Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN KEM INSAN MURABBI AL-FATIHAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN WASSOLATI WASSALAMU'ALA ASRAFIL 'ANBIYAI WALMURSALIN YA ALLAH YA TUHAN KAMI KAMI MERAFAKKAN RASA KESYUKURAN KEPADA-MU KERANA TELAH MENGIZINKAN KAMI UNTUK BERADA DAN MENGHADIRI KEM PADA KALI INI. YA ALLAH ,YA QAHHAR YA JABBAR SESUNGGUHNYA PADA HARI INI KAMI BERKUMPUL BAGI MENHUBUNGKAN SILATURRAHIM , BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT DI SAMPING MENYUMBANG BUAH FIKIRAN DALAM MEMBENTUK GENERASI YANG BERGUNA PADA MASA HADAPAN.BERKATILAH USAHA INI YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA RABBAL'ALAMIN ENGKAU PERBAIKILAH AKHLAK KAMI DAN ENGKAU HIASI KAMI DENGAN AKHLAK-AKHLAK YANG BAIK DAN TERPUJI .. JUGA HINDARILAH KAMI DARI SIFAT-SIFAT KEJI. HINDARILAH KAMI DARI SIFAT LALAI YANG MERUGIKAN DAN BIMBINGLAH KAMI KE JALAN KEBENARAN. YA HAYYU YA QAYYUM YA ZAL JALALIWAL'IKRAM JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG MENDENGAR KEBAIKAN LANTAS BERSEGERA MELAKUKAN KEBAIKAN , DAN JADIKANLAH KAMI ORANG YANG MENDENGAR DAN MENGETAHUI KEBURUKAN LANTAS BERSEGERA MENINGGALKAN KEBURUKAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEKUATAN FIZIKAL , MENTAL DAN ROHANI AGAR KAMI DAPAT MENEMPUH UJIAN YANG MENDATANG DARIPADA-MU YA ALLAH.BERKATILAH USAHA-USAHA KAMI, MUDAH-MUDAHAN DENGAN USAHA-USAHA KAMI SEKOLAH INI AKAN MENJADI SEKOLAH YANG CEMERLANG , TERBILANG , SEKOLAH YANG DISEGANI DAN DIHORMATI SAMADA DALAM BIDANG AKADEMIK MAHUPUN KEPERIBADIAN. WASOLLAHU'ALA SAIYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI AJMA'IN WALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN ..