Anda di halaman 1dari 124

Sejarah dan Teori berkaitan Sistem Monarki

Doktrin Hak Ketuhanan Raja

Raja Louis XIV dari Perancis. Walaupun memerintah secara kuku besi selama lebih 70 tahun, ramai sejarawan menganggapnya sebagai monarki mutlak yang berjaya Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari FEUDALISME di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals di kalangan golongan bangsawan. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katholik di Rome dan mereka mazhab yang baru iaitu Church of England. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.

Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja

Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masingmasing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people). Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan.

Enlightened despotism

Sewaktu Zaman Pembaharuan atau Rennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentuk enlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atau enlightenedmampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendung feudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaan Napoleon Bonarparte.

Senarai Negara-Negara Monarki Mutlak

Dalam zaman moden, ini hanya terdapat enam negara di bawah monarki mutlak (absolute monarch) iaitu: Raja Abdullah bin Abdel Aziz al Saud (Arab Saudi), King Jigme Khesar Namgyel Wangchuk (Bhutan), Sultan Hasnal Bolkiah Muizzadin Wadaullah (Brunei),Sultan Qaboos bin Said al Said, King Msawati III (Swaziland) dan Pope Paus Benedict XVII (Vatican City).

Kiri: King Abdullah (Arab Saudi), tengah: Sultan Hasanall Bolkiah (Brunei) dan kanan: King Jigme Wangchuk (Bhutan)

Kiri: King Maswati III (Swaziland, tengah: Sultan Qaboos bin Said (Oman) dan kanan: Paus Benedict XVII (Vatican City)

Bagaimanapun, monarki di Vatican City agak unik sebab rajanya dipilih dan tidak mewarisi takhta seperi monarki mutlak yang lain.

Di Jordan (Raja Abdullah bin Hussein) dan Maghribi (Raja Mohamed VI), rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala diLiechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Prince Hans Adam II.

Kiri: King Muhammad (Maghribi),tengah Prince Hans Adam (Leichtenstein) dan kanan: King Abdullah bin Hussein (Jordan)

Raja Berperlembagaan

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah Sistem Berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua Negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan Kerajaan Tentera yang dipimpin seorang dictator.

Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta, sebagai Shiekh Hamad bin Isa bin Salman al Khalifa, Raja Bahrain; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang Di Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Tuanku Mizan Zainal Abidin (Malaysia)

Sejarah

Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan King Charles mengadakan persidangan Parlimen kerana

bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, King Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi Presiden di mana England telah menjadinegara Republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa tetapi hanya memerintah selama setahun. Sistem beraja telah dipulihkan semula dan King Charles II telah diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.

Ratu Elizabeth ke II merupakan pemerintah United Kingdom dan juga 15 buah negara lain menjadikannya ratu paling berpengaruh di dunia. Berikut adalah Negara-negara yang mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan di dunia sekarang.

Queen Elizabeth II (Britain) yang juga pemerintah ke atas 15 negara Komanwealth yang lain.

1.

Britain (Queen Elizabeth II). Selain dari Britain, terdapat 15 buah Negara merdeka bekas jajahan Britain yang masih mengiktiraf Quen Elizabeth II sebagai Pemerintah mereka, ia-itu:

(1) Antigua dan Barbuda (2) Australia (3) Bahamas (4) Barbados

(5) Belize (6) Canada (7) Grenada (8) Jamaika (9) New Zealand (10) (11) (12) (13) (14) (15) Papua New-Guinea St Kitts & Nevis\ St Lucia St Vincent & the Grenadines Solomon Islands Tuvalu

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Belgium King Albert II Cambodia King Norodom Sihamoni Denmark Queen Margrethe II (termasuk Greenland) Jepun Maharaja Akihito Jordan Al Malik Abdullah bin Hussein Liechtenstein Prince Hans Adam II Luxembourg- Grand Duke Henri Malaysia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin

10. Monaco Putera Albert II 11. Maghribi-King Mohamed II 12. Nepal- King Gyanendra Bir Bikram Shah Dev 13. The Netherlands Queen Beatrix 14. Norway King Harald V 15. Sepanyol King Juan Carlos I

16. Sweden King Karl XVI Gustav 17. Thailand King Bhumibol Adulyadej 18. Bahrain - Sheikh Hamad bin Isa bin Salman al Khalifa. 19. Qatar - Sheikh Hamad bin Khalifa at Thani 20. Tonga - King George Tupou V.

Perancis pernah diperintah oleh raja berperlembagaan secara singkat antara 1789-1792 dan antara 1815-1848.

Kiri: King Juan Carlos (Spain), tengah: King Karl XVI Gustav (Sweden) dan kanan: King Harald V (Norway)

Kiri: Maharaja Akihito (Jepun), tengah: Queen Margrethe II (Denmark) dan kanan: Queen Beatrix (Netherlands)

Kiri: King Bhumibol Adulyadej (Thailand),tengah: King Albert II (Belgium) dan kanan: king Gyanendra (Nepal)

Kiri:Grand Duke Henri (Luxembourg), tengah: Prince Albert (Monaco) dan kanan: Prince Norodom Sihamoni (Cambodia)

Kiri: Raja Hamad bin Isa al Khalifa (Bahrain) dan kanan: Sheikh Hamad bin Khalifa (Qatar)

King George Tupou V (Tonga)

United Arab Emirates (UAE)

Ada sebuah lagi negara yang mengamalkan sistem gabungan struktur sistem kerajaan. Politik di Kesatuan Arab Emiriah atau United Arab Emirate UAE) mengamalkan sistem federalisme, presidential dan monarki mutlak. UAE adalah persekutuan tujuh buah negara monarki mutlak iaitu Kerajaan (Emiriyah) Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, Ras al Khaimah and Umm al Quwain. Presiden UAE adalah Ketua Negara UAE (yang dipilih dari kalangan 7 emir) dan Perdana Menteri UAE adalah Ketua Kerajaan yang juga dipilih dari kalangan 7 Emir.

(1) (2)
(3) (4) (5)

Abu Dhabi Sheikh Khalifa bin Zayed an Nahyan (President UAE).


Ajman - Sheikh Humaid bin Rashid an Nuaimi. Dubai - Sheikh Mohammad bin Rashid al Maktoum (PM UAE). Fujairah Sheikh Hamad bin Muhammad al Sharqi. Ras al Khaimah Sheikh Saud bin Saqr al Qasimi

(6) (7)

Sharjah Sheikh Dr Sultan III bin Muhamamad al Qasimi Umm al Quwain Sheikh Saud bin Rashid al Mualla

Sheikh Ras al Khaimah dan Sheikh Sharjah

Sheikh Fujairah dan Sheikh Ajman

Sheikh Abu Dhabi, Sheikh Dubai dan Sheikh Umm al Quwain

Pemupusan Pemerintahan Beraja

Mengikut catatan sejarah,monarki atau pemerintahan beraja dihapuskan sama ada melalui pembaharuan perundangan, kudeta (rampasan kuasa) atau peperangan. Sebagai contoh:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Monarki Inggeris (King Charles I) diguling oleh Parlimen yang diketuai oleh Oliver Cromwell pada tahun 1649. Bagaimanapun, monarki ini dipulihkan semula pada tahun 1660. Monarki Perancis (King Louis XVII) digulingkan pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis. Monarki Perancis kemudiannya dipulihkan beberapa kali sehingga tahun 1871. Monarki di Negara China (Dinasti Qing yang mula memerintah pada 1636) berakhir selepas revolusi Sun Yat-Sen pada tahun 1912. Maharaja Korea (Maharaja Yi Chok dari Dinasti Han) hilang takhtanya apabila Negara Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910. Selepas kematian Khan terakhir pada tahun 1924 (Jabzandamba Hutagt Bogd Gegeen Ezen Khan), Mongolia menjadi Republik. Pada tahun 1893, Henry Ernest Cooper,seorang pemimpin perniagaan telah menggulingkan Ratu Hawaii (Queen Liliuokalani untuk menubuhkan sebuah Republik sebelum Hawaii menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1898. Monarki di Portugal (King Manuel II) digulingkan pada tahun 1910 untuk menjadi negara Republik dua tahun selepas pembunuhan Raja Carlos I.

7.

Perang Dunia I berkemungkinan membawa kepada kejatuhan besar monarki dalam sejarah. Keadaan di dalam Rusia dan prestasi buruknya ketika perang membawa kepada revolusi Komunis yang menggulingkan seluruh institusi monarki, menembak mati Tsar dan melaksanakan kerajaan dictator dari golongan bangsawan. Kekalahan empayar Jerman, Austria dan Turki menyaksikan penghapusan monarki mereka selepas perang. Begitu juga dengan negara naungan Jerman seperti Finland dan Lithuania dimana kedua-dua raja mereka hilang takhta selepas kekalahan Jerman pada bulan November 1918.

Pada tahun 1939, Itali melanggar Albania dan membuang Raja Zog untuk meletakkan Raja Itali sebagai raja baru Albania. Itali bersama dengan beberapa monarki di timur Eropah seperti Bulgaria, Hungary dan Romania menyokong Jerman semasa PDII menentang Yugoslavia,

kuasa sekutu barat dan Soviet Union. Dengan kekalahan kuasa paksi dalam perang, golongan komunis di Yugoslavia merampas kuasa dan mengakhiri monarki. Golongan komunis di Bulgaria, Hungary dan Romania membuang raja mereka dengan sokongan kuat Soviet Union yang mempunyai ramai tentera dan penyokong yang diletakkan di sana ketika peperangan. Raja Itali berubah menyokong sekutu barat tetapi dalam satu referendum pada tahun 1946, sistem monarki di sana dihapuskan juga. Maharaja Jepun yang memainkan peranan penting dalam perang dunia juga dikurangkan kepentingannya kepada hanya menjadi simbol negara.

Di Greece, Raja Konstantinos II terpaksa melarikan diri selepas kudeta pada tahun 1967 dan Greece diisytiharkan sebagai sebuah republik pada tahun 1973.

Monarki di India, Kenya, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe dihapuskan apabila negara ini mencapai kemerdekaan dari United Kingdom. Monarki di Ireland dihapuskan oleh Akta Republik Ireland 1948 yang berkuat kuasa pada tahun 1949. Pakistan menjadi republik pada tahun 1956. Monarki di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1961 oleh referendum apartheid. Mauritius pula menjadi republik pada tahun 1992.

Beberapa buah Negara di utara Benua Afrika dan Timur Tengah menghapuskan sistem Monarki di antara tahun 1950an hingga 1970an. Mesir menghapuskan monarki pada tahun 1953 selepas revolusi tahun 1952 di mana Raja Faruq II digulingkan oleh tentera (General Muhammad Naguib). Penghapusan monarki di Tunisia (King Muhammad VIII al Amin) digulingkan oleh Habib Bourguiba pada tahun 1957, Iraq (King Feisal II) digulingkan pada tahun 1958 manakala Raja Idris II (Libya) digulingkan oleh Kolonel Muaamar Gadaffi pada tahun 1969. Di Asia Barat pula, Raja Mohammad Zahir Shah, (Afghanistan) digulingkan pada tahun 1973 manakalah Shah Iran, Reza Mohamed Pahlavi digulingkan melalui revolusi yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini pada tahun 1979. Di Ethopia, Maharaja Haile Selassie II digulingkan pada tahun 1974 akibat dari revolusi demokrasi.

Pergolakan politik dan kebangkitan ideology komunis menamatkan kebanyakan pemerintahan monarki di Indochina, seperti Emperor Bao Dai, Vietnam (1945), King Sisavang Vong, Laos (1946), King Norodom Sihanouk, Cambodia (1970). Bagaimana pun Kerajaan monarki di Cambodia dipulihkan semula pada tahun 1993.

Berasaskan bacaan Sejarah, punca utama yang menyebabkan kerajaan monarki ini digulingkan ialah apabila Raja yang memerintah telah menindas atau mengenepikan hak rakyat, menyalahguna kuasa yang melampau, mengumpul kekayaan untuk kepentingan diri dan keluarga, memberi keutamaan kepada ahli keluarga sendiri untuk mengisi jawatan utama dalam pentadbiran negara, memberikan ahli keluarga dan sekutu untuk monopoli peluang pelaburan

dan perniagaan dan mengaut keuntungan serta membuat keputusan yang tidak adil akibat dipengaruhi oleh ahli keluarga dan sekutunya.

Antara ketua negara monarki yang telah kehilangan kuasa akibat revolusi atau rampasan kuasa.

Kiri:Grand Emperor Bao Dai (Vietnam), tengah: King Faysal II (Iraq dan kanan: Emperor Haile Selassie (Ethiopia)

Kiri:King Farouk (Egypt), tengah: King Konstantin II (Greece) dan kanan:King Muhammad VII AlAmin (Tunisia)

Kiri:Shah Reza Pahlavi (Iran), tengah: Prince Norodom Sihanouk (Cambodia) dan kanan: Prince Sisavang Vong (Laos)

Kiri:King Muhammad Zahir (Afghanistan) dan kanan: King Idris (Libya)

Ref: wikipedia.com
Posted by COLTORAS at 2/01/2011 04:51:00

Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari FEUDALISME di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals di kalangan golongan bangsawan. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katholik di Rome dan mereka mazhab yang baru iaitu Church of England. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Peranci
Raja Louis XIV dari Perancis. Walaupun memerintah secara kuku besi selama lebih 70 tahun, ramai sejarawan menganggapnya sebagai monarki mutlak yang berjaya

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Perbezaan diantara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.

Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokratik. Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan. Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti Maharaja dan Kalifah.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Perbahasan menyokong dan menentang monarki


1.1 Perbahasan menyokong 1.2 Perbahasan menentang

2 Sumber 3 Lihat juga 4 Bacaan lanjut 5 Pautan luar

[sunting] Perbahasan menyokong dan menentang monarki


[sunting] Perbahasan menyokong
Beberapa sebab menyokong monarki adalah: Raja berkemungkinan lebih baik dari presiden yang dipilih kerana beliau telah dilatih sejak kecil untuk memimpin. Perbelanjaan mengekalkan sistem raja mungkin lebih murah dari republik yang terpaksa berbelanja besar untuk pilihanraya presiden, rumah, pencen dan perkara lain bagi presiden dan bekas presiden. Persaingan dan kritik selalunya ditujukan ke atas presiden kerana beliau adalah pegawai yang dilantik. Ini mungkin boleh memalukan negara. Presiden adalah ahli anggota parti politik yang mungkin bersikap bias sedangkan raja tidak mewakili mana-mana parti politik serta bersikap neutral. Presiden harus bertindak mengikut polisi parti dan penyokongnya tetapi raja lebih bebas. Raja lebih baik untuk dijadikan simbol perpaduan nasional daripada presiden. Dalam sebuah republik pertukaran ketua kerajaan menyebabkan suasana tidak menentu politik. Sistem raja pula lebih stabil dan melambangkan kesinambungan pemerintahan.

Contohnya kekacauan dan peperangan saudara di Perancis, Jerman, Rusia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja.

[sunting] Perbahasan menentang


Beberapa sebab menentang monarki: Sistem monarki melambangkan keistimewaan, ketamakan dan exploitasi. Setiap masyarakat mempunyai hak untuk melantik ketua negara dan ketua negara adalah bertanggungjawab kepada rakyat. Setiap manusia dilahirkan sama rata sedangkan raja dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kuasa tanpa perlu berusaha. Kuasa prerogatif raja boleh digunakan untuk menghalang proses demokratik tanpa perlu rasa bertanggungjawab. Sistem raja yang diwaris menyebabkan kanak-kanak yang dilahirkan sebagai putera raja tidak dapat menjalani kehidupan normal seterusnya tidak dapat berfungsi sebagai ketua kerajaan yang baik. Dalam beberapa kes, sistem monarki dikaitkan dengan fahaman fasis dan diktator. Di Itali misalnya, sistem raja dimansuhkan kerana Raja Victor Emmanuel III menyokong regim fasis Mussolini pada tahun 1946.

Raja berperlembagaan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy. Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator. Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang diPertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Isi kandungan
[sorokkan] 1 Sejarah 2 Senarai Negara-Negara Raja

Berperlembagaan 3 Lihat Juga 4 Nota dan rujukan

[sunting] Sejarah
Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, Raja Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi presiden di mana England telah menjadi republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa.[2]. tetapi hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.[3].

[sunting] Senarai Negara-Negara Raja Berperlembagaan


Antigua dan Barbuda (Ratu Elizabeth II) Australia (Ratu Elizabeth II) Bahamas (Ratu Elizabeth II) Barbados (Ratu Elizabeth II) Belgium (Raja Albert II) Belize (Ratu Elizabeth II) Kemboja (Raja Norodom Sihamoni) Canada (Ratu Elizabeth II) Denmark (Ratu Margrethe II) Greenland (Ratu Margrethe II) Grenada (Ratu Elizabeth II) Jamaika (Ratu Elizabeth II) Jepun (Maharaja Akihito) Jordan (Raja Abdullah II ) Liechtenstein (Putera Hans Adam II) Luxembourg (Grand Duke Henri) Malaysia (Yang di-Pertuan Agong - Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah) Monaco (Putera Albert II) Maghribi (Raja Mohammed VI) Belanda (Ratu Beatrix) New Zealand (Ratu Elizabeth II)

Norway (Raja Harald V) Papua New Guinea (Ratu Elizabeth II) Saint Kitts dan Nevis (Ratu Elizabeth II) Saint Lucia (Ratu Elizabeth II) Saint Vincent dan the Grenadines (Ratu Elizabeth II) Kepulauan Solomon (Ratu Elizabeth II) Sepanyol (Raja Juan Carlos I) Sweden (Raja Carl XVI Gustaf) Thailand (Raja Bhumibol Adulyadej) Tuvalu (Ratu Elizabeth II) United Kingdom (Ratu Elizabeth II)

Perancis pernah diperintah oleh raja berpelembagaan secara singkat antara 1789-1792 dan antara 1815-1848.

