Anda di halaman 1dari 32

Teknik Improvisasi Definisi: Satu aktiviti yang membimbing pelajar melakukan aksi kaku (muzium lilin) secara spontan

bagi menggambarkan sesuatu peristiwa atau situasi. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik. Langkah pelaksanaan: i. ii. iii. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada dua hingga lima orang sekumpulan. Setiap kumpulan diberi satu petikan yang perlu dikaji oleh mereka. Murid diminta berbincang tentang satu gambaran yang paling sesuai bagi menjelaskan peristiwa dalam petikan tersebut. Mereka diminta memilih seorang ketua kumpulan untuk memberikan penjelasan tentang situasi yang dipilih. Ahli kumpulan yang lain akan memainkan peranan sebagai watak-watak dalam petikan itu. Setiap watak perlu memahami peranan mereka dan melakukan aksi kaku yang dikehendaki mengikut petikan. Semasa pembentangan murid diminta melakonkan aksi kaku bagi watak-watak yang telah ditetapkan berdasarkan petikan yang diberi. Ketua perlu menerangkan peranan setiap ahli kumpulannya dan mengapakah mereka kelihatan seperti yang digambarkan. Ketika penerangan ini setiap pelakon mesti membekukan dirinya seperti patung lilin di muzium sehinggalah ketua kumpulan selesai menjelaskan senario tersebut.

iv.

Tunjuk cara: i. ii. iii. v. vi. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan melantik seorang ketua. Ketua kumpulan diminta mengambil kad petikan dan berbincang tentang situasi seperti dalam kad petikan. Setiap kumpulan melantik seorang ketua dan menetapkan pelakon untuk watakwatak dalam petikan. Guru menerangkan peranan ketua, nenek kebayan dan Inderaputera berdasarkan petikan. Semasa ketua kumpulan menjelaskan tentang senario berdasarkan petikan, setiap pelakon mesti membekukan dirinya seperti patung lilin di muzium sehinggalah ketua kumpulan selesai menjelaskan senario tersebut. Murid lain diminta menyenaraikan tiga perwatakan berdasarkan penerangan dan lakon kaku dalam lemberan grafik yang diberi.

vii.

Refleksi: Aktiviti ini juga boleh dijalankan mengikut situasi yang berlainan bagi setiap kumpulan. 1

Lampiran 1:

Petikan Hikayat Inderaputera (Muka surat 53 54)

Maka setelah itu nenek kebayan pun sampailah kepada pintu kebunnya. Maka dilihatnya ada terikat dan dilihatnya di dalam kebunnya itu ada seorang kanak-kanak duduk di bawah pohon delimanya itu. Maka rupanya terlalu amat indah penuh dengan pakaiannya. Maka ujar nenek kebayan, Anak siapa gerangan ini dan daripada mana gerangan datangnya. Lagipun pintu pagar ini ada terikat dan kampungku pun terlalu jauh daripada kampungnya orang banyak. Maka bertanya nenek kebayan, Hai, cucuku! Kanak-kanak siapa cucuku ini dan dari mana cucuku datang ini? Maka ujar Inderaputera, akulah anak Raja Bikrama Buspa dan namaku disebut orang Inderaputera. Ada pun sebabnya aku sampai ke mari ini diterbangkan oleh merak emas.

Contoh penerangan oleh ketua kumpulan:

Senario yang dipilh ialah peristiwa nenek kebayan menjumpai seorang kanak-kanak di kebunnya. Ini ialah nenek kebayan. Dia mendapati seorang kanak-kanak duduk di bawah pokok delima di dalam kebunnya. Keadaan itu menimbulkan rasa hairan kepadanya kerana pagar kebunnya masih terkunci dan kebun itu jauh dari rumah orang kampung yang lain. Kanakkanak itu memakai pakaian yang cantik. Nenek kebayan bertanyakan identiti dan kampung asal kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia ialah anak raja Bikrama Buspa yang bernama Inderaputera. Dia sampai ke situ kerana diterbangkan oleh merak emas.

Sumber rujukan DBP

Teknik Pelayaran Plot

1.

Definisi /pengenalan teknik Pelayaran plot teknik plot Plot ialah rentetan peristiwa. Pelayaran plot ialah melayari jalan cerita dengan memilih peristiwa-peristiwa penting dari awal eksposisi hingga peringkat peleraian cerita untuk mengesan aspek komsas seperti watak ,latar ,teknik plot dan sebagainya.

2.

Langkah pelaksanaan teknik pelayaran plot. i. Guru memilih beberapa peristiwa penting berdasarkan karya cerpen ii. Setiap peristiwa dinyatakan muka surat . iii. Berdasarkan setiap peristiwa yang dipilih guru boleh bertanya kepada murid tentang aspek-aspek struktural cerpen seperti teknik plot yang digunakan, perwatakan, nilai dan sebagainya. iv. Murid dikehendaki melengkapkan lembaran grafik pelayaran plot yang disediakan oleh guru.

` P1) Aku menyaksikan 2 cucunya bermain komputer P2) Aku tersinggung dengan kata-kata cucuku P3) Aku teringat kepada arwah isterinya____ m/s: 104-105 -latar peristiwa berlaku................... ...............................

m/s: 102-103berlaku konflik kepada aku iaitu......................... ................................

m/s: 103-104 Sebab.................................. ............................................ ............................................ ..

3.

Tunjuk cara i. ii. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. Guru mengedarkan lembaran grafik kepada murid

iii. iv.

Guru mengarahkan murid membaca muka surat yang terdapat dalam lembaran grafik untuk melengkapkan maklumat. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan jawapan.

Teknik pelayaran plot. Cerpen Idola

P1) Pentas telah kosong penonton telah lama meninggalkan panggung

P2) Apakan daya aku hanya penjaga panggung.....

P3) Sampai bila abang harus menjadi penjaga panggung? tanya isterinya pada suatu pagi.

m/s: 146 Latar tempat..................... ................................

m/s: 147 Teknik plot...........................

m/s: 147 Watak sampingan................... ....................................

P4) memang hebat lakonan saudara . Biasa saja, sambut si hero merendah diri.

P5) Ya, mungkin juga sebagai pelakon saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya......

m/s: 149 Nilai........................................................ ...............................................................

m/s: 149-150 Pengajaran....................................... ......................................................... ...

4.

Refleksi Murid dapat menjelaskan aspek aspek sastera menggunakan teknik pelayaran plot.

Teknik Bedah Karya Definisi / Pengenalan Teknik Proses mengesan maklumat tentang aspek-aspek sastera yang tertentu seperti latar masyarakat, nilai masyarakat, dan bentuk sajak.

Langkah Pelaksanaan Teknik i. ii. iii. iv. v. Guru memilih bahan sama ada prosa atau puisi yang akan diajar. (Novel Interlok) Guru memilih aspek komsas yang akan menjadi fokus perbincangan pada hari itu. Guru menandakan aspek yang akan menjadi fokus pembelajaran dalam bahan yang disediakan dengan menggunakan simbol-simbol tertentu atau garisan-garisan. Murid diarahkan untuk memasukkan maklumat berdasarkan simbol dan garis yang dibina oleh guru dalam bahan. (Sila lihat lampiran ) Aktiviti ini perlu diikuti dengan semakan jawapan secara perbincangan kelas dan pengukuhan kefahaman akan konsep tersebut oleh guru dan murid

Tunjuk Cara Teknik i. ii. iii. Seorang murid diminta ke hadapan kelas untuk membacakan satu petikan daripada novel Interlok. Setiap orang murid diberi petikan yang sama dalam bentuk lembaran grafik. Guru meminta murid mengenal pasti latar masyarakat dan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan. Guru membimbing murid melengkapkan borang lembaran grafik (Teknik Bedah karya). Guru mengedarkan petikan lain untuk dilengkapkan dengan latar masyarakat dan nilai kemanusiaan. (Teknik Bedah Karya)

iv. v.

Masyarakat Cina yang Pekan Simpang Empat semakin besar. Kedai makin banyak didirikan. Ladang-ladang getah yang tidak jauh dari pekan itu mulai mengeluarkan hasil dan banyak kuli dari ladang getah itu datang berbelanja di kedai Simpang Empat itu. Orang-orang Cina di Simpang Empat dan di Kubang Kerbau bermesyuarat untuk mendirikan sekolah mereka sendiri. Mereka tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu yang memang sudah ada didirikan oleh kerajaan di situ. Mereka mesti mendidik anak-anak mereka menurut adat istiadat mereka sendiri, mereka mesti mengingatkan anak-anak mereka pada tanah leluhur ada, pada kebudayaan mereka yang tua, pada bahasa mereka yang kaya. Dalam mesyuarat itu Cing Huat memberikan sumbangan wang sebanyak lima ratus ringgit. Tidak ada seorang tauke lain yang dapat mengatasinya. Tetapi Cing Huat yang sudah mahir dalam perniagaan tahu akan tipu helah orang dagang. Untuk mencari wang mereka berlumba-lumba supaya boleh dapat lebih banyak, tetapi untuk mengeluarkan wang seperti berderma mereka berusaha supaya dapat memberikan seberapa yang sedikit. Cing Huat tidak menghiraukan sangat tentang hal itu kerana dia tahu, .dia yang rajin bekerja, dia yang banyak mengumpulkan kekayaan. Tandingannya pun hanyalah bapa mentuanya.

Masyarakat Cina yang

Masyarakat Cina yang

Nilai Nilai

Nilai

Nilai

Masyarakat Cina yang mementingkan pendidikan untuk masyarakatnya

Masyarakat Cina yang masih berprasangka dengan sekolahsekolah Melayu

Pekan Simpang Empat semakin besar. Kedai makin banyak didirikan. Ladang-ladang getah yang tidak jauh dari pekan itu mulai mengeluarkan hasil dan banyak kuli dari ladang getah itu datang berbelanja di kedai Simpang Empat itu. Orang-orang Cina di Simpang Empat dan di Kubang Kerbau bermesyuarat untuk mendirikan sekolah mereka sendiri. Mereka tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu yang memang sudah ada didirikan oleh kerajaan di situ. Mereka mesti mendidik anak-anak mereka menurut adat istiadat mereka sendiri, mereka mesti mengingatkan anak-anak mereka pada tanah leluhur ada, pada kebudayaan mereka yang tua, pada bahasa mereka yang kaya. Dalam mesyuarat itu Cing Huat memberikan sumbangan wang sebanyak lima ratus ringgit. Tidak ada seorang tauke lain yang dapat mengatasinya. Tetapi Cing Huat yang sudah mahir dalam perniagaan tahu akan tipu helah orang dagang. Untuk mencari wang mereka berlumba-lumba supaya boleh dapat lebih banyak, tetapi untuk mengeluarkan wang seperti berderma mereka berusaha supaya dapat memberikan seberapa yang sedikit. Cing Huat tidak menghiraukan sangat tentang hal itu kerana dia tahu, .dia yang rajin bekerja, dia yang banyak mengumpulkan kekayaan. Tandingannya pun hanyalah bapa mentuanya.

Masyarakat Cina yang masih mementingkan pendidikan budaya dan bahasa ibunda mereka.

Nilai Murah Hati

Nilai mahir

Nilai berdaya saing

Nilai Kerajinan

Teknik Permata Kata 1. Pengenalan Permata kata ialah perkataan atau diksi yang memberi makna menjurus pada baris atau rangkap. Contoh berdasarkan puisi di bawah:

Putera laki-laki yang tuanya, Ialah memangku paduka ayahandanya, Perintah negeri terserah kepadanya, Bendahara Tun Tahir konon namanya.

Dalam rangkap di atas perkataan memangku merupakan permata kata. Boleh berbincang atau merujuk Kamus Dewan Bahasa untuk mengenali perkataan yang seerti dengannya.

2.

Langkah Pelaksanaan Teknik i. ii. iii. iv. Guru mengedarkan puisi tradisional atau puisi moden. Guru memilih satu perkataan bagi setiap rangkap yang membawa gambaran maksud rangkap. Guru meminta murid mencari maksud perkataan dengan merujuk kamus. Murid menyatakan perkataan yang boleh menggantikan perkataan dalam rangkap.

3.

Tunjuk Cara Teknik Contoh: Puisi Tradisional: Syair Perang Saudara di Pahang - Tingkatan 2 i. ii. Guru mengedarkan teks puisi kepada murid-murid. Murid diminta mencari maksud perkataan yang telah digarisi berdasarkan teks puisi secara kumpulan (5 orang satu kumpulan)

Contoh permata kata yang dipilih oleh guru: Rangkap 2 : memangku Rangkap 3 : elok Rangkap 4 : lara Rangkap 5 : diam Rangkap 6 : taulan 8

Rangkap 7 : kenaikan Rangkap 8 : muda perwira Rangkap 9 : perintah Rangkap 10 : melanggar iii. iv. v. vi. 4. Setiap ketua kumpulan memberikan maksud permata kata dalam rangkap puisi. Pembantu dalam kumpulan mencatatkan perkataan di papan putih. Setiap kumpulan membandingkan jawapan. Rumusan guru menjelaskan kepelbagaian kata dalam menghasilkan puisi.

Refleksi Murid dapat menambah perbendaharaan kata.

