Anda di halaman 1dari 3

Modul AQIDAH Tajuk : Perahu Karam

Objektif Menyedari kepentingan menjaga aqidah. Memahami pembahagian tauhid & kaitannya dalam kehidupan muslim. Bahan Kertas A4 kosong. Pelaksanaan Fasi meminta peserta melukis gambar seorang lelaki di dalam perahu yang hampir karam di tengah lautan yang bergelora & sebuah helikopter yang cuba untuk menyelamatkan lelaki tersebut dengan menghulurkan tali. Setelah selesai, fasi meminta peserta mengaitkan gambar yang dilukis dengan kepentingan memelihara aqidah. Fasi membuat resolusi daripada modul yang telah dilaksanakan. Butir Perbincangan Lelaki itu diumpamakan sebagai manusia & laut yang bergelora itu pula diumpamakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran yang merupakan tempat tinggal kepada manusia. Tali yang dihulurkan kepada lelaki itu pula digambarkan sebagai aqidah yang menjadi pegangan hidup manusia. Selagi mana lelaki tersebut memegang tali yang dihulurkan itu dengan kuat, selagi itulah dia dapat diselamatkan daripada turut sama karam bersama perahunya dalam laut yang bergelora itu. Begitulah juga keadaannya dengan aqidah. Selagi mana ia menjadi pegangan hidup seorang manusia itu, selagi itulah ia mampu menyelamatkan manusia itu dari kesesatan dunia. Itulah pentingnya menjaga aqidah. Walaupun lelaki itu berjaya berpaut pada tali tersebut, sekiranya dia tidak memegang dengan betul berkemungkinan dia akan jatuh juga. Samalah konsepnya dengan aqidah. Jika diperhatikan, helikopter itu adalah asas kepada terselamatnya lelaki tersebut. Begitu juga dengan aqidah. Tauhid merupakan asas kepada aqidah. Helikopter itu dicipta untuk membantu (adanya pencipta tauhid rububiyyah) & itulah satu-satunya helikopter yang datang untuk memberikan pertolongan (satu-satunya yang wajib disembah

tauhid uluhiyyah). Helikopter itu disifatkan sebagai penyelamat (sifatnya tauhid asma wa sifat). Ini boleh dikaitkan dengan tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah & tauhid asma wa sifat.

Kesimpulan Aqidah merupakan asas dalam kehidupan muslim & dilengkapi dengan tiga (3) elemen tauhid yang mengukuhkan lagi ikatan aqidah.

MODUL aqidah dan perjuangan (15 minit) Alatan : - gambar masjid (1 kumpulan, 1 gambar) Pelaksanaan 1. Peserta diberikan sehelai kertas yang mempunyai gambar sebuah masjid. 2. Peserta diminta untuk mengoyakkan kertas tersebut sehingga menjadi serpihan-serpihan kecil 3. Kemudian fasilitator meminta agar peserta menyambung semula serpihan-serpihan kertas tersebut 4. Setelah hampir 80% siap, fasilitator akan mengacau susunan serpihan tersebut sehingga berterabur 5. Fasi akan melihat sejauhmanakah peserta dapat menghalang gangguan yang dibuat oleh fasi dan sejauhmanakah kecekalan peserta untuk menyusun semula koyakkan kertas tersebut sehingga terbentuk gambar masjid kembali. Kesimpulan Aqidah mudah luntur dan hancur dan susah untuk dijaga - Muslim yang kuat aqidahnya akan berasa tersentuh dan marah jika imannya atau umat Islam yang lain cuba dimusnahkan

Modul aqidahku sayang (15 minit) Alatan: - 1 belon - 10 batang straw - 3 helai tisu

Pelaksanaan 1. peserta akan diberikan sebuah belon(berisi angin), 10 batang straw dan 3 helai tisu. 2. peserta diminta untuk melindungi belon dengan bahan-bahan yang telah diberikan. 3. setelah siap,fasi akan menguji kekuatan belon tersebut(dibaling dari aras tinggi) kesimpulan Belon umpama aqidah, straw umpama iman, tisu umpama ibadah dan selotep umpama ukhuwah - Peliharalah aqidah dengan sebaiknya sebab aqidah terlalu mudah untuk goyah seperti belon yang mudah pecah