Anda di halaman 1dari 5

Refleksi Bina Insan Guru fasa ke 4,2010

Pada tarikh 12, 13 dan 14 November, Pismp ambilan January 2009 telah melaksanakan aktiviti BIG yang mana bertempat di Kampung Sawah Chuah, Port Dickson. Pelbagai pengalaman telah saya perolehi melalui penglibatan saya dalam aktiviti ini walaupun pada mulanya agak terkejut dengan keputusan unit kokurikulum bahawa BIG fasa terakhir ini diadakan pada minggu exam. Seramai 9 buah unit telah bersedia di hadapan unit kokurikulum untuk bertolak ke Kg Sawah Sebanyak 4 buah bas disediakan untuk mengangkut guru pelatih ke sana. Perjalanan ke sana agak jauh. Kami mengambil masa satu jam lebih untuk tiba disana. Kami tiba disana pada pukul 4 petang. Program ini memberi pengalaman baru kepada saya tentang suasana kampung di negeri Sembilan. Sekolah ini terletak agak jauh dari Bandar dan suasana nya sangat aman dan mententeramkan. Selepas siap solat berjemaah di surau, kami diberi masa pada waktu malam untuk berbincang mengenai malam kebudayaan. Walaupun agak letih dan terhad dari segi masa, tetapi kami dapat merancang suatu persembahan yang agak unit berkaitan satu Malaysia. Pada hari kedua, kami mulakan program dengan senaman pagi. Sangat menyegarkan. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kekitaan antara guru pelatih. Kami kemudiannya diagihkan mengikut unit untuk melakukan aktiviti gotong royong. Unit kami dikehendaki membersihkan surau. Kami agak terpesona dan terpegun dengan kebersihan surau di Kampung Sawah. Penghulu kampung mengatakan bahawa setiap hari Jumaat, gotong royong membersihkan surau akan diadakan oleh penduduk kampung. Walaupun seni binanya agak lama, namun kebersihan surau itu memukau hati kami.Kami bertungkus lumus membersihkan surau. Selepas selesai, kami dijamu dengan kuih muih.Pengalaman bersama penghulu kampung tidak akan kami lupakan.

Program Bina Insan Guru kali ini dapat memberi kelainan dan dapat memberi pengalaman baru kepada saya melalui program anak angkat. Program ini memberi kesedaran kepada saya pentingnya pergaulan dan mengenali antara satu sama lain. Keluarga angkat saya ialah Mak cik Saliah dan Mak Cik Faridah. Mereka ialah madu yang hidup berjiran. Saya bukan sahaja mengenali keluarga angkat namun saya juga dapat berkongsi cerita tentang hidup bermadu mereka. Pengalaman ini tidak mungkin saya lupakan kerana keunikan kehidupan mereka jarang ditemui. Pada malamnya kami mengadakan malam kebudayaan sebagai penutup. Pelbagai persembahan dapat disaksikan melalui malam kebudayaan tersebut. Malam kebudayaan dilakukan mengikut unit masing- masing. Unit saya mendapat tempat ketiga dalam persembahan itu.keunikan dalam mempersembahkan persembahan amat menarik perhatian guru pelatih dan para pensyarah.Bagi saya, sepanjang saya menyertai perkhemahan, malam kebudayaan pada Bina Insan Guru inilah yang paling terbaik pernah saya lihat.Walaupun semua guru pelatih tengah kalut dengan peperiksaan, itu tidak menjadi penghalang untuk kami melakukan yang terbaik dalam program ini. Program Bina Insan Guru pada kali ini juga mempunyai sedikit sebanyak kekurangan. Antaranya, kekurangan yang amat ketara dapat dilihat seperti persekitaran tempat yang kurang memuaskan dari segi kebersihan. Terlalu banyak lalat berada di persekitaran kantin. Keadaan ini menimbulkan perasaan ketidakselesaan di kalangan kami tatkala ingin menjamu makanan. Pada hari pertama, seorang guru pelatih telah menjumpai lalat di dalam pinggan dan juga dalam gelas minuman. Mungkin keadaan sebegini yang menjadi punca beberapa orang guru pelatih program dihantar ke hospital berdekatan kerana terkena cirit birit. Selain itu, oleh kerana kesuntukan masa, aktiviti yang dijalankan tidak terlalu padat dan terdapat kelonggaran sepanjang menjalankan program ini.

Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana dapat menjayakan program ini walaupun berada dalam keadaan agak tertekan untuk mengambil peperiksaan. Tapi,

kesungguhan guru pelatih dapat dilihat apabila mereka bertungkus lumus membawa kertas ataupun nota untuk di ulang kaji apabila ada masa terluang.

Program Bina Insan Guru ini banyak memberi pengalaman baru kepada saya dan amat bermanfaat untuk saya bekalkan apabila menjadi guru kelak.

Bergambar ketika bersama keluar angkat iaitu Mak cik Salih Dan Mak Cik Faridah.

Mak Cik Faridah mengajarkan kami cara- cara membuat bakul daripada kertas majalah.

Guru pelatih sedang menunggu arahan daripada Pensyarah mengenai kunjungan ke rumah keluarga angkat.

Khemah guru pelatih lelaki yang berada dipadang bola sepak Sekolah Kebangsaan Sawah.

Anda mungkin juga menyukai