Teknik Dekon Definisi / Pengenalan Teknik Dekon ialah sajak yang dideklamasikan oleh penyajak dengan disertai beberapa orang pelajar yang akan melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak tanpa suara. Langkah Pelaksanaan Teknik i. Guru memilih beberapa orang murid ke hadapan kelas.

ii. Seorang murid mendeklamasikan sajak / puisi. iii. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan sajak / puisi yang dipelajari. iv. Aktiviti ini mementingkan sebutan, tekanan suara, serta intonasi peserta yang mendeklamasikan atau membacakan sajak dan gerak badan serta mimik muka bagi murid yang melakonkan aksi dalam sajak. Aktiviti ini dapat memberi kefahaman dan gambaran yang lebih tentang maksud sajak. v. Murid lebih mudah mengingati sajak / puisi.

Tunjuk Cara Teknik i. Seorang murid mendeklamasikan sajak dengan intonasi dan sebutan yang sesuai. Beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan sajak Bangkitlah. Guru meminta beberapa orang murid menyatakan maksud sajak berdasarkan deklamasi dan lakonan yang dipersembahkan.

ii.

10

Sila lengkapkan bentuk sajak di bawah:

Bangkitlah Rejab F.I Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. Baris? R1: R2: R3: R4: R5: Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! (1969) Langit di Tangan, 1995 Dewan Bahasa dan Pustaka Rima Akhir? R1: R2: R3: R4: R5: Jumlah Perkataan?

Rangkap ?

Suku kata?

11

Teknik Kerusi Panas 1. Definisi : Kerusi panas (hot sitting) ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang akan dilakonkan. Biasanya pelakon akan diberikan satu peranan (berdasarkan skrip atau improvisasi), dan pelakon akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara bercakap, cara berjalan, pemikirannya dan seumpamanya. Pelakon juga dikehendaki mengkaji berapakah umur watak, gambaran fizikalnya dan bagaimanakah dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan. Langkah pelaksanaan teknik kerusi panas. i. Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan watak si penjaga panggung dalam cerpen Idola. ii. Murid yang diilih dikehendaki duduk di atas kerusi dihadapan kelas, menghadap pelajar lain. iii. Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada si penjaga panggung berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan si penjaga panggung menjawabnya secara spontan. Contoh: Bagaimanakah perasaan anda semasa dapat bertemu dengan hero? Contoh jawapan si penjaga panggung: Saya berasa gugup dan gementar Catatan: semasa murid bersoal jawab dengan si penjaga panggung, guru mengawal kelas dan memberhentikan aktiviti ini apabila masa cukup. iv. Guru merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.

2.

Si penjaga panggung

Murid lain 3. Tunjuk cara pelaksanaan aktiviti kerusi panas i. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. ii. Setiap kumpulan diberikan tugas untuk membincangkan watak dan perwatakan yang telah ditetapkan iaitu watak dan perwatakan si penjaga panggung untuk kumpulan 1, watak dan perwatakan isteri untuk kumpulan 2 dan watak dan perwatakan hero untuk kumpulan 3. iii. Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada wakil kumpulan yang memegang watak yang telah ditetapkan .

12

iv.

v.

Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi dihadapan kelas. Manakala ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan dan dia akan menjawabnya secara spontan. Disamping itu, ahli kumpulanlain dibenarkan untuk menyoal. Jika pemegang watak tidak dapat menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh membantu. Ketika ini, rakan yang menonton akan mencatat watak dan perwatakan dalam lembaran grafik. Contoh lembaran grafik: Watak si penjaga panggung Perwatakan: 1.__________________ 2.__________________ 3.__________________ Watak isteri Perwatakan: 1.________________ 2.________________ 3.________________ Watak hero Perwatakan: 1._______________ 2._______________ 3._______________

4.

Refleksi Murid dapat menjelaskan watak dan perwatakan menerusi teknik kerusi panas.

13

Teknik Mestamu Definisi Mestamu:  Mestamu bermaksud melagukan puisi tanpa muzik.  Boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.  Jika dilakukan secara berpasangan/berkumpulan, seorang murid akan mendeklamasikan puisi manakala pasangan/ahli kumpulan yang lain pula akan melagukan puisi tersebut.  Jika dilakukan secara bersendirian, orang yang sama akan mendeklamasikan sajak sekali gus melagukan bait demi bait puisi yang dibacanya itu.  Nyanyian lagu puisi diadaptasikan daripada lagu-lagu yang ada di pasaran atau lagu ciptaan sendiri. Proses pelaksanaan teknik: 1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan (Ikut kesesuaian bilangan murid). 2. Murid diminta memilih melodi lagu kegemaran masing-masing untuk disesuaikan dengan puisi. 3. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan hasil kerja (lagu puisi) di hadapan kelas. 4. Guru memberikan komen dan pujian.

