Anda di halaman 1dari 8

akanan segera antara punca penyakit kronik 30 Oktober 2007

CARA hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini.

Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya.

Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut.

Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini.

Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia.

Corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E. Siong tidak menyangkal bahawa latar belakang genetik dan keturunan seseorang turut memainkan peranan menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik itu.

Namun demikian katanya, punca utama kepada penyakit tersebut masih banyak ditentukan oleh corak pemakanan dan diet yang salah, tidak seimbang serta melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga.

Kita tidak boleh menyalahkan keturunan kedua-dua orang tua kita kerana memiliki baka penyakit-penyakit tersebut, sebaliknya kita sendiri yang patut dipersalahkan kerana mengamalkan cara hidup yang kurang sihat, jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi e-mel di sini.

Dr. Tee yang berada di Amerika Syarikat ketika dihubungi berkata, adalah tidak tepat sekiranya pengamal makanan sayur-sayuran (vegetarian) menganggap bahawa mereka tidak boleh menghidap penyakit jantung koronari misalnya.

Menurutnya, dengan hanya tidak memakan daging yang mengandungi kolesterol tidak akan melindungi seseorang daripada menghidap penyakit jantung koronari.

Katanya, pengambilan tenaga daripada lemak dan karbohidrat serta komponen lain dalam diet seperti serat dan sumber garam merupakan faktor penting untuk mengekalkan kesihatan.

Adalah diingatkan bahawa kolesterol yang menyumbat arteri disumbangkan oleh badan seseorang itu dan bukan berpunca daripada makanan semata-mata.

Dr. Tee menambah, penyakit-penyakit kronik itu boleh dielakkan kerana tahap kesihatan seseorang itu ditentukan oleh mereka sendiri.

Rakyat Malaysia perlu peka dengan kehadiran dan bahayanya penyakitpenyakit tersebut jika tidak dikawal dan mengambil langkah-langkah positif lebih awal bagi mengelak risiko untuk menghidapnya, jelasnya.

Sementara itu katanya, penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pemakanan dan diet yang tidak betul termasuk obesiti, darah tinggi, diabetes, jantung koronari dan beberapa jenis barah semakin meningkat di Malaysia.

Jelasnya, walaupun sejak 40 tahun lalu penduduk Malaysia telah banyak mengubah corak pemakanan dan diet namun penyakit-penyakit kronik tetap dihidapi kerana sesetengahnya masih menggemari makanan yang senang dibeli dari restoran-restoran dan warung tanpa melakukan aktiviti secukupnya untuk membakar lemak.

Dr. Tee menjelaskan, penduduk yang begitu peka memulihara kesihatan menerusi corak pemakanan bagaimanapun telah mengurangkan makan nasi, tidak menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, menambah pengambilan lemak dan minyak, karbohidrat yang halus, daging/ ikan dan telur.

Penduduk Malaysia juga katanya turut menambah peratusan tenaga menerusi pemakanan lemak dan menambah sumber protein daripada binatang, lemak dan kalori.

Sementara itu katanya, semakin banyak keluarga gemar makan di luar rumah dan makan makanan bergoreng.

Penduduk juga katanya, suka mengambil makanan yang lebih daripada diperlukan dan mengambil suplemen nutrien yang tidak betul.

Oleh NORILA DAUD (WARTAWAN UTUSAN)

Logged ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal, Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

_POSTEDON Jul 31, 2007 - 05:25 AM by zulkifli

Pengambilan makanan segera merupakan antara faktor yang boleh memendekkan jangka hayat rakyat Malaysia. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon berkata, kajian mendapati sebahagian besar daripada makanan tersebut mempunyai lemak, gula dan garam yang berlebihan. Jika kita tidak berjaga-jaga apabila terus memakan makanan yang tidak sihat, ia akan memendekkan jangka hayat kita, katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) mengenai kesan pengambilan makanan segera terhadap jangka hayat rakyat negara ini. Menurut Kah Choon, sebab-sebab lain yang memendekkan umur rakyat Malaysia ialah kemalangan jalan raya yang merupakan bilangan kes tertinggi diikuti penyakit dan faktor semula jadi. Menjawab soalan asal Tan Sri Dr. Ting Chew Peh (BN-Gopeng), Kah Choon berkata, purata jangka hayat kaum Cina adalah paling panjang berbanding kaum lain iaitu 73.6 tahun bagi lelaki dan 78.8 tahun bagi perempuan. Katanya, jangka hayat kaum Bumiputera ialah 70.4 tahun bagi lelaki dan 74.8 tahun (perempuan) manakala kaum India 67.4 tahun (lelaki) dan 75.4 tahun (perempuan) Note: Sumber MOH Online.