[sunting] Lihat Juga


Demokrasi Monarki mutlak Pemerintahan beraja

[sunting] Nota dan rujukan


1. "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN). http://www.mkn.gov.my/v1/index.php/bm/fokus-mkn/fokus_rajaberperlembagaan. 2. "Oliver Cromwell, 1599-1658". David Plant. http://www.british-civilwars.co.uk/biog/oliver-cromwell.htm. 3. Adam Kadir. "Menghayati maksud raja berperlembagaan", Utusan Malaysia. 24 Mac 2008 ripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Monarki mutlak) Lompat ke: pandu arah, cari Monarki Mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul, di mana seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah dan teori yang berkaitan

1.1 Doktrin Hak Ketuhanan Raja

1.2 Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja 1.3 Enlightened despotism

2 Senarai Negara-Negara Monarki Mutlak 3 Lihat juga 4 Nota dan rujukan

[sunting] Sejarah dan teori yang berkaitan


[sunting] Doktrin Hak Ketuhanan Raja

Raja Louis XIV dari Perancis. Walaupun memerintah secara kuku besi selama lebih 70 tahun, ramai sejarawan menganggapnya sebagai monarki mutlak yang berjaya Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals di kalangan golongan bangsawan[1]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VIII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katolik di Rom dan mereka mazhab yang baru iaitu Church of England[2]. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen[3]. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.

[sunting] Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja


Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masingmasing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka[4]. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: ms 376] [5] . Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan[6].

[sunting] Enlightened despotism


Sewaktu Zaman Pembaharuan atau Rennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentuk enlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atau enlightened mampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendung feudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaan Napoleon[7]..

[sunting] Senarai Negara-Negara Monarki Mutlak


Dalam zaman moden, ini hanya terdapat enam negara di bawah monarki mutlak iaitu:

Arab Saudi (Raja Abdullah ibn Abd al Aziz Al Saud) Bhutan (Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck) Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ) Oman (Raja Qaboos bin Said Al Said) Swaziland (Raja Mswati III) Vatican City (Paus Benedict XVI). Monarki di Vatican City agak unik sebab rajanya dipilih dan tidak mewarisi takhta seperi monarki mutlak yang lain.

Di Jordan dan Maghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala di Liechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Putera Hans-Adam II.

[sunting] Lihat juga


Raja berperlembagaan Penghapusan monarki Diktator

[sunting] Nota dan rujukan


1. "Absolute monarchy". About,Inc..

http://www.associatepublisher.com/e/a/ab/absolute_monarchy.htm.
2. "Tudor England: The Reformation". historylearningsite.co.uk.

http://www.historylearningsite.co.uk/reformation.htm.
3. "Divine Right of Kings". Encyclopdia Britannica.

http://www.britannica.com/EBchecked/topic/166626/divine-right-of-kings.
4. "Teori Kontrak Sosial:Hobbes, Locke and Rousseau". Rizki Saputro.

http://rizkisaputro.wordpress.com/2007/07/24/teori-kontrak-sosial-hobbes-locke-danrousseau/.
5. "Teori Kontrak Sosial:Hobbes, Locke and Rousseau". Rizki Saputro.

http://rizkisaputro.wordpress.com/2007/07/24/teori-kontrak-sosial-hobbes-locke-danrousseau/.
6. "Absolute monarchy". About,Inc..

http://www.associatepublisher.com/e/a/ab/absolute_monarchy.htm.
7. "Absolute monarchy". About,Inc

Politik

Rencana utama: Politik Kanada dan Kerajaan Kanada

Bukit Parlimen di ibu negara Kanada, Ottawa Kanada mempunyai tradisi demokratik kukuh yang diluhurkan oleh kerajaan berparlimen dalam binaan raja berperlembagaan, iaitu monarki Kanada sebagai asas kepada cabang-cabang eksekutif, perundangan, dan kehakiman dan kewibawaannya yang berpunca daripada rakyat Kanada.[94][95][96][97] Ketua negara ialah Ratu Elizabeth II, yang juga ketua negara 15 negara Komanwel lain dan bersemayam di United Kingdom. Oleh itu, wakil baginda, iaitu Gabenor Jeneral Kanada (kini David Lloyd Johnston[98]), melaksanakan tugas-tugas diraja di Kanada.[99] Penyertaan kerabat diraja dan wizurai dalam pentadbiran kerajaan adalah terhad, namun;[97][100][101] [102] secara amali, penggunaan kuasa eksekutif mereka diarah oleh Jemaah Menteri yang terdiri daripada menteri-menteri Mahkota yang bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat dan diketuai oleh Perdana Menteri Kanada (kini Stephen Harper[103]) selaku ketua kerajaan. Untuk memastikan kestabilan kerajaan, Gabenor Jeneral biasanya melantik pemimpin semasa parti politik yang boleh meraih keyakinan kemajmukan dalam Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri yang memilih Jemaah Menteri.[104] Oleh itu, Jabatan Perdana Menteri (Prime Minister's Office, PMO) ialah salah sebuah institusi paling berwibawa dalam kerajaan yang memulakan perundangan untuk kelulusan parlimen serta memilih untuk perlantikan oleh Raja, selain yang dinyatakan tadi, gabenor jeneral, leftenan gabenor, senator, hakim mahkamah persekutan, dan ketua-ketua perbadanan-perbadanan Mahkota dan agensi-agensi kerajaan.[100] Ketua parti yang kedua terbanyak kerusinya biasanya menjadi Ketua Pembangkang Setia Baginda (kini Michael Ignatieff[105]) dan membentuk sistem parlimen pertentangan yang bertujuan mengawal tindakan kerajaan.

Dewan Senat dalam Centre Block di Bukit Parlimen Setiap Ahli Parlimen Dewan Rakyat dipilih secara kemajmukan mudah dari setiap daerah pilihan raya. Pilihan raya umum mesti diumumkan oleh gabenor jeneral atas nasihat perdana menteri, dalam masa empat tahun pilihan raya sebelumnya, ataupun boleh dicetuskan oleh pemerintah yang kalah dalam undian kepercayaan dalam Dewan Rakyat.[106] Ahli-ahli Senat diperuntukkan kerusi mengikut kawasan dan berkhidmat hingga usia 75 tahun.[107] Struktur persekutuan Kanada mengagihkan tanggungjawab pemerintahan antara kerajaan persekutuan dan sepuluh provinsinya. Badan-badan perundangan provinsinya adalah ekadewan dan serupa kefungsiannya dengan Dewan Rakyat.[108] Tiga wilayah Kanada juga ada cabang perundangan, tetapi tidak berdaulat dan kurangnya tanggungjawab berperlembagaan berbanding provinsi di samping perbezaan struktur.[109][110] Pemberian perkenan diraja merujuk kepada kaedah dimana raja berperlembagaan secara formal meyatakan persetujuannya terhadap tindakan-tindakan parlimen negaranya, sekaligus menjadikan tindakan parlimen itu sebagai undang-undang (disebut Akta Parlimen). Dalam majoriti monarki-monarki berperlembagaan kini, perkenan diraja kini hanyalah sebahagian proses rasmi; meskipun dalam negara-negara yang memberikan kuasa kepada rajanya untuk tidak berkenan akan tindakan parlimen mereka (sebagai contoh United Kingdom, Norway dan Liechtenstein), raja yang dalam negara-negara ini hampir tidak akan berbuat demikian kecuali pada keadaan kecemasan dari segi politik (lihat simpanan kuasa), atau pada kehendak

kerajaannya. Meskipun kuasa untuk tidak berkenan sering digunakan pada zaman dahulukala di kebanyakan monarki-monarki Eropah, ia kini semakin kurang dalam situasi politik moden dan demokratik kini yang telah wujud sejak kurun ke-18. Pemberian perkenan diraja juga boleh diiringi majlis-majlis khas. Di United Kingdom, umpamanya, Raja Berdaulat boleh melantik anggota Pesuruhjaya Ketuanan, yang menisytiharkan Perkenan Diraja di majlis yang diadakan di Istana Westminster, Istana Buckingham, atau tempat kediaman dirajya yang lain. Meskipun begini, Perkenan Diraja lazimnya diberikan dengan tidak diiringi majlis oleh surat paten. Di negara-negara lain seperti Australia dan Kanada, Gabenor Jeneralnya hanya menandatangani rang undang-undang berkenaan. Dalam sebarang kes, parlimen mesti diberitahu akan Perkenan Diraja yang diberikan. Terdapat dua kaedah ini dilakukan, pertamanya Pesuruhjaya Ketuanan atau wakil Raja Berdaulat akan memberikan Perkenannya di hadapan kedua-dua dewan Parlimen; atau secara alternatifnya, setiap Dewan akan diberitahu secara berasingan, lazimnya oleh Speaker Dewan berkenaan.

Isi kandungan
[sorokkan] 1 Malaysia 2 United Kingdom 2.1 Sejarah 2.2 Majlis 2.3 Parlimen dan Perhimpunan Bawahan 2.3.1 Scotland 2.3.2 Wales 2.3.3 Ireland Utara 2.3.4 Tindakan Gereja England

3 Negara-negara Komenwel yang lain 3.1 Sejarah 3.2 Majlis 4.1 Kepulauan Channel 4.2 Isle of Man

4 Pergantungan Mahkota Diraja British

5 Wilayah jajahan seberang laut British 6 Negara-negara lain 6.1 Am 6.2 Belgium 6.3 Jordan 6.4 Liechtenstein 6.5 Luxembourg

6.6 Belanda 6.7 Norway 6.8 Sepanyol

7 Pautan luar 8 Rujukan 9 Lihat juga

[sunting] United Kingdom


Di United Kingdom Perkenan Diraja merupakan tindakan terakhir untuk rang undang-undang daripada parlimen Britain menjadi undang-undang. Apabila rang undang-undang berkenaan dipersembahkan kepada Raja Berdaulat atau wakilnya, ia mempunyai tiga pilihan secara formal. Pertamanya, Raja berkenaan boleh berkenan dengan Perkenan Diraja sekaligus menjadikan rang undang-undang itu Akta Parlimen. Kedua, Raja itu boleh tidak berkenan dengan Perkenan Diraja, dengan sekaligus mematikan rang undang-undang itu. Pilihan ketiga Raja itu adalah untuk mengecualikan Perkenan Dirajanya, iaitu dengan menunda sebarang keputusan terhadap rang undang-undang berkenaan sehingga masa yang lain.[1] Pada zaman moden, Raja bertindak mengikut nasihat menteri-menterinya.[2] Oleh disebabkan menteri-menteri ini sering mendapat sokongan Parlimen dan merupakan mereka yang mendapatkan kelulusan rang undang-undang berkenaan, kebarangkalian untuk mereka menasihati Raja untuk tidak Berkenan adalah mustahil. Satu pengecualian daripada ini adalah apabila rang undang-undang yang diluluskan dengan niat yang tidak baik, meskipun sukar untuk menilaikan apa yang dimaksudkan dengan keadaan ini. Maka, dalam pengamalan moden, Perkenan Diraja seringkali diberikan; oleh sebab penolakan rang undang-undang hanya perlu dalam situasi kecemasan yang memerlukan penggunaan kuasa simpanan diraja.[1]

[sunting] Sejarah
Secara asalnya, kuasa perundangan dikawal oleh Raja mengikut nasihat Curia Regis, atau Majlis Diraja, di mana ahli perniagaan dan keagamaan turut mengambil bahagian, dan seterusnya berevolusi menjadi Parlimen.[3] "Parlimen Model" ini merangkumi paderi, pendeta, earl, baron dan dua kesatria daripada setiap daerah dan dua burgess daripada setiap wilayah. Pada tahun 1265, baron Simon de Montfort, Ke-6 Leicester, memanggil parlimen bersidang tanpa kebenaran raja.[4] Badan ini kemudiannya terbahagi kepada dua dengan paderi, pendeta, earl dan baron membentuk Dewan Pertuanan manakala wakil-wakil daripada daerah dan wilayah menjadi Dewan Rakyat.[5] Raja lazimnya akan mendapatkan nasihat dan persetujuan kedua-dua Dewan sebelum membuat sebarang undang-undang. Semasa pentadbiran Henry VI, ia menjadi kebiasaan untuk kedua-dua Dewan membuat undang-undang melalui rang undang-undang, yang tidak akan menjadi undang-undang sehinggalah Perkenan Diraja diberikan disebabkan Rajalah yang punyai kuasa untuk meluluskan undang-undang. Maka disebabkan inilah, kesemua Akta Parlimen bermula dengan mukadimah: "Inilah undang-undang yang dibuat oleh Tuanku yang Teramat Mulia, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Lords Spiritual dan Temporal, dan Commons, dalam Parlimen ini bersidang, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut...". Akta-akta Parlimen 1911 dan 1949 mempunyai mukadimah yang digunapakai apabila Dewan Pertuanan tidak digunakan dalam proses ini. Kuasa Parlimen untuk meluluskan rang undang-undang seringkali diganggu oleh para raja. Charles I telah membubarkan Parlimen pada tahun 1629 apabila ia meluluskan undang-undang

dan perbahasan yang bersifat kritikal terhadap pelaksanaan pentadbirannya. Semasa "Sebelas Tahun Kezaliman" yang menurutinya, Charles melakukan aksi-aksi yang tidak jelas dari segi kepatuhannya kepada undang-undang, seperti menaikkan kadar cukai tanpa kebenaran Parlimen. [6] Selepas Perang Saudara Inggeris, Parlimen lebih banyak bersidang, tetapi para raja masih sering tidak berkenan dengan Akta Parlimen. Misalnya, Charles II telah tidak Berkenan dengan rang undang-undang "untuk mengekalkan Keamanan dengan Mewujudkan Militia dan Mempertugaskan mereka selama Dua dan Empatpuluh Hari,"[7] dengan menyatakan bahawa dirinya, bukan Parlimen, yang mengawal militia.[8] Ratu Stuat terakhir, Anne, dalam pada mengikut nasihat menteri-menterinya, juga tidak Berkenan dengan rang undang-undang "untuk meletakkan Militia di Scotland" pada 11 Mac 1708, tetapi sehingga kini tiada raja yang telah tidak Berkenan dengan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen British.[9] Semasa pentadbiran dinasti Hanover, kuasa secara beransur-ansur dipindahkan daripada Raja ke Parlimen dan Kerajaan. Semasa pentadbiran Hanover yang pertama, George I tidak mahir berbahasa Inggeris dan lebih suka menumpukan perhatiannya kepada milikan Jermannya. Oleh yang demikian, dia lebih banyak bergantung kepada menteri-menterinya berbanding raja-raja sebelumnya. Para raja Hanover yang kemudian cuba untuk mendapatkan semula kuasa ke atas perundangan. George III dan George IV menentang Emansipasi Katolik [10][11] iaitu cubaan untuk memansuhkan sekatan-sekatan terhadap penganut agama Roman Katolik untuk menjawat beberapa jawatan awam. Kedua-duanya menegaskan bahawa untuk Berkenan kepada Rang Undang-Undang Emansipasi Katolik adalah melanggar sumpah penobat, yang memerlukan Raja memelihara Gereja England daripada didominasi oleh Paus, dan tidak memberikan hak kepada individu yang bersekongkol dengan kuasa asing yang tidak mengiktiraf legitimasinya. Akan tetap akhirnya George IV Berkenan dengan undang-undang itu apabila dinasihati menterimenterinya.[11] Maka konesep tanggungjawab menteri telah berevolusi dan kuasa untuk tidak Berkenan tidak lagi digunakan sama ada di United Kingdom mahupun negara-negara Komenwel yang lain. Pada tahun 1914, George V telah mendapatkan nasihat undang-undang mengenai menolak Perkenan untuk Rang undang-undang Kerajaan Ireland iaitu suatu cadangan undang-undang kerajaan liberal yang hendak dipaksa melalui parlimen dengan menggunakan Akta Parlimen 1911. Raja kemudiannya memutuskan bahawa dia tidak seharusnya tidak Berkenan tanpa "bukti kukuh yang ia akan menggelakkan daripada bencana kebangsaan, atau sekurang-kurangnya meredakan keadaan sekeliling pada masanya.[12] Akan tetapi terdapatnya situasi di mana persetujuan raja yang lebih langsung diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang. Ini tidak dipanggil Perkenan Diraja tetapi digelar Persetujuan Raja. Untuk rang undang-undang yang memberikan kesan kepada prerogatif, hasil turun temurun, termasuk ultimus haeres, harta karun, dan bona vacantia, atau milikan peribadi atau kepentingan Mahkota untuk dibahaskan di Parlimen, Raja mestilah menyatakan persetujuannya terlebih dahulu. Ada masanya, seperti dalam perbahasan Akta Dewan Pertuanan 1999, persetujuan Putera Wales selaku Putera dan Pramugara Besar Scotland, atau Duke Cornwall, mesti didapati juga, tetapi ini amatlah jarang berlaku. Persetujuan ini dipanggil Persetujuan Putera.[13] Pada tahun 1999, Ratu Elizabeth II bertindak mengikut nasihat para menterinya dengan tidak bersetuju dengan cadangan membahas Rang Undang-Undang Tindakan Ketenteraan Terhadap Iraq (Kebenaran Parlimen) yang hendak memindahkan kuasa daripada Raja kepada Parlimen untuk membenarkan serangan ketenteraan terhadap Iraq.[14] Disebabkan ketidaksetujuan Mahkota untuk perbahasan rang undang-undang tersebut, maka rang undang-undang itu secara langsung dikeluarkan. Akan tetapi oleh sebab Rang Undang-Undang tersebut diperkenalkan di bawah

Peraturan Sepuluh Minit, ia bukannya boleh dibahas Parlimen pun, dan tidak mewakili contoh apa yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan bertindak memperkenalkan perundangan yang akan menggugat kepentingan Mahkota pada masa hadapan.

[sunting] Majlis
Di United Kingdom, suatu rang undang-undang dipersembahkan untuk Perkenan Diraja apabila ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan. Secara alternatifnya, di bawah Akta-akta Parlimen 1949, Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk memaksa rang undangundang dipersembahkan untuk Perkenan meskipun tidak diluluskan oleh Dewan Pertuanan. Walaubagaimanapun, Raja tidak menganalisa rang undang-undang tersebut sebelum membuat keputusan untuk memberi Perkenannya. Amalan yang biasa adalah bahawa Perkenan hanya dianggap sebagai formaliti semata-mata. Secara rasminya, Perkenan diberikan oleh Raja atau Pesuruhjaya Pertuanan yang diberikan kuasa untuk bertindak melalui surat paten. Ia boleh diberikan di dalam mahupun di luar Parlimen; dalam keadaan yang keduanya itu, setiap Dewan mestilah diberitahu secara berasingan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang boleh berkuatkuasa. Jurutulis Parlimen yang merupakan seorang pegawai daripada Dewan Pertuanan secara tradisionalnya menyatakan formula Anglo-Norman untuk menggariskan keputusan Raja. Peberian Perkenan Diraja untuk rang undang-undang hasilwan lazimnya disusuli dengan lafazan Le Roy remercie ses bons sujets, accepte leur benevolence, et ainsi le veult,[15] yang diterjemahkan sebagai "Raja berterima kasih kepada rakyatnya, menerima sumbangan mereka, dan mahukannya sedemikian." Untuk rang undang-undang yang lainnya pula, formula yang digunakan hanyalah Le Roy le veult (Raja mahukannya sedemikian). Untuk rang undang-undang persendirian, frasa yang digunakan adalah Soit fait comme il est dsir (Biarlah seperti yang dimahukan). Formula untuk tidak Berkenan pula adalah Le Roy s'avisera (Raja akan mepertimbangkannya). Apabila pemerintahnya merupakan seorang wanita, La Reyne menggantikan Le Roy dalam ayat-ayat yang dilafazkan. Sebelum pemerintahan Henry VIII, Raja sering memberikan Perkenannya secara langsung. Raja lazimnya akan memakai Mahkota Imperial Negara dan berduduk di Takhta dalam Kamar Pertuanan dengan dikelilingi oleh beberapa herald dan ahli-ahli kamar dirajanya. Pada masa kini, ini hanya dilakukan semasa Pembukaan Rasmi Parlimen. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipimpini Yang di-Pertua mereka akan mendengar daripada Bar of the Lords, di luar Kamar. Jurutulis Parlimen mempersembahkan rang undang-undang yang menunggu Perkenan kepada Raja, akan tetapi rang undang-undang hasilwan lazimnya dibawa oleh Yang di-Pertua. Jurutulis Mahkota yang berdiri di kanan Raja akan kemudiannya membaca tajuk rang undang-undang yang dibawa (pada masa yang lebih silam, kesemua isi rang undang-undang yang dibawa). Jurutulis Parlimen kemudiannya membalas dengan menyatakan formula Norman-Perancis yang sepatutnya.[16]

Henry VIII memperkenalkan kaedah baru untuk memberi Perkenan Diraja.

Cara baru untuk memberikan Perkenan dicipta pada zaman pemerintahan Hentry VIII. Pada tahun 1542, Henry bercadang hendak memancung isterinya yang kelima yang dituduhnya berzina dan pemancungan ini diluluskan bukannya selepas perbicaraan tetapi oleh bill of attainder yang mana baginda terpaksa memberi Perkenannya selepas mendengar keseluruhan isi

kandungan rang undang-undang berkenaan. Henry menyatakan bahawa "pengulangan Cerita dan jenayah yang sebesar ini" dalam pendegarannya "mungkin akan membuka semula Luka yang kini mulai menyembuh dalam Hati Diraja."[17] Oleh yang demikian, Parlimen memasukkan suatu klausa dalam Act of Attainder berkenaan yang memperuntukkan bahawa Perkenan yang diberikan oleh Pesuruhjaya "ialah sebaik-baik" Perkenan yang diberikan oleh Raja dengan sendirinya.[18] Prosedur ini hanya digunakan sebanyak lima kali dalam kurun ke-16, tetapi dengan lebih kerap semasa kurun ke-17 dan kurun ke-18, terutamanya apabila kesihatan George III mula merosot. Victoria menjadi Ratu terakhir untuk memberi Perkenannya pada tahun 1854.[19] Apabila memberikan Perkenan melalui Pesuruhjaya, Raja akan memberi kuasa kepada tiga atau lebih (lazimnya lima) kerabat yang merupakan ahli Majlis Privy untuk memberi Perkenan dengan menggunakan namanya. Pesuruhjaya Pertuanan sebagai wakil Diraja memakai Rob Parlimen berwarna merah dan duduk di atas kerusi antara Takhta dan Woolsack, dengan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat di Bar of the Lords. Jurubaca Pertuanan membaca Suruhan dan kemudiannya Pesuruhjaya menyatakan "Rakan-rakan sekalian, dalam pada menjalankan tugas seperti yang diamanahkan Baginda Raja, dan melalui Suruhan yang telah dibaca, Kami dengan ini mengisyhtiharkan dan memberitahu kalian, Lords Spiritual dan Temporal dan Commons dalam Parlimen ini bersidang, bahawasanya Raja memberikan Perkenannya kepada beberapa Akta-akta yang dalam Suruhan ini disebut." Kemudiannya Jurutulis Mahkota menyatakan tajuk Akta dan Jurutulis Parlimen membalas dengan formula Norman Perancis yang sepatutnya.[20][21] Semasa dekad 1960-an, majlis perkenan melalui Suruhan tidak diamalkan lagi, dan kini hanya dilangsungkan sekali setahun pada penghujung sesi parlimen tahunan. Pada tahun 1960, Gentlmen Usher dari Batang Hitam tiba untuk memanggil Dewan Rakyat bersidang semasa perdebatan yang hangat, dan beberapa ahli dewan membantah kekacauan ini dengan tidak menghadiri majlis berkenaan. Ini berlaku sekali lagi pada tahun 1965 apabila Yang di-Pertua meninggalkan kerusi untuk pergi ke Dewan Pertuanan, beberapa ahli terus membuat ucapan. Oleh sebab ini, Akta Perkenan Diraja 1967 diluluskan untuk menghasilkan cara baru untuk mendapat Perkenan Diraja. Oleh ini, pemberian Perkenan oleh Raja secara sendirinya atau melalui Suruhan masih boleh dilakukan tetapi cara ketiga inilah yang dipakai setiap hari. Di bawah Akta Perkenan Diraja 1967, Perkenan Diraja boleh diberikan melalui tulisan melalui surat paten yang dipersembahkan kepada pegawai pesidang kedua-dua Dewan Parlimen.[16] Kemudian pegawai berkenaan membuat kenyataan formal kepada setiap Dewan yang Perkenan Diraja telah diberikan kepada akta-akta yang telah disebut. Maka, tidak seperti pemberian Perkenan Diraja melalui sendirinya atau oleh Pesuruhjaya Diraja, kaedah yang dihasilkan melalui Akta Perkenan Diraja 1967 tidak memerlukan kedua-dua Dewan bersidang pada masa yang sama untuk mendapatkan notis Perkenan Diraja. Teks piawai Surat Paten diletakkan dalam Perintah Pejabat Mahkota (Borang-Borang dan Proklamasi-Proklamasi) 1992,[22] dengan sedikit pindaan dilakukan pada tahun 2000. Tiada undang-undang yang telah diperkenan oleh Raja secara sendirinya semenjak pemerintahan Ratu Victoria.[23] Akan tetapi Perkenan Diraja secara langsung tetap menjadi kaedah piawai dan ini dapat dilihat daripada perkataan yang digunakan di dalam Surat Paten untuk pelantikan Pesuruhjaya Diraja, dan oleh perkataan-perkataan Surat Paten di bawah Akta 1967 berkenaan: ("... Dan bahawasanya Beta tidak dapat hadir secara sendirinya di Dewan Lebih Tinggi Parlimen Beta yang merupakan tempat lazim di mana Beta memberikan Perkenan Beta...").[24] Apabila Akta diberi perkenan melalui Raja secara sendirinya atau melalui Pesuruhjaya Diraja yang dilantik olehnya, Perkenan itu disifatkan telah diberi pada waktu perkenan diisytiharkan dalam kehadiran kedua-dua Dewan bersidang. Apabila prosedur yang diperkenalkan oleh Akta

Perkenan Diraja 1967 digunakan, Perkenan disifatkan telah diberikan apabila kedua-dua pegawai pesidang kedua-dua Dewan telah menerima Surat Paten daripada Raja yang memberi Perkenannya dan memberi notis mengenai ini kepada kedua-dua Dewan berkenaan.[1] Maka, apabila setiap pegawai memberi notis pada masa yang berbeza {misalnya disebabkan satu Dewan tidak bersidang pada masa yang berkenaan), Perkenan disifatkan telah diberi apabila notis kedua telah diberikan. Ini adalah penting kerana di bawah Undang-Undang British satu Akta berkuatkuasa pada tarikh Perkenan Diraja telah diberikan dan ini bukanlah apabila surat paten telah ditandatangani atau apabila ia diberikan kepada pegawai-pegawai pesidang keduadua Dewan, tetapi pada tarikh kedua-dua Dewan maklum akan Perkenan yang telah diberi, melainkan sekiranya terdapat peruntukkan yang berbeza untuk permulaan kuatkuasa Akta berkenaaan. Bebas daripada kaedah untuk menggariskan Perkenan Diraja, ia menjadi tanggungjawab Jurutulis Parlimen, apabila ia telah diberi notis kepada kedua-dua Dewan, bukan sahaja untuk mengendos Akta berkenaan di bawah nama Raja dengan formula Norman Perancis yang berpatutan, tetapi untuk mengesahkan bahawa Perkenan telah diberikan. Jurutulis ini kemudian menandatangani satu salinan Rang Undang-Undang itu dan meletakkan tarikh Perkenan Diraja telah diberi notis kepada kedua-dua Dewan antara teks klausa enakmen dan seksyen pertama Akta.[1] Apabila satu Akta diterbitkan, tandatangan jurutulis tidak dimasukkan, sepertimana juga formula Norman Perancis, apabila pengendosan dibuat secara bertulis. Akan tetapi tarikh di mana Perkenan Diraja diberikan diberitahu dalam kurungan.

[sunting] Parlimen dan Perhimpunan Bawahan


[sunting] Scotland

Perkenan Diraja merupakan peringkat terakhir Akta-akta Parlimen Scotland. Proses ini dikawal oleh seksyen-seksyen 28, 32 dan 33 Akta Scotland 1998.[25] Selepas suatu Rang Undang-Undang diluluskan, Pegawai Pesidang memberikannya kepada Raja untuk Perkenannya, tetapi hanya selepas tempoh empat minggu di mana Peguam Am Scotland, Peguam Negara Scotland atau Peguam Negara boleh merujuk Rang Undang-Undang berkenaan kepada Mahkamah Agung United Kingdom[26] (sebelum 1 Oktober 2009, Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy) untuk semakan kepatuhannya kepada undang-undang.[27] Perkenan Diraja dibuat melalui surat paten dengan menggunakan Cap Mohor Scotland, dalam cara berikut sepertimana yang terletak dalam Perintah Parlimen Scotland (Surat-Surat Paten dan Proklamasi-Proklamasi) 1999 (SI 1999/737). [28] Notis diletakkan dalam Warta-warta London, Edinburgh dan Belfast.

[sunting] Wales

Tindakan-tindakan Perhimpunan Kebangsaan Wales juga mesti diperkenankan oleh Raja. Seksyen 102 Akta Kerajaan Wales 2006 memestikan Jurutulis Perhimpunan untuk mempersembahkan Tindakan-tindakan yang diluluskan Perhimpunan selepas tempoh empat minggu semasanya Peguam Am Wales atau Peguam Negara boleh merujuk Tindakan berkenaan kepada Mahkamah Agung untuk keputusan sama ada tindakan ini terletak dalam bidang kuasa legislatif Perhimpunan berkenaan. Perkenan Diraja diberikan dengan Perintah dalam Majlis.[29][30]

[sunting] Ireland Utara

Di bawah seksyen 14 Akta Ireland Utara 1998 satu rang undang-undang yang telah diluluskan Perhimpunan Ireland Utara dipersembahkan kepada Raja oleh Menteri Ireland Utara untuk Perkenan Dirajanya selepas tempoh empat minggi di mana Peguam Negara untuk Ireland Utara dibenarkan merujuk rang undang-undang ini kepada Mahkamah Agung. Perkenan Diraja diberikan dengan cara surat paten dalam cara yang diletakkan dalam Perintah Ireland Utara (Pernenan Diraja untuk Rang Undang-Undang) 1999.[31]
[sunting] Tindakan Gereja England

Di bawah Akta Perhimpunan Gereja England (Kuasa-Kuasa) 1919, suatu Tindakan Synod Am Gereja England menjadi undang-undang apabila ia mendapat Perkenan Diraja dalam cara yang sama sebagaimana Akta Parlimen mendapat Perkenannya.

[sunting] Negara-negara Komenwel yang lain


Di negara-negara Komenwel yang lain, Perkenan Diraja diberikan atau tidak diberikan oleh Gabenor Jeneral sebagai wakil Raja. Oleh yang demikian, dalam negara-negara Komenwel ini, atau bahagian-bahagiannya (seperti wilayah, daerah dan lain-lain) Perkenan diberikan atau tidak diberikan oleh Gabenor atau Leftenan Gabenor. Satu Gabenor atau Leftenan Gabenor wilayah mungkin akan merujuk kepada Gabenor Jeneral, yang kemudiannya merujuk kepada Raja. Raja mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan rang undang-undang yang telah mendapat Perkenan Diraja daripada wakil-wakilnya di negara-negara ini, tetapi kuasa ini lazimnya hanya boleh digunakan dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan. Seperti dalam United Kingdom, Perkenan Diraja secara kebiasaannya diberikan mengikut nasihat menteri-menteri kerajaan dan oleh yang demikian tidak lazim tidak diberikan. Dalam sesetengah hal, apabila Raja hendak melawat negara Komenwel ini, Perkenan mungkin ditangguh supaya Raja boleh Berkenan secara sendirinya. Di New Zealand, seksyen 16 Akta Perlembagaan 1986 menyatakan bahawa "suatu Rang Undang-Undang yang diluluskan Dewan Rakyat akan menjadi undang-undang apabila Raja atau Gabenor Jeneral menyatakan Perkenannya dan menandatanganinya sebagai tanda perkenan itu". Akta ini juga menyatakan pada seksyen 3 yang Perkenan Diraja boleh diberikan oleh Raja secara sendirinya atau oleh Gabenor Jeneral sebagai wakil Raja.[32]

[sunting] Sejarah
Walaupun Perkenan Diraja tetap diberikan di United Kingdom semenjak tahun 1708, ia sering tidak diberikan di wilayah-wilayah jajahan dan bekas jajahan British oleh Gabenor-gabenor yang bertindak mengikut perintah Raja. Di dalam Perisyhtiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, penduduk-penduduk mengadu bahawa Raja George III "tidak memberi Perkenannya kepada Undang-Undang, yang sempurna dan perlu untuk kepentingan orang awam seluruhnya dan telah melarang Gabenor-gabenornya meluluskan Undang-Undang yang penting diluluskan segara, selagi ia masih digantung sehingga Perkenannya diberikan, dan apabila ia digantung, baginda cuai dalam memastikan ia mendapat Perkenannya"[33] Selepas wilayah-wilayah seperti Kanada, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Newfoundland diberikan kerajaan bertanggungjawab pun, Kerajaan British tetap menasihati dalam pemberiaan Perkenan. Perkenan kadangkala ditangguh untuk memberikan masa kepada Kerajaan British menimbangkan suatu rang undang-undang sebelum menasihati Gabenor Jeneral.

Semenjak dekat 1920-an, Gabenor Jeneral bertindak mengikut nasihat menteri-menteri tempatan dan bukannya nasihat Kerajaan British. Sepertimana di United Kingdom, para menteri lazimnya mendapat sokongan badan perundangan dan mendapat keluluskan rang undang-undang; maka, mereka tidak lazim menasihati wakil Raja untuk tidak Berkenan. Kuasa untuk tidak Berkenan telah digunakan oleh Leftenan Gabenor Alberta, John C. Bowmen pada tahun 1937 dalam perkara tiga rang undang-undang yang diluluskan di bawah Kerajaan Kredit Sosial William Aberhart. Dua rang undang-undang cuba meletakkan bank-bank di bawah bidang kuasa provinsi, dan memasuki bidang kuasa kerajaan pusat. Rang undang-undang ketiga pula, iaitu Rang Undang-Undang Berita dan Maklumat Tepat, memaksa suratkhabar-suratkhabar setempat mencetak respons kerajaan dan ini mendapat tentangan kabinet provinsi. Ketidakpatuhan ketigatiga rang undang-undang ini kepada perlembagaan Kanada kemudiannya dipersetujui Mahkamah Agung Kanada dan Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy.[34] Di Australia isu teknikal telah berbangkit berkenaan Perkenan Diraja pada tahun 1976 dan 2001. Pada tahun 1976, suatu rang undang-undang dari Dewan Rakyat Australia telah secara silapnya dipersembahkan kepada Gabenor Jeneral negara itu untuk diberikan perkenan. Akan tetap ia kemudiannya didapati bahawa rang undang-undang itu belum diluluskan kedua-dua Dewan Parlimen Australia. Kesilapan itu disebabkan tajuk rang undang-undang yang sama juga telah dihantar untuk perkenan oleh Dewan berkenaan. Gabenor Jeneral membatalkan perkenannya kepada rang undang-undang berkenaan dan kemudiannya memberikan perkenan kepada rang undang-undang yang sebetulnya. Masalah sama juga berbangkit pada tahun 2001 dan tatacara yang sama digunakan untuk mengubatinya.

[sunting] Majlis
Di negare-negara Komenwel, Perkenan boleh diberikan oleh Raja dengan sendirinya, tetapi Gabenor Jeberal secara sendirinya atau timbalan yang berlaku untuk Gabenor Jenerallah yang lazim memberi Perkenan. Dalam semua negara-negara Komenwel juga, Perkenan lazimnya diberikan di luar badan perundangan, dengan kedua-dua Dewan lazim diberukan notis yang berbeza. Di Australia, majlis rasmi memberikan Perkenan di Parlimen tidak biasa digunakan semenjak awal kurun ke-20. Kini rang undang-undang dipersembahkan di kediaman Gabenor Jeneral oleh Dewan di mana rang undang-undang berasal. Gabenor Jeneral kemudiannya menandatangani rang undang-undang itu, menghantar mesej kepada Presiden Senat dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, yang kemudiannya memberitahu Dewan masing-masing tindakan Gabenor Jeneral itu.[35] Amalan yang sama juga menjadi kebiasaan di New Zealand, di mana Gabenor Jeneral tidak memberikan Perkenan Diraja secara sendirinya semenjak tahun 1875.[35] Di Kanada, majlis tradisional untuk memberikan Perkenan di Parlimen lazim digunakan sehingga kurun ke-21, lama selepas ia ditamatkan di United Kingdom dan negara-negara Komenwel. Di bawah Akta Perkenan Diraja, 2002, yang baru, pendekatan alternatif yang memberikan Perkenan secara bertulis, dengan kedua-dua Dewan diberitahu secara berasingan, telah diperkenalkan. Sebagaimana yang diperuntukkan Akta berkenaan, Perkenan Diraja diberikan dalam Senat sekurang-kurangnya dua kali setahun: untuk appropriasi pertama dan untuk sekurang-kurangnya satu lagi akta, lazimnya tindakan tidak appropriasi yang diluluskan. Akan tetapi, Akta memperuntukkan bahawa pemberian Perkenan Diraja tidak terbatal dengan tidak menggunakan cara lama apabila digunakan. Perkenan boleh diberikan dalam Kamar Senat oleh Gabenor Jeneral atau secara lebih kebiasaannya Timbalan, iaitu Hakim Mahkamah Agung Kanada.[19]

[sunting] Pergantungan Mahkota Diraja British


[sunting] Kepulauan Channel
Leftenan Gabenor-Leftenan Gabenor Kepulauan Channel tidak memberikan Perkenan Diraja. Sebagai pengganti, Raja memberikan Perkenan Diraja terus melalui Perintah dalam Majlis.[36] Perkenan diberikan atau tidak berdasarkan nasihat Menteri Keadilan United Kingdom. Sebagai contoh, baru-baru ini Perkenan tidak diberikan (oleh sebab tidak dibenarkan oleh Menteri) berlaku pada tahun 2007 berkenaan reformasi-reformasi Perlembagaan Chief Pleas of Sark.[37] (Reformasi-reformasi yang telah dikaji semula kemudiannya diberikan Perkenan.)[38]

[sunting] Isle of Man


Prosedur-prosedur khas terpakai apabila perundangan yand diluluskan oleh Tynwald, badan perundangan Isle of Man, dibuat. Sebelum pemerintahan Pulau itu dibeli oleh Mahkota Britain pada tahun 1765, (sejarah Revestment), perkenan Tuan Man kepada Rang Undang-Undang dilakukan oleh sepucuk surat kepada Gabenor.[39] Selepas tahun 1765, Perkenan Diraja pada mulanya dibuat melalui surat kepada Menteri kepada Gabenor,[40] tetapi semasa Kabupaten British amalan memberi Perkenan Diraja melalui Perintah dalam Majlis dimulakan[41] sehingga hari ini, meskipun terhad kepada kes-kes tertentu semenjak 1981. Pada tahun 1981, suatu Perintah dalam Majlis memberikan kuasa kepada Leftenan Gabenor untuk memberi Perkenan Diraja kepada rang undang-undang yang diluluskan Tynwald.[42] Leftenan Gabenor mestilah merujuk sebarang Rang Undang-Undang kepada Kementerian Keadilan untuk nasihat, yang mana dia harus turuti, dan Perkenan untuk beberapa jenis Rang Undang-Undang masih disimpan oleh Raja, di mana cara lama digunakan untuk memberi Perkenannya. Perkenan Diraja tidak mencukupi untuk memberikan kesan undang-undang kepada suatu Akta Tynwald. Melalui adat turun temurun suatu Akta tidaklah berkuakuasa sehingga ia dipromulgasikan di pendudukan terbuka Tynwald, lazimnya di Bukit Tynwald pada hari St. John (24 Jun) tetapi semenjak penggunaan kalendar Gregory pada tahun 1753[43] pada 5 Julai (atau pada hari Isnin berikutnya[44] sekirana 5 Julai adalah hari Sabtu atau Ahad). Promulgasi secara asalnya merangkuni pembacaan Akta dalam bahasa Inggeris dan bahasa Manx, tetapi selepas 1865 pembacaan tajuk Akta dan sinopsis setiap seksyen memadai.[45] Ini kemudiannya disusuli pada tahun 1895 kepada pembacaan tajuk dan memorandum tujuan Akta sahaja,[46] dan sejak 1988 hanya tajuk pendek dan ringkasan tajuk panjang dibaca.[47] Prosedur darurat yang membenarkan suatu Akta untuk berkuatkuasa apabila diberikan Perkenan Diraja dilakukan dengan perisytiharan di persidangan biasa Tynwald bersyarat bahawa ia dipromulgasikan dalam masa 12 bulan, telah diperkenalkan pada tahun 1916;[48] semenjak tahun 1988 ini menjadi tatacara kebiasaan, dan satu Akta tidak akan mempunyai kesan lebih daripada 18 bulan selepas Perkenan Diraja diisytiharkan di dalam Tynwald.[49] Semenjak tahun 1993, Synod Diocesan Sodor dan Man telah mempunyai kuasa untuk membuat Tindakan-Tindakan "berkenaan sebarang perkara yang berkenaan Gereja England di Pulau ini". Sekiranya diluluskan oleh Tynwald, suatu Tindakan "akan mempunyai kuasa dan kesan sebagai Akta Tynwald apabila Perkenan Diraja dilafazkan di Tynwald".[50] Antara tahun-tahun 1979 dan 1993 Synod mempunyai kuasa yang serupa, tetapi terhad kepada penguatkuasaan TindakanTindakan Synod Am Gereja England.[51] Sebelum tahun 1994 Perkenan Diraja diberikan melalui Perintah-dalam-Majlis, tetapi sebagai Rang Undang-Undang kuasa untuk memberi Perkenan

Diraja berkenaan Tindakan telah diberikan kepada Leftenan Gabenor Isle of Man.[52] Suatu Tindakan tidak memerlukan promulgasi.[53]

[sunting] Wilayah jajahan seberang laut British


Gabenor-gabenor (atau Leftenan Gabenor) setiap Wilayah jajahan seberang laut British memberi atau tidak memberi Perkenan Diraja untuk perundangan wilayah yang berkenaan. Mereka juga boleh menangguh untuk memberi peluang kepada Raja membuat keputusan secara sendirinya. Apabila Hong Kong berada di bawah pemerintahan British dahulu, rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Hong Kong memerlukan perkenan diberikan oleh Gabenor Hong Kong.[54] Selepas berlakunya Perpindahan kedaulatan Hong Kong menjadi wilayah pentadbiran khas Republik Rakyat China, rang undang-undang ditandatangani dan diproklamasikan oleh Ketua Eksekutif Hong Kong yang merupakan kedua-dua ketua kerajaan dan ketua negara, untuk menjadi ordinan.

[sunting] Negara-negara lain


[sunting] Am
Dalam kebanyakan monarki-monarki masa kini seperti Belgium, Denmark, Jepun, Luxembourg, Thailand, Belanda,[55] Norway dan Sepanyol, raja bertanggungjawab memberikan kesan undangundang kepada perundangan. Dalam monarki lain seperti Sweden pula, kerajaan bertanggungjawab berkenaan hal ini. Akan tetapi dalam kedua-dua situasi ini, prosesnya hanya bersifat rasmi sahaja, sama ada dari segi kelaziman atau menurut kata-kata perlembagaan masing-masing.

[sunting] Belgium
Di Belgium "sanction royale" mempunyai kesan yang serupa dengan Perkenan Diraja, dengan kerajaan bertanggungjawab sekiranya Raja tidak berkenan dengan cadangan undang-undang yang dikemukakan. Raja memproklamasikan undang-undang dan ini bermakna ia menerbitkan secara rasmi undang-undang yang diluluskan dan memerintahkan supaya ia dikuatkuasakan. Pada tahun 1990, apabila Raja Baudouin memberitahu kerajaan bahawa dia tidak sanggup berkenan dengan undang-undang yang membenarkan keguguran bayi, Majlis Menteri-Menteri mengisytiharkannya tidak boleh menggunakan kuasanya mengikut kepentingan dirinya. Rang undang-undang berkenaan kemudiannya diperkenankan oleh kesemua mereka sebagai wakil Raja. Kedua-dua Dewan Parlimen Belgium kemudiannya mengisytiharkannya boleh menggunakan kuasanya pada keesokan harinya.[56]

[sunting] Jordan
Perlembagaan Jordan memberikan kuasa kepada Rajanya untuk tidak berkenan dengan undangundang yang diluluskan parlimennya. Perkara 93 perlembagaan memberi sehingga enam bulan untuk menandatangani atau tidak apa jua perundangan yang dipersembahkan kepadanya oleh Perhimpunan Nasional negara itu; dan sekirannya tidak diperkenankan dalam masa sedemikian, Perhimpunan itu bolehlah membatalkannya dengan undian dua-pertiga kedua-dua dewan sekiranya tidak mahu undang-undang itu tidak berkuatkuasa (akan tetapi ia boleh dipertimbangkan semula dalam sesi kemudian). Sekiranya Raja gagal untuk bertindak dalam masa enam bulan selepas rang undang-undang dipersembahkan kepadanya, rang undang-undang itu menjadi undang-undang yang berkuatkuasa tanpa tandatangannya.[57]

[sunting] Liechtenstein

Liechtenstein membenarkan rajanya berkenan atau tidak mengikut suka hati sendirinya.[58] Apabila Putera Hans Adam II tidak berkenan dengan rang undang-undang yang membenarkan keguguran bayi, dia bertindak mengemukakan rang undang-undang yang memberikannya kuasa yang tidak terbatas kepada perkara formaliti semata-mata tetapi turut meminta kuasa yang lain, seperti kuasa untuk melantik hakim, juga. Dia juga mengugut akan menjualkan negaranya kepada Bill Gates dan menamakannya semula sebagai Microsoft dan berpindah ke Austria bersama-sama keluarganya.[59] Rang undang-undangnya lulus dan kini dia mempunyai kuasa untuk tidak berkenan secara bebas.

[sunting] Luxembourg
Sementara Luxembourg dahulunya memerlukan tandatangan Duke Besar untuk berkuatkuasa, hak ini kemudiannya dirampas daripadanya pada tahun 2008 selepas dia memberitahu perdana menterinya yang dia tidak sanggup menandatangani rang undang-undang yang membenarkan euthanasia dalam negara itu.[60]

[sunting] Belanda
Perkenan Diraja kepada undang-undang atau dekri diraja (Koninklijk Besluit) di negara Belanda hanya boleh diberikan oleh raja yang sedang memerintah. Dalam situasi di mana raja tidak dapat memerintah, seorang kabupaten akan menggunakan prerogatif ini, dengan "Raad van State" (Majlis Negara, serupa dengan Majlis Privy British) dibenarkan membuat sedemikian sekiranya tiada raja mahupun kabupaten. Setiap undang-undang atau dekri yang dipersembahkan kepada pemerintah harus mempunyai tandatangan satu atau lebih menteri yang bertanggungjawab atas undang-undang demikian. Selain daripada yang telah disebutkan di atas raja tidak dibenarkan memberi prerogatif ini kepada sesiapa yang lain. Tidak seperti di United Kingdom, tiadanya Pesuruhjaya Pertuanan dan raja menandatangani undang-undang atau dekri dengan formula: "Gegeven te [plaats], [datum]" (bahasa Belanda: "Diberi di [tempat] pada hari bulan [tarikh]"). Apabila ini telah selesai, Menteri Keadilan dipertanggungjawab dengan menandatanganinya dan menerbitkannya di Staatscourant, atau Warta Negara yang merupakan terbitan digital. Ada masanya Raja menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan melambatkan perkenannya terhadap undang-undang, dan sekurang-kurangnya satu Duta ke London, Dirk Stikker, terpaksa mennunggu sekian lama untuk dekri perlantikannya disebabkan Ratu Juliana tidak menyukainya. Tetapi semenjak pengenalan konsep kepertanggungjawaban menteri pada tahun 1848, semua undang-undang yang dicadangkan telah ditandatangani oleh ketua negara. Ratu yang memerintah Belanda kini, Ratu Beatrix, menyatakan dalam temuramah bahawa dia menganggap perkenannya sebagai "suatu kehendak perlembagaan, dan tidak lebih mahupun kurang daripada itu". Bakal penggantinya Willem Alexander iaitu Putera Oren telah memberikan komen negatif terhadap cadangan menghapuskan sistem Raja daripada Kerajaan Belanda dan membatalkan keperluan untuk mendapatkan Perkenan Diraja.

[sunting] Norway
Perkara-perkara 7779 perlembagaan Norway memberikan kuasa kepada Raja Norway hak untuk tidak berkenan kepada apa jua undang-undang yang diluluskan oleh Storting atau parlimen.[61] Sekiranya raja hendak menggunakan kuasa ini, Perkara 79 memperuntukkan cara untuk mengatasinya: "Sekiranya Rang Undang-Undang diluluskan tanpa dipinda oleh kedua-dua sesi Storting, yang merupakan hasil dua pilihanraya berturut-turut dan dibezakan oleh sekurangkurangnya dua sesi Storting, tanpanya ada Rang Undang-Undang berlainan yang diluluskan

Storting dalam jangka masa antara yang pertama dan yang kedua, dan diberikan kepada Raja dengan petisyen bahawa Raja tidak seharusnya tidak berkenan dengan Rang Undang-Undang yang, selepas dibincangkan dengan mendalam sekali dan diputuskan Storting adalah bermanfaat, ia akan menjadi undang-undang meskipun Perkenan Diraja tidak diberikan sebelum Storting direhatkan."[61] Prerogatif ini tidak pernah digunakan oleh Raja yang memerintah Norway semenjak kesatuannya dengan Sweden dibubarkan pada tahun 1905 walaupun kuasa ini pernah digunakan oleh Raja Sweden semasa kesatuan itu.

[sunting] Sepanyol
Tajuk IV Perlembagaan Sepanyol 1978 memberikan kuasa untuk berkenan dan mempromulgasikan undang-undang kepada Raja Sepanyol, manakala Tajuk III berkenaan Cortes Generales, Bab 2 Pendrafan Rang Undang-Undang menggariskan kaedah di mana rang undang-undang diluluskan. Menurut Perkara 91, dalam masa lima belas hari kelulusan rang undang-undang oleh Cortes Generales, raja akan berkenan dan menerbitkan undang-undang itu. Perkara 92 memberikan kuasa kepada Raja untuk memanggil referandum menurut nasihat Perdana Menteri Sepanyol dan persetujuan Cortes. Tidak wujudnya dalam perlembagaan peruntukan untuk tidak berkenan secara langsung; tetapi, tiadanya peruntukkan yang tidak membenarkan raja untuk tidak berkenan juga. Apabila media Sepanyol menanya Raja Juan Carlos sama ada dia akan memperkenankan rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sesama jantina, dia menjawab "Soy el Rey de Espaa y no el de Blgica" ("Saya merupakan Raja Sepanyol bukannya Raja Belgium") rujukan kepada Baudouin I dari Belgium, yang menolak rang undang-undang Belgium membenarkan keguguran kandungan.[62] Raja memberikan Perkenan Dirajanya kepada Undang-Undang 13/2005 pada 1 Julai 2005 dan undang-undang ini diwartakan dalam Boletn Oficial del Estado pada 2 Julai dan seterusnya berkuatkasa pada 3 Julai 2005.[63] Pada tahun 2010 pula, baginda memberi Perkenan Diraja kepada undang-undang yang membenarkan keguguran kandungan menurut suka pemintanya.

[sunting] Pautan luar


Teks rasmi Akta Perkenan Diraja 1967 sebagaimana dipinda dan berkuatkuasa pada hari ini di United Kingdom, dari UK Statute Law Database.

[sunting] Rujukan
1. 1.0 1.1 1.2 1.3 Bennion, Francis. "Modern Royal Assent Procedure at Westminster". Statute Law Rev, 2 (3). pp. 133147 2. Durkin, Mary, Gay, Oonagh. "The Royal Prerogative" (PDF). Parliament and Constitution Centre, 30 December 2009. Retrieved on 12 February 2010. 3. Pollard, A. F. "The Evolution of Parliament". New York: Longmans, Green and Co., 1920. pp. 3645. 4. Barzel, Yoram & Kiser, Edgar. "The Development and Decline of Medieval Voting Institutions: A Comparison of England and France". Economic Inquiry, 1997, p.252 5. Sayles, G. O. "The King's Parliament of England". New York: W. W. Norton, 1974. pp. 106107. 6. "Charles I (r. 162549)". Royal Household at Buckingham Palace. Retrieved on 12 April 2007.

7. "House of Lords Journal Volume 13: 27 November 1678". Journal of the House of Lords: volume 13: 16751681 (1771), pp. 380-85. Retrieved on 12 April 2007. 8. "The making and keeping of Acts" (PDF). History Today, Vol. VI, pp. 765 773, 1956. Retrieved on 18 April 2007. 9. Smith, David L. "Change & Continuity in 17th Century English Parliaments". History Review, 2002. p. 1. 10. Conway, Stephen. "Book Review: George III: An Essay in Monarchy". The Institute of Historical Research, February 2003. Retrieved on 12 April 2007. 11.
11.0 11.1

"George IV (17621830)". BBC History. Retrieved on 12 April 2007.

12. Bradley, A. W. & Ewing, K. D. (2003). Constitutional and Administrative Law, edisi 13th ed., 243, London: Longmans. ISBN 0-582-43807-1. 13. House of Commons Hansard Written Answers for 30 Apr 1996 (pt 1) 14. "Iraq attack bill fails". BBC News, 16 April 1999. Retrieved on 12 April 2007. 15. Bennion, Frands. "Modern Royal Assent Procedure at Westminster" (downloadable doc). New Law Journal. Retrieved on 18 November 2007. 16. 16.0 16.1 "Companion to the Standing Orders and guide to the Proceedings of the House of Lords". United Kingdom Parliament. http://www.publications.parliament.uk/pa/ld/ldcomp/ldctso56.htm. Capaian 2007-11-18. 17. Quennell, Peter (1951). "History Today", Stanford University. p767. 18. Royal Assent by Commission Act 1541 (33 Hen.8 c.21) 19. 19.0 19.1 Richardson, Jessica. "Modernisation of Royal Assent in Canada". Canadian Parliamentary Review. Retrieved on 12 April 2007. 20. "Companion to the Standing Orders and guide to the Proceedings of the House of Lords". The Stationery Office Ltd. Retrieved on 11 April 2007. 21. Anson's Law and Custom of the Constitution, 5th ed, 1922, Vol 1, page 338 22. "The Crown Office (Forms and Proclamations Rules) Order 1992". Office of Public Sector Information, 2002. Retrieved on 31 March 2007. 23. Robertson, James R. "Bill S-15: The Royal Assent Act". Library of Parliament, Canada, 2002. Retrieved on 11 April 2007. 24. "Souvenir of the inauguration of the Australian Commonwealth, 1901". State Library of New South Wales, 2001. Retrieved on 11 April 2007. 25. "Scotland Act 1998". Office of Public Sector Information, 7 December 1998. Retrieved on 11 April 2007. Templat:Wayback 26. Constitutional Reform Act 2005, section 40 and Schedule 9 27. "The Legislative Process" (PDF). The Scottish Parliament. Retrieved on 11 April 2007. 28. "Statutory Instrument 1999 No. 737". Office of Public Sector Information, 1999. Retrieved on 11 April 2007. 29. Section 102 of the Government of Wales Act 2006, Office of Public Sector Information]

30. Order in Council dated 9 July 2008, approving The NHS Redress (Wales) Measure 2008, the first Measure to be passed by the Assembly on 6 May 2008. Office of Public Sector Information 31. The Northern Ireland (Royal Assent to Bills) Order 1999, Office of Public Sector Information 32. "Constitution Act 1986". Parliamentary Counsel Office. http://www.legislation.govt.nz/act/public/1986/0114/latest/whole.html. Capaian 29 October 2010. 33. "Action of Second Continental Congress, July 4, 1776". Emory University Law School. Retrieved on 18 April 2007. Templat:Wayback 34. "The Honourable John C. Bowen, 193750". Legislative Assembly of Alberta. Retrieved on 22 April 2007. 35. 35.0 35.1 Losier-Cool, Rose-Marie. "Bill S-34". The Parliament of Canada Journals, Issue 92, Appendix, 5 March 2002. Retrieved on 17 April 2007. 36. "Laws". Guernsey Legal Resources. http://www.guernseylegalresources.gg/ccm/navigation/orders-in-council/. Capaian 25 October 2010. 37. "R (on the application of Barclay and others) v Secretary of State for Justice and others". UK Supreme Court. 1 December 2009. http://www.supremecourt.gov.uk/decidedcases/docs/UKSC_2009_0119_Judgment.pdf. Capaian 25 October 2010. See paragraph 27. 38. R (Barclay) v Secretary of State for Justice, paragraph 30. 39. E.g., letter from Duke of Atholl, 11th June 1757, allowing and confirming An Act to prevent Clandestine Marriages: Gell, J (ed.) (1883), Statutes of the Isle of Man, I, Douglas 40. E.g., letter from Duke of Portland (Secretary of State) to Duke of Atholl (Governor), 15th July 1796, advising of the King's approval to two Acts but withholding assent to a third: op. cit p.352 41. E.g., Order in Council of 7th March 1814 approving two Acts: op. cit. p.381 42. Royal Assent to Legislation (Isle of Man) Order 1981 43. Gregorian Calendar Act 1753 Statutes of the Isle of Man, I, Douglas, 1883 44. Statutory Time etc. Act 1883 Statutes of the Isle of Man, V 45. Acts of Tynwald (Promulgation) Act 1865 Statutes of the Isle of Man, III 46. An Act to further alter the mode of promulgating Acts of Tynwald Statutes of the Isle of Man, VII 47. Promulgation Act 1988 sections 2, 3 and 5 48. Acts of Tynwald (Emergency Promulgation) Act 1916 Statutes of the Isle of Man, X 49. Promulgation Act 1988 section 3 50. Church Legislation Procedure Act 1993 section 2 , http://www.gumbley.net/clpa1993.htm

51. Church (Application of General Synod Measures) Act 1979 52. Royal Assent to Sodor and Man Diocesan Synod Measures Order 1994 53. Church Legislation Procedure Act 1993 Sch.1 para.4(2) , http://www.gumbley.net/clpa1993.htm 54. "LegCo Paper No. CB(1) 205/9697". Hong Kong Legislative Council Secretariat, 29 October 1996. Retrieved on 31 March 2007. 55. "How does an Act become law? Assent". Government of the Netherlands. http://www.overheid.nl/english/aboutgov/governmentdoes/actbecomeslaw#p ar6. Capaian 15 March 2010. 56. E.Witte, De liberalisering van de abortus-wetgeving in Belgi (19701990),in: Rapporten en perspectieven 57. The Constitution of Jordan, Article 93. Retrieved on 2009-06-08. 58. "Amendments to the Constitution of Liechtenstein proposed". The Princely House of Liechtenstein, 22 January 2003. Retrieved on 17 April 2007. 59. Rimensnyder, Sara. "Rent-a-country - Prince for a Day", Reason, June, 2003. Retrieved from findarticles.com on 13 April 2007 60. "Luxembourg strips monarch of legislative role", The Guardian, 12 December 2008. Dicapai pada 4 May 2010. 61. 61.0 61.1 "The Norwegian Constitution". The Storting information office. Retrieved on 12 April 2007. Templat:Wayback 62. "Don Juan Carlos, sobre el matrimonio gay: 'Soy el Rey de Espaa y no el de Blgica'", El Mundo, 2006-05-13. Dicapai pada 2007-01-08. (Bahasa Sepanyol) 63. "Disposiciones Generales" (PDF). Boletin Oficial del Estado. 2005-06-02. http://www.boe.es/boe/dias/2005/07/02/pdfs/A23632-23634.pdf. Capaian 2007-01-08. (Bahasa Sepanyol)

[sunting] Lihat juga


"Act of Parliament". Encyclopdia Britannica, 11th ed. London (1911): Cambridge University Press. "Parliament". Encyclopdia Britannica, 11th ed. London (1911): Cambridge University Press. Bond, M. F. (1956). "La Reyne le Veult: The making and keeping of Acts at Westminster". "History Today", (Vol. 6, pp. 756773). Retrieved on 11 April 2007. Davies, M. (2003). "Companion to the Standing Orders and guide to the Proceedings of the House of Lords". 19th ed. Retrieved on 11 April 2007. Farnborough, T. E. May, 1st Baron. (1896). "The Constitutional History of England since the Accession of George the Third 17601860" 11th ed. (Vol. 1). London: Longmans, Green and Co. Retrieved on 11 April 2007. Robertson, J. R. (2001). "Bill S-13: The Royal Assent Act". Retrieved on 11 April 2007.

"The Honourable John C. Bowen, 193750. Legislative Assembly of Alberta. Retrieved on 11 April 2007. "Royal Assent Act. (2002, c. 15)" Department of Justice Canada, 2002. Retrieved on 11 April 2007.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php? title=Perkenan_Diraja&oldid=1844107"

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasaYunani" monos archein ", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejeniskerajaan di manaRajamenjadi ketua negara. Monarki atau

sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awalkurun ke-19, terdapat lebih 900 buahtakhtakerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala padadekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyairaja ataumonarki yang mutlakdan selebihnya terhad kepada sistemperlembagaan. Perbezaan diantaraRajadenganPresidensebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negarapersekutuanseperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja darinegeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannyaadalahraja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atauinstitusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.Monarki demokratikatau dalam bahasa Inggeris El ective Monarchy , adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Padakebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya ( hereditary monarchies ). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akanbergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan sertamonarkidemokratik.Bagi kebanyakannegara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketuaagama sertaPanglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya diMalaysia,Yang di-Pertuan Agongmerupakan ketua agamaIslam, manakala diUnited Kingdomdan negara di bawah naungannya, RatuElizabeth IIadalah ketua agamaKristian Protestan. Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas sepertiMaharajadanKalifah. Perbahasan menyokong Beberapa sebab menyokong monarki adalah: Raja berkemungkinan lebih baik dari presiden yang dipilih kerana beliau telah dilatih sejak kecil untuk memimpin. Perbelanjaan mengekalkan sistem raja mungkin lebih murah dari republik yang terpaksa berbelanja besar untuk pilihanrayapresiden, rumah, pencen dan perkara lain bagi presiden dan bekas presiden.

Persaingan dan kritik selalunya ditujukan ke atas presiden kerana beliau adalah pegawai yang dilantik. Ini mungkin bolehmemalukan negara. Presiden adalah ahli anggota parti politik yang mungkin bersikap bias sedangkan raja tidak mewakili mana-mana parti politikserta bersikap neutral. Presiden harus bertindak mengikut polisi parti dan penyokongnya tetapi raja lebih bebas. Raja lebih baik untuk dijadikan simbol perpaduan nasional daripada presiden.

Pemerintahan beraja
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian dari siri politik mengenai

Pemerintahan beraja

Kepelbagaian
[tunjuk]

Mutlak Berperlembagaan Elektif Pemangku Sejarah

[tunjuk]

Magna Carta Uthmaniyyah Revolusi Glorious Revolusi Perancis

Penubuhan Empayar

Perang Saudara Sepanyol Pertama Empayar Perancis Pertama Empayar Perancis Kedua Kejatuhan Wangsa Qing Revolusi Rusia (1917) Perang Saudara Sepanyol Kedua Kelahiran Republik Itali Revolusi Iran Kemboja Moden Perang Saudara Nepal Topik berkaitan
[tunjuk]

Autokrasi

Hak Divine Raja Thomas Hobbes Mandat Syurga Pemerintahan beraja Montesquieu Oligarki

Portal Pemerintahan beraja

Rencana ini adalah sebahagian

dari siri-siri politik

Dasar Pemerintahan Kerajaan

Senarai bentuk kerajaan

Anarki Aristokrasi Demarki Demokrasi Demokrasi tulen Demokrasi perwakilan Demokrasi kesepakatan

Despotisme Diktator Autokrasi Autoritarianisme Junta ketenteraan Totalitarianisme

Epistemokrasi Etnokrasi Exilarki Federalisme Feudalisme Gerontokrasi Junta ketenteraan Kleptokrasi Komunisme Konfederasi

Korporatokrasi Kratokrasi Kritokrasi Kritarki Logokraki Meritokrasi Geniocracy

Minarkisme/Night Watchman Monarki Raja berperlembagaan Raja mutlak Diarki/Kerajaan sama

Negara boneka Negara Konsosiasional Nookrasi Oklokrasi/Mobokrasi Oligarki Panarkisme Pemerintahan Diktator Diktator ketenteraan

Plutokrasi Puak Republik Crowned Capitalist Constitutional Federal Parliamentary Federal

Negara Sosialis

Sosiokrasi Teknokrasi Siberokrasi Netokrasi

Teokrasi Teodemokrasi Timokrasi Portal politik

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Perbezaan diantara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif. Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokratik. Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan. Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti Maharaja dan Kalifah.

Raja mutlak Raja separuh berperlembagaan Raja berperlembagaan Alam Komanwel (raja berperlembagaan dalam kesatuan peribadi) Raja subnegara (tradisional)

Isi kandungan
[sorokkan] 1 Perbahasan menyokong dan menentang monarki 1.1 Perbahasan menyokong 1.2 Perbahasan menentang

2 Sumber 3 Lihat juga 4 Bacaan lanjut 5 Pautan luar

[sunting] Perbahasan menyokong dan menentang monarki

[sunting] Perbahasan menyokong


Beberapa sebab menyokong monarki adalah:
Raja berkemungkinan lebih baik dari presiden yang dipilih kerana beliau telah dilatih sejak kecil untuk memimpin. Perbelanjaan mengekalkan sistem raja mungkin lebih murah dari republik yang terpaksa berbelanja besar untuk pilihanraya presiden, rumah, pencen dan perkara lain bagi presiden dan bekas presiden. Persaingan dan kritik selalunya ditujukan ke atas presiden kerana beliau adalah pegawai yang dilantik. Ini mungkin boleh memalukan negara. Presiden adalah ahli anggota parti politik yang mungkin bersikap bias sedangkan raja tidak mewakili mana-mana parti politik serta bersikap neutral. Presiden harus bertindak mengikut polisi parti dan penyokongnya tetapi raja lebih bebas. Raja lebih baik untuk dijadikan simbol perpaduan nasional daripada presiden. Dalam sebuah republik pertukaran ketua kerajaan menyebabkan suasana tidak menentu politik. Sistem raja pula lebih stabil dan melambangkan kesinambungan pemerintahan. Contohnya kekacauan dan peperangan saudara di Perancis, Jerman, Rusia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja.

[sunting] Perbahasan menentang


Beberapa sebab menentang monarki:
Sistem monarki melambangkan keistimewaan, ketamakan dan exploitasi. Setiap masyarakat mempunyai hak untuk melantik ketua negara dan ketua negara adalah bertanggungjawab kepada rakyat. Setiap manusia dilahirkan sama rata sedangkan raja dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kuasa tanpa perlu berusaha. Kuasa prerogatif raja boleh digunakan untuk menghalang proses demokratik tanpa perlu rasa bertanggungjawab. Sistem raja yang diwaris menyebabkan kanak-kanak yang dilahirkan sebagai putera raja tidak dapat menjalani kehidupan normal seterusnya tidak dapat berfungsi sebagai ketua kerajaan yang baik. Dalam beberapa kes, sistem monarki dikaitkan dengan fahaman fasis dan diktator. Di Itali misalnya, sistem raja dimansuhkan kerana Raja Victor Emmanuel III menyokong regim fasis Mussolini pada tahun 1946.

[sunting] Sumber
"Darjat tidak datang bergolek", Utusan Online, 15 Februari 2005

[sunting] Lihat juga


Penghapusan monarki

[sunting] Bacaan lanjut

1. Diana ramal kejatuhan monarki British

[sunting] Pautan luar Dari Syurga ke Takhta: Menilai Kembali Institusi Monarki di Malaysia (Bahagian 1)
Posted on January 12, 2012 by syeikhryz

Monarki mungkin merupakan antara institusi politik yang paling lama wujud dalam dunia. Hampir kesemua tamadun dunia pernah melalui pengalaman pemerintahan beraja. Negaranegara di rantau Asia Tenggara contohnya, mempunyai raja atau pengalaman diperintah oleh institusi monarki. Dari negara Burma sehingga ke Philipina, Raja merupakan (atau pernah menjadi) aktor politik utama dalam negara. Institusi beraja (sistem monarki), seperti juga manamana sistem politik melalui zaman kegemilangan dan kejatuhannya. Di rantau barat, Revolusi Bolshevik 1917 berjaya menjatuhkan Dinasti Romanov yang tirani, korup dan menindas rakyat. Di Perancis pada tahun 1789, Raja Louis XVI dijatuhkan dan dihukum penggal oleh golongan Jacobin. Di China, revolusi politik yang dikepalai oleh Sun Yat Seng dan parti Kuomintang berjaya meruntuhkan Dinasti Manchu. Di Mesir, revolusi yang diterajui oleh Gamal Nasser dengan bantuan saudara-saudara yang sangat komited dari Ikhwanul Muslimin berjaya menumbangkan Raja Farouk. Di Iran, revolusi Islam yang diilhamkan oleh idea reformasi Dr Ali Shariati dan dipimpin oleh Ayatullah Khomeini berjaya menumbangkan regim tirani Shah Reza Pahlavi. Contoh yang lebih kontemporer, Nepal menamatkan sistem monarki Hindu yang menaungi negara tersebut hampir beberapa ratus tahun apabila Raja Gyanendra turun dari takhta apabila tunduk kepada tuntutan demokrasi oleh rakyat. Ini merupakan contoh-contoh kecil bagaimana institusi diraja tidaklah terlalu suci untuk dikritik, malah pada titik yang eksterim, sejarah juga membuktikan yang ia turut ditumbangkan. Persoalan yang ingin penulis bangkitkan kepada para pembaca ialah: 1. Adakah sistem monarki terlalu suci untuk dikritik oleh rakyat?

2. Apakah sistem ini masih releven dalam era moden? 3. Apakah hubung kait antara Institusi monarki dengan sistem demokrasi moden? SISTEM MONARKI: BAGAIMANA IA BERMULA?

Bagaimanakah sistem ini bermula? Apakah yang mencetuskannya? Persoalan-persoalan ini seringkali memprovokasi minda penulis. Teori seperti Divine Rights of the King yang memberikan legetimasi bahawa Raja itu merupakan utusan Tuhan di muka bumi. Hujah inilah yang digunakan oleh Dinasti Stuart di England di bawah kekuasaan Raja Charles I bagi memerintah tanpa rundingan dengan parlimen. Tindakan ini mencetuskan peperangan terbuka di antara golongan Cavaliers dan Roundheads (Penyokong Parlimen dan Raja). Raja Charles I tewas dan digantikan oleh Lord Protector Oliver Cromwell (dalam erti kata lain beliau juga bertindak seperti seorang Raja). Teori ini turut dikesan dalam sejarah Asia Tenggara. Konsep Deva Raja diterima pakai oleh kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara. Muncul kata-kata Raja itu bayangan Tuhan di muka bumi, Raja merupakan separuh Tuhan dan pelbagai lagi mitos yang mengangkat peribadi seorang yang bergelar Raja. Di Thailand, di bawah pemerintahan Dinasti Chakri, dimitoskan bahawa Raja itu separuh Tuhan dan Maharaja Jepun sebagai anak kepada Dewa Matahari. Oleh kerana itulah di Thailand, Manusia Separuh Tuhan ini dilindungi oleh undang-undang Lesse Majeste. Secara mudahnya, mitos, kekuatan dan penguasaan ekonomi memainkan peranan utama dalam memunculkan institusi beraja dalam mana-mana sejarah masyarakat di seluruh dunia. NARATIF MISTIK: MITOS DIRAJA DI ALAM MELAYU Di Alam Melayu, institusi Raja bermula dan tertegak dengan pelbagai mitos. Mereka digambarkan keturunan dari syurga, lahir bersama emas-perak, berlian dengan kebolehan pelbagai serta baik rupa parasnya (jika anda mengkaji sastera Melayu klasik, semua keturunan Raja digambarkan terlalu cantik paras rupa, contohnya rupa wajah Tuan Puteri yang diperikan cantik seperti bulan empat belas). Konsep waadat yang sering menjadi pedoman politik golongan ethno-konservatif dalam mempertahankan tradisi (status quo) boleh diragui kebenarannya. Jika ia benar-benar wujud, bagaimana dan mengapakah seorang pemimpin tempatan seperti Demang Lebar Daun sanggup memberikan kekuasaan yang dimilikinya kepada seorang muda (Seri Teri Buana) yang tidak mempunyai kekuatan ketenteraan (sawkah), ekonomi dan status? Seri Teri Buana (Sang Nila Utama), Nila Pahlawan dan Krishna Pandita dikisahkan dalam hikayat sejarah Melayu, tidak datang ke kawasan kekuasaan Demang Lebar Daun dengan bala tentera atau kekayaan. Bahkan, mereka datang dengan sehelai sepinggang berserta seekor lembu berwarna puteh!

Apakah yang menyebabkan Demang Lebar Daun tunduk kepada mereka? Sememangnya sudah menjadi tradisi masyarakat Nusantara suka mengagungkan mereka yang berasal dari rantau lain. Berikutan itu, mitos kedatangan tiga bersaudara ini disaluti oleh maklumat yang diragui bahawa mereka berketurunan Iskandar Dzukarnain yang menguasai Masyrik ke Maghrib. Berdasarkan hal ini, bolehkah kita andaikan bahawa kepetahan berhujah dan sifat karismatik yang dimiliki oleh tiga bersaudara ini menyebabkan Demang Lebar Daun memuliakan mereka? Di sinilah pentingnya hubungkait di antara mitos dan naratifnya. Jalinan di antara naratif mitos Dewa-dewi oleh Seri Teri Buana, lengkap dengan rupa paras yang baik dan kebolehan berhujah memberikan kelebihan kepada seorang untuk menjadi pemerintah! Perlu dimaklumkan, dalam kitab Sulalatus Salatin (Hikayat Sejarah Melayu), kedatangan ketiga-tiga putera Raja Suran ini digambarkan telah menyebabkan padi kepunyaan Wan Empuk dan Wan Malini di Bukit Seguntang Mahameru bertukar menjadi emas. suasa dan perak. Fakta ini membuktikan betapa mitos memainkan peranan penting dalam membentuk manufactured consent oleh rakyat kepada keluarga DiRaja. Mungkin juga sikap karismatik yang ada dalam dirinya (3 beradik regim Bukit Seguntang) menyebabkan Demang Lebar Daun tunduk kepada setiap permintaannya dalam proses rundingan. Bayangkan, Demang Lebar Daun yang kononnya mewakili rakyat sanggup memberikan jaminan yang rakyat tidak akan memberontak walau sekejam mana keturunan Seri Teri Buana. Rakyat hanya akan memberontak (serta dibantu malapetaka yang diturunkan oleh Allah swt ke atas Raja zalim) bilamana mereka dimalukan serta dianiaya oleh Raja dan keturunannya. Pemberian kepatuhan dan kesetiaan ini merupakan cek kosong yang menyebabkan berlakunya penindasan! Naratif mistik daripada Istana turut digunakan dalam memastikan rakyat akan terus kekal memberikan ketaatan mereka kepada keluarga DiRaja. Naratif mistik inilah yang kemudiannya menjadi teras utama dalam adat istiadat di Istana dan seterusnya secara perlahan-lahan menjadi adat istiadat, budaya dan tradisi bagi kaum, masyarakat dan negara. Penulis yakin bahawa ramai daripada kalangan massa mengetahui tentang cetera bahawa seseorang Raja itu berdarah biru, kelahirannya disertai oleh peralatan mistik seperti cokmar, pedang atau keris. Peralatan ini termasuklah Pedang panjang kerajaan, Keris pendek dan beberapa peralatan lain dengan nama-nama seperti Pedang Chura Si Manjakini, Mestika Embun, Beruk Berayun dan juga Cop mohor DiRaja (di Perak dinamakan sebagai Chap Halilintar). Peralatan ini seringkali dikatakan mempunyai penunggunya yang tersendiri dan mempunyai kuasa ghaib. Selain itu, genre muzik turut tidak terlepas daripada menjadi alat hegemoni atas pemikiran rakyat, bilamana genre muzik nobat digambarkan mempunyai kuasa mistik dan hanya boleh didendangkan dalam Istana sahaja (sebagai contoh, gendang ibu dikatakan dibuat daripada kulit wanita bunting dan alat muzik nafiri jika salah dimainkan boleh menyebabkan pemainnya mendapat maut). Melalui naratif mistik ini, secara tidak langsung ia menyebabkan keluarga DiRaja dianggap suci dan ekslusif serta perlu ditaati tanpa sebarang soal jawab daripada rakyat. Di Alam Melayu, seseorang Raja atau keturunannya sering dikatakan berdarah biru. Konsep berdarah biru mungkin dapat kita andaikan diambil daripada mitologi Hindu tentang Dewa Krishna yang mempunyai kulit berwarna biru. Dalam usaha mendapatkan prestij dan keabsahan, para Raja awal melalui peranan yang dimainkan oleh kasta Brahman (Kasta Brahman memainkan peranan utama dalam menganugerahkan cop mohor (Royal seal) kepada setiap Raja ketika era Indianisasi di Asia Tenggara) telah menggunakan mitologi ini untuk menguatkan lagi keyakinan rakyat bahawa mereka merupakan golongan istimewa yang mempunyai hubungan kekuasaan mistik dengan sesuatu yang supra insani seperti Tuhan.

Naratif mistik yang menjadi teras utama adat istiadat dapat dilihat kepada kewujudan konsep tulah. Kita secara umumnya pernah mendengar kisah yang diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain iaitu kecelakaan yang diterima oleh rakyat jika melanggar perintah Raja. Sebagai contoh, terdapat kisah seseorang yang ditampar oleh Raja menghidapi penyakit bengkak di muka dan kesakitan ini hanya pulih apabila si penderhaka meminum air basuhan kaki Raja. Penulis setakat ini tidak pernah bertemu secara langsung kes sebegini melainkan melalui cerita yang diperturunkan oleh orang tua terdahulu atau orang lain yang sudah mendapat kisah ini melalui sumber tertier (ketiga). Namun, penulis berpendapat bahawa kisah ini hanyalah mitos belaka dan digunakan untuk menguatkan naratif mistik betapa kaum kerabat DiRaja sememangnya dilindungi Tuhan. Sebarang percubaan untuk menderhaka (sama ada secara militan mahu pun secara kritikan) akan dibalas oleh Tuhan dengan kecelakaan yang teramat besar! Melalui jalinan naratif mistik sebegini, ia secara tidak langsung menyebabkan kaum kerabat DiRaja terlepas daripada sebarang kritikan,sanggahan mahupun pemberontakan oleh massa. Kisah mitos sebegini secara perlahan-lahan menjadi Collective memory dalam fikiran rakyat dan menyebabkan rakyat tidak berani untuk melawan golongan monarki dan akhirnya, tanpa sebarang prinsip check and balance,korupsi dan salah guna kuasa semakin menjadi-jadi disebalik tembok Istana sehingga memudaratkan tamadun. TRANSISI DARIPADA NARATIF MISTIK KEPADA MEMORI SENTIMENTAL

Pada masa kini, seiring dengan proses globalisasi yang rencam, naratif mistik yang suatu masa dahulu sering digunakan untuk mempertahankan feudalisme telah berubah kepada sesuatu yang lebih baru iaitu memori sentimental. Memori sentimental yang penulis maksudkan di sini ialah berkenaan bagaimana golongan etno-konservatif (sememangnya pro kepada monarki) melaungkan slogan-slogan seperti Raja payung Rakyat, Istana dan rakyat berpisah tiada dan pantang derhaka kepada Tuan. Slogan sebegini diadunkan bersama elemen demokrasi moden yang akhirnya membentuk frasa Raja tonggak sistem demokrasi negara. Perbuatan sebegini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menanamkan nilai sentimental ke dalam memori rakyat agar kesinambungan sistem monarki dapat diteruskan tanpa perlu menunduk kepada perubahan politik semasa.

Memori sentimental ini tidak dapat dinafikan telah diadunkan ke dalam sistem politik kontemporari melalui peruntukan undang-undang. Sebagai contoh, terdapat negara-negara di dunia yang masih melaksanakan undang-undang Lesse Mejeste contohnya seperti negara Thailand, Arab Saudi dan Brunei. Di Malaysia, memori sentimental ini telah melalui proses legal-rasional dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 32 (1), artikel 82 & 83, artikel 39 dan 44 serta beberapa peruntukan yang lain mengenai kuasa monarki. Hal ini merupakan suatu keperluan kerana di era moden, naratif mistik bukanlah lagi senjata yang ampuh untuk menundukkan desakan dan memastikan kesetiaan rakyat seperti yang pernah dilakukan di zaman dahulu. Dalam usaha memastikan sistem monarki tidak mendapat bantahan dan kritikan rakyat, maka sistem ini sama ada dengan kita sedari atau tidak telah disatukan dengan agama. Sememangnya, rakyat khususnya kaum Melayu (etnik majoriti) begitu mudah tersinggung jika sesuatu yang dikaitkan dengan agama, dilawan dan dikritik. Tidak sukar untuk kita memahami mengapa golongan ethno-konservatif sentiasa menggunakan alasan mempertahankan sistem Raja dalam usaha mereka untuk meneruskan amalan korupsi dan salah guna kuasa. Kerana sistem ini sudah dikaitkan dengan peranan agama dalam masyarakat! Hal ini bukan sahaja berlaku di Alam Melayu, tetapi juga di negara lain seperti Arab Saudi yang mana Rajanya mengaku sebagai generasi penerus legasi baginda Rasulallah s.a.w. Berikutan itu, secara perlahan-lahan naratif mistik telah dimasukkan ke dalam peti berbalut kain kuning dan ditampilkan sesuatu yang lebih membekas dalam sanubari rakyat di era moden ini iaitu memori sentimental. Penulis akan membahaskan tentang memori sentimental ini dalam artikel yang lain kemudian. KEKUATAN FIZIKAL, EKONOMI DAN KEPIMPINAN

Sejarah juga membuktikan bahawa seseorang yang diangkat menjadi Raja pada kebiasaannya mempunyai kelebihan dalam masyarakat daripada segi ekonomi, politik dan sosial. Dapat diandaikan, Raja awal yang menubuhkan setiap Dinasti (Royal House) di Alam Melayu merupakan seorang yang mempunyai kekuatan fizikal seperti hebat dalam ilmu persilatan berbanding orang disekelilingnya. Melalui sifat karismatik, kekuatan fizikal dan kelebihan ekonomi yang dimiliki, secara mudahnya mereka dipilih menjadi seorang pemimpin kepada masyarakat sekeliling. Berdasarkan kelebihan ini, mereka mula membina kekuatan ketenteraan. Mereka menjadi pelindung kepada masyarakat yang memerlukan perlindungan (Protector-Protected). Demi

perlindungan yang berkekalan, rakyat perlu memberikan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada kekuasaan mereka. Disinilah bermulanya Dinasti monarki dalam dunia. Jika Karl Marx mengatakan penguasaan ekonomi sebagai penyebab munculnya sistem monarki dan sistem yang lain, sebenarnya ia tidak akan menjadi realiti tanpa dinamika lain seperti kekuatan fizikal dan sifat karismatik dalam memimpin. Penguasaan ini kemudiannya diteruskan oleh generasi pewaris mereka yang seterusnya. Peranan naratif mitos dan dinamika lain seperti kekuatan ekonomi dan ketenteraan menjamin penerusan legasi yang ditinggalkan oleh Raja sebelumnya. Namun, apabila muncul suatu kelompok lain yang memiliki kelebihan yang sama seperti yang dipunyai oleh mereka, maka dengan sendirinya kekuasaan itu beralih. Contoh di Thailand, apabila kerajaan monarki Sukothai mengalami saat lemah, ia digantikan oleh dinasti Ayuhtthaya, kemudiannya Thonburi dan kemudiannya dinasti Chakri. Contoh lain di Alam Melayu dapat dilihat kepada kejayaan Bendahara Wan Ahmad dalam merebut kekuasaan daripada Bendahara Wan Mutahir di Pahang. Perkara yang sama juga terjadi bilamana Ku Din Ku Meh diangkat menjadi Raja Satun (Setul), Dinasti Tuan Besar di Patani, perbalahan diantara dinasti Amangkurat, Pakubowono dan Hamengkubowono di Yogjakarta, Keturunan Daeng Sulawesi di Selangor, Temenggung Abu Bakar menggantikan Sultan Ali di Johor dan beberapa contoh lain. Berdasarkan contoh di atas, ia membuktikan betapa monarki bukanlah satu sistem yang kebal sehingga tidak boleh digantikan dengan sesuatu yang lain. *Panjang sangat,bersambung kepada bahagian 2 nanti.

Share this:
Facebook2 Twitter7 Email

Like this:
Like Be the first to like this post.

Filed under: Politik


Analisa Keputusan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim: Satu Perangkap?

Leave a Reply Cancel reply


Top of Form
guest

Enter your comment here...

Fill in your details below or click an icon to log in:

Email (required) (Not published)

Name (required)

Website

Please log in to WordPress.com to post a comment to your blog.

You are commenting using your Twitter account. ( Log Out / Change )

You are commenting using your Facebook account. ( Log Out / Change )
Cancel
Connecting to %s

Notify me of follow-up comments via email. Notify me of new posts via email.

Post Comment
1326484414

3329

1a73241e1e

1326585159223

Bottom of Form

Facebook Us

Komen
Za Rizi on Tukar who? Kamarulzaman on Die Mndigkeit dan AUKU Hantu Teoh Beng Hock, Aminurrasyid dan Kugan on 901: ANWAR IBRAHIM BUKAN HANYA SOSOK BIOLOGI idzi on 901: ANWAR IBRAHIM BUKAN HANYA SOSOK BIOLOGI People's Power on 901: ANWAR IBRAHIM BUKAN HANYA SOSOK BIOLOGI fadzlina on Analisa Keputusan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim: Satu Perangkap? Fazrul on MENEMPATKAN UNIVERSITI DALAM TINDAKAN-KOMUNIKATIF khairulzaman on Analisa Keputusan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim: Satu Perangkap? kecoh on Die Mndigkeit dan AUKU Jebon on Analisa Keputusan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim: Satu Perangkap? Abdul Said on Asalkan Bukan UMNO tomy on 901: ANWAR IBRAHIM BUKAN HANYA SOSOK BIOLOGI

Penulis
Diskopi Admin Aqil Fithri Datuk Harimau Harisz Mesincetak Tuju Malbaru

Nouri Farshad Aishah The Desperado syeikhryz

Blog at WordPress.com. Theme: Digg

Part 11-sejarah Asia


*baby* 27, 2009 4:15 am

Bincangkan sistem beraja dan sistem pentadbiran di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.

Institusi pemerintahan di Asia secara umumnya berasaskan sistem beraja atau sistem bermaharaja. Di negara-negara Asia Tenggara, kebanyakan sistem beraja dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Bagi negara Indo-China, sistem berajanya menerima pengaruh dari China. Menjelang abad ke-18 dan 19, hampir semua negara mengamalkan sistem ini. Mengikut sistem ini, raja menjadi ketua negara. Baginda berkuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga dibantu oleh

sekumpulan pembesar yang berkaliber.

Sistem beraja di Asia Tenggara berasaskan pengaruh sistem politik di India. Sistem ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Ia merupakan gabungan unsur-unsur keindiaan dengan unsur-unsur tempatan tetapi unsur-unsur keindiaan mengatasi unsur-unsur tempatan. Mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, konsep orde kosmos diumpamakan kepada satu negara: satu negara itu melambangkan satu alam semesta dan pusatnya ialah ibu kota dan raja sendiri menjadi pusat alam. Raja akan membina masyarakat selaras dengan peraturan-peraturan alam semesta atau dharma. Raja juga dianggap sebagai dewa raja. Mengikut kepercayaan, raja itu dianggap sebagai wakil tuhan di bumi atau god shadow on earth, rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja-raja.

