Anda di halaman 1dari 4

ADAB MEMBERI SEDEKAH

a. Sedekah ialah ibadat yang dituntut dalam Islam. b. Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. c. Hadiah pula bermaksud sesutau pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian. d. Allah S.W.T memandang mulia perbuatan bersedekah dan memberikan hadiah sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. e. Hukum bersedekah dan memberikan hadiah adalah sunat. f. Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang.

1. Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah


Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah. Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah: mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas setiap kebajikan yang dilakukannya. Memberi walaupun kepada binatang

disukai oleh manusia: Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka

membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain. rezeki akan bertambah: Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.

Jenis-Jenis Sedekah
Senyuman Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain. Amar makruf dan nahi mungkar Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh diertikan sebagai menyelamatkan rakan kita daripada azab neraka. Menyelesaikan masalah orang lain Dalam hadis Rasulullah S.A.W. ada menyatakan bahawa menunjukkan jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan maka perbuatan kita itu dikira sebagai sedekah. Membuang perkara yang menghalang di jalan seperti membuang benda-benda yang berbahaya dan menghalang serta mengganggu perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan sebagainyajuga merupakan sedekah.

Bersedekah menghidupkan hati

Wang atau harta benda Kita menghulurkan sedekah atau harta benda lain seperti pakaian, makanan, tempat tinggal, aan tanah tempat kediaman juga merupakan sedekah. Memberikan khidmat untuk mendapat ganjaran yang tinggi Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan denganmemberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan.

Adab-Adab Memberikan Sedekah


di sisi Allah S.W.T. dalam sedekah, kita seharusnya melihat kepada adab-adab yang harus dilakukan semasa bersedekah atau memberikan hadiah. Adab-adab memberikan sedekah antaranya ialah: ikhlas: Pemberian sedekah dan hadiah hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit. memberikan barangan yang disayangi Untuk mendapat ganjaran besar terhadap apa yang kita sedekahkan, kita hendaklah memberikan barang yang kita sayangi. tidak mengungkit barang yang telah kita

berikan. Sekiranya kita mengungkit barang yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi. Disediakan oleh: Noraini binti Mohd Jaeh SK Tasek Apong/2011