Anda di halaman 1dari 20

KESEMPURNAAN PANCAINDERA

APA ITU PANCAINDERA?


 Lima deria (senses)
Deria lihat (tengok/pandang) Deria hidu Deria dengar Deria rasa melalui sentuhan (kulit) Deria rasa melalui lidah

DERIA LIHAT
Imej

Warna Bentuk Sifat dan rupa Jenis Gerak

Bergerak-gerak Dimensi Latar Flora dan fauna

IMEJ
 Pandangan zahir sesuatu objek yang merangkumi nama, gelaran, warna, bentuk, sifat, jenis, rupa, tabiat dan kelakuan.

DERIA DENGAR
 Kesan spontan  Kesan naluri  Pelengkap latar suasana  Flora dan fauna  Kepercayaan dongeng

KESAN SPONTAN
 Bererti kesan serta merta.  Apabila membaca tentang satu rangkai kata tentang bunyi objek, deria serta-merta akan menangkap bunyi berkenaan secepat kejutan elektrik.  Kejituan bunyi bergantung kepada kebijaksanaan dan pendeskripsian penulis.  Penting untuk menarik minat pembaca meneruskan pembacaan.

DERIA PENGHIDUAN
 Deria penghiduan atau pembauan walaupun tidak sepenting deria lihat dan dengar kerana tidak dapat memberikan kesan audio-visual, tetapi turut juga berfungsi sebagai salah satu kesan pancaindera yang penting dalam karya.

KESAN SPONTAN
 Sama seperti kepada pendengaran, pembauan juga memberikan kesan spontan terutama kepada perasaan dalam diri.  Jika pengarang menerangkan bau masakan yang lazat seperti bau gulai, dengan sendirinya akan menimbulkan rasa lapar.

DAYA PEMBANGKIT
 Bermaksud ada kesan tarikan, ada daya hipnotis yang membangkitkan keinginan khalayak untuk mengikutinya.  Dalam BM, terdapat pelbagai jenis bau tertentu mengikut objek dan keadaannya.  Malah, terdapat kategori bau tertentu dan juga perkataan perkataan perbandingan seperti harum bagai kasturi.

IMEJ OBJEK
 Ada bau-bau yang tidak dapat dikategorikan melainkan dengan cara menggunakan objekobjek yang menjadi imej bau secara langsung seperti bau asap kenderaan, bau longkang dll  Bau-bau ini sudah menjadi sinonim dengan objeknya.

IDENTITI OBJEK
 Bau sesuatu objek biasanya sudah identik dengan objek berkenaan.  Bau bunga melur umpamanya tidak serupa dengan bunga cempaka atau mawar.

UNSUR SUSPENS
 Pembauan boleh dijadikan teknik penceritaan dan perkembangan plot.  Contohnya, peristiwa kehilangan yang melibatkan watak yang tinggal sendirian di pangsapuri. Jiran hanya menyedari sesuatu selepas terhidu bau yang busuk. Apabila dimasuki rumah itu, yang dijumpai hanyalah anjingnya yang telah mati dan individu itu tiada.  Salah satu kesan yang sesuai untuk menimbulkan unsur thriller dalam karya.

DERIA RASA-SENTUH (TOUCH)


 Boleh dilakukan dengan semua anggota badan.  Tidak terbatas kepada mata, telinga dan hidung.

BENTUK
 Pengertian yang hampir sama dengan tekstur.  Penampilan fizikal sesuatu objek yang lazimnya pada bahagian permukaan atau luaran seperti licin, berpasir, bergerigis, berkematu dll.  Fungsi utamanya sebagai membantu penampilan unsur visual.  Penulis harus menggunakan istilah yang tepat agar tidak disalah ertikan.

RASA
 Bagaimana rasa sesuatu objek itu selepas disentuh ataupun tersentuh, terpijak dan terkena dengan anggota badan seperti kaki, tangan dan kulit.  Lazimnya, rasa ini tercetus hasil daripada satu-satu fenomena tertentu seperti disebabkan peredaran musim, cuaca, pertukaran malam dan siang, perubahan waktu dan proses perjalanan masa.

DERIA RASA
 Sama dengan deria sentuh tetapi khusus kepada lidah atau mulut sahaja.  Lazimnya khusus untuk makanan, minuman, buah-buahan dan ubat-ubatan sahaja.

FUNGSI
 Sebagai bahasa figuratif.  Dijadikan sebagai elegori yang sudah tidak ada kaitan dengan rasa yang dalam pengertian asalnya.  Daripada kata-kata rupa, ia boleh bertukar menjadi kata kerja.
Penderitaan itu sungguh memahitkan.

 Selain elegori, sifat objek-objek yang mempunyai rasa yang tertentu ini boleh dijadikan simile.
Ubat ini pahit macam hempedu. Mangga ini masam mencuka. Sirap ini manis macam gula. Gulai ini masin macam garam. Lauk pauk ini tawar heber macam air sejuk.

 Penggunaan elegori dan simile dari deria ini akan membantu mengunikkan karya.  Ayat-ayatnya yang mudah boleh melantunkan kesan spontan dalam minda khalayak.  Hendaklah diingta, penyenaraian tentang pancaindera bukanlah hanya setakat ini sahaja.  Fungsinya lebih saujana kerana semuanya bergantung pada cara seseorang itu sendiri menjumpainya.

Sekian, Terima kasih