Anda di halaman 1dari 14

RANCANGAN AGAMA TV3: KAJIAN TENTANG SAMBUTAN MASYARAKAT DI GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

MUHD NAJIB BIN BADARUDIN

LATIHAN ILMIAH INI TELAH DIKEMUKAKAN KEPADA JABATAN DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN SESI 2011/2012

_____________ Penyelia Dr. Norrodzoh @ Nor Raudah binti Hj. Siren

__________ Tarikh

MOTTO

F T

ii

ABSTRAK

Setiap perkara yang baik dilakukan maka hasilnya akan turut memberi kebaikan dan penyampaian dakwah yang baik ialah penyampaian yang dapat mempengaruhi sasaran dakwah. Walaupun isi dakwah yang baik tetapi ia amat sukar untuk diterima oleh sasaran sekiranya cara penyampaian yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan sasaran. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan masyarakat Islam Malaysia di suatu penempatan sederhana terhadap program agama terbitan stesyen televisyen swasta pertama di negara kita iaitu TV3. Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui bentuk-bentuk rancangan agama yang disiarkan mampu untuk menarik perhatian masyarakat yang ditawarkan pelbagai rancangan dan saluran selain daripada agama Islam. Faktor-faktor penerimaan masyarakat diambilkira sebagai keputusan kajian yang selaras dengan objektif iaitu mengenalpasti sambutan masyarakat Gemencheh, Negeri Sembilan terhadap rancangan agama di TV3. Selain itu, hubungan antara media penyiaran dan dakwah turut diselitkan bagi memperlihatkan hubungjalin antara keduanya kerana ia amat penting dalam menjana masyarakat Islam sebagai masyarakat yang berteknologi maklumat. Kecanggihan alatan media seharusnya dipelajari bagi mendekati sasaran yang pelbagai ragam dan media penyiaran sebagai landasan kepada pendakwah untuk merealisasikan matlamat dakwah yang sebenar. Hasil kajian, rancangan agama adalah berbentuk perbincangan isu-isu semasa, ceramah ringkas yang padat dengan ilmu serta mudah untuk difahami dan panduan-panduan gaya hidup Islam yang sempurna. Faktor penerimaan maysrakat Gemencheh terhadap rancangan agama di TV3 dapat dilihat dari kekerapan masyarakat menonton rancangan agama Islam, memilih cara persembahan rancangan agama menarik dan waktu siaran yang dijadualkan oleh TV3 amat bersesuaian dengan kehidupan seharian masyarakat.

iii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t,


selautan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w penghulu sekalian Nabi, ahli keluarga Baginda serta para Sahabat r.a. dan para penyebar agama Allah s.w.t di seluruh alam.

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah rahmat
dan kasih sayang-Nya telah memberi masa, ruang dan peluang bagi menyiapkan kajian yang bertajuk Rancangan Agama TV3: Kajian Tentang Sambutan Masyarakat di Gemencheh, Negeri Sembilan dengan sempurnanya meskipun terikat dengan keterbatasan waktu yang amat singkat ini.

Segunug kasih, selaut sayang dan sejuta penghargaan dihadiahkan istimewa buat
yang tersayang, ayahanda Badarudin bin Dahlan dan bonda tercinta Zainun binti Said di atas segala pengorbanan yang tidak terbalas kepadaku. Terima kasih jua di atas segala nasihat dan dorongan yang diberikan di saat-saatku memerlukan. Jutaan penghargaan jua buat adik beradikku yang disayangi, Along Nawwar, Angah Nasir, Nasrul, Kak Cik dan Naufal yang sanggup membantu walaupun sibuk dengan tugas harian masing-masing. Semoga kasih sayang antara kita semua mekar berpanjangan dan pelbagai rintangan akan kita harungi bersama. Tidak kitinggalan jua terima kasih diucapkan buat teman yang teristimewa di atas doa, nasihat dan harapan serta pengorbanan yang telah diberikan sepanjang menyiapkan latihan ilmiah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang dihormati penyelia


kertas latihan ilmiah ini Dr. Norrodzoh @ Nor Raudah binti Hj. Siren yang telah banyak memberikan buah fikiran, tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini dilakukan. Tidak lupa juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Akademi Pengajian Islam terutamanya pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan di atas segala nasihat, galakkan dan idea yang diberikan.

