Anda di halaman 1dari 41

1.

Tarian Zapin

Gambarajah 1.1

Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini
ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan
penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang
ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar
hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan
anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.

Pengenalan

Perkataan Zapin berasal dari kata al-zaffan, iaitu gerak kaki. Zapin berkembang dan
menghasilkan dua pola tarian yang berbeza iaitu Zapin Arab yang pola gerakannya berbentuk zig-zag dan
Zapin Melayu berbentuk huruf “alif” (lurus) .

Sejarah
Zapin adalah berasal dari Yaman Selatan (Hadramaut) merupakan sejenis irama atau rentak dalam
seni muzik tradisional. Zapin juga adalah sejenis tarian rakyat orang
Arab.
Pada abad ke 13 tarian ini masuk ke kepulauan Riau yang dibawa oleh pedagang- pedagang Arab.
Sewaktu orang Arab datang ke kawasan Asia Tenggara,mereka turut membawa kebudayaan Arab
termasuk seni muzik dan tarian.

1
Ia menjadi terus tersebar pada abad ke 15 terutamanya oleh pendakwah-pendakwah Islam dari
negara Arab dan Zapin Melayu telah menjadi lebih nyata sebagai satu permainan anak muda dan
golongan tua di zaman kesultanan Melayu Johor Lama dan Kesultanan Johor-Riau-Lingga terutamanya
setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Jenis Tarian Zapin

Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan
perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu
keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan
sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada
sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah
terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di
Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan
sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi
kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi
yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini
memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Zapin Melayu

Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang Melayu yang diadaptasikan dari unsur-unsur
Zapin Arab. Gerak tari dalam Zapin Melayu lebih halus dan santun dengan hayunan tangan yang lebih
kecil atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas dan tinggi serta hinjutankaki yang lembut Lagu-lagu
Zapin Melayu berasaskan syair-syair atau pantun-pantun Melayu.

2
Gambarajah 1.2.Tarian Zapin Melayu

Zapin Arab
Zapin Arab ditarikan oleh masyarakat keturunan Arab. Gerak tari Zapin Arab adalah gagah dengan
langkah dan lenggangan yang lebih luas,hayunan tangan yang tinggi dan hinjutan kaki yang keras. Zapin
Arab menggunakan lagu-lagu Arab.

Gambarajah 1.3.Tarian Zapin Arab


Instrumen Zapin

Gambarajah 1.4 Alat Muzik Gambus

Gambus; Petikan gambus adalah untuk membawakan lagu

3
Gambarajah 1.5 Marwas

Marwas; Paluan alatan ini untuk menentukan rentak dan pecahan tarian

Gambarajah 1.6 Biola

Biola; Gesekan biola menggabungkan keseluruhan muziknya

Diantara alatan muzik lain yang digunakan ialah akordian, dok (gendang panjang) dan rebana.

Gambarajah 1.7 Akordian Gambarajah 1.8 Gendang (Dok)

Gambarajah 1.9 Rebana

4
Busana Zapin

Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol menandakan pemakainya masih belum berpunya
berbanding dengan lilitan yang dibuat pada sebelah kanan sanggol yang menandakan bahawa
pemakainya sudah berstatus sebagai wanita yang sudah berumah tangga.
Aksesori tambahan untuk busana Baju Kurung Teluk Belanga untuk orang lelaki yang menarikan
Zapin adalah kancing baju yang diperbuat daripada suasa atau perak dan diikat dengan batu delima,
zamrud atau sebagainya.

Bagi kaum wanita pula kancing yang diperbuat daripada emas, perak atau suasa diikat dengan
batu Intan dan disebut sebagai Garam Sebuku atau Kunang Sekebun.Buat masa ini busana tersebut boleh
sahaja digantikan dengan kancing-kancing biasa yang banyak terdapat dijual di pasar.
Penari Zapin wanita juga kadangkalanya memakai aksesori tambahan yang pernah dipakai untuk
dipadankan dengan busana Baju Kurung Teluk Belanga seperti seutas rantai emas yang sederhana
panjang yang disebut sebagai Rantai Belati, sepasang anting-anting telekap yang dipanggil Anting-Anting
Kopi dan gelang tangan yang membelit yang dikenali sebagai Gelang Berderai

Gambarajah 1.10 Busana lelaki Gambarajah 1.11 Busana wanita

Penari-penari
Pada peringkat awalnya mereka yang menarikan tarian ini terdiri daripada wanita sahaja. Namun
lama-kelamaan persembahan itu kurang menarik kerana lebih sesuai digabungkan dengan penari lelaki

5
Biasanya penari-penari terdiri daripada golongan belia atau remaja. Adakalanya golongan dewasa
turut menganggotai kumpulan tarian Zapin ini.

Persembahan Zapin
Zapin dipersembahkan dalam 3 peringkat:

Pertama : Pembuka tirai (dikenali sebagai taksim) iaitu gambus dibunyikan secara solo. Pada peringkat ini,
semua penari akan melakukan tarian pengenalan dengan beberapa pergerakan sahaja.
Kedua : Tarian, pergerakan dan hayunan. Pada peringkat kedua ini persembahan terdiri daripada pecahan
atau gerakan serta lenggang tarian. Peringkat ini merupakan peringkat persembahan utama.
Ketiga : Penutup

PERKEMBANGAN ZAPIN MELAYU JOHOR MASA KINI


Zapin Melayu Johor berkembang dan mengalami perubahan (tokok -tambah) di 5 kawasan di Johor
dikenali sebagai:
• 1. Zapin Tenglu dan Zapin Pulau dari Mersing
• 2. Zapin Lenga dari Muar
• 3. Zapin Pekajang dari Johor Baru
• 4. Zapin Koris dari Batu Pahat
• 5. Zapin Parit Mustar dan Zapin Seri Bunian dari Pontian

6
2. Gendang Melayu Sarawak

Pengenalan

Masyarakat Melayu Sarawak sememangnya kaya dengan aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan
adat dan budaya. Selain sastera rakyat, lagu tradisi dan pelbagai permainan rakyat, kesenian tradisi yang
paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak ialah bergendang.

Apakah Bergendang?

Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak
daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan
tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang. Pada
majlis itu, kaum wanita akan ditempatkan 'di balik tadbir' (langsir atau

7
kain batik) iaitu sempadan yang memisahkan lelaki dan wanita. Mereka duduk sejajar atau kelompok
secara berselerak mengikut keselesaan masing-masing.

Seh Gendang

Kalangan wanita yang duduk di balik tabir tadi terdapat dua atau tiga wanita yang berperanan
memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil "tukang gendang" atau "seh gendang". Kaum
lelaki pula akan duduk sejajar atau berselerak mengikut keselesaan masing-masing di luar tabir. Namun
begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah, berdekatan tabir dan seh gendang sebagai
gelanggang tarian. Mereka menari secara bergilir dengan pasangan masing-masing. Kaum lelaki
berperanan bermain biola atau akordian mengiringi seh gendang. Irama yang dimainkan oleh penggesek
biola itulah yang akan menjadi ikutan seh gendang ketika berpantun dan bermukun. Majlis bergendang ini
biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak kemampuan seh gendang
dan topeng dengan keizinan tuan rumah.

Menopeng

Gambarajah 2.1 Menopeng

Istilah "menopeng" sebenarnya bermaksud bermain topeng. Ini bermakna ketika menari, masyarakat
Melayu Sarawak zaman dahulu memakai topeng. Untuk menggantikan topeng yang sebenamya, lelaki
yang menari tadi menutup keseluruhan muka dan badannya dengan kain batik atau pelikat. Pasangannya
juga memakai topeng.

8
Bertandak

Kadang-kadang aktiviti ini disebut sebagai "bertandak". Bertandak bermaksud menari. Demikian
sesetengah tempat menyebutnya sebagai bertandak. Oleh kerana mereka menari dengan menutup muka,
maka penari-penari lelaki tadi disebut sebagai "topeng". Sebutan ini kekal hingga ke hari ini. Tujuan penari
lelaki menari dengan menutup muka dan badan mereka ialah
untuk menyembunyikan identiti masing-masing. Sesetengah mereka memang pemalu dan segan untuk
memperaga diri di khalayak ramai apatah lagi sambiI menari. Dia cuma dapat melihat seh gendang dan
anak dara lain di balik tabir melalui celah-celah kain tadi. Bagi yang tidak begitu pemalu, mereka akan
menari dalam keadaan biasa-terbuka.

Fungsi Gendang Melayu

Tidak dinafikan tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria. Sambil bersuka ria,
secara tidak langsung majlis ini juga menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan.
Pada temasya ini, mereka dapat mengenali dengan jarak dekat gadis dan jejaka idaman mereka-apatah
lagi pada zaman dahulu, anak-anak gadis jarang keluar rumah. Secara tradisi, apabila berkenan, pihak
lelaki akan menyusul pula dengan majlis merisik dan meminang.

Bila bergendang?

Gambarajah 2.2 Bergendang

Bergendang lazimnya diadakan pada masa-masa tertentu;

-Bergendang selepas kenduri

Majlis bergendang selalunya diadakan pada waktu malam setiap kali selepas kenduri doa selamat,
bercukur rambut, pindah ke rumah baru, berkhatan, lawatan menantu baru, mendapat laba atau anak baru
dan menerima tetamu baru. Apabila majlis doa selamat atau berzikir diadakan pada siangnya, lazimnya
yang terlibat ialah orang tua-tua. Hanya segelintir muda-mudi yang terlibat. Untuk bersikap adil, majlis

9
bergendang diadakan pada sebelah malamnya, khusus bagi muda-mudi. Ia juga diadakan untuk
melepaskan rasa letih dan tegang setelah bertungkus-Iumus mengendalikan majlis kenduri pada siangnya.
-Bergendang selepas kanak-kanak berkhatan

Pada zaman dahulu, majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan.
Pelamin dibina dan pukulan hadrah berkumandang. Kanak-kanak yang akan berkhatan dihias seperti
pengantin dan diarak keliling kampung. Kanak-kanak tadi "disandingkan" di atas pelamin dan ditepung
tawar. Majlis berzikir atau doa selamat diadakan. Selepas kanak-kanak itu dikhatankan, majlis bergendang
diadakan, bukan sahaja semalam bahkan sampai tiga malam berturut-turut. la diadakan agar kanak-kanak
yang berkhatan tadi dapat berjaga. Sekiranya kanak-kanak itu tidur, tindih menindih akan berlaku. Ini boleh
menyebabkan luka selepas khatan itu berdarah semula. Ini amat berbahaya kepada kanak-kanak
berkenaan. Pada waktu siang, anak-kanak itu boleh tidur dengan pengawasan rapi kaum keluarga
mereka.

-Bergendang sebelum majlils perkahwinan

Biasanya, di kampung-kampung Melayu, semangat bergotong-royong masih kental. Kerja-kerja di


majlis kenduri dikendalikan secara gotong-royong tanpa sebarang upah. Bahkah ia menjadi satu
keseronokan. Seminggu sebelum majlis perkahwinan, telah diadakan aktiviti berduruk atau bergotong-
royong. Pemuda-pemudi akan bergotong-royong mencari kayu di
hutan untuk membuat bale atau balai, tempat memasak, mengetong atau menongkat rumah, mencari kayu
api, meminjam peralatan dan sebagainya. Kaum wanita pula bergotong-royong mengunting kelambu dan
mendirikan pelamin. Untuk memeriahkan majlis serta menghilangkan keletihan, majlis bergendang akan
dilangsungkan pada sebelah malamnya. Sehari sebelum majlis persandingan, pemuda-pemudi akan
berkumpul di rumah pengantin perempuan atau pengantin lelaki untuk membuat persiapan. Mereka akan
melapah lembu, memotong ayam, mengupas bawang, menggilis kari, mengukur nyiur dan sebagainya.
Kerja-kerja ini dilakukan beramai-ramai. la amat meletihkan tetapi seronok. Untuk menghilangkan rasa
mengantuk, letih dan bosan, majlis bergendang atau menopeng diadakan. Pemuda-pemuda yang bekerja
tadi akan bertandak atau menari sekali-sekala untuk melepaskan penat dan bosan. Selepas itu, mereka
akan menyambung semula kerja sambil rakan lain pula bertandak. Dengan cara ini, kerja-kerja akan cepat
beres dan rasa bosan dapat dielakkan. Majlis akan diteruskan sehingga kerja-kerja yang dilakukan itu
selesai.
-Bergendang pindah ke rumah baru

Rumah orang Melayu dahulu dibina dengan kayu. Selain memberi kesempatan untuk muda-mudi
bersuka ria pada malamnya, kerana tidak terlibat secara total ketika majlis doa selamat diadakan pada

10
waktu siang tadi, majlis bergendang mempunyai tujuan lain. Salah satu sebab mengikut orang tua-tua
adalah untuk menguji ketahanan rumah tersebut. Pemuda yang menari ini agak lincah juga walaupun tidak
selincah tarian muda-mudi pada zaman sekarang. Ketika menari, kita akan berasa rumah itu bergoyang
kerana binaannya kurang kukuh (utuh). Sekiranya binaan utuh dan mempunyai semar yang cukup rumah
itu tidak akan bergoyang dengan kuatnya. Inilah tujuan lain majlis itu diadakan.
-Bergendang sebagai majlis publisiti

Selain itu, bergendang juga diadakan untuk mengongsikan sesuatu kejayaan bersama-sama jiran
tetangga. la membolehkan semua orang gembira dengan apa saja kejayaan yang diraih. Kejayaan ini
termasuklah bertunang, mendapat laba atau anak baru dan sebagainya.
Selalunya ia diadakan setelah doa selamat selesai dibaca. Dengan ini, masyarakat sekitar akan maklum
tentang perkara yang berlaku di dalam kampung sekaligus berkongsi kegembiraan tersebut.

Peralatan Bergendang
i. Gendang
Gendang diperbuat daripada kayu keras seperti merbau, meranti, belian, menggeris, tanjan dan
tapang. Kulitnya ialah kulit kambing yang kering yang disimpai atau diketatkan dengan rotan

11
dan sidak.

Gambarajah 2.3Gendang Sarawak


ii. Sidak:
Sidak ialah lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing tadi agar bunyi gendang itu kuat ketika
dipukul. Sidak yang diselit di antara birai gendang sebelah dalam dengan kulit kambingakan dikeluarkan
sekiranya gendang itu tidak digunakan. Ada juga kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi ia sukar
diperolehi.
iii. Biola :

12
Gambarajah 2.4 Bermain biola
Biola diperlukan sekiranya ada penggesek.
iv. Akordian :

Ada yang menggunakan akordian sebagai alternatif sekiranya biola tidak ada atau tidak ada yang mahir
menggesek biola.
Gong :

Di sesetengah tempat, selain gendang dan biola, gong turut digunakan untuk
berpadu irama dengan paluan gendang.

Gambarajah 2.5 Gong


v. Tabir :

Tali yang direntang melintang untuk meyidai kain batik atau sebagainya, bagi menyempadani kaum wanita
dan lelaki.Tabir ini dua tingkat. Tingkat pertama setinggi tiga kaki dari lantai untuk
menutup bahagian bawah. Tingkat kedua menutup bahagian atas dengan memberi ruang dua hingga tiga
kaki di antaranya, untuk melihat apa yang berlaku di dalam atau di luar tabir. Bagaimanapun, keadaan tabir
berubah mengikut masa. Pada zaman dahulu, tabir ini tidaklah terbuka begitu luas. Di antara tabir atas dan
tabir bawah, cuma sekaki jaraknya. pemandangannya juga begitu terhad. Tetapi selepas hari ini, ruang itu
semakin luas.

Tertib Bergendang

Bergendang mempunyai tertibnya tersendiri. Sekiranya kita melanggar tertib atau peraturan ini, kita
dianggap kurang sopan dan boleh menimbulkan perselisihan.

a. Memulakan majlis

Majlis dimulakan dengan seh gendang dan penggesek biola mengalunkan irama tanpa pantun. Ketika
inilah topeng boleh mula masuk bertandak. Apabila topeng sudah bertandak, seh gendang akan
melafazkan pantun. Biasanya pantun akan ditujukan kepada topeng yang masuk menari tadi. Contohnya:

13
Api apa di Tanjung Batu,
Api Pak Jenal tukang perahu,
Anak sapa bertandak itu,
Rupa kenai nama sik tau.

b. Memotong giliran

Apabila ada pasangan lain yang hendak masuk menari, mereka mesti masuk secara betul. Kalau
silap, mereka mungkin menimbulkan perselisihan faham. Biasanya pasangan baru boleh memotong
apabila pantun sudah habis rangkapnya. Jangan memotong ketika seh gendang belum habis pantunnya
iaitu ketika beliau melafazkan pembayang maksud pantun. Contohnya pantun ini:

Asam paya buah di hutan,


Dalam sepompong masak sebiji,
Sungguh kacak wajahmu tuan,
Dalam kampung payah dicari.
Sekiranya kita potong di tengah-tengah pantun ini, pasangan pertama tadi akan berkecil hati kerana
pantun itu ditujukan khas untuk mereka. Apabila hendak memotong, kita mesti bertepuk tangan sebagai
isyarat hendak memotong. Pasangan pertama akan tahu ada orang hendak memotong dan mereka mula
beredar. Ia juga sebagai isyarat kepada seh gendang agar menukur pantun untuk topeng yang baru
masuk.

c. Cara Menari

Gambarajah 2.6 Salah satu cara tarian

14
Terdapat pelbagai cara menari ketika menopeng. Cara biasa ialah melangkah ke hadapan dan ke
belakang serentak, bagi pasangan yang menari dengan tangan dihayun secara sederhana seperti dalam
rajah A. Apabila salah seorang pasangan mahu menukar posisi, dia akan memberi
isyarat kepada rakannya dengan menggangkat bahagian sikunya·tinggi sedikit sambil berpusing. Ada
kalanya, pasangan itu akan memberi isyarat untuk berpusing dengan dia melangkah ke arah bertentangan
seperti rajah B. Apabila rakan kita menukar cara bertandak, pasangannya mesti mengikut agar tampak
seragam. Kadang-kala rakannya mengubah langkah dengan bercekak pinggang sambil menyembang dan
membongkok seperti kapal berpusing, pasangannya mesti ikut sarna. Sejenis tarian yang agak menarik
ialah tandak sasi. Tandak sasi dilakukan dengan meletakkan kedua-dua belah tangan bersilang ke
belakang sambil penari membongkok. Mereka akan berpusing separuh bulatan ke kiri dan kanan dan
kadangkadang satu bulatan penuh secara bertentangan dengan pasangan mereka. Mereka bersiuk ke
kanan dan ke kiri seperti ayam jantan yang hendak bersabung. Tumit kasut dengan hujung kasut dihentak
berselang-seli dengan cepat dan berbunyi kuat tetapi penuh tertib untuk mengiringi rentak gendang. Ada
kalanya mereka bercekak pinggang.
d. Menyidak Gendang

Sebelum majlis bergendang bermula, gendang perlu disidak atau ditegangkan. Ada kalanya doa
dibaca ketika menyidak gendang, khusus untuk menghindari majlis daripada segala intangan. Gendang
yang dipalu atau dipukul oleh seh gendang akan menjadi lembik setelah berjam-jam dipalu. Untuk
menengangnya, seh gendang menyuruh salah seorang topeng menyidaknya semula. Di sinilah topeng
mesti ada kemahiran. Sekiranya gendang yang disidak tadi lembik bunyinya apabila dipukul, ia akan
memalukan topeng tadi. Topeng yang tidak biasa akan menghindarkan diri daripada mencari bala. Apabila
seh gendang mahu berhenti menyidak gendang, dia akan memberi isyarat dengan pukulan gendang.
Pukulan gendangnya akan lebih cepat dengan lebih banyak bunyinya "pak" nya. Dia akan berhenti
berpantun. Itu isyarat yang melarang topeng daripada masuk bertandak. Ada kalanya si gendang
menggunakan pantun untuk memberitahu topeng yang mereka mahu berehat dan menyidak gendang.

e. Bermukun

Bermukun bermaksud berbalas pantun. Aktiviti bermukun biasanya diadakan pada penghujung
aktiviti bergendang. Ia dimulakan dengan seh gendang mendendangkan pantun:

Bukan mukun sebarang mukun


Mukun kamek berisi beras,
Bukan pantun sebarang pantun,
Pantun kamek minta dibalas.
15
Daripada makna pantun itu, kita tahu bahawa seh gendang mahu pantunnya dibalas oleh penari lelaki
atau topeng tadi. Apabila topeng membeli pantun tersebut, maka terjadilah jual beli pantun dengan irama
gendang, gesekan biola serta rentak tarian yang tersendiri. Aktiviti bermukun ini kadangkala berlarutan
hingga ke subuh apabila seh gendang dan si topeng tidak mahu mengaku kalah.

f. Berzapin

Kalangkala aktiviti bergendang disusuli dengan aktiviti berzapin. Berzapin biasanya dilakukan pada
larut malam. Untuk menukar irama gendang dan rentak tari, seh gendang akan memukul gendangnya
dengan rentak zapin. Topeng yang mendengar rentak ini juga akan menukar rentak dan cara tarinya
dengan bentuk zapin. lnilah keunikan dan kemahiran yang dipusakai oleh orang melayu yang mempunyai
maksud yang tersirat.
Irama Pantun

lrama pantun sering bertukar-tukar mengikut kemahiran seh gendang dan penggesek biola. Biasanya,
irama itu berdasarkan pembayang maksud pantun tersebut. Pantun orang tua-tua ahulu mempunyai irama
yang di sebut Labuan, Asam Paya, Samsudin, Air Amboi, lndung Anak, Selendang Mayang, Air Pasang
dan Lela Majnun. Contoh irama Labuan:
Labuan pulo di laut, sayang Labuan pulo di laut,
Khabarlah berita, khabar berita pulo yang tumbuh,
Salamlahmu tuan, salammu tuan kami menyambut,
Asallah rahsia, asal rahsia disimpan teguh

Contoh irama Asam Paya:


Asam paya buah di hutan,
Dalam sepompong masak sebiji,
sungguh kacak wajahmu tuan,
Dalam kampung payah dicari

Pantun yang biasa dilafaz oleh seh gendang:


Apa dijeruk buah belimbing,
Kurang masin tambahlah garam,
apa dijenguk di luar dinding,
Kalau sudi masuklah ke dalam.

16
Satang kecil si Satang besar,
Sama timbal Pulo Sempadi
Dari kecil sampai ke besar,
Belum pernah memungkir janji.

Sudah pasang air di laut,


Obor-obor tidak bertulang,
Sudah datang malaikat maut,
Dalam kubur rasa nak pulang.

