Anda di halaman 1dari 1

Ejen haram berleluasa - Tipu jual beli hartanah

Oleh junhairi.alyasa@kosmo.com.my JUNHAIRI ALYASA

ANTARA iklan jualan hartanah yang biasa disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Membaca iklan menjual hartanah dengan harga murah memang menarik tetapi sedar atau tidak, kebanyakan yang mengaku ejen di dalam iklan tersebut tidak berdaftar? Hakikatnya, ejen atau broker yang sah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) di bawah Kementerian Kewangan cuma 2,004 syarikat manakala lebih 17,000 lagi adalah ejen haram yang mengaku bertauliah dan bergerak bebas dalam pasaran. Pendaftar LPPEH, R. Mahaletchumi berkata, 17,000 ejen yang tidak sah ini meliputi seluruh negara mendakwa mereka berdaftar dengan kerajaan untuk menjalankan urusan jual beli hartanah. "Ramai yang telah menjadi mangsa ejen ini kerana mereka menggunakan logo LPPEH untuk meyakinkan pembeli. "Kalau mereka memang berdaftar dengan LPPEH, tindakan boleh diambil serta-merta tetapi jika melibatkan ejen haram, mangsa perlu menyelesaikannya dengan pihak polis," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Beliau turut mendedahkan, ejen sanggup menawarkan bayaran yang rendah untuk mengumpan pelangganpelanggan yang ingin membeli hartanah. "Jika ejen berdaftar mengenakan komisen atau yuran profesional pada kadar 2.75 peratus, ejen haram komisennya cuma satu peratus sahaja," katanya. Tambahnya, pada tahun 2007 sahaja, terdapat 80 kes yang melibatkan penipuan ejen-ejen haram.

Anda mungkin juga menyukai