Anda di halaman 1dari 3

(Madihah diapit ibubapa di hadapan rumah yang membina dirinya selama 18 tahun)

Makcik takde petua apa, semua gurunya yang didik. Dia tak pernah menangis depan Makcik, tapi Makcik selalu nampak dia menangis tengah malam ketika solat Tahajud, kata ibu Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2007 (20A).
Ogos ini Madihah akan terbang ke UK untuk menyambung pelajaran dalam bidang Fizik. Kata bapanya, dia tidak akan bimbang kerana yakin Madihah dapat mengekalkan imej Muslimah hasil asuhan guru-gurunya di Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan. Dalam catatan pengalaman saya menulis biografi gadis ini, saya yakin Madihah dapat melalui cabaran fenomena di Langit British. Tinjauan singkat saya ke mukim tarbiah Maahad Muhammadi Lil Banat menemukan insan-insan bergelar ibu yang hebat. Merekalah yang diamanahkan ibubapa para pelajar untuk mengasuh dan mendidik, bukan sekadar mengasah otak untuk abjad A. Setiap pagi, para pelajar memulakan pengajian dengan doa penerang hati, nama-nama ALLAH dan selawat. Para pelajar diwajibkan menutup aurat dan diterangkan peri pentingnya menjaga syariat dan menjunjungnya di manamana. Dalam program Usrah dan halaqah, para pelajar mendalami agama luar bilik darjah. Mereka dikhabarkan tentang akidah, syariat dan akhlak dalam rangkuman yang tidak dipisah-pisahkan. Mereka juga disibukkan dengan aura qiyamulail, muhasabah dan ilmu. Natijahnya, di mana mereka berada, para pelajar ini menjadi muslimah yang baik. Inilah akar yang menunjangi jiwa-jiwa para pelajar cemerlang angkatan Maahad Muhammadi Lil Banat. Madihah atau Siti Fatimah (Pelajar terbaik SPM 2006) tetap menjadi ciri yang sama walau mereka telah mencorak dunia akademia luar. Semoga mereka terus kukuh sebagai Muslimah sejati yang dianugerahkan Allah dengan otak yang cerdas. Merekalah harapan pewaris bangsa di bumi yang meletakkan Islam sebagai agama utama. Ingatlah, apabila Akar akidah tidak kuat mencengkam dalam diri, maka natijahnya akan rosaklah peribadi. Kala itu, walau cerdas mana sekalipun, kau sudah di barisan perosak agama dan hanya Tuhan dapat membantumu kembali ke jalan lurus.

Anda mungkin juga menyukai