iv

Buat semua teman-teman seperjuangan Jabatan Dakwah Pembangunan Insan


dan terutamanya kepada yang mengambil minor pengajian media, adik-adik tahun dua dan satu khususnya Mudd, Shukri, Lokman dan rakan-rakan media, Leyha, Zu, Nailah, Nabilah dan Husna yang telah sama-sama berkongsi suka duka selama tiga tahun bermukim di Universiti Malaya ini, terima kasih dan maaf atas segala-galanya. Tidak lupa juga buat house-mate, Izzudin, Milin, Pok Nik, Shahril, Faris, Hafiz dan Afiq yang sentiasa memahami dan banyak membantu. Begitu juga buat Kak Ngah yang turut sama memberi dorongan dan semangat kepadaku. Jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila dan ku titipkan doa semoga hubungan kita semua berpanjangan hingga akhir hayat, Insya Allah.

Tidak lupa juga penghargaan ini diberikan kepada mereka yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan kajian ini. Semoga segala usaha yang kalian curahkan akan diberkati Allah s.w.t dan mendapat balasan-Nya. Akhirulkalam, salam tazim kepada semua pembaca, keampunan jua dipohonkan kepada Allah s.w.t atas segala kelemahan dan kesilapan dalam penulisan ini. Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat buat semua.

Disediakan oleh,

MUHD NAJIB BIN BADARUDIN (IEJ 080037) ajibz88@gmail.com

Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kuala Lumpur 28 Muharram 1433H/ 23 Disember 2011M

No. 200 Gemencheh 2, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus.

DAFTAR ISI

Motto Abstrak Penghargaan Daftar Isi Senarai Kependekan Panduan Transliterasi

ii iii iv vi xi xiii

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Objektif Kajian 1.3 Kepentingan Kajian 1.4 Pengertian Tajuk 1.5 Metodologi Kajian 1.5.1 Pengumpulan Data 1.5.2 Metode Analisis Data 1.6 Skop Kajian 1.7 Pembahagian Bab 1.8 Kesimpulan

1 4 5 6 9 10 11 13 13 15

vi

BAB DUA: MEDIA PENYIARAN DAKWAH

2.1 Pengenalan Media 2.1.1 Kepentingan Media 2.1.2 Kesan Media Massa 2.2 Media Penyiaran 2.2.1 Sejarah Media Penyiaran di Malaysia 2.2.2 Perkembangan Televisyen di Malaysia 2.3 Media Penyiaran Dakwah 2.3.1 Takrif 2.3.2 Hubungan Media Penyiaran dan Dakwah 2.3.3 Ciri-ciri Media Penyiaran Dakwah 2.3.4 Kepentingan Media Penyiaran Dakwah 2.3.5 Asas-asas Media Dakwah 2.3.6 Peranan Media Penyiaran Dakwah 2.3.7 Masalah Media Penyiaran Dakwah 2.4 Teori Sambutan Masyarakat 2.5 Kesimpulan

16 16 19 22 27 29 32 32 34 36 38 40 41 43 47 49

vii

BAB TIGA: STESEN TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD DAN RANCANGAN AGAMA

3.1 Stesen Televisyen Malaysia Berhad 3.1.1 Pengenalan 3.1.2 Misi Korporat 3.1.3 Slogan 3.1.4 Struktur Korporat 3.1.5 Kejayaan Sistem Televisyen Malaysia Berhad Atau Media Prima Berhad 3.2 Program Agama TV3 3.2.1 Pengenalan 3.2.2 Al Kuliyyah 3.2.3 Al Hidayah 3.2.4 Jejak Rasul 3.2.5Motivasi Pagi 3.2.6 Waktu Solat 3.2.7 Program Khas 3.3 Kesimpulan

