 1dari 6

NOTA DAN CONTOH KESALAHAN UMUM

A. PENGGOLONGAN KATA
1.

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Diri


Kata ganti diri yang sering salah penggunaannya ialah kami, kita, dia, ia, beliau, dan mereka. 2. Kami bererti saya dengan dia apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak bercakap disertakan. 3. Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang kita ajak bercakap disertakan. 4. Contoh kesalahan dalam penggunaan kata kami dan kita serta pembetulannya adalah seperti yang berikut: (a) Kami mesti mematuhi peraturan permainan, kata Beng Hong kepada rakan sepasukannya. (salah) Kita mesti mematuhi peraturan permainan, kata Beng Hong kepada rakan sepasukannya. (betul) (b) Kita hendak melaporkan kemalangan jalan raya, encik, kata Yusri dan Mohan kepada pegawai polis itu. (salah) Kami hendak melaporkan kemalangan jalan raya, encik, kata Yusri dan Mohan kepada pegawai polis itu. (betul) 5. Kata beliau tidak boleh digunakan sewenang-wenang, misalnya untuk orang yang tidak dihormati dan untuk binatang. 6. Contoh kesalahan dalam penggunaan kata beliau serta pembetulannya adalah seperti yang berikut: (a) Budak itu menangis kerana beliau lapar. (salah) Budak itu menangis kerana dia/ia lapar. (betul) (b) Anjing itu garang. Beliau suka menyalak. (salah) Anjing itu garang. Anjing itu suka menyalak. (betul) 7. Kata dia, ia, dan mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. 8. Contoh kesalahannya adalah seperti yang berikut: (a) Novel itu berjudul Di Hadapan Pulau. Ia ditulis oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. (salah) Novel itu berjudul Di Hadapan Pulau. Novel itu ditulis oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. (betul) (b) Kucing Niki bernama Manja. Ia sungguh comel. Kucing Niki bernama Manja. Manja sungguh comel. 9. Kata mereka tidak perlu diulang menjadi mereka-mereka kerana kata mereka sudah bermakna jamak. 10. Contoh kesalahan dan pembetulannya adalah seperti yang berikut: (a) Mereka-mereka itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu. (salah) Mereka itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu. (betul) (b) Guru disiplin akan mendenda mereka-mereka yang datang lewat. (salah) Guru disiplin akan mendenda mereka yang datang lewat. (betul) (c) Mereka-mereka itu jiran saya. (salah) Mereka itu jiran saya. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Diri Singkat


1. Kata ganti singkat kau dan ku yang seolah-olah awalan dan kata mu dan nya yang seolah-olah akhiran, tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Contohnya: (a) Sudah kau baca novel itu? (salah)

2.

3.

4.

Sudah kaubaca novel itu? (betul) Raihan akan ku temui esok. (salah) Raihan akan kutemui esok. (betul) (c) Apakah hajat mu? (salah) Apakah hajatmu? (betul) (d) Pakaian nya kemas. (salah) Pakaiannya kemas. (betul) Kata kau, ku, mu, dan nya tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh. Contohnya: (a) Kau harus bersabar. (salah) Engkau harus bersabar. (betul) (b) Ku akan ke rumahnya esok. (salah) Aku akan ke rumahnya esok. (betul) (c) Mu hendak ke mana? (salah) Kamu hendak ke mana? (betul) (d) Nya sakit kuat. (salah) Dia sakit kuat. (betul) Kata mu dan nya yang digunakan untuk menggantikan nama Tuhan mesti ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu serta diberi tanda sempang (-). Contohnya: (a) Aku bersyukur kepadamu, ya Allah. (salah) Aku bersyukur kepada-Mu, ya Allah. (betul) (b) Berdoalah selalu kepadanya. (salah) Berdoalah selalu kepada-Nya. (betul) Kata nya tidak boleh diimbuhkan pada kata ia lalu menjadi ianya. Contohnya: (a) Kucing itu mati kerana ianya dilanggar lori. (salah) Kucing itu mati kerana dilanggar lori. (betul) (b) Jika lambat diubati, ianya akan melarat. (salah) Jika lambat diubati, penyakit itu akan melarat. (betul) (c) Ianya telah mengakui kesalahannya. (salah) Ia telah mengakui kesalahannya. (betul) (b) Kata ganti tanya yang sering salah penggunaannya ialah kata apa dan siapa. Kata apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia. Kata siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan binatang. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Nama adik kamu apa? (salah) Nama adik kamu siapa? (betul) (b) Nama kucing ini siapa? (salah) Nama kucing ini apa? (betul) (c) Yang menghantar kamu tadi apa? (salah) Yang menghantar kamu tadi siapa? (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Tanya


1. 2. 3. 4.

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Tak Tentu


1. 2. Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak boleh disamakan dengan kata ganti tanya apa, mana, dan siapa. Lihat contoh-contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Apa yang dikatakan Abu itu memang benar. (salah) Apa-apa yang dikatakan Abu itu memang benar. (betul) (b) Siapa yang tidak hadir akan didenda. (salah)

Siapa-siapa (Sesiapa) yang tidak hadir akan didenda. (betul)

(c) Pilihlah mana yang kamu berkenan. (salah)


Pilihlah mana-mana yang kamu berkenan. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan


1. Antara kata bilangan, ada yang tidak boleh disingkatkan sewenangwenang. Misalnya: (a) Kami menghadapi berbagai masalah semasa ekspedisi itu. (salah) Kami menghadapi berbagai-bagai masalah semasa ekspedisi itu. (betul) (b) Setengah orang tidak gemar akan ikan air tawar. (salah) Sesetengah orang tidak gemar akan ikan air tawar. (betul) (c) Tiap hari dia berjaja kuih. (salah) Tiap-tiap (Setiap) hari dia berjaja kuih. (betul) (d) Kedua orang penjenayah itu dijatuhi hukuman mati. (salah) Kedua-kedua orang penjenayah itu dijatuhi hukuman mati. (betul) 2. Kata bilangan para pula tidak boleh diulang menjadi para-para kerana maknanya berlainan. Para bermakna semua, manakala para-para bermakna rak. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Stadium Malawati Shah Alam gamat dengan sorak-sorai parapara penonton. (salah) (b) Stadium Malawati Shah Alam gamat dengan sorak-sorai para penonton. (betul) 3. Kata nama yang menyertai kata bilangan yang membawa makna jamak atau tunggal tidak boleh diulang atau digandakan. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) lima orang guru-guru (salah) lima orang guru (betul) (b) para belia-belia (salah) para belia (betul) (b) seluruh negeri-negeri (salah) seluruh negeri (betul) 4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk perhitungan. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Mesyuarat itu berlangsung selama satu suku jam. (salah) Mesyuarat itu berlangsung selama satu jam suku. (betul) (b) Harga sekilogram ayam ialah lima setengah ringgit. (salah) Harga sekilogram ayam ialah lima ringgit setengah. (betul) (c) Rumahnya terletak kira-kira tiga setengah kilometer dari bandar Nilai. (salah) Rumahnya terletak kira-kira tiga kilometer setengah dari bandar Nilai. (betul)

Kesalahan Pengggunaan Penjodoh Bilangan


1. Tidak semua kata nama boleh disertai penjodoh bilangan. Misalnya:

semua orang pelajar (salah) semua pelajar (betul) (b) seluruh buah negara (salah) seluruh negara (betul) (c) tiap-tiap (setiap) orang peserta (salah) tiap-tiap (setiap) peserta (betul) 2. Penjodoh bilangan tidak diperlukan juga untuk menghitung kata nama abstrak. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Dia berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai sebuah kejayaan. (salah) Dia berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. (betul) (b) Beliau memberikan sebuah cadangan tentang pelaksanaan projek itu. (salah) Beliau memberikan cadangan tentang pelaksanaan projek itu. (betul) (c) Tijah ingin mencari sebuah ketenangan di Pantai Cahaya Bulan. (salah) Tijah ingin mencari ketenangan di Pantai Cahaya Bulan. (betul) (d) Beliau meninggalkan sebuah jasa yang tidak ternilai. (salah) Beliau meninggalkan jasa yang tidak ternilai. (betul)

(a)

Kesalahan Penggunaan Kata Sendi


1. Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada. 2. Kata sendi dari digunakan hanya untuk arah datangnya sesuatu dan untuk menyatakan permulaan masa. Kata sendi daripada pula digunakan hanya untuk hal-hal lain seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Mereka berasal daripada Pahang Darul Makmur. (salah) Mereka berasal dari Pahang Darul Makmur. (betul) (b) Surat ini saya terima dari Azean. (salah) Surat ini saya terima daripada Azean. (betul) (c) Pelbagai maklumat kami peroleh dari penerangan yang diberikan oleh pegawai itu. (salah) Pelbagai maklumat kami peroleh daripada penerangan yang diberikan oleh pegawai itu. (betul) (d) Kain itu dibuat dari benang sutera. (salah) Kain itu dibuat daripada benang sutera. (betul) 3. Kata sendi di tidak boleh digunakan untuk hal-hal lain kecuali untuk tempat. Kata sendi pada pula digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Di waktu pagi kami bersenam. (salah) Pada waktu pagi kami bersenam. (betul) (b) Di zaman sains dan teknologi ini kehidupan sungguh mencabar. (salah) Pada zaman sains dan teknologi ini kehidupan sungguh mencabar. (betul)