14

Teknik Rantai Kalimat

Definisi Rantai Kalimat:  Rantai kalimat bermaksud cantuman ayat-ayat yang membentuk bait-bait puisi dalam satu rangkap.  Ayat permulaan disediakan oleh guru atau ketua dalam kumpulan mengikut tema yang ditetapkan.

Proses pelaksanaan teknik: 1. Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan (lima hingga enam orang sekumpulan). 2. Guru membincangkan tema sajak yang akan dihasilkan oleh murid. 3. Guru memberikan kalimat pertama. Contohnya:

Bil 1 2 3

Tema Kasih sayang Mencintai alam sekitar Cinta akan negara

Contoh kalimat Aku cinta padamu Lautan biru nan terbentang Akan kupertahankan ibu pertiwiku

4. Murid lain dalam kumpulan diminta menyambungkan kalimat tersebut mengikut kreativiti masing-masing. 5. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan hasil karya masing-masing. 6. Guru memberikan komen untuk menambah baik hasil kerja murid. 7. Semua hasil kerja kumpulan yang telah dibuat penambahbaikan digabungkan untuk membentuk sajak yang lengkap.

15

Teknik Persidangan Meja Bulat

Definisi Persidangan Meja Bulat:  Persidangan meja bulat atau round bobin bermaksud aktiviti perbincangan secara berkumpulan, contohnya satu kumpulan seramai lapan orang. Proses pelaksanaan teknik: 1. Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan (enam hingga lapan orang sekumpulan). 2. Guru menyatakan aspek yang perlu dibincangkan oleh setiap kumpulan. 3. Setiap ahli kumpulan wajib bercakap dan memberikan pendapat masing-masing secara bergilir-gilir tentang sesuatu isu (persoalan) yang sedang dibincangkan. 4. Seorang dilantik sebagai ketua kumpulan untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang lagi sebagai pencatat yang akan mencatat pendapat yang diberikan oleh setiap ahli. 5. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan itu kepada kelas. 6. Situasi yang sama juga berlaku dalam kumpulan yang lain. 7. Guru memantau murid-murid semasa sesi perbincangan berlangsung. 8. Guru memberikan komen terhadap hasil perbincangan murid.

16

Teknik Balang Kaca 1. Pengenalan Teknik Balang Kaca ialah satu aktiviti untuk mengesan aspek watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dalam karya prosa. 2. Langkah pelaksanaan teknik Seorang murid yang memainkan peranan sebagai watak utama atau watak-watak lain (watak X) dalam karya akan berada di tengah-tengah bulatan sebagai ikan. Sekumpulan murid lain diberi soalan-soalan yang disediakan oleh guru untuk bertanya kepada murid yang di dalam balang kaca. Watak X akan menjawab dengan menggunakan mimik muka atau pergerakan kreatif. Murid-murid yang tidak terlibat diberikan lampiran untuk mengisi tempat kosong dengan jawapan yang dikehendaki berdasarkan soalan dan respon yang diberikan oleh watak X. Contoh kedudukan balang kaca adalah seperti di bawah:

1 2 4 6 Petunjuk: X : Peranan utama (ikan) X 3 5

1 6 : Murid yang bertanyakan soalan : Murid-murid lain yang mengisi jawapan dalam kertas lampiran

17

3.

Tunjuk Cara Teknik (Contoh Cerpen: Pungut @ Zaharah @ Yap Siew Hong karya Mohammed Latif Mohammed) Guru memilih seorang murid sebagai watak utama (watak Mak Timah) dan enam orang murid untuk bertanya soalan yang telah disediakan oleh murid. Contoh soalan-soalan: 1. Apakah Mak Timah ikhlas menjaga Pungut? 2. Sebagai ibu angkat adakah Mak Timah menyayangi Pungut? 3. Adakah anak-anak Mak Timah menghormati keputusannya mengambil Pungut sebagai anak angkat? Guru mengarahkan murid lain mengisi nilai dan pengajaran dalam bahan lampiran berdasarkan jawapan yang diberikan oleh peranan utama (ikan). Contoh soalan dalam bahan lampiran: 1. Mak Timah mengambil Pungut walaupun seorang anak yang cacat daripada Bibik yang berketurunan Cina tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana dia .. (ikhlas) menjaga sebagai seorang manusia yang menerima segala ketentuan Tuhan. 2. Walaupun Mak Timah berasa sukar menjaga Pungut tetapi perasaan ..(sayang) kepada kanak-kanak itu telah menjadikannya rela dengan bebanan tugas itu. 3. Anak-anak Mak Timah masih menerima Pungut dengan hati yang berat kerana mereka .(menghormati) pandangan Mak Timah. Rumusan, murid diminta menyenaraikan nilai berdasarkan jawapan yang ditulis. Guru meminta murid menyatakan pengajaran berdasarkan nilai dengan sokongan peristiwa dalam cerpen yang berkaitan. Refleksi Murid-murid dapat menyenaraikan nilai dan pengajaran beserta contoh peristiwa berdasarkan cerpen.