Di Myanmar, Kanun India Manu telah meletakkan taraf separuh ketuhanan ke atas raja: tiada seorangpun yang berani mencabar manu. Mengikut Cady dalam bukunya South East Asia: Its Historical Development: tiada orang Myanmar yang berani mempersoalkan hak raja bagi menguasai kehidupan, harta dan kewajibannya kecuali kalau orang itu sanggup dikatakan sebagai penderhaka. Sifat ketuhanan ini diberi oleh sami-sami Brahmin kepada raja apabila mereka memegang paying putih yang menunjukkan simbol kedaulatan dan ketuhanan dan mengurniakan raja-raja dengan alat kebesaran yang mempunyai sifat-sifat sakti. Raja dianggap sebagai pelindung ketidakadilan dan pencerobohan. Baginda juga merupakan pelindung penganjur agama Buddha. Bilangan gajah albino yang dimiliki oleh raja merupakan satu tanda pasti kuasa raja Myanmar. Istana pula menjadi satu simbol yang mewakili Gunung Meru iaitu tempat kediaman tuhan-tuhan dan pusat alam menurut kosmologi orang India. Prinsip kosmologi ini memberi kuasa yang sungguh besar kepada raja dan juga menolong meninggikan anggapan diri mereka dan kebanggaan mereka. Kegagalan raja mempertahankan ibu negeri daripada ditawan bermakna kehilangan takhta kerajaan. Bagi mempertahankan istana dan ibu negeri, tembok telah dibina.

Di Thailand, rakyat di sana tidak boleh melihat muka raja dan adat menyembah bersujut atau menyiarap mesti dilakukan semasa mengadap raja. Seseorang yang hendak mengadap raja harus merangkap masuk dan berada dalam keadaan menyiarap. Apabila rombongan raja tiba di suatu kawasan, rakyat jelata terpaksa melarikan diri dari tempat tersebut.

Di Vietnam pula, seseorang maharaja itu mempunyai kuasa mutlak. Tugas maharaja sering dipenuhi dengan upacara amal resam (tradisional). Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharajanya. Pengabaian upacara amal resam menyebabkan negara ditimpa kecelakaan. Seseorang maharaja memberikan contoh yang baik terhadap rakyatnya. Mengikut Confucius: seseorang maharaja samalah seperti angin. Sifat rakyat seperti rumput. Rumput akan tunduk mengikut arah angin bertiup. Andaikata kalau maharaja tidak bertindak adil, mandat dari alam kudus yang dimilikinya akan lenyap sendirinya. Penentangan rakyat terhadap maharaja yang sedemikian dikatakan sangat wajar.

Di Asia Timur, kalau ditinjau dari China, maharaja dianggap sebagai son of heaven (anak tuhan). Baginda mendapat mandat dari Tuhan untuk memerintah. Kalau negara maju, rakyat menganggap maharaja masih mendapat mandat Tuhan dan disebaliknya, maka boleh menggulingkannya sehingga dapat mandat Tuhan. Rakyat tidak boleh pandang wajah maharaja. Sesiapa yang pandang wajah maharaja akan ditimpa kecelakaan. Rakyat jelata juga perlu kowtow sebanyak 9 kali semasa mengadap raja.

Di Jepun pula, sistem berajanya dipengaruhi oleh fahaman Shintoisme (kesetiaan rakyat kepada raja dan maharaja). Mengikut fahaman ini, maharaja adalah ketua agama, ketua negara dan rakyat perlu amat setia pada negara dan maharajanya.

Dari segi pentadbiran, di Myanmar, raja dan permaisuri pertama adalah penting. Dibawahnya, terdapat sami-sami Brahmin. Tugas-tugas sami Brahmin ialah memberi penghormatan rakyat kepada raja, mengadakan upacara adat-istiadat dan mengetuai semua amalan-amalan yang penuh tahyul. Selain itu, Raja Muda (Einshemin) juga menduduki tempat yang sama. Einshemin ini mempunyai istananya dan pegawai sendiri serta pengawal peribadi. Kaum bangsawan pula terdiri daripada keluarga diraja yang mempunyai hak turun-temurun. Kuasa mereka adalah dari kuasa mutlak raja. Mereka memegang jawatan di pentadbiran awam. Pendapatan mereka adalah cukai-cukai yang dikumpulkan di kawasan Myosa. Selepas bangsawan, terdapat 4 orang Wungyi (menteri-menteri diraja). Mereka menguasai pusat pentadbiran Hlutdaw (Dewan Kerja). Mereka terdiri daripada orang yang cekap dan boleh dipercayai. Mereka dibantu oleh menteri-menteri kelas dua (Windauk). Selepas Wungyi, terdapat 4 atau 8 orang Atwinwun yang menjalankan pentadbiran dalam istana. Myowun yang berkuasa tentera pula menjadi gabenor di wilayah. Terdapat 4 orang Myowun di Myanmar. Akunwun pula merupakan pengutip cukai dan penyelia. Cukai yang dikutip oleh beliau akan diserah 60-80% kepada raja. Bakinya disimpan olehnya. Pegawai polis pula dikenali sebagai Sitke. Myothugyi pula menjadi ketua bandar dan bertanggungjawab di peringkat kampung dan daerah juga.

Di Thailand, pentadbirannya terbahagi kepada 2 iaitu pentadbiran pusat dan wilayah. Kedua-duanya menguasai tenaga manusia sepenuhnya. Di Thailand, terdapat 3 jenis wilayah, iaitu wilayah kelas pertama yang terdiri daripada kawasan strategik, bandar besar yang mampu menentang ancaman musuh; wilayah kelas kedua dan ketiga ialah kawasan bandar yang agak besar, tiada termasuk di bawah kuasa penyeliaan kerajaan pusat dan wilayah kelas keempat ialah bandar-bandar di sekitar ibu kota dan dibawah penguasaan kerajaan pusat. Setiap wilayah ini diserah kepada pembesar bergelar Chao Phraya. Beliau dibantu oleh Yok-Krabat. Yok-Krabat ini boleh menjadi pengganti Chao Phraya apabila Chao Phraya mati. Pegawai ini dilantik menerusi surat tauliah dan biasanya dilantik dari keluarga Kunnang. Dalam pentadbiran Thailand, terdapat juga 3

jabatan utama iaitu Krom Mahatthai yang diketuai oleh Samuha Nayok yang mengawal wilayah Thai Utara; Krom Kalahon yang diketuai oleh Samuha Phra Kalahon yang mengawal Selatan Thai dan Krom Khlang yang diketuai oleh Chao Phraya Phra Khlang yang mengawal persisiran pantai dan Teluk Siam. Selepas jabatan utama, terdapat 4 jabatan kanan iaitu Krom Maung (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana) dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan, Perniagaan dan Perhubungan Luar).

Di Vietnam, Maharaja dianggap sebagai puncak kekuasaan, mempunyai kuasa mutlak. Pembesar Mandarin merupakan pegawai yang terdiri daripada orang yang paling alim, menjalankan kehendak raja. Mereka merupakan kumpulan orang yang mendapat kuasa dari raja. Peluang yang besar dimiliki oleh mereka untuk mempengaruhi Maharaja. Jawatan ini tidak boleh diwarisi. Tidak mempunyai bangsawan yang menguasai tanah. Dalam sastera Vietnam, ada dinyatakan bahawa kaum Mandarin dan raja melakukan penyeksaan: Raja memaksa rakyat bekerja tanpa makan dan bayar gaji. Kaum ini mencuri, merampas seberapa banyak yang dapat.

Di India, raja dinasihati oleh Mantri Parishad. Mantri Parishad pada awal dilantik kemudian menjadi hak warisan pada akhirnya. Ada kalanya, ia lebih berkuasa daripada raja. Di Kerajaan Maratha, terdapat satu golongan pembesar yang dipanggil Peshwa yang lebih berkuasa. Di bawahnya ada Mantrin. Purohita sangat berpengaruh, rapat dengan raja, raja menerima nasihat darinya dalam segala hal. Purohita ini adalah seperti tukang tilik. Selepasnya terdapat satu barisan menteri-menteri. Dalamnya terdapat Sanidhatar, Samahartar dan sebagainya. Selepas kedatangan Islam, Mansabdar menjadi pembesar kanan. Sistem pemerintahannya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pengurusan kerajaan, pengurusan tentera dan pengurusan empayar. Setiap bahagian mempunyai ketuanya masing-masing. Pentadbiran awam diketuai oleh Perdana Menteri (Vakil). Pengurusan cukai diserahkan kepada Wazir. Setiap wilayah di India diketuai oleh Subahdar. Qazi menjadi hakim.

Di negeri China, Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi yang terdiri daripada 6 orang pembesar kanan. Terdapat beberapa jabatan seperti Jabatan Awam, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan Perang dan sebagainya. Setiap jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai dilantik. Ada satu jabatan khas yang dipanggil Jabatan Penapis yang terdiri daripada 24 orang di Peking dan 56 orang di wilayah menjadi mata dan telinga bagi Maharaja untuk mengintip tingkah laku pegawai wilayah. Ibu kota dan kawasan sekitar terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. Manakala kawasan lain dibahagikan dan dikuasai oleh seorang pembesar feudal. Kuasanya seperti seorang raja tetapi dasar umum dibentuk di Peking, tetapi pembesar-pembesar wilayah boleh membubarkan dasar umum dengan kebenaran adat-istiadat dan keadaan tempatan. Wilayah-wilayah merupakan kerajaan sendiri yang diketuai oleh Gabenor. Tanggungjawab gabenor ialah mengekalkan keamanan, mewujudkan ketenteraman dan memastikan kemakmuran wilayah masing-masing. Gabenor ini dibantu oleh pembesar wilayah seperti bendahari, hakim, pengawal garam dan sebagainya. Semua pembesar kerajaan dilantik dan wajib lulus peperiksaan awam. Hal ini adalah dikecualikan daripada kemasukan tentera.

Di Jepun, Maharaja dibantu oleh 2 jabatan iaitu Jabatan Pemujaan (Jingikan) dan Jabatan Negara (Dajokan). Kerajaan dibahagikan kepada kerajaan wilayah dipanggil Kuni, ditadbir oleh Kami (gabenor). Pegawai ini dilantik mengikut kelahiran dan keturunan. Selepas Maharaja ialah Shogun. Shogun dibantu oleh Tairo (Majlis Penasihat Agung) dan Roju (Majlis Tertua). Tairo bertanggungjawab menasihti raja dalam dasar-dasar negara penting dan Roju bertugas membentuk Majlis Negara menguruskan perkara-perkara yang berhubungan dengan istana raja, golongan bangsawan iaitu Daimyo. Daimyo pula dibantu oleh Samurai dan Karo (orang suruhan pentadbir tanah). Terdapat 3 kumpulan Daimyo iaitu Shimpon (ahli keluarga Tokugawa), Fudali (orang yang menerima kepimpinan Tokugawa Iyeyasu) dan Tozama (bangsawan yang setanding dengan Iyeyasu). Selepas Maharaja Meiji menjalankan pemodenan (1868), sistem pentadbiran telah berubah. Maharaja kini dibantu oleh ketua yang agung (Putera Mahkota), Majlis Kelas Pertama (Gijo) dan Majlis Kelas

Kedua (Sanyo). Maharaja Meiji juga menubuhkan satu dewan yang dikenali sebagai Daijokwan. Daijokwan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Dewan Pertuanan ini dibantu oleh 8 lembaga pentadbir, ahlinya dari golongan pembesar dan ia diketuai oleh ketua menteri yang bertanggungjawab kepada Maharaja.

Menjelang akhir abad ke-19, kuasa-kuasa asing mula campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran setempat. Kuasa-kuasa asing ini adalah seperti British, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Akibatnya, sistem beraja yang diamalkan selama ini makin luntur pengaruhnya dan digantikan dengan sistem pentadbiran birokrasi yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Sistem birokrasi baru telah menjejaskan kepentingan pembesar tempatan lalu banyak penentangan terhadap kuasa Barat telah berlaku, khasnya di negara Asia Tenggara.

Welcome Guest [Log In] [Register] Search Members Calendar FAQ Gerbang Petua Forum Dragonizer

Dragonizer Bicara Akademik Sejarah dan Geografi TAMADUN JEPUN BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.

Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:

YUNA MENCARI MODEL UNTUK KLIP VIDEO TERBARU. ANDA BERMINAT? KELEBIHAN MELABUR DI BANK. Ada Bank Tawar Dividen 22 Peratus?

CARA MENGESAN PEROKOK YANG MUDAH. SAKIT BELAKANG DAN CARA MENGUBATINYA.

YUNA DAN MAXIS. APA KAITANNYA?

Chat for Websites

YOU CAN CLICK THE IMAGE FOR MORE INFO: SILA KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK KE KEDAI ONLINE Bicara Akademik: Subjek UPSR+PMR+SPM ----- Radio Online: Radio ERA FM | Radio Hot FM | Radio IKIM FM

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Topic Started: Sat Jul 30, 2005 7:49 pm (18,057 Views) Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:49 pm Post #1 :ph43r: PENGENALAN: ASAL USUL ORANG JEPUN Walaupun orang Jepun seperti bangsa-bangsa moden yang lain Administrator/Angg berasal daripada berbagai-bagai keturunan darah, mereka adalah pada dasarnya berketurunan Monggol yang rapat ota SPTians pertalian dengan jiran-jirannya di negeri Korea dan negeri China. Mengikut teori-teori yang diketahui umum, orang Jepun yang mula-mula menduduki kepulauaan Jepun adalah dari Selatan melaui Pulau Farmosa dan Ryukyu, tetapi bukti-bukti dari segi kaji purba menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang Jepun yang mula-mula sampai ke Posts: Jepun melaluiKorea. Setengah-setengahnya pada mulanya 2,790 mungkin berasal dari daerah yang lebih jauh di timur laut Asia, dan lain-lainnyamungkin berasal dari kawasan pantai China Group: Selatan. Di sana mereka mungkin telah berhubung dengan Admin orang Asia Tenggara dan pulau-pulau yang berdekatan dan kenyataan ini mungkin boleh menerangkan banyaknya Member persamaan yang rapat antara institusi Jepun yang kuno dengan

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA #1 Joined: October 6, 2004 institusi di kawasan-kawasan selatan di Timur Jauh. Meskipun orang Jepun itu pada hakikatnya berketurunan Monggol, penduduk-pemduduk yang pertama menduduki pulau-pulau Jepun nampaknya adalah nenek moyang orang Ainu moden sekarang, suatu bangsa yang mungkin sebahagian daripada rumpun proto puteh, iaitu suatu kumpulan yang terpisah daripada rumpun bangsa puteh pada masa yang begitu awal, maka tidak semua cirri jenis Caucasian lengkap berkembang pada masa itu. Kaum Ainu barangkali pernah pada suatu masa, menduduki seluruh negeri Jepun tetapi mereka mempunyai kebudayaan zaman batu baharu yang dipunyai oleh oarng Monggol yang datang ke Jepun. Sebagai hasilnya dengan beransur-ansur mereka telah ditolak kearah Timur dan Utara melalui pulau-pulau Jepun yang bertali-tali sehingga mereka sekarang wujud hanya sebagai suatu bangsa yang cepat pupus, duduk diperkampungan yang primitif di bahagian-bahagian yang lebih terpencil di pulau Hokkaido di Utara dan di pulau-pulau yang lebih kecil lebih jauh di Utara. Sumbangan orang Ainu kepada kebudayaan kebudayaan Jepun hanya sedikit, tetapi mereka mungkin telah mepengaruhi sifatsifat bentuk badan orang Jepun , satu diantaranya ialah sifat orang-orang Jepun yang lebat bulu badannya berbanding dengan kaum Monggol yamg lain. Misai kasar pegawai-pegawai tentera dan saudagar-saudagar Jepun itu mungkin disebabkan oleh darah Ainu mereka ini. Gansa dan besi mungkin mula-mula sampai ke Jepun kira-kira pada kurun Masehi yang pertama yang dibawa oleh gelombang-gelombang serangan kaum Monggol dari Korea.penyerang-penyerang ini ketara sekali berhubung rapat dengan kebudayaan yang separuh nomad orang-orang di timur laut Asia. Mereka ialah pejuang-pejuang berkuda, yang menggunakan pedang besi panjang lurus seperti yang didapati di Asia Utara, dan seperti kaum-kaum nomaddirantau itumereka mengkebumikan mayat-mayat ketua mereka ditempat-tempat yang bercangkat. Satu daripada lambinglambang mereka yang biasa ialah satu jenis batu yang agak berharga dibengkokkan dalam bentuk koma yang besar, dan satu lagi ialah sebagai suatu lambing matahari. Permatapermata yang berbentuk agak serupa selalu dijumpai dalam

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA usaha kaji purba yang diseluruh negeri Korea, dan cermincermin gangsa ternyata sekali dipinjam daripada orang-orang China,menunjukkan bahawa orang-orang ini telah pun ada sedikit hubungan dengan tamadun China yang lebih tinggi sebelum datang ke Jepun. Penyerang-penyerang ini, dengan tamadun gangsa dan besinya yang lebih tinggi, dengan cepat menjadi kumpula yang unggul diantara berbagai bagai kaum di negeri Jepun pada masa awal itu. Mereka adalah peneroka negara Jepun yang ada dalamsejarah. Tiga diantara kepunyaan-kepunyaan mereka yang penting ialah pedang, permata yang melengkung dan cermin, akhirnya menjadi Tiga Lambang Kerajaan iaitu sehingga hari ini masih menjadi lambing kuatkuasa kerajaan. Penyerang-penyerang dari Korea berkumpulan ke dalam sukusuku yang kecil. Pedagang-pedagang China yang sampai ke Jepun Barat kira-kira pada tahun Masihi 200, mendapati negeri itu berpecah-pecahmenjadi negeri-negeri kecil berpuluh-puluh banyaknya dan berdasarkan menjadi negeri-negeri kecil berpuluh-puluh banyaknya dan berdasarkan persukuan, tiaptipa suku di perintah oleh seorang paderi lelaki atau permpuan. Kira-kira pada masa itu juga, pemerintahan oleh kaum wanita, yamg selalu dibayangkan dalam cerita dongeng Jepun, diagakkan telah lemah dan memberi tempat kepada pemerintahan oleh kaum lelaki. Perasaan perpaduan persukuan dan kepercayaan tentang pentingnya hak-hak dan kekuasaan turun temurun, dengan tidak syak lagi kuat dikalangan orang-orang ini, kerana kuasakuasa ini adalah unggul disepanjang sejarah Jepun dan masih lagi hidup di zaman moden ini. Barangkali tokoh perajurit aristokat, orang yang menunggang kuda, telah pun setakat ini penting dalam masayrakat Jepun, sebab bayangan tentang orang-orang ini dapat mengelakkan diri dari di nodai oleh tamadun China yang dipinjam, dan muncul pada suatu hari yang terkemudian sebagai tulang belakang negeri Jepun di zaman feudal. Agama orang Jepun pada mulanya, adalah pad dasarnya hanya menyembah alam sekeliling, tetapi barangkali disebabkan oleh pengaruh China, kemudiannya memasukkan unsure

