Anda di halaman 1dari 25

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

Apa itu undang-undang? Undang-undang merupakan suatu peraturan hidup yang telah digubal untuk mengawal tingkah laku manusia demi keharmonian sesebuah masyarakat dan negara. Bagaimanakah undang-undang dikategorikan di Malaysia? Menurut Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan, undangundang boleh dikategorikan sebagai undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Adakah undang-undang negara kita telah dipengaruhi? Pengaruh Hindu, Islam, Cina, India, Portugis, Belanda dan British

y UNDANG-UNDANG BERTULIS y UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS

Undang-Undang Bertulis

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Negeri

Akta

Enakmen

Perundangan kecil/subsidiari

Ordinan

Undang-Undang Tidak Bertulis


UndangUndang Adat
Undang-Undang yg meliputi budaya dan adat seperti Adat Temenggung, Adat Perpatih, adat India, adat Cina & adat peribumi mengikut kelompok masingmasing.

Undang-Undang Islam (Syariah)


Meliputi undang-undang Islam untuk orang-orang Islam

Doktrin Duluan Kehakiman


Meliputi mana-mana undang-undang yg tidak terdapat dalam undangundang bertulis seperti keputusan-keputusan mahkamah atau Doktrin Duluan Kehakiman

Common Law
Melibatkan sumber perundangan Inggeris (Common Law & Equity)

y PERLEMBAGAAN
y Undang undang tertinggi negara yang menjadi sumber utama

undang-undang bertulis. y Perlembagaan Persekutuan Kerajaan Malaysia y Perlembagaan Negeri Kerajaan Negeri
y AKTA

y Undang-undang yang diluluskan Parlimen selepas tarikh

kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada 11 September 1959 hingga sekarang

y ORDINAN
y Undang-undang yang diluluskan Parlimen dari Februari 1948

sehingga 10 September 1959 y Undang-undang yang digubal oleh DUN Sabah dan Sarawak y Undang-undang yang digubal semasa darurat

y ENAKMEN
y Undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri

di semua negeri di Semenanjung Malaysia


y PERUNDANGAN KECIL / SUBSIDIARI
y Peraturan dan kaedah yang dibuat oleh badan badan

berkuasa yang di beri kuasa oleh Akta Parlimen dan Enakmen DUN. y Contoh Kerajaan Tempatan, Kementerian
y STATUT
y Undang-undang yang digubal oleh Badan Perundangan sprt

Parlimen dan DUN.

ADAT TEMENGGUNG
Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yg berpusat di Palembang Diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan & Naning Bersifat PATRIARCHAL iaitu berpihak kepada lelaki Dipengaruhi oleh adat Hindu (undang-undang manu) & kemudiannya oleh agama Islam (mazhab Shafie) Meliputi kekeluargaan, pewarisan harta, pemerintahan & politik Meliputi semua kes sivil dan kes jenayah Mengutamakan undang-undang Islam jika berlaku percanggahan dgn undang-undang adat

Lelaki menjadi ketua keluarga Lelaki diberi keutamaan untuk memiliki harta pusaka Perkahwinan antara sepupu digalakkan Hukuman jenayah berdasarkan prinsip pembalasan, seseorang yg membunuh akan dihukum bunuh Contoh undang-undang Adat Temenggung : Hukum Kanun Melaka Undang-Undang 99 Perak Dalam bidang pentadbiran, adat ini bersifat autokrasi, menekankan keistimewaan golongan pemerintah dgn sultan yg menduduki puncak sistem pentadbiran diikuti oleh pembesar-pembesar utama.

Sultan
Bendahara Penolong Bendahari Temenggung Laksamana

Pembesar 8 (Syahbandar) Pembesar 16 (Daerah)

Pembesar 32 (Kampung)

ADAT PERPATIH
Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yg berpusat di Pagar Ruyung Diamalkan di Negeri Sembilan & Naning Bersifat MATRIARCHAL iaitu berpihak kepada wanita Dipengaruhi oleh Hindu & Islam Perkahwinan antara sepupu dan perkahwinan sesama suku dilarang Adat Perpatih lebih bertimbang rasa & bersifat pemulihan berbanding Adat Temenggung Hukuman jenayah adalah berdasarkan adat resam dan hukum syarak. Contoh : Tuntutan ganti rugi drpd pesalah Pesalah yg melakukan pembunuhan dikehendaki menyara keluarga mangsa

Kepentingan Adat Perpatih mengenai darjat & cara pemilihan para pembesar termaktub dlm Perlembagaan Negeri Sembilan Unit-unit yg terdapat dlm masyarakat yg mengamalkan adat ini :

Negeri Suku Daerah / Luak

Perut (Penduduk Kampung) Keluarga

Pentadbiran Adat Perpatih adalah bersifat demokrasi. Pemilihan ketua dibuat pd peringkat terendah

Yamtuan Besar (Ketua Negeri) Undang (Ketua Luak / Daerah) Lembaga (Ketua Suku) Buapak (Ketua Perut) Mamak (Ketua Keluarga)

Isteri, ibu & anak perempuan mempunyai keutamaan untuk mewarisi harta pusaka Pemilikan harta dlm Adat Perpatih melalui : Dapatan / Perolehan Warisan Sepencarian Pembawa Contoh adat perpatih : Hukum Adat Minangkabau, Sungai Ujong Hukum Adat Minanagkabau, Kuala Pilah