(c)

Di hari minggu yang lalu saya ke Pusat Sains Negara. (salah)

Pada hari minggu yang lalu saya ke Pusat Sains Negara. (betul) Di ingatan saya, dia belajar di Ottawa, Kanada. (salah) Pada ingatan saya, dia belajar di Ottawa, Kanada. (betul) (e) Nota itu ada dengan Rajan. (salah) Nota itu ada pada Rajan. (betul) 4. Kata sendi ke tidak boleh digunakan untuk hal-hal lain kecuali untuk menyatakan arah, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata sendi kepada pula digunakan hanya untuk benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Pasukan polis bergegas kepada tempat kemalangan itu. (salah) Pasukan polis bergegas ke tempat kemalangan itu. (betul) (b) Buku itu dihempaskannya kepada meja. (salah) Buku itu dihempaskannya ke meja. (betul) (c) Posmen menyerahkan surat itu ke abang. (salah) Posmen menyerahkan surat itu kepada abang. (betul)

(d)

Kesalahan Penggunaan Kata Kerja


1. Kata kerja tidak transitif yang berawalan ber- atau men- atau tertidak boleh ditiadakan awalannya. Lihat contoh kesalahan atau pembetulannya yang berikut: (a) Khalil tanya kepada Farid. (salah) Khalil bertanya kepada Farid. (betul) (b) Katak itu lompat di atas rumput. (salah) Katak itu melompat di atas rumput. (betul) (c) Gadis itu senyum kepada kami. (salah) Gadis itu tersenyum kepada kami. (betul) 2. Semua kata kerja transitif, kecuali kata makan, minum, minta, dan mohon tidak boleh jika tidak berawalan men-. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Ibu sedang cuci pinggan mangkuk di dapur. (salah) Ibu sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. (betul) (b) Danial pakai baju batik. (salah) Danial memakai baju batik. (betul) (c) Halim tulis surat kepada ayahnya. (salah) Halim menulis surat kepada ayahnya. (betul) (d) Farihin dengar radio sambil bernyanyi. (salah) Farihin mendengar radio sambil bernyanyi. (betul) 3. Kata-kata lain tidak boleh diletakkan antara kata kerja transitif dengan objek. Misalnya: (a) Abang menghadiahkan kepada saya buku itu. (salah) Abang menghadiahkan buku itu kepada saya. (betul) (b) Mereka membeli banyak buah. (salah) Mereka banyak membeli buah. (betul) (c) Kami akan mengunjungi lagi tempat bersejarah itu. (salah) Kami akan mengunjungi tempat bersejarah itu lagi. (betul) (d) Salmah ada membawa juga bekalan dari rumah. (salah) Salmah ada membawa bekalan dari rumah juga. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Hubung

1.

2. kata dan

Hartini.

Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut: (a) Esok dan lusa kami akan ke Kuala Lumpur. (salah) Esok atau lusa kami akan ke Kuala Lumpur. (betul) (b) Orang itu alim kecuali baik hati. (salah) Orang itu alim serta baik hati. (betul) (c) Ibu menjemur baju itu lalu kering. (salah) Ibu menjemur baju itu hingga/sehingga/sampai kering. (betul) (d) Kakak mengambil novel itu serta membacanya. (salah) Kakak mengambil novel itu lalu membacanya. (betul) (e) Langit mendung tetapi hujan pun turun. (salah) Langit mendung lalu/maka hujan pun turun. (betul) Kata hubung apabila sering ditulis sebagai bila dalam ayat, padahal bila itu sebenarnya merupakan kata tanya. Lihat contoh kesalahan pembetulannya yang berikut: (a) Saya ingin menjadi peguam bila dewasa nanti, kata Hartini. (salah) Saya ingin menjadi peguam apabila dewasa nanti, kata (betul) (b) Bila adik merajuk, kakak segera memujuknya. (salah) Apabila adik merajuk, kakak segera memujuknya. (betul)