4.

Sumber rujukan: DBP

18

Teknik Teater Pembaca 1. Definisi / Pengenalan Teknik Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip/teks sesebuah cerita di hadapan kelas. Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik. 2. Langkah Pelaksanaan Teknik i. ii. iii. iv. v. Guru memilih beberapa orang murid ke hadapan kelas untuk membacakan petikan yang disediakan dalam kad imbasan. Murid berdiri sebaris pada peringkat awal persembahan. Seorang demi seorang murid akan melangkah ke hadapan lalu membaca petikan pilihan berdasarkan aspek sastera yang difokuskan. Murid akan membca petikan dengan lontaran suara, sebutan dan intonasi, gerak badan dan mimik muka yang sesuai. Murid lain akan memberi perhatian dan mencatat maklumat berkaitan aspek yang dikaji.

3.

Tunjuk Cara Teknik i. Guru memilih 4 atau 5 orang murid ke hadapan kelas untuk membacakan petikan novel yang disediakan dalam kad imbasan. Murid berdiri sebaris pada peringkat awal persembahan. Seorang demi seorang murid akan melangkah ke hadapan lalu membaca petikan pilihan berdasarkan aspek pengajaran yang terdapat dalam novel. Semasa murid yang dipilih sedang membacakan petikan tersebut, murid-murid yang lain akan memberi perhatian dan mencatat pengajaran yang terdapat dalam setiap petikan yang dibaca. Selepas itu, beberapa orang murid akan dipilih untuk membentangkan dapatan masing-masing.

ii.

iii.

iv.

19

Lampiran Teater Pembaca Kad Imbasan

Murid 1

Gambar ibu dan ayah yang diletakkan di atas meja tulis, direnung tepat. Walaupun mereka bukan lagi suami isteri seperti dahulu, kasih sayang Iman terhadap keduaduanya tidak pernah luntur walau sedikit pun.

Murid 2

Setelah makan bersama-sama datuk dan nenek, Iman kembali semula ke biliknya. Dia mahu menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru. Banyak sungguh tugasan yang harus disiapkan. Itulah tanggungjawab seorang pelajar. Iman tidak pernah berasa bosan. Dia sentiasa bersemangat. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan ibu dan ayahnya. Serta-merta semangatnya berkobar-kobar untuk berjaya dalam peperiksaan.

Murid 3

Walaupun Iman pernah menyertai dan menjuarai pertandingan pidato beberapa kali, dia tidak angkuh. Bagaikan budak yang baru bertatih, dia masih meminta panduan dan nasihat daripada guru-guru serta rakan-rakannya. Dia gigih menghafal dan berlatih. Iman mahu memberi persembahan yang terbaik pada hari pertandinagn tersebut.

20

Murid 4

Maaf, aku terlambat, ujar satu suara tiba-tiba Adif Danial mengambil tempat di sebelah Zulkarnain. Kau ke mana? Bisik Zulkarnain pula. Ada hal sikit tadi balas Adif Danial dengan serius.

Murid 5

Itu sudah suatu ketentuan, kita tidak dapat menghalang kehendak takdir. Tiada sesiapa di dalam dunia ini mahu bermain dengan masalah. Begitu juga ayah Iman. Walaupun dia tahu Iman tidak bersetuju tetapi kerana menghormati Iman sebagai anaknya, ayah Iman tetap berterus-terang. Itu tandanya dia menyayangi Iman. Sekurang-kurangnya dia tetap mahu meminta pandangan dan pendapat Iman.

21

Lampiran Latihan Pengurusan Grafik

Senaraikan pengajaran yang dapat diperoleh berdasarkan petikan novel Erti Sebuah Pengorbanan yang dibaca oleh rakan anda.

NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Pengajaran

1. _______________________________________________________ ____________________________________________________________ _______________________________________________

2. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________

3. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ __________________________________________

4. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

22

Teknik Teater Bercerita

Definisi

Satu bentuk drama naratif bercorak cerita dan dilakonkan secara spontan

Pengenalan Teknik

Aktiviti ini memerlukan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita sementara pelakon akan beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.

Tujuan

(i) (ii) (iii)

Menghiburkan para murid sambil belajar Melatih kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca (memahami) dan menulis Menambahkan perbendaharaan kata, pembentukan ayat, ungkapan, peribahasa dan lain-lain yang terkandung dalam cerita Memupuk semangat bekerjasama, bertolak-ansur dan membentuk disiplin murid

(iv)

Langkah Pelaksanaan Teknik

Sebelum (i) Guru menyiapkan skrip cerita dan diberikan terlebih dahulu kepada pencerita (pelajar) untuk dibaca dan dihayati Ruang lakon ditentukan oleh guru Guru juga mengatur kedudukan pelajar (pencerita, penonton dan para pelakon) sebelum aktiviti dijalankan

(ii) (iii)

23

(iv)

Penyediaan kostum, prop mudah, alatan dan muzik boleh dilakukan oleh guru untuk menjadikan persembahan lebih menarik

Semasa (i) Semasa cerita disampaikan, pelajar (pelakon) akan beraksi mengikut cerita dan watak yang telah ditentukan Guru berperanan sebagai pembimbing

(ii)

24

Tunjuk Cara Teknik

KOMSAS: Genre: Drama

Tingkatan 2

Tajuk: Di Sini Bakti Bersemadi

Skrip cerita Di Sini Bakti Bersemadi

PENCERITA: Amin ada temu janji dengan pegawai perikanan. Sebelum itu, Amin mengambil kesempatan untuk singgah di bengkel perusahaan kraf tangan sahabatnya, iaitu Tini.

AMIN: Wah, kerja keras nampak!

TINI: Engkau, Amin?

AMIN: Bagaimana sekarang?

TINI: Agak memuaskan juga. Dulu kerja tak teratur tapi sekarang tak kelam kabut lagi.

PENCERITA: Amin melihat hasil kerja Tini. Sambil membelek-belek barangan tersebut, dia memuji kejayaan perusahaan kraf tangan sahabatnya itu.

AMIN: Syukurlah, Tini. Kau telah menampakkan kejayaan. Perusahaan kraf tangan ini harus kau perluaskan lagi.

TINI: Memang itu rancangan aku, Min. Aku hendak mencari hasil-hasil keluaran baru.

25

PENCERITA: Tini sangat bangga dengan pencapaiannya, sambil memegang hasil kraf tangannya Tini berterima kasih kepada Amin atas bantuan Amin hasratnya membuka kilang tercapai.

AMIN: Baguslah, Tini. Tak sia-sia kau bertungkus-lumus mendirikan perusahaan ini.

TINI: Semua ini berkat bantuan kau juga, Min.

AMIN: Aku membantu kerana aku ingin melihat kejayaan kau. Kejayaan ini memberi peluang pekerjaan kepada belia kampung kita.

PENCERITA: Sebelum beredar dari kilang Tini, Amin menyatakan hasratnya untuk bertemu pegawai perikanan.

TINI: Ya, Min. Engkau nak ke mana ni?

AMIN: Aku ada temu janji dengan pegawai perikanan. Terlanjur aku lintas jalan ini, aku singgahlah di sini.

TINI: Apa halnya kau jumpa pegawai perikanan tu?

AMIN: Ada perkara yang hendak aku bincangkan dengannya. Buat masa ini, biarlah aku rahsiakan dulu. Kalau dah ada lampu hijau nanti, baru aku beritahu kau. Oh ya aku jalan dulu, ya?

TINI: Yalah, Min.

PENCERITA: Amin bergerak menuju ke pejabat perikanan.

26

Refleksi

Menyenaraikan nilai-nilai yang boleh didapati daripada teater bercerita ini.

Nilai: 1. Bekerjasama 2. Kegigihan 3. Setiakawan 4. Nasihat menasihati 5. Kesabaran 6. Kerajinan 7. Bertanggungjawab 8. Kejujuran 9. Tolong menolong 10. Menghargai jasa

Sumber rujukan :DBP

27

Teknik Monodrama @ Senantika

1.

Definisi Karya drama yang dituliskan untuk seorang pelaku (Kamus Dewan)

2.

Pengenalan Teknik i. ii. iii. iv. Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon Pelakon perlu menghayati watak yang dipilih (daripada buku teks) Pelakon akan cuba meluahkan rasa hatinya supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam karya Berpandukan kepada luahan perasaan watak melalui dialog yang berkesan, peserta dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain

3.

Langkah Pelaksanaan Teknik i. ii. iii. iv. v. Guru memilih dua orang murid untuk melakonkan watak Jimah dan Sabariah Murid dikehendaki menghayati monolog yang disediakan dan dilafazkan dengan nada yang sesuai mengikut wataknya Pelakon (murid) diminta beraksi melakonkan watak yang diberikan dengan penuh penghayatan dan mimik muka yang berkesan Murid boleh bergerak menggunakan ruang lakon yang disediakan berdasarkan kesesuaian babak cerita dan watak yang hendak dilakonkan Murid yang tidak berlakon (penonton) diberikan tugasan untuk mentafsir dan mencatat sifat-sifat watak

28

Tunjuk Cara Teknik

KOMSAS: Genre: Drama

Tingkatan 5

Tajuk: Tiang Cengal Dinding Sayung

Monolog

SABARIAH: Bapa itu saja hendak malukan anak-anak. Nanti orang kata, kita tak tahu balas budi orang tua. Walhal kita kirim tiap-tiap bulan. Macamlah hidupnya susah sangat. Itu, itu anak pungut itu. Entah-entah dia yang suka bapa pergi ke laut Entah apa yang digula-gulakan bapa itu. Haah, sudahlah..! Angah penat ni. Abang tunggulah emak. (Pergi dari situ. WAN memerhatikan SABARIAH pergi).

JIMAH: (Sayu hatinya apabila SABARIAH menengking SABRI) Aku tidak suruh sesiapa balik, Sani. Aku tidak mahu menyusahkan kau orang. Aku tunggu laki aku. Kalau kau nak balik, pergilah. Aku tunggu laki aku. Dia laki aku. Kau orang semua boleh balik. (Membuka ikatan bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi. Dia mengeluarkan lima buah buku bank dan menyerahkan kepada SANI) Sani, ini buku bank kau orang. Beri balik pada dia orang. Pulangkan buku ini pada dia. Kamu ingat bapa pakai duit yang kamu beri, ya? Tidak. Bapa simpan semua duit yang kamu kirim dulu. Bapa simpan semua dalam bank. Emak dan bapa tidak usik satu sen pun. Nah, kauberi balik pada kakak, pada abang kau. Ambil balik semua yang kau orang beri pada kami. Ambil, ambillah balik. Satu sen pun kami tidak jamah duit itu. (Menangis tersedu-sedu)

Refleksi

Kekuatan watak terserlah melalui mimik muka, bahasa badan, lontaran suara dan penghayatan watak oleh pelakon.

Sumber rujukan DBP 29

Teknik Puisidra

1.

Definisi / Pengenalan Teknik Puisidra ialah puisi yang didramakan atau dilakonkan. Seorang pelajar mendeklamasikan puisi manakala sekumpulan pelajar yang lain akan melakonkannya. Pergerakan pelakon adalah selaras dengan ungkapan puisi yang dibacakan itu.

2.

Langkah Pelaksanaan Teknik Guru y y y y Pilih puisi yang boleh didramakan/ada pergerakan.

baca dan fahami bersama-sama pelajar. beri latihan (gerak asas, vokal dan gerak kreatif). beri arahan yang jelas kepada murid. arahan kepada pendeklamator, pelakon dan pendengar.

Murid - baca puisi dan fahami y y y y y mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan yang lain. Fahami maksud keseluruhan. Membuat latihan. Yang terlibat dengan persembahan akan membuat persembahan. Yang tidak terlibat akan membuat catatan sebagaimana yang diarahkan oleh guru.

3.

Tunjuk Cara Teknik Sajak Persahabatan i. Guru memilih 1 kumpulan murid ke hadapan kelas. Seorang daripada mereka diminta untuk mendeklamasikan sajak Persahabatan manakala murid yang lain akan melakonkannya. Murid yang lain akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid akan menyaksikan persembahan puisidra yang dilakonkan di hadapan kelas.

ii. iii.

30

iv.

Murid akan cuba memahami dan berbincang antara satu sama lain tentang maksud keseluruhan sajak. Murid akan mengisi lembaran pengurusan grafik tentang maksud sajak yang diedarkan oleh guru. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan masing-masing.

v.

vi.

31

Lampiran Pengurusan Grafik - Puisidra

Maksud Sajak Persahabatan

Rangkap 1

____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Rangkap 2

____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Rangkap 3

____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Rangkap 4 ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ Sumber rujukan DBP

32