Api apa di Tanjung Batu,


Api Pak Jenal tukang perahu,
Anak siapa sidak dua itu,
Rupa kenal nama tak tahu.

Sudah datang kapal sepeti,


Singgah di pasar membeli benang,
Sudah datang si buah hati,
Perut lapar menjadi kenyang.

Ke darat berlumba kuda,


Ke Satok Jambatan Gantung,
Bila kulihat wajah kekanda,
Hati beramuk dengan jantung.

Pantang Larang

Terdapat beberapa pantang-Iarang ketika hendak mengadakan majlis bergendang. Ia dilihat sebagai
menghormati agama, jiran dan suasana. Oleh itu, pada malam Jumaat majlis bergendang biasanya tidak
akan diadakan sebagai menghormati malam tersebut. Begitu juga pada malammalam yang sepatutnya
diadakan majlis keagamaan seperti bulan Ramadan, Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj. Sekiranya ada
saudara mara dalam kampung atau kampung-kampung berdekatan terkena kematian, sakit tenat dan hal-
hal yang sedih, bergendang tidak akan dilangsungkan bagi menghormati jiran dan suasana. Begitu jugalah
apabila terdengar azan subuh, majlils bergendang mestilah diberhentikan.

17
Yang Menarik Ketika Majlis Bergendang
Terdapat beberapa insiden atau perkara-perkara lucu yang sering terjadi ketika majlis bergendang.
Hal-hal begini berlaku pada zaman dahulu. Ini dapat kita kaitkan dengan aktiviti berbentuk hiburan pada
zaman dahulu yang berkurangan. Ini menyebabkan perasaan suka dan gelorat (melonjak-Ionjak) untuk
mendapatkan hiburan timbul dan mewujudkan suasana yang menghiburkan dan kadang-kadang lucu.

i. Bercampak

Bercampak bermaksud membaling (mencampak). la bermaksud mencampak sesuatu ke dalam tabir ketika
menari. Untuk itu, para topeng kadangkala akan mencampak wang syiling ke dalam tabir kerana terlalu
seronok dipuji oleh she gendang dengan pantun-pantun yang menikam perasaan. Kadangkala, topeng
akan menyidai wang kertas di tabir sambil menari. Wang ini akan dikumpul oleh tuan rumah dan akan
diserahkan kepada seh gendang pada akhir majlis. Peristiwa bercampak ini jarang berlaku.

ii. Berenang menyeberang sungai

Oleh kerana keinginan untuk hadir ke majlis bergendang, topeng sanggup menyeberangi sungai
dengan berenang, sekiranya rumah tersebut berada di seberang sungai dan tidak ada perahu untuk
ditumpangi. Mereka akan berenang dengan meletakkan pakaian di atas kepala. Apabila mereka hendak
balik pada subuhnya, mereka akan meminjan perahu tanpa memberitahu tuan punya perahu yang terdapat
di pangkalan untuk menyeberangi sungai.

iii. Lela Suara

Lela Suara bermaksud kemerduan suara seh gendang. Ada yang mengaitkan kemerduan ini
dengan jampi serapah dan amalan tertentu memakan sirih jampi tiga kemoyang. Kemerduan suara inilah
selalunya memikat hati topeng hingga sanggup datang dari jauh untuk hadir ke majlis tersebut.

iv. Pakaian

Pakaian topeng pada zaman dahulu, pelbagai. Terdapat topeng, yang memakai seluar dan baju tuwit
(tweed), baju pelanin, bengkung, kasut lenet dan coir (sapu tangan di saku baju). Tidak kurang pula yang
berpakaian kebangsaan. Tetapi yang lebih menyeronokkan ialah topeng akan berbekal dua tiga pasang
baju untuk menghadiri majlis bergendang. Mereka akan menukar pakaian sepanjang majlis itu agar
sentiasa kelihatan segak.

18
Gambarajah 2.7 Gendang kebiasaannya dimainkan oleh kaum wanita

3. Makyong

19
Gambarajah 3.1 Tarian Makyong

Pengenalan

Negeri Kelantan memang terkenal dengan pelbagai jenis tarian tradisional yang diwarisi turun
temurun sejak zaman berzaman dan kini menjadi seni kebanggaan negara kita. Antara permainan tarian
yang masih lagi mendapat perhatian dan sambutan daripada penduduk setempat ialah makyong, wayang
kulit, menora, main petri, wau, gasing, kertuk, rebana ubi dan lain-lain lagi.

Di kalangan masyarakat silam, kebanyakan tarian ini dipersembahkan pada waktu kelapangan sebagai
salah satu cara untuk menghibur dan juga di majlis-majlis perayaan seperti sambutan hari keputeraan
diraja dan upacara perkahwinan. Adakalanya sesetengah daripada tarian ini dipersembahkan ketika
menyambut kedatangan pemimpin ataupun meraikan majlis bersejarah.

Makyong merupakan salah satu tarian tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini
ianya dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Pada masa
dahulu tarian ini dipersembahkan selepas sahaja orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang.

Makyong dapat didefinisikan sebagai satu bentuk drama-tari Melayu yang mengabungkan unsur-
unsur ritual, lakonan dan tarian yang ‘distailais’, muzik vokal dan instrumental lagu, cerita dan teks
percakapan yang formal dan bersahaja. Drama tari ini dipertontonkan terutamanya di Pattani dan
Kelantan.

20
Persembahan makyong biasanya dimainkan atau dilakonkan oleh sekumpulan pemain yang
profesional. Kumpulan Sri Temenggung merupakan kumpulan yang terawal dan termasyur di Kelantan.
Lain-lain kumpulan yang wujud selepas itu termasuklah kumpulan Tiong Emas, Kumpulan Hiburan Dagang
dan banyak lagi kumpulan-kumpulan yang terkenal.

Kebiasaan dalam Persembahan Makyong

Persembahan makyong biasanya berlangsung selama tiga atau lima malam, dimulai lebihkurang
pada pukul 8.30 malam dan berakhir hingga lewat tengah malam. Ada juga cerita yang dipersembahkan
memakan masa selama 45 malam iaitu cerita ‘Anak Raja Gondang’.

Dalam semua persembahan makyong beberapa perkara yang menjadi kebiasaan haruslah
diperhatikan. Penyediaan panggung hendaklah dibina terlebih dahulu. Panggung atau bangsal makyong ini
dibuat dari buluh atau kayu. Panggung ini mestilah dalam keadaan pentas yang terbuka agar penonton
mendapat keselesaan menontonnya. Lantainya pula dihampar dengan tikar. Ukuran panggung lebih
kurang 12 kaki lebar dan 16 kaki panjang. Ketinggiannya antara tiga kaki atau lima kaki dimana ia dapat
memenuhi kehendak penonton melihat dengan jelas.

Orkestra yang mengiringi muzik diatur rapi mengikut susunan. Biasanya pemain rebab duduk di
sebelah timur berhampiran tiang tengah atau tiang seri. Kedudukan ini bagi membolehkan pelakon-
pelakon wanita mengadap ke sebelah timur dalam tarian pembukaan iaitu ‘Mengadap Rebab’.

Lain-lain kebiasaan ialah yang berhubung dengan acara memulakan permainan orkestra dan
beberapa pantang larangnya. Alatan lain selain rebab tidak boleh dibunyikan dahulu. Semasa
persembahan, semua pelakon mestilah berada di atas pentas.

Didalam persembahan makyong, biasanya terdapat peralatan seperti rotan yang melambangkan
tongkat atau keris kesaktian raja. Rotan digunakan sebagai isyarat raja kepada pelakon lelaki supaya tidak
berkelakuan melebihi batas atau supaya menjaga kesopanan. Ini dilambangkan dengan raja mengangkat
rotan sama paras dengan bahunya dan dijatuhkan lurus ke paras lutut.

Padamasa dahulu setiap persembahan yang hendak dijalankan terlebih dahulu acara memadah
atau menjemput pasukan yang dikehendaki supaya memberi persembahan diadakan. Ini biasanya untuk
menyambut majlis perkahwinan atau upacara ritual. Memadah ini hendaklah dilakukan dengan penuh adat
sopan di mana ‘tuan rumah’ menjemput sesebuah pasukan dengan menghantar pulut kuning terlebih
dahulu. Tetapi sekarang tidak lagi diamalkan hanya memadai dengan meninggalkan duit cagaran sahaja.

21
Muzik dan Peralatan.

Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-
fungsi seperti berikut:

Gambarajah 3.2 Rebab

• Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu
digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.
• Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan
tiap-tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh
watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.
• Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
• Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika
masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian
gendang diselitkan dengan dialog-dialog.

Peralatan muzik
Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti sebuah
rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai,
sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi.

Rebab 3 tali Rebab 2 tali

22
Pemalu gong Gong ibu dan anak

Canang Penggosak Rebab

Serunai Cara memainkan rebab

Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya
digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang
gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang.

Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali
sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu
sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi
solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga
mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu
sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh.

Alat-alat Pembukaan Panggung

Dalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit, pulut kuning atau nasi kunyit,
tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan
sebidang tikar.

Cara Makyong dimainkan

23
Setelah segala-gala peralatan seperti telah disediakan, ia kemudiannya diletakkan dihadapan Tok
Bomoh dan dibaca mentera-menteranya sambil diiringi dengan geseran rebab yang perlahan-lahan hingga
sampai kekemuncak dan disertai dengan semua alat-alat muzik yang lain seterusnya.

Gambarajah 3.3 Gambar penari-penari makyong

Setelah upacara pembukaan panggong telah selesai, lagu bertabuh, dimulakan dengan diikuti dengan
lagu-lagu yang lain tanpa nyayian. Kemudian lagu makyong (Sang Gendang) dinyanyikan. Serentak
dengan itu, Pak Yong akan turun sambil diiringi oleh Mak Yong yang berada di belakang dan terus duduk.

Acara yang diikut kemudiannya ialah permainan lagu mengadap rebab yang dinyanyikan oleh Pak
Yong serta diikut dengan Dondang-Dondang yang dinyayikan oleh Mak Yong beramai-ramai yang
berfungsi sebagai pemuzik.

Setelah itu diikuti dengan lagu-lagu Kabar Ke Abang(Se Dondang Makyong) dengan tarian-tariannya
sekali, lagu Jarah Bilik Awang(Sedayong Pak Yong) yang dinyanyikan oleh Pak Yong, lagu Kisah Barat
yang juga dinyanyikan oleh Pak Yong. Dan akhirnya lagu Barat Anjor dinyanyikan.

24
Selepas itu pengasuh-pengasuh akan dipanggil dengan menyanyikan sebuah lagu yang dinamakan
lagu Barat Cepat. Kemudiannya Raja dan Perang akan menyanyikan lagu Berkabar. Selepas itu pengasuh
iaitu Awang akan keluar dengan menyanyikan salah sebuah lagu Saudara ataupun lagu Sindong. Ini diikuti
oleh upacara pengasuh kedua keluar dengan Barat Cepat. Kedua-dua pengasuh kemudiannya berjalan
dengan menyanyikan sebuah lagu Saudara.

Perang kedua kemudiannya keluar mengadap Raja. Raja akan menyanyikan lagu Pak Yong Muda
Kabar sambil memberitahu kepada kedua-dua pengasuhnya supaya mengadap ayahanda Tengku Puteri
Ucana Muda Raja dan menyuruh pengasuh pertama supaya memanggil isterinya mengadap. Setelah
isterinya mengadap, Raja berkata bahawa dia hendak balik dalam negerinya.

Sebelum Raja Gunung Beritan berangkat, baginda berpesan kepada menantunya Raja Bongsu Sakti,
jika anakanda sampai ke Telok Mati Angin Pulau Mati Anak jangan sekali anakanda berhenti di situ kerana
di situ ada seekor Jin Selangkah Tunggal yang selalu mengacau orang-orang yang lalu di situ.

Gambarajah 3.3

Setelah itu Raja dan angkatannya keluar dari istana dengan menyanyikan lagu Barat dan lagu
Belang-belang Berjalan. Apabila sampai di laut lalu semuanya naik ke atas kapal. Maka layar dinaikkan
dan sauh diangkat sambil puja memuja kepandaian masing-masing. Penari-penari yang ada di dalam
pelayaran itu kemudiannya menari dan menyanyikan lagu Mengulik Burung Jerijik beramai-ramai dan
kedua-dua pengasuh akan bermain wayang kulit. Suasana di atas kapal itu begitu meriah sekali.

Tiba-tiba kapal itu berhenti. Raja mengarahkan anak-anak kapalnya supaya mengayohkan kapal itu,
tetapi tidak juga bergerak. Kemudian dicuba pula untuk mengalah, juga tidak bergerak. Akhirnya Raja
ber0pesan kepada anak-anak kapalnya supaya bersiap sedia dan memasang talong kecil dan besar
supaya berjaga-jaga. Raja dapat mengetahui bahawa ini adalah angkara Jin Selangkah Tunggal. Tiba-tiba
Jin Selangkah Tunggal membuat kelumunannya dengan menghembus asap daripada mulutnya kepada
kapal Raja. Disebabkan oleh asap itu maka semua anak-anak kapal dan Raja itu telah jadi mengantuk lalu
terus tertidur.

25
Setelah itu Jin Selangkah Tunggal telah membawa lari Tuan Puteri Ucana Muda ke Gua Batu sambil
menyanyikan lagu Perang. Apabila Tuan Puteri Ucana Muda tersedar daripada tidurnya ia lalu menjerit
ketakutan melihat Jin Selangkah Tunggal dan ia menyumpah-yumpah akan Jin itu. Lalu Tuan Puteri
berkata kepada Jin itu bahawa kalau ia seorang yang berani kenapa ia membawa dirinya lari kalau
sekadar ingin menjadikan dirinya seorang isteri kerana ia lebih rela mati daripada menjadi isterinya.
Kemudian Tuan Puteri menyuruh Jin itu menghantar semula dirinya ke kapal itu. Tetapi Jin itu hanya
ketawa terbahak-bahak sehingga bergegar di dalam Gua Batu itu.

Tersebutlah kisah ada seekor Amir Putih Raja Kera yang sedang bertapa di atas Gunung Tersinar. Dia
telah ternampak Jin itu membawa lari Tuan Puteri Ucana Muda itu daripada kapal Raja, lalu ia terbang ke
Gua Batu untuk mendapatkan semula Tuan Puteri Ucana Muda. Apabila ia sampai ke Gua Batu,
pergaduhan yang sengit di antara Jin Selangkah Tunggal dengan Amir Putih Raja Kera. Tetapi malang bagi
pihak Amir Putih Raja Kera kerana ia tidak mampu untuk mengalahkan Jin itu. Setelah menyaksikan
pergaduhan itu, lalu Tuan Puteri berkata kepada Amir Putih Raja Kera supaya jangan meneruskan
pergaduhan itu, sebaliknya ia memberi gelang tangannya kepada Amir Putih Raja Kera dan menyuruhnya
lekatkan gelang itu di ekornya dan pergi di atas kapal suaminya, Raja Bongsu Sakti. Ia menyuruh Amir
Putih Raja Kera memberitahu kepada suaminya bahawa ia ada di sini dan suruh suaminya datang dengan
segera untuk menyelamatkannya.
Lalu Amir Putih Raja Kera pun terbang menuju kepada kapal Raja Bopngsu Sakti
dan ia terus menaiki kapal itu. Digoncang olehnya tiang kapal itu sekuat-kuat hatinya untuk mengejutkan
anak-anak kapal serta Raja itu tetapi usahanya gagal sama sekali. Ia dapat mengagak ini tentu angkara
Jin Selangkah Tunggal. Dengan menggunakan saktinya dan meniup, ia telah dapat mengejutkan semua
anak-anak kapal dan Raja di dalam kapal itu. Keadaan menjadi semakin tegang apabila mereka menyedari
bahawa Tuan Puteri Ucana Muda telah hilang daripada kapal itu. Dalam keadaan yang kecoh itu, Amir
Putih Raja Kera telah mengoncangkan tiang layar kapal itu sekuat-kuat hati sehingga hendak patah tiang
itu hanya untuk memberitahu kepada anak-anak kapal dan Raja itu apa yang telah terjadi kepada Tuan
Puteri Ucana Muda.

Gambarajah 3.4
26
Kemudian Raja pun berangkat dengan pengasuh-pengasuhnya ke Gua Batu untuk menyelamatkan
Tuan Puteri. Setelah raja sampai kepada destinasinya maka berlakulah satu peperangan yang besar di
antara Raja Bongsu Sakti dengan Jin Selangkah Tunggal. Raja Bongsu Sakti telah menggunakan segala
kesaktian sehingga Jin tersebut tidak dapat melawannya lagi. Kemudian Jin itu berkata sambil merayu
kepada Raja Bongsu Sakti supaya jangan membunuhnya dan ia bersedia untuk mengambil Tuan Puteri
dan membawanya kepada Raja Bongsu Sakti. Sebenarnya ini hanyalah satu tipu helah daripada Jin
tersebut. Setelah ia pergi mengambil Tuan Puteri itu, ia tidak membawanya kepada sRaja tetapi telah
membawa Tuan Puteri itu masuk ke dalam Gua Batu yang lebih dalam lagi. Setelah mengetahui
rancangan Jin itu, maka Raja Bongsu Sakti telah turun ke dalam gua yang paling dalam sekali di mana air
di dalam gua ini hingga ke paras tengkuk. Maka berlaku satu lagi pergaduhan yang sengit di antara Raja
Bongsu Sakti dan Jin Selangkah Tunggal yang mana pergaduhan ini telah berakhir dangan kekalahan di
pihak Jin. Sambil merayu Jin itu berkata supaya jangan dibunuhnya dan berilah dia nyawa. Ia sanggup
untuk menjadi hamba kepada Raja dan berjanji tidak akan menggangu lagi sesiapa yang lalu ke kawasan
itu. Tetapi terdapat satu permintaan daripada Jin itu, iaitu dia hendak merasa masakan mentah yang
disediakan oleh Tuan Puteri Ucana Muda. Permintaan ini telah ditunaikan oleh Raja. Setelah semuanya
berakhir maka Raja Bongsu Sakti pun membawa naik Tuan Puteri ke atas bersama-sama pengasuh kedua
sehingga di depan pintu Gua Batu. Setelah sampai di depan pintu Gua Batu, Tuan Puteri pun
mengucapkan dalam bahasa saktinya dengan lagu Barat Cepat seterusnya Sal, lalu keluarlah satu
hidangan makanan mentah di dalam talam dan terus diberikan kepada Jin itu. Jin itupun makan dengan
lahapnya sambil menyanyikan lagu Hala sehingga habis kesemua makanan itu.

Setelah segala-galanya selesai, Raja pun menghalau Jin itu keluar dari situ. Raja dan Tuan Puteri
serta Pengasuh kedua itupun kembalilah ke kapalnya dengan menyanyikan lagu Barat Cepat. Apabila
sampai sahaja ke kapal, anak-anak kapalnya begitu gembira kerana Raja mereka telah berjaya
menyelamatkan Tuan Puteri tersebut. Mereka pun berlayarlah dengan laju menuju ke negeri bondanya.
Setelah sampai mereka telah disambut dengan meriahnya oleh segala rakyat jelata di dalam negeri
bondanya dengan persembahan-persembahan tarian Asyik, bersilat dan sebagainya yang berkenaan bagi
sesuatu majlis Diraja. Serentak dengan itu juga Raja Bongsu Sakti telah dilantik oleh bondanya menjadi
Raja bagi negeri Pelenggang Cahaya bagi menggantikan ayahandanya Raja Gondang yang hilang entah
ke mana. Tuan Puteri Ucana Muda pula telah dilantik menjadi Tengku Permaisuri. Sesudah itu Perang Tua
pun berkata yang dia bersyukur bahawa segalanya telah selamat dan menyuruh semua rakyat jelata yang
ada di situ pulang ke rumah masing-masing.

27
Oleh kerana gembiranya hati Raja Bongsu Sakti, beliau menyanyikan lagu Barat Anjor sambil
dijawab oleh orang ramai yang terus mengadap ke depan untuk menyembah kepada Raja baru mereka
dan diiringi oleh taburan beras kunyit yang dilakukan oleh bomoh.

Asal Usul Makyong

Mengikut setengah kajian, makyong ini berasal dari Sumatera dan amat popular sebagai permainan
di dalam istana dan diasaskan oleh orang Batak. Oleh kerana itulah dalam hikayat makyong selalu disebut
‘Maharaja Batak’ dan sebagainya yang ada kaitan dengan nama-nama kaum di Sumatera.

Sejarah Makyong memang panjang tetapi wajarlah disebut di sini, apabila berlaku peperangan di
Sumatera, salah seorang raja yang tewas akan melarikan diri. Dalam rombongan itu ada pemain makyong
dan pasukannya. Rombongan itu telah mendarat di Terengganu iaitu di padang Raja, sebab itulah tempat
itu dipanggil Padang Raja. Dari sini permainan makyong dipelajari oleh orang Kelantan dan terus
berkembang di negeri itu. Permainan makyong adalah permainan istana. Setiap kali raja hendak
bermesyuarat terlebih dahulu dipersembahkan permainan makyong ini.

Asal Usul Dewa Muda

Dewa Muda telah dilahirkan setelah isteri Raja Jawa iaitu Tuan Puteri Selindung Bulan memakan
pinang yang diidamkan olehnya. Pinang itu telah dicari oleh pengasuh yang didapati di dalam lautan yang
mana buah pinang ini hanya sebelah sahaja.

Cerita Dewa Muda

Sesudah Dewa Muda dewasa, beliau telah mendapat satu alamat mimpi di mana di dalam
mimpinya ia berjumpa dengan seorang tua yang menyuruh beliau mengikutnya ke suatu tempat yang
tertentu. Kalau Dewa Muda tidak mahu mengikutnya, maka ia akan mendapat bahaya. Dewa Muda
mengikut alamat di dalam mimpinya walaupun ia telah di larang oleh ayahandanya. Di situ Dewa Muda
telah mendirikan sebuah istana yang dinamakan Istana Kedil yang hanya didiami oleh Dewa Muda dan
seorang pengasuhnya.