50 50 54 54 55

56 60 60 61 64 66 71 72 73 73

viii

BAB EMPAT: ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 4.2 Latar Belakang Responden 4.2.1 Jantina 4.2.2 Peringkat Umur 4.2.3 Taraf Status 4.2.4 Taraf Pendidikan 4.2.5 Taraf Pekerjaan 4.3 Sambutan Masyarakat Terhadap Rancangan Televisyen 4.3.1 Diukur Dari Kekerapan Menonton Televisyen 4.3.2 Diukur Dari Rancangan Yang Diminati 4.3.3 Diukur Dari Peratusan Penonton Yang Menonton Program Agama Di TV3 Seminggu 4.3.4 Diukur Dari Cara Persembahan Program Agama Di TV3 4.3.5 Diukur Kesesuaian Masa Program Agama Di TV3 4.3.6 Diukur Dari Segi Kefahaman Penonton Yang Menonton Program Agama 4.3.7 Diukur Dari Segi Cara Penontonan Mengikut Program Agama Di TV3 4.3.8 Diukur Dari Segi Program Agama Yang Paling Diminati Di TV3 4.3.8 Diukur dari Pandangan Responden Tentang Program Agama Yang Disiarkan

75

76 77 78 79 80

81 82

83 84 85

86

87 88

89

ix

4.3.9 Diukur Dari Segi Pandangan Responden Tentang Penjadualan Program Agama TV3 4.4 Kesimpulan 90 91

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan 5.3 Saranan Dan Cadangan 5.3.1 Saranan kepada Pihak Kerajaan 5.3.2 Saranan kepada Pihak Penyiaran 5.3.3 Saranan Kepada Pihak Pendakwah 5.3.4 Saranan kepada Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 5.3.5 Saranan kepada Masyarakat Islam 5.3.6 Saranan kepada Pengkaji Akan Datang 5.4 Kesimpulan

92 92

96 97 98 99 99 100 101

BIBLIOGRAFI

102

LAMPIRAN

107

SENARAI KEPENDEKAN

Prof. Bil. c. Dr. ed. eds. En. et al. H Hlm. JAKIM Ibid. jil. M t.t op.cit. s.a.w s.w.t terj. t.p t.t.p

Professor Bilangan Cetakan Doktor Editor (penyunting) Editors (penyunting-penyunting) Encik (Latin : et alii/alia) dan lain-lain yang melebihi dua Hijrah Halaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Latin : Ibidem) pada tempat, buku atau halaman yang sama Jilid Masihi Tanpa Tarikh (Latin : opera citato) dalam karya yang sudah dipetik Salla al-Lah Alayh Wa Sallam Subhanah Wa Taala Terjemahan Tanpa Penerbit Tanpa Tempat Penerbit

xi

CASP RTM TV3 AT&T BBC LCD Sdn. Bhd TV

Penyediaan Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Radio Televisyen Malaysia Stesen Televisyen Malaysia Berhad American Telephon and Telegraph Company British Broadcasting Corporation Liquid Crystal Display Sendirian Berhad Televisyen

xii

PANDUAN TRANSLITERASI

Senarai pedoman tersebut adalah seperti berikut:1 i. Huruf konsonan Huruf Arab Sebutan alif ba ta tha jim ha kha dal dhal ra zay sin syin sad dad ta za ayn ghayn fa qaf kaf lam Huruf Latin a/ b t th j / kh d dh r z s sy / / / / gh f q k l

Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

xiii


ii. Huruf vokal

mim nun waw ha ya ta marbutah

m n w h y

Vokal

Huruf Arab (fathah)

Huruf Latin a u i / / / aw ay y w

Pendek

(dammah) (kasrah)

Panjang

Diftong

xiv