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA menyembah nenek moyang. Dengan tidak bernama pada mulanya, akhirnya cara menyembah ini di beri nama Shinto, suatu nama yang bunyinya kecinaan. Erti Shinto ialah kehendak-kehendak tuhan. Shinto adalah usaha untuk membezakannya dengan ugama di tanah besar Asia yang di panggil ugama Buddha. Ia adalah didasarkan kepada perasaan takwa dihadapan suatu kejadian alam yang mengkagumkan seperti air terjun, gunung meruncing, pohon yang besar, batu yang aneh bentuknya atau benda-benda yang lebih rendah seperti ulat. Apa sahaja yang mengkagumkan dipanggil kami, suatu perkataan yang jika diterjemahkan bermakna tuhan tetapi pada dasarnya bermakna di atas dan lebih tinggi atau mulia. Konsep kedewaan Shinto yang mudah ini hendaklah diingati dalam usaha memehami bagaimana di zaman moden orang Jepun menganggap maharaja-maharaja yang masih hidup dan kesemua perwira Jepun yeng telah terkorban kerana negara sebagai dewa-dewa. Tempat di mana orang-orang berasa diri mereka kagum menjadi tempat suci dan akhirnya menjadi tempat keramat. Hari ni berpuluh-puluh ribu tempat yang seumpama itu berselerak di seluruh di negara Jepun. Di antaranya sekarang ini merupakan institusi-institusi terbesar yang umurnya tidak dapat ditentukan, dan yang lain merupakan pondok-pondok kecil bersama batu atau kayu yang didirikan baru ini di hadapan suatu pohon oak yang tua atau didalam lubang gua yang dalam. Kepercayaan asas Shinto hari ini masih kekal dengan tidak ada perubahan sejak zaman prasejarah. Banyak usaha telah dilakukan dalam masa 1500 tahun yang lepas untuk mewujudkan satu agama yang tersusun dari adat yang menyembah alam yang mudah ini, dan baru-baru ini, denagn menegaskan cerita-cerita dongeng lama yang bersangkut-paut dengan Shinto, untuk menggunakan sebagai suatu alat perpaduan kebangsaan dan suatu ilham untuk semangat kebangsaan yang fanatik. Tetapi walaupun ada susunansusunan yang di paksakan ini asas Shinto yang sebenar kekal tiada berubah, iaitu menyembah alam dengan cara yang mudah. Penganut-penganut kebudayaan besi dan gangsa mula

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA menyeberang dari Korea ka-Kyushu Utara dan Honshu Barat kira-kira dalam kurun yang pertama tahun Masihi, tetapi pemindahan ini berlarutan hingga beberapa kurun kemudiannya. Apabila bilangan mereka bertambah di Jepun, mereka mara ke Utara melalui Laut Pendalaman ke bahagian tengah negeri Jepun, dengan menakluki dan menyerap penduduk-penduduk yang lebih awal sambil mereka bergerak. Satu daripada suku-suku mengikut tradisinya sendiri yang kabur, bergerak ke Utara melalui Laut Naikai dari tempatnya yang lebih awal di Kyushu dan akhirnya bertapak di Dataran Yamato yang kecil itu tidak jauh dari pantai sebelah timur laut Naikai. Di sana ia tumbuh dan berkembang, menerbitkan pecahan-pecahan di daerah-daerah baru dan meresapi kaumkaum lain, sehingga ia mendapat suatu kedaulatan yang sederhana meliputi semua Jepun Tengah dan Jepun Barat dan juga beberapa bahagian di Korea Selatan. Penguasaan Jepun ke atas Korea Selatan dihuraikan dalam sejarah tradisi Jepun sebagai hasil daripada penaklukan yang setengah ajaib oleh seorang perajurit. Suatu huraian yang lebih tepat ialah bahawa suku-suku di Korea Selatan, yang merasai diri mereka lebih hampir persaudaraannya dengan suku-suku yang telah menyeberang ke Jepun lebih awal, meminta pertolongan daripada orang-orang di Jepun Barat untuk menentang penyerang-penyerang baru dari Korea Utara. Walaubagaimanapun kuasa Jepun di Korea Selatan adalah pada kemuncaknya dalam bahagian kedua kurun yang keempat dan beransur lemah selepas itu, dan berakhir dalam tahun Masihi 562. Kedaulatan suku Yamato dalam negeri Jepun tidak pula melenyapkan hak-hsk otonomi suku-suku, tetapi paderi besar kumpulan Yamato itu menjadi ketua di antara ketua kaumkaum lain dan pemujaan istimewa suku ini menjadi pemujaan utama di dalam seluruh negeri. Dengan cara ini mereka menyembah Dewi Matahari, nenek moyang ketua-ketua suku Yamato yang bersifat mitos, menjadi pemujaan yang utama kepercayaan Shinto Jepun. Daripada ketua-ketua paderi suku Yamato yang mendapat kuasa di atas ketua-ketua paderi yang lain dalam kurun ketiga

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA dan keempat, maka terpancarlah keluarga di raja Jepun. Asal usul yang demikian tidaklah berapa mengagumkan sebagai keturunan langsung daripada Dewi Matahari seperti yang tersebut dalam tradisi Jepun. Walaubagaimanapun ia merupakan keturunan yang sangat awal apabila dibandingkan dengan asal-usul keluarga di raja di tempat-tempat lain di dunia. Kedaulatan suku Yamato itu adalah permulaan negara Jepun sendiri, suatu hubungan yang longgar di bawah satu suku yang utama, sangat kecil untuk dipanggil empayar seperti yang dinyatakan dalam sejarah tradisi Jepun, tetapi disangkal lagi suatu titik permulaan sebuah negara baru. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:50 pm Post #2 SEJARAH AWAL JEPUN

Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa jepun dikenali secara Administrator/Angg meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu matahari terbit. Jepun juga ota SPTians pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawa. Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji(18619120 dan Taisho(1912-1926). Selepas perang kedua, nihon Posts: disebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada jepun. 2,790 Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Group: Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu, Admin yang merupakan pulau yang terbesar dan menjadi tempat tinggal empat-perlima daripada penduduk Jepun masakini. Member Beberapa buah daripada bandar-bandar yang terbesar di #1 Jepun, seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama, dan Joined: lain-lain terletak di pulau ini. Jepun adalah sebuah negara yang October 6, kekurangan kawasan-kawasan dataran, prairi, dan sungai2004 sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh kerana

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan kelembapan yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Secara am iklim adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga, panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza. Empat-perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan seperlima oleh dataran lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang terkaya terletak di Honshu, terutamanya di sebelah kawasan timur Jepun. Ketigatiga dataran tersebut ialah Kanto(terletak di Tokyo), Kinai(terletak di teluk Osaka) dan yang ketiga terletak di teluk Ise. Ketiga-tiga dataran ini mempunyai penduduk yang padat. Dataran-datarn tersebut amat penting dalam sejarah Jepun kerana ia merupakan kawasan-kawasan pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan dan kuasa utama. Oleh itu, Dataran datarn-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan persaingan di kalalangan tuan-tuan tanah dan keluargakeluarga feudal. Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka berbadan sederhana dengan potongan muka yang berbentuk bujur serta rambut dan mata yang berwarna hitam. Orang-orang Jepun berketurunan Mongoloid ini telah sampai ke Kyushu melalui negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu, Shikoku, dan Hokkaido. Orang-orang Jepun juga telah bercampur aduk dengan kumpulan-kumpulan bangsa lain, misalnya orang-orang Ainu. Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki Jepun terlebih awal daripada orang-orang Mongoloid. Beberapa ahli antropologi telah menganggarkan bahawa orang-orang Ainu hidup di jepun lebih kurang 5000 tahun yang lalu. Hasil-hasil penyelidikan arkeologi, misalnya pertukangan barang-barang tembikar, siput dan lain-lain, menunjukkan kewujudan suatu kebudayaan neolitik yang mungkin telah diteruskan oleh orang-orang Ainu. Apabila semakin ramai orang-orang Jepun (suatu proses yang telah berlanjutan sehingga abad ke8 TM), orang-orang Ainu, telah berpindah ke utara ke Hokkaido. Dalam proses tersebut, ramai

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA orang Ainu kini merupakan suku bangsa Jepun. Orang-orang Ainu kini merupakan suatu bangsa yang sedang mengahadapi proses pemupusan dan mereka hidup dalam penempatanpenempatan kecil di Hokkaido. Orang-orang Ainu merupakan salah satu penduduk yang paling awal mendiami Jepun. Pada asasnya mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup memburu dan memungut makanan. Kemungkinan juga mereka telah menduduki beberapa ribu tahun yang lalu. Mereka juga telah memiliki kebudayaan yang meyerupai zaman neolitik. Orang-orang neolitik ini telah menggunakan alat-alat harian yang telah diperbuat daripada serpihan batu yang telah digilapkan, tulang ikan dan tanah liat. Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM. Menjelang tahun 5000 SM dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan kaya. Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Ini boleh disimpulkan dari rupa-rupa patung patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat dan gada-gada batu besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-orang yang sudah meninggal dikebumikan tanpa keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan kadangkala diletakkan sebuah batu yang besar di atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma semula. Pada hampir tahun 200 SM, pengaruh kebudayan dari negara China mula mengalir masuk ke Jepun. Dinasti han di negara China(206SM-24SM) mula menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal Jepun. Akibatnya masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan. Seni berkebun dan meembuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta jenis periukbelanga tembikar yang telah direka pada waktu itu iaitu dari

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA zaman-prasejarah Jepun sehingga hampir abad ke14M. Barangbarang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-garisan inrus dan corak-corak ibi mudah dan kemas. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:52 pm Post #3 ZAMAN-ZAMAN DALAM TAMADUN JEPUN 2.1 Zaman Yayoi

Administrator/Angg Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-alat logam ota SPTians dari benua asia terutamanya dari negara China. Suatu bentuk ekonomi pertanian telah juga diperkenalkan. Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik pengairan telah digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi. Setelah amalan menyimpan beras dan hasil-hasil pertanian yang lain mula Posts: berkembang, maka wujud perbezaan di antara orang-orang 2,790 kaya dengan orang-orang miskin. Perbezaan-perbezaan di dalam perkembangan sosial dan politik juga wujud di antara Group: pihak pemerintah dan rakyat. Lama-kelamaan lebih ramai Admin pemimpin-pemimpin politik mula muncul di jepun, seperti di Yamato(kini merupakan daerah Nara) dan Kyushu. Kumpulan Member Yamato atau Nara ini (nenek-moyang keluarga Imperial Jepun #1 yang bertakhta sekarang) telah berjaya mendapat keunggulan Joined: ke atas golongan-golongan lain yang dipanggil Uji. Menjelang October 6, pertengahan abad ke 4 TM. Kekuasaan pemimpin-pemimpin 2004 yamato telah meluas ke hampir seluruh negara jepun kecuali di beberapa daerah di Kyushu, seperti bahagian timur-laut dan selatan pulau ini. Pemerintah-pemerintah Yamato telah menuntut bahawa mereka berketurunan dari Dewi Matahari(Amateresu) dan dengan demikian mereka telah meneNtukan bahawa pemujaan dewi ini menjadi penyembahan yang ulung di negara ini. Simbol kekuasaan pemimpin-pemimpin Yamato ialah sebuah

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA cermin tembaga, sebuah pedang besar yang panjang dan permata melengkung(digelar magatama) yang dibentuk seperti tanda koma yang kecil. Sebenarnya, ketiga-tiga khazanah ini menjadi bahagian yang penting Alat Kebesaran Imperial keluarga diraja yang sedang memerintah di Jepun pada masa sekarang. Pemerintah-pemerintah Yamato(yang merupakan keturunan keluarga diraja jepun pada masa sekarang) telah memberi kepimpinan awal di Jepun. Mereka juga telah berjaya membawa perpaduan kepada negara tersebut. Kerajaan yamato juga telah memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke beberapa bahagian di Korea Selatan, tetapi pengaruh tersebut berakhir pada 562 TM. Kepercayaan agama orang-orang Jepun purba(iaitu dalam beberapa abad pertama TM) dikenali sebagai Shinto. Shinto atau cara tuhan-tuhan (ways of the gods) telah wujud lebih awal daripada Confucianisme atau Buddhisme di Jepun. Shinto yang telah dianggap sebagai agama pribumi jepun telah tidak mewujudkan prinsip-prinsip moral atau doktrin-doktrin falsafah seperti yang terdapat di dalam agama Buddha. Berbeza dari agama Buddha atau kristian atau islam, Shinto tidak mempunyai pengasas, tiada buku suci atau kitab, tiada guruguru, tiada syahid dan tiada wali. Shinto dalam bentuk asalnya mungkin boleh diterangkan sebagai suatu jenis pemujaan alam dan ia tidak merupakan agama yang teratur. Ia hanya memberi tumpuan kepada pemujaan alam, pemujaan roh-roh nenek moyang dan lain-lain. Shinto mempunyai banyak tuhan. Setiap golongan atau Uji memuja satu Tuhan. Apabila masyarakat Jepun telah bersatupadu di bawah pemerintahan Yamato, agama, tradisi-tradisi tempatan dan lain-lain telah bergabung ke dalam suatu polisi keagamaan dengan sistem upacara dan dan metos seluruh negara tertumpu kepada Dewi Matahari. Tuhan-tuhan Shinto diistilahkan juga sebagaiKami. Suatu perasaan kehairanan terhadap seringkali telah diterjemahkan sebagai tuhan tetapi konsep ini (iaitu Kami) berbeza sekali daripada pengertian tuhan sepertimana dalam agama islam dan kristian. Seperti yang telah dinyataknan terlabih dahulu, Kami ialah Dewi Matahari yang dianggap sebagai nenek-moyang ulung keluarga diraja Jepun.

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Pada keseluruhannya, Shinto telah mempunyai pengaruh yng kuat dalam sejarah Jepun. Beribu-ribu rumah berhala Shinto boleh didapati di Jepun pada masa sekarang dan rumah-rumah berhala ini biasanya dicirikan oleh pintu-pintu masuk yang dikenali sebagai torii. Shinto tidak melalui perubahanperubahan yang besar sama ada dalam bentuk atau kandungannya. Tetapi dengan peredaran masa, ia telah menjadi suatu agama yang teratur di Jepun. Pada abad-abad ke19 dan 20, Shinto telah digunakan untuk membangkitkan perasaan nasionalisme dan perpaduan Jepun. Dalam tahuntahun 1930an telah digunakan untuk mendorong kafanatikan orang-orang. Selain dari aspek ini, Shinto masih memberi tumpuan ke atas pemujaan alam dan tuhan-tuhan nenek moyang. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:54 pm Post #4 2.2 Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185 Masihi ) 2.2A: Zaman Nara

Administrator/Angg Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan berakhir pada ota SPTians tahun 749 Masihi. Pada zaman Nara, Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan China sehingga membawa kepada Jepun dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang ( 618-906 Masihi). Terbinanya tamadun Jepun zaman Nara bermula dengan perhubungan Korea dan China yang membawa akibat yang besar. Di antaranya ialah kemasukan kelompok-kelompok orang Korea yang datang menetap di Jepun; mereka ini terdiri daripada tukang yang mahir, seperti pekerja logam dan pakar dalam menternak ulat sutera. Menjelang kurun ke-6 terdapat lebih daripada 100 000 orang Korea dan China dari Manchuria yang lahir di Jepun.

Posts: 2,790 Group: Admin Member #1

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Joined: October 6, 2004 Kebanyakan mereka terdidik dengan lebih sempurna sama ada dalam bidang pendidikan mahupun dalam pengetahuan pertukangan dan kemahiran seni- daripada orang Jepun yang kemudian meyerapi mereka. Sumbangan mereka kepad perkembangan kebudayaan Jepun tidak boleh diperkecilkan. Kepentingan Jepun dari segi mutu dapat diukur dari hakikat bahawa menjelang permulaan kurun ke-8 lebih daripada satu per tiga keluarga bangsawan Jepun mengaku diri mereka keturunan dari benua Asia, sama ada Korea atau China. Oleh kerana begitu banyak menerima dari Korea dan China melalui Korea, orang Jepun tidak bersedia menahan kemasukan sesuatu agama yang akan berasing dengan kepercayaan asli mereka sungguhpun akhirnya kedua-dua agama ini melengkapi satu sama lain. Agama tersebut adalah agama Buddha, dan sampai di Jepun kira-kira pertengahan kurun ke-6. Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara, maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat tertarik untuk mempelajari dan meniru corak pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China. Rombongan serta utusan-utusan Jepun dihantar ke China dalam menyelidiki corak pemerintahan Dinasti Tang. Walaupun perjalanan melalui laut dari Jepun ke China bukanlah satu perkara yang mudah tetapi rombonganrombongan dari Jepun dan juga utusan utusan yang dihantar telah berjaya sampai terus ke China dan mengunjungi ibu kota Empayar Tang iaitu Chang-an. Rombongan utusan ini terdiri daripada beberapa sarjana Jepun yang kemudiannya tinggal di negeri China dan sering kali untuk tempoh