Berasaskan amalan suku kaum masing-masing Dipengaruhi agama Islam Undang-undang yang tidak berkaitan dengan agama Islam diberi status Ordinan Undang-Undang Adat Bumiputera Undang-undang Adat Bumiputera ditadbir oleh Mahkamah Bumiputera di negeri masing-masing Antara kes yg dibicarakan : Melanggar adat perkahwinan suku Perceraian Tidak mematuhi Adat Bumiputera Warisan tanah & harta pusaka Hukuman berdasarkan kesalahan

Dipengaruhi oleh keturunan cina dr negara China Undang-undang tidak dipinda atau ditadbir oleh British Diiktiraf oleh mahkamah & diperuntukkan oleh enakmen undang-undang siri yg meliputi perkara : Perkahwinan Perceraian Pembahagian harta pusaka Undang-undang Adat Cina dibicarakan di Mahkamah Tinggi

Mempunyai pengaruh keturunan India dr negara India & tidak diubah oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu Elemen yg terkandung dlm Adat India : Pemilikan harta Perkahwinan Perceraian Mendapat pengiktirafan dr badan kehakiman Undang-undang Adat India yg dianggap sebagai kes sivil ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi

Dilaksanakan berdasarkan Al-Quran, hadis atau sunnah yg dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Terhad kpd orang Islam sahaja & ditadbir oleh Mahkamah Syariah Peranan Majlis Agama Islam : Mengeluarkan fatwa Mengendalikan wakaf Memberi nasihat kpd sultan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam Jabatan Hal Ehwal Agama menguruskan hal-hal : Pentadbiran harta Pemungutan zakat & zakat fitrah Mengurus Baitulmal

Undang-undang Islam ditadbir mengikut Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama di negeri masing-masing. Enakmen atau Ordinan tersebut memberi peruntukan kepada perkara-perkara; 1. Mualaf 2. Nafkah tanggungan 3. Sumber kewangan 4. Penubuhan mahkamah Syariah 5. Penubuhan Majlis Agama Islam 6. Perkahwinan dan perceraian

y Pada dasarnya undang-undang Inggeris digunakan di Malaya dan

kemudiannya Malaysia,
y Secara tidak langsung y Melalui keputusan kehakiman y Melalui Majlis-majlis Perundangan Negeri

y Seksyen 3 dan seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956

(Perluasan) 1971 memperuntukkan pemakaian Undang-undang Inggeris di seluruh Malaysia. y Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa sekiranya tidak ada peruntukkan yang telah atau akan dibuat oleh undangundang bertulis di Malaysia, mahkamah hendaklah menggunakan undang-undang am (common Law) dan Ekuiti seperti yang digunakan di England.

y Prinsip pemakaian undang-undang am dan ekuiti; sekiranya

terdapat percanggahan antara undang-undang am dan ekuiti, maka undang-undang ekuiti akan diutamakan. y Undang-undang Inggeris akan digunakan
y Sejauh yg bersesuaian dgn keadaan tempatan y Sejauh yg bersesuaian dgn penduduknya y Tertakluk kepada penyesuaian yg dianggap perlu

y Undang-undang Inggeris yang menjadi sebahagian daripada

undang-undang Malaysia ;
y Undang-undang Am (common Law) y Ekuiti y Undang-undang perdagangan

y Digunakan sebagai sumber undang-undang dalam kes-kes yang

tidak dapat diperoleh daripada prinsip undang-undang yang sedia ada. y Keputusan-keputusan Mahkamah Atasan ( Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan) juga dikenali sebagai undangundang kes. y Keputusan mahkamah atasan ini digunakan sekiranya ;
y Hanya mahkamah atasan shj mengikat mahkamah-mahkamah

bawahan (Doktrin Duluan Kehakiman yg mengikat) y Prinsip undang2 dlm keputusan mahkamah boleh digunakan oleh mahkamah bawahan sbg duluan kehakiman semasa membuat keputusan.

y Semasa keputusan berasaskan DDK hakim akan mengikut

prinsip keputusan hakim terdahulu yg pernah mengendali kes yang serupa. y Keputusan mahkamah rendah harus berpandukan keputusan mahkamah atasan.

UNDANG-UNDANG BERTULIS
Diluluskan oleh Parlimen & DUN Mengutamakan peraturan hidup manusia semasa Akta : Undang2 selepas merdeka Ordinan : Undang2 sebelum merdeka Merupakan undang2 utama negara & meliputi undang2 kecil & tempatan Dapat dikesan dalam Perlembagaan Persekutuan & Perlembagaan Negeri Denda / hukuman dikenakan mengikut seksyen yg disediakan & muktamad

UNDANG- UNDANG TIDAK BERTULIS


Tidak digubal oleh badan perundangan tertentu & mempunyai fahaman adat Mengutamakan adat Mengikut DDK, Common Law dari England & berdasarkan atur cara ekuiti Bukan undang-undang utama & meliputi undang2 sivil Tidak dapat dikesan dalam Perlembagaan Persekutuan & Perlembagaan Negeri Denda / hukuman yg dikenakan longgar & tidak mengikut peraturan yg ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai