Anda di halaman 1dari 2

APA YANG DIHARAPKAN MELALUI PRAKTKUM INI Bermula 4 Julai 2011, saya akan merasa pengalaman kedua bergelar

seorang guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Seri Laksana, Parit Sulong, Batu Pahat. Walaupun hanya bergelar seorang guru pelatih, tetapi tugas saya akan sama seperti guru-guru yang lain yang akan masuk ke kelas untuk mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran. Ternyata inilah masa yang saya paling nantikan untuk tiba tarikh yang telah ditetapkan. Tidak sabar rasanya untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dan berjumpa dengan guru-guru, kakitangan dan murid-murid dari sekolah yang baru. Seperti harapan saya pada praktikum yang lalu, saya ingin bergaul rapat dengan guru-guru disekolah itu untuk menimba ilmu dan pengalaman-pengalaman yang mereka telah perolehi. Sudah semestinya untuk praktikum kali ini, pelbagai cabaran yang perlu saya tempuhi. Sejak mengetahui dimana saya ditempatkan, itu sudah memberi cabaran bagi saya kerana jarak antara IPG dan SK Seri Laksana adalah jauh. Akan tetapi, saya redha dan tidak merungut kerana pada praktikum yang lalu, saya ditempatkan di sekolah yang berhampiran dengan IPG. Cabaran seterusnya adalah apabila saya mengetahui bahawa kesemua pelajar IPG ambilan saya perlu menetap di luar. Oleh itu, ia mungkin satu kesukaran apabila saya dan rakan-rakan yang bersama saya tidak tinggal di satu rumah yang sama. Selain itu, saya juga akan melalui praktikum ini dalam bulan Ramadhan. Justeru itu, saya perlu meningkatkan tenaga dan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang masalah dengan baik. Tetapi, saya percaya tempat berlainan pasti menjanjikan pengalaman yang berbeza dan baru. Saya perlu berusaha dengan gigih dan ikhlas untuk memperolehinya. Praktikum fasa dua ini, saya akan bersama-sama tiga orang lagi rakan saya akan ditempatkan di SK Seri Laksana. Walaupun pemilihan rakan ini dipilih secara rawak oleh pihak IPG, justeru saya berharap agar dapat bekerjasama dengan baik dengan mereka. Semestinya saya berharap agar perjalanan saya sepanjang tempoh dua

bulan saya sebagai guru praktikum akan berjalan lancar tanpa menghadapi masalah seperti apa yang telah saya lalui di praktikum satu. Saya perlu yakinkan diri saya bahawa jika kita pandai membawa diri, nescaya dimana-mana sahaja semuanya

akan menjadi mudah dan dipermudahkan urusannya, dan itu menjadi pegangan saya. Insya-Allah saya tidak akan berputus asa dan sentiasa buat yang terbaik untuk diri saya sendiri. Begitu juga dengan tugasan yang telah diberi. Saya akan sedaya upaya saya menyiapkan dalam masa yang ditetapkan seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sangat penting untuk persediaan mengajar. Saya akan menggunakan pengalaman saya semasa di SK Seri Beroleh

dengan sebaik mungkin supaya praktikum kali ini lebih baik dan dapat meingkatkan prestasi saya. Walau apa jua keadaannya,saya mesti melakukan sesuatu yang baru dan lebih menarik di masa akan datang. Saya berharap dapat bergaul baik dengan murid-murid bukan sahaja sebagai guru dan anak murid tetapi mungkin sebagai seorang kakak dengan adiknya supaya saya dapat memotivasikan mereka lebih bersemangat belajar untuk menggapai cita-cita yang diidamkan. Akhir sekali, semoga guru-guru di SK Seri Laksana boleh membingbing saya dan memberi teguran dan nasihat supaya saya boleh menjadi seorang guru yang baik dimasa hadapan.