engambilan makanan segera oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (dalam pengetahuan tahap nutrisi makanan)
Nur Aniyah Ismail, (2006) Pengambilan makanan segera oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (dalam pengetahuan tahap nutrisi makanan). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

stract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penerimaan dan pengambilan makanan segera di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan untuk mengetahui sama ada pengambilan makanan segera responden adalah berdasarkan pengetahuan tahap nutrisi makanan. Selain daripada itu, faktor-faktor pengambilan makanan segera di kalangan pelajar UMS turut dikaji di samping menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam pengambilan makanan segera di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kajian ini dijalankan melalui perbandingan data demografi, penerimaan dan pengambilan makanan segera, pengetahuan responden terhadap nutrisi makanan, sikap dan amalan makanan serta pendapat responden mengenai isu-isu makanan segera dan amalan pemakanan. Subjek kajian adalah seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah, iaitu 300 (50%) orang adalah pelajar lelaki dan 300 orang (50%) adalah pelajar perempuan. Kajian ini telah dilakukan di kawasan Kolej Kediaman

UMS iaitu Kolej Kediaman Dalam Kampus iaitu Kolej Kediaman AB, Kolej Kediaman CD dan Kolej Kediaman E serta Kolej Kediaman Indah Permai, Kingfisher dan 'Non-Residen'. Responden bagi setiap kolej kediaman diambil secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa seramai 572 (95.3%) orang responden mengaku mengambil makanan segera berbanding hanya 28 (4.7%) orang responden sahaja yang tidak mengambil makanan segera. Dari keputusan penyelidikan yang diperolehi juga mendapati tahap penerimaan makanan segera di tahap "suka" mempunyai peratusan tertinggi dengan 57.5% atau seramai 345 responden, seramai 207 (34.5%) responden memilih tahap penerimaan di tahap "sederhana suka", 102 (17.0%) responden memilih tahap "sangat suka", 20 (3.3%) responden "tidak suka" makanan segera manakala hanya 14 responden mengatakan "sangat tidak suka". Berdasarkan ujian Korelasi Bivariate yang dilakukan ke atas perkaitan di antara pengambilan makanan segera responden dengan pengetahuan responden mengenai kandungan nutrien dalam diet seimbang, didapati nilai r=- 0.013 dan nilai P=0.374, tiada hubungan yang kuat di antaranya. Bagi perkaitan di antara pengambilan makanan segera responden dengan pengetahuan mengenai piramid makanan, nilai r=0.034 dan nilai P=0.204. Hasil daripada ujian didapati hubungan yang lemah di antara kedua pemboleh ubah. Selain itu, faktor tertinggi yang mempengaruhi responden untuk mengambil makanan segera ialah factor "sekadar suka-suka" iaitu jumlah responden seramai 287 (47.8%) responden. Perbezaan dalam pengambilan makanan segera antara responden lelaki dan perempuan ialah antara 572 (95.3%) responden yang mengambil makanan segera, 290 (48.3%) responden daripadanya adalah lelaki manakala 282 (47.0%) responden lagi adalah perempuan. Kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan makanan segera oleh pelajar UMS adalah tidak berdasarkan pengetahuan tahap nutrisi makanan.

Utusan Malaysia : Makanan segera antara punca penyakit kronik


Written by Administrator Monday, 14 September 2009 14:36

30 Oktober 2007

CARA hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoranrestoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini. Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya. Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut. Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini. Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia. Corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal. Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E. Siong tidak menyangkal bahawa latar belakang genetik dan keturunan seseorang turut memainkan peranan menyumbang kepada penyakitpenyakit kronik itu. Namun demikian katanya, punca utama kepada penyakit tersebut masih banyak ditentukan oleh corak pemakanan dan diet yang salah, tidak seimbang serta melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga. Kita tidak boleh menyalahkan keturunan kedua-dua orang tua kita kerana memiliki baka penyakit-penyakit tersebut, sebaliknya kita sendiri yang patut dipersalahkan kerana mengamalkan cara hidup yang kurang sihat, jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi e-mel di sini. Dr. Tee yang berada di Amerika Syarikat ketika dihubungi berkata, adalah tidak tepat sekiranya pengamal makanan sayur-sayuran (vegetarian) menganggap bahawa mereka tidak boleh menghidap penyakit jantung koronari misalnya. Menurutnya, dengan hanya tidak memakan daging yang mengandungi kolesterol tidak akan melindungi seseorang daripada menghidap penyakit jantung koronari. Katanya, pengambilan tenaga daripada lemak dan karbohidrat serta komponen lain dalam diet seperti serat dan sumber garam merupakan faktor penting untuk mengekalkan kesihatan. Adalah diingatkan bahawa kolesterol yang menyumbat arteri disumbangkan oleh badan seseorang itu dan bukan berpunca daripada makanan semata-mata. Dr. Tee menambah, penyakit-penyakit kronik itu boleh dielakkan kerana tahap kesihatan seseorang itu ditentukan oleh mereka sendiri. Rakyat Malaysia perlu peka dengan kehadiran dan bahayanya penyakit-penyakit tersebut jika tidak dikawal dan mengambil langkah-langkah positif lebih awal bagi mengelak risiko untuk menghidapnya, jelasnya. Sementara itu katanya, penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pemakanan dan diet yang tidak betul termasuk obesiti, darah tinggi, diabetes, jantung koronari dan beberapa jenis barah semakin meningkat di Malaysia. Jelasnya, walaupun sejak 40 tahun lalu penduduk Malaysia telah banyak mengubah corak pemakanan dan diet namun penyakit-penyakit kronik tetap dihidapi kerana sesetengahnya masih menggemari makanan yang senang dibeli dari restoran-restoran dan warung tanpa melakukan aktiviti secukupnya untuk membakar lemak. Dr. Tee menjelaskan, penduduk yang begitu peka memulihara kesihatan menerusi corak pemakanan bagaimanapun telah mengurangkan makan nasi, tidak menambah pengambilan buahbuahan dan sayur-sayuran, menambah pengambilan lemak dan minyak, karbohidrat yang halus, daging/ ikan dan telur. Penduduk Malaysia juga katanya turut menambah peratusan tenaga menerusi pemakanan lemak dan menambah sumber protein daripada binatang, lemak dan kalori.

Sementara itu katanya, semakin banyak keluarga gemar makan di luar rumah dan makan makanan bergoreng. Penduduk juga katanya, suka mengambil makanan yang lebih daripada diperlukan dan mengambil suplemen nutrien yang tidak betul. Oleh NORILA DAUD (WARTAWAN UTUSAN)

Makanan segera kian digemari oleh masyarakat kini dan merupakan gaya hidup kebanyakan orang. Faktor masyarakat kini gemar makan makanan segera adalah kerana ia menyenangkan dan menjimatkan masa.Golongan pekerja yang menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan makanan boleh menjimatkan masa dengan membeli makanan segera.Lagipun,sesetengah kedai makanan segera dibuka 24 jam sehari dan menyenangkan semua lapisan masyarakat.Pada siang pagi atau lewat malam,merek tidak risau apabila lapar.Di pusat membeli-belah juga terdapat pelbagai jenis makanan segera untuk dipilih seperti Mee Cawan, PizzaHut, Burger King dan sebagainya. Faktor seterusnya adalah pengaruh media masa.Pada masa kini,televisyen boleh didapati hampir setiap rumah.Iklan-iklan makanan segera yang disiarkan boleh disampaikan kepada golongan masyarakat dengan senang.Dengan teknologi yang canggih,pelbagai teknik telah ditambahkan ke dalam iklan-iklan tersebut dan menjadikannya lebih menarik.Ini akan menarik perhatian masyarakat

terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.Selain itu,iklan-iklan juga dapat disiarkan melalui internet.Dengan penggunaan internet secara meluas pada masa kini,iklan dapat disampaikan secara efektif. Kesan yang timbul daripada memakan makanan segera ialah kesihatan diri terganggu. Ini berlaku kerana makanan segera kebanyakannya dimasak dengan minyak yang berulangan,ini mudah mangakibatkan penyakit kanser.Kandungan makanan segera yang kebanyakan terdiri daripada karbohidrat dan lemak akan menjadikan seseorang itu mengalami obesity. kebanyakan makanan segera digoreng dengan minyak yang berkuantiti tinggi dan contohnya adalah seperti ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya. Kandungan minyak yang berlebihan di dalam sistem pendarahan boleh menyebabkan kandungan kolestrol di dalam darah meningkat secara mendadak.Oleh itu,peningkatan kolestrol di dalam sistem pendarahan menyebabkan implikasi yang buruk.Lemak turut menyebabkan fungsi jantung manjadi lemah dan seterusnya menghidapi penyakit sakit jantung.Sekiranya banyak mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat dalam jangka masa yang panjang,tahap kesihatan kita pasti akan menurun. Kesan seterusnya,amalan ini akan menjejaskan hubungan kekeluargaan.Ini terjadi kerana makanan tidak disediakan oleh isteri atau isi rumah dan jika ini berlaku,maka anak-anak tidak akan diajar cara-cara memasak atau menyediakan makanan.Dengan ini, tidak akan wujud masa makan bersama keluarga dan ini akan mengurangkan nilai kemesraan dan komunikasi antara ahli keluarga.Amalan memakan makanan segeras memupuk sikap individualistic yang akan melemahkan lagi hubungan antara keluarga. Kesimpulannya,masyarakat haruslah mengurangkan pengambilan makanan segera bagi meningkatkan taraf kesihatan mereka. Posted by Blaze at 9:40 PM 3 comments

Anda mungkin juga menyukai