Anda di halaman 1dari 1

Kini, penyakit berjangkit tidak lagi asing bagi manusia yang hidup di bumi ini.

Keadaan ni sangat membimbangkan kerana ini membawa maksud penyakit berjngkit sudah semakin banyak dalam kalangan kita. Laporan tentang kess penyakit berjangkit teleh bertambah dari setahun ke setahun. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sa haja. Oleh itu, langkah- langkah haruslah diambil untuk mengawal penyakit berjangkit daripada terus merebak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha mengawal penyakit berjangkit. Mereka haruslah mendidik anak-anak tentang penyakit erjangkit sejak kecil lagi, bah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang dididik tentang penyakit berjangkit akan lebih berwaspada tentang keadaan sekeliling seperti media yang membawa virus penyakit berjangkit dan menjauhinya, membersihkannya atau menghapuskannya. Ibu bapa bolehlah meluangkan masa untuk bersamasama dengan anak untuk membersihkan halaman rumah supaya bebas daripada virus penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana . Tambahan pula, jika ahli keluarga didapati mempunyai sintom-sintom penyakit berjangkit, mereka haruslah dihantar ke hospital untuk menerima pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit tersebut daripada terus berleluasa. Selain itu, media massa memikul tanggungjawab yagn besar dalam langkah mengawal penyakit berjangkit. Media massa seperti radio, televisyen, surat khabar, majalah dan lain-lain lagi bolehlah menyiarkan iklan atau sketsa pada masa yang tepat. Siaran sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit berjangkit, malah dapat mendedahkan cara untuk mengelakkan penyakit berjangkit daripada terus merebak. Dengan adanya penglibatan midia massa, sudah pasti bebanan dalam mengawal penyakit berjangkit dapat diringankan. Di samping itu, pihak sekolah juga harus terlibat dalam usaha ini. Hal ini demikian kerana sekolahlah yang mendidik pelajar-pelajar yang akan menjadi tiang Negara pada masa hadapan. Masa seorang pelajar sekolah menenagn berada di sekolah adalah selama setengah hari, iaitu kira-kira 12 jam. Sekolah boleh dianggap sebagai rumah yang kedua bagi pelajar. Oleh itu, kebersihan di sekolah haruslah sentiasa dijaga agar tidak menjadi tempat penyakit berjangkit merebak. Seterusnya, pihak berkuasa juga menainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penakit berjangkit. Kempen harus diperbanak dan diadakan secara berterusan dengan melibatkan semua orang. Pertandingan seperti pertandingan taman terbersih dan kuiz kesihatan bolehlan diadakan. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan menambah ilmu pengetahun orang ramai tentang penyait berjangkit. Kempen juga boleh mengajarkan langkah-langkah ang boleh diambil apabila mendapati orang di sekeliling kita mempunyai sintom-sinom penyakit berjangkit. Tuntasna, terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk menghalang penyakit berjangkit daripada terus merebak. Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan untuk menjayakan semua langkah-langkah tersubut. Marilah kita berganding bahu dan menggembeleng tenaga untuk menghalang penyakit berjangkit.