Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA KELAB DIKIR BARAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN BESTARI 1.

0 PENGENALAN

Dikir barat adalah satu bentuk persembahan nyanyian. Asal usul kewujudannya sehingga kini masih diperdebatkan, namun kebanyakan menerimanya sebagai bentuk seni yang dating dari selatan Thailand atau Semenanjung Malaysia. Persembahan dikir barat lebih berperanan sebagai satu bentuk hiburan. Begitupun, pertandingan antara kumpulan dikir barat juga sering diadakan, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya focus kepada para pelajar. Hal ini penting bagi membantu para pelajar mengenal kebudayaan muzik tradisional dikir barat. Kelab dikir barat ini bukan sahaja fokus kepada nyanyian tetapi sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat dan mendidik disiplin pelajar. Latarbelakang penubuhan kelab dikir barat sekolah di tubuhkan pada 24 Jun 2010. Kumpulan dikir barat sekolah di gelar sebagai Putera Beluran. Jumlah ahli dikir barat seramai 20 orang ahli.

2.0

MATLAMAT

Kelab dikir barat ini ditubuhkan bagi member pendedahan kepada semua pelajar yang ingin mengetahui tentang kebudayaan seni muzik tradisional. Penekanan utama di dalam kelab dikir barat ini adalah dalam aspek disiplin berpasukan, bekerjasama serta mencungkil bakat pelajar SMk Beluran Bestari.

3.0

OBJEKTIF 3.1Menjelaskan konsep dikir barat kepada pelajar. 3.2Memberi maklumat tentang kelab dikir barat kepada pelajar yang ingin mengetahui mengenai muzik tradisional dikir barat 3.3Mengajar dan member latihan kepada pelajar 3.4Mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat zon, negeri dan kebangsaan 3.5Menjadikan tempat pertama dalam setiap pertandingan.

3.6Mendidik disiplin dikalangan pelajar dalam berpasukan 3.7Pengetahuan mengenai muzik tradisional dengan berkesan dalam kontek keceriaan.

Anda mungkin juga menyukai