Di tempat inilah Dewa Muda telah disudi oleh Tuan Puteri Rakna Mas yang mengakibatkan Dewa
Muda telah terkena jeratnya sendiri yang dipasang semasa memburu kijang. Oleh sebab itu Dewa Muda
telah tersesat di dalam hutan. Dewa Muda sekali lagi disudi oleh Tuan Putera Rakna Mas semasa Dewa
Muda hendak meminum air di kolam mengakibatkan Dewa Muda terpaksa mengikut semua kata-kata yang
ditulis oleh Tuan Puteri Rakna Mas di atas kelopak bunga. Dewa Muda ingin membunuh diri apabila

28
ayahandanya tidak mahu memberikannya wau kerana wau itu dapat melepaskan niat Dewa Muda.
Akhirnya dengan pujukan dari Dewa Muda, ayahandanya berlembut hati juga untuk memberikannya wau
itu. Lalu pergilah Dewa Muda kepada Tuan Puteri Rakna Mas untuk menunaikan hajatnya. Semasa sakit,
Tuan Puteri Rakna Maslah yang merawat Dewa Muda dan apabila sembuh mereka berdua pun berkahwin.
Cerita ini selesai dengan perkahwinan itu.

4. Tarian Joget

29
Gambarajah 4.1 Tarian Joget

Pengenalan

Tarian Joget amat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah
dipraktikkan dan mudah untuk dipelajari. Terutamanya ketika Mandi Safar suatu ketika dahulu di Negeri
Melaka, Tarian Joget Lambak begitu terkenal . Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi
memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka.

Asal-usul Tarian Joget


Tarian Joget dipercayai berasal dari tarian Kaum Bugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-
lagu seperti Jngkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut,
Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga dikenali sebagai “ronggeng” asal daripada
perkataan “wrong geng” kerana ditarikan secara berpasangan iaitu lelaki dan wanita.

30
Cara Persembahan

Dalam Tarian Joget, gerak geri kaki lebih penting dari pergerakan tangan.Tempo Tarian Joget yang
sederhana ialah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget ditarikan dalam satu
kumpulan pergaulan yang terdiri daripada orang tua, muda, lelaki dan wanita secara berpasangan. Orang
yang sedang menari dikatakan berjoget atau bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget.

Dalam pesta-pesta keramaian, penari lelaki berjoget akan mengembing atau mempelawa
(menjemput) penari wanita agar barjoget dengannya. Tetapi dalam persembahan Joget diatas pentas
terdapat tiga atau empat pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.

Contoh langkah Tarian Joget

SETEMPAT – Dilakukan setempat

↑↓

MAJU – Bergerak ke hadapan dan undur semula

31
BULATAN – Dilakukan dalam bulatan kecil. Dimulakan dengan arah kanan lakukan juga pada arah
kiri

╗╔

BENTUK L – Bergarek ke hadapan dan undur ke kiri. Maju ke hadapan sebagaimana mula. Bergerak ke
hadapan dan undur ke kanan. Lakukan sebagaimana mula.

MAJU DAN BULATAN SETAMPAT – Maju ke hadapan lau membentuk bulatan setempat.
Undur semula dan membentuk sekali lagi bulatan

S TERBALIK – Bergerak ke hadapan. Membentuk C terbalik dengan setengah jarak pada pergaaerakan
pertama dan balas balik dengan bentuk C.
32
BENTUK D – Bergerak ke hadapan dan membentuk bentuk C terbalik iaitu kembali ke bentuk asal.
Bergerak ke hadapan dan buat bentuk C juga balik ke tampat asal.

BENTUK L SEKALI – Bergerak ke arah hadapan dengan kiraan empat ke arah kiri dan undur dengan
kiraan empat. Undur semula dengan cara pusingan ke tempat kedua dan buat bentuk C untuk kembali ke
tempat asal.

MAJU BULATAN DAN S TERBALIK – Maju ke hadapan kemudian buat bulatan setempat dan pergerakan
kedua buat C terbalik lalu dibalas dengan C sampai ke tempat asal.

33
PETIK – Buat bulatan dengan tangan kanan ke bawah manakala tangan kiri ke atas. Balas ke kiri dengan
tangan kanan ke atas dan tangan kiri ke bawah.

TERANCANG – Tangan kanan dan kiri mencekak pinggang. Dengan keadaan melompat kaki kanan ke
hadapan lalu dimasukkan secara bersilang pada kaki kiri. Ulang pada kaki kiri disilang pada kaki kanan
pula.

GILA-GILA – Tangan mencekak pinggang, kaki kanan sentiasa disilang kiri dan kaki kiri sentiasa disilang
ke kanan.

BENTUK V – Tangan kiri dan kanan mencekak pinggang sambil kaki kanan diangkat. Buat pergerakan 45
darjah diikuti kaki kiri. Buat berulang. Undur semula. Buat sebagaimana permulaan Cuma tukar kea rah kiri
45 darjah.

34
TERANCANG KIRI KANAN – Tangan kanan dan kiri mencekak pinggang. Pusing kanan 90 darjah gerakan
kaki kanan disilang pada kaki kiri. Pusing 90 darjah lagi, gerakan kaki kiri disilang pada kaki kanan. Buat
seterusnya sampai ke tempat asal. Habis empat arah balas semula dan pergerakan masih sama.

Pakaian Joget

Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping.
Sementara pakaian bagi penari wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga di atas kepalanya.
Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian
tarian joget

5. Tarian Poco-Poco

35
Gambarajah 5.1 Tarian yang popular pada masa kini.

Pengenalan.

Pernah mendengar tarian Poco-poco? Ohhh.. Jika tak pernah dengar, anda pernah dengar tak Line
Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ini adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh
sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia

Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh
ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia. Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi,
cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti
oleh yang lain.
Peserta tarian ini perlu berada dalam barisan yang teratur agar gerak tari kelihatan lebih seragam
dan menarik mengikut rentak muzik yang sedikit rancak. Dua langkah kecil ke kanan, kembali ke tempat,
lalu undur satu atau dua langkah ke belakang, kemudian maju ke depan sambil memusingkan badan.
Begitu seterusnya gerakan itu diulang-ulang sehingga anda selesai memusingkan badan ke empat penjuru

36
lalu kembali ke tempat asal semula. Rentak lagu memainkan peranan untuk menambahkan keseronokkan
dalam tarian ini.

Di Malaysia, poco-poco biasanya ditarikan sewaktu diadakan senaman erobik kerana tarian ini
memerlukan banyak pergerakkan kaki, tangan dan tubuh badan. Anda juga boleh melakukan tarian ini
bersama keluarga di rumah atau bersama rakan sekerja di pejabat. Disamping dapat menyihatkan badan,
tarian ini juga dapat mengurangkan tekanan.

Gambarajah 5.2 Tarian poco-poco yang ditarikan oleh kakitangan polis

Bermula di majlis-majlis yang dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja dan para VIP, Poco-poco tarian yang
dianggap eksklusif untuk golongan atasan itu akhirnya menjadi ikutan di jabatan-jabatan kerajaan dan
swasta.

Mendengar intronya yang bergemerencing, dengan irama mirip muzik reggae, boleh membuatkan
kepala dan kaki bergerak. Lantas suara Yopie Latul melantun ke seluruh ruang.

"Balenggang pata-pata, (Jalannya berlenggang)

Ngana pe goyang... pica-pica, (Goyangan badan mu... lincah)

Ngana pe bodi... poco-poco, (Tubuhmu yang berisi dan lincah)

cuma ngana yang kita cinta, (Hanya kamu yang ku cinta)

cuma ngana yang kita sayang, (Hanya kamu yang ku sayang)

37
cuma ngana suka bikin pusing. (Hanya kamu suka buat aku pening)..."

Demikian rangkap pertama lagu poco-poco yang tariannya terkenal bukan sahaja di kalangan dewasa,
bahkan juga kanak-kanak di seluruh Malaysia pada masa kini. Asalnya ialah sejenis tarian tradisi yang
diperturunkan oleh nenek moyang masyarakat Yospan di daerah Papua dan juga masyarakat Wayase di
daerah Ambon. Gerak tubuh yang berbeza antara dua masyarakat ini akhirnya dicantum dan
dikembangkan tanpa nama dan lebih dikenali sebagai 'tarian ramai-ramai' .

Nama poco-poco itu ditampilkan oleh seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette. Beliau
melihat seorang gadis sedang menari tarian itu dengan lincah di satu pesta. Lantas secara tiba-tiba
perkataan poco-poco yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah, terbit dari mulutnya.
Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu dinamakan poco-poco. Arie menjadi individu
yang bertanggungjawab menggubah. lagunya yang turut dinamakan poco-poco. Setelah Arie berhijrah ke
Jakarta pada tahun 1995, lagunya popular ke seluruh Indonesia apabila dinyanyikan pula oleh penyanyi
tersohor Yopie Latul. Poco-poco bukan sekadar tarian biasa. Berasal dari daerah kecil Ambon di bahagian
Sulawesi Utara, Indonesia, tarian ini digemari oleh semua peringkat masyarakat tanpa mengenal usia.
Daripada kanak-kanak, dewasa, nenek, ketua-ketua jabatan dan juga golongan VIP, ia menembusi
segenap kampung dan daerah, pejabat-pejabat, hotel berbintang dan seluruh Malaysia. Tidak cukup
dengan itu, ia juga dibariskan sebagai satu agenda untuk titipan kenangan manis di penghujung majlis.

Gerakan asas poco-poco pada dasarnya mudah diikuti. Buat yang baru pertama kali mencubanya, jika
pun anda sekeras kayu, sekurang-kurangnya langkah tarian ini mudah diikuti. Dua langkah kecil ke kanan,
kembali semula ke tempat, lalu langkah diundur satu atau dua langkah, seterusnya melangkah ke hadapan
sambil berpusing. Begitulah seterusnya gerakan ini diulang-ulang, hingga si penari selesai memusingkan
tubuh ke arah empat penjuru angin lalu kembali semula ke kedudukan asal.Bagaimanapun, menurut isteri
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Ibu Made Darsini Rusdihardjo, gerakan poco-poco bukanlah terhad
kepada enam langkah itu sahaja, tetapi dikembangkan dengan dinamik hingga kini wujud sekitar 50
gerakan.

Malah iringan muziknya juga beraneka. Ada yang berentak dangdut, poco-poco house music (disko)
dan juga cha cha "Tarian ini selalunya dijadikan sebagai alat untuk mengukuhkan perpaduan. Malah,
sebelum popular, ia juga diketahui ramai apabila dibawa keluar dari Ambon oleh pasukan tentera yang
pernah bertugas di sana.

Mereka menarikannya sebagai satu cara berhibur beramai-ramaibagi mengubati kesunyian kala
berjauhan daripada keluarga. Ia menjadi satu budaya di jabatan-jabatan kerajaan atau persatuan yang
38
ramai ahlinya dengan satu tujuan, iairumenger:i:ill silaturahim. Ini kerana, keasyikan menari poco-poco
ialah apabila setiap penari yang berbaris dalam satu barisan dapat menyamakan langkah mereka
mengikut rentak. Ia umpama line dance yang banyak menerapkan unsur tarian-tarian rakyat dari negara
Latin dan Barat.

Gambarajah 5.3 Tarian ini ditarikan di majlis kenduri

Dahulu sebelum adanya poco-poco, ada 1agi satu tarian yang diselitkan sebagai line dance di Indonesia,
iaitu Sajojo. Bagaimanapun; tarian asal dari Papua ini hanya dikenali di Indonesia sahaja. Tidak seperti
poco-poco yang popular hingga ke peringkat antarabangsa. Kini, ia bukan sekadar satu tarian tradisi, tetapi
atas daya kreativiti sesetengah pihak. poco-poco dijadikan sebagai salah saru gerakan senamrobik.
Muziknya disusun agar kedengaran lebih rancak dan bertenaga. "Pergerakan yang diulang-ulang selama
lebih 20 minit itu mampu mengeluarkan peluh dan menjadi senaman yang baik buat mereka yang kurang
bertenaga" jelasnya. Ibu Made berpendapat, ia juga telah berjaya membuka pintu rezeki buat tenaga
pengajar poco-poco sama ada versi tarian atau pun versi senamrobik.

Oleh kerana tarian ini sering menjadi alat penghubung dan pengerat silaturahim antara diplomat Indonesia
dan diplomat asing. ia menjadi satu acara terpilih billit mereka yang memperkenalkan kebudayaan
Indonesia.Ber mula di majIis-majIis yang dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja dan para VIP, tarian yang
dianggap eksklusif untuk golong atasan itu akhirnya turut menjadi ikatan di jabatan-jabatan kerajaan dan
swasta.

39
Gambarajah 5.4 Salah satu maanfaat tarian ini ialah untuk senaman

Apatah lagi, dengan adanya persatuan-persatuan seperti Wanita Malindo (Wanita Malaysia-Indonesia) dan
Dharma Wanita iaitu persatuan isteri-isteri petugas kedutaan Indonesia di Malaysia, tarian poco-poco
menjadi antara aktiviti pilihan mereka sewaktu mengadakan pertemuan. Penangan poco-poco nampaknya
bukan hanya sekadar sebuah tarian. Orang boleh lupa dan asyik menari hingga tidak sedar waktu berlalu.
Malah, seperti di Indonesia juga, ia semakin popular di kalangan anak muda tempatan apabila dijadikan
satu bentuk gerakan senam robik. "Apa yang pasti, menarikan poco-poco tidak sesukar menarikan tarian
Bali dan Jawa yang tinggi nilai seni dan estetikanya. Penari tidak memerlukan bakat untuk bergoyang
poco-poco. Gerakannya sama dan tetap. Paling utama, kita berasa gembira, sihat, erat dan mesra setelah
menari poco-poco," jelas Ibu Made. Membuktikan kata-katanya bahawa ia mudah dipelajari, bersama-
sama ahli Dharma Wanita, penulis turut sama mengatur langkah bergoyang poco-poco.Ya, mudah bangat!
Tetapi sesekali langkah yang diatur pincang juga di permulaannya. Selepas puas menari poco-poco,
wanita-wanita ini turut menarikan tarian Sajojo dan Goyang Dombret (Jawa Tengah) dan sebuah tarian
rakyat bagi melengkapi pertemuan pada hari itu.

Pun begitu tarian ini semakin menular di jabatan-jabatan kerajaan dan juga sektor awam yang lain.
Tarian ini lebih kurang senam erobik dan juga ada background muzik nyanyian Yopie Latul (POCO-POCO).
Berikut adalah gerakan tarian poco-poco versi hari keluarga jabatan aku yang diedarkan dalam pamplet
hari keluarga:

Gerakan Poco-poco

1. Bergerak ke kanan dua langkah

40
2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
3. Bergerak ke belakang dua langkah
4. Bergerak ke hadapan dua langkah
5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah

Gambarajah 5.5 Salah satu contoh langkah poco-poco

Gambarajah 5.6 Tarian ini dijadikan salah satu acara bagi sesuatu majlis

Tarian ini satu hari nanti akan menjadi satu tarian wajib apabila menari di kenduri kawin dan tentunya
ini menjadi pesaing sengit joget lambak.Jadi selamat berpoco-poco.

Pakaian untuk tarian


Tarian ini tidak memerlukan pakaian yang khas, cukup sekadar apa yang kita pakai. Malahan pakaian
untuk ke pejabat boleh digunakan.
.

41