Anda di halaman 1dari 3

ISLAM ITU CERIA

August 28th, 2008 | by Abu Saif

Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian, keluh seorang muslimah di Jepun. Saya memahaminya. Dalam suasana sedemikian rupa, tiada persekitaraan yang solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara segalanya itu mengundang kosong di dalam diri. Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?, saya membalas dengan pertanyaan. Muslimah itu mendiamkan diri seketika. Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?, saya menyambung perkongsian. Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan. Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan yang indah seperti yang digambarkan. Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata. Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya. Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?

TIDAK MUDAH Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari alam jahiliah ke alam Islam untuk menyesuaikan diri mereka. Jika mahasiswa yang lelaki, mungkin perubahan diri itu tidak begitu menonjolkan kelainan. Dia boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar aku engkau kepada ana anta sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada I you. Berbeza sekali dengan yang perempuan.

Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara full display. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi. Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri. Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan garis pemisah, menonjolkan dirinya yang baru. Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah. Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak, jawab saya. PAKAIAN ITU SEKUNDER Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan. Maka faktor pakaian memang ada peranannya. Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama. Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang

berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu. Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencelin, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang. sungguh flamboyan! Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu. Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula. Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq. AKHLAQ PENENTU Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan kawan lama sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu. Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka madu tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan. Justeru, ceria-cerialah wahai daie! Jangan bermasam muka, bermuram durja. Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu penderaan emosi? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas mendapat Islam dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan? Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu? Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang maruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syiab al-Iman) Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia. ABU SAIF @ www.saifulislam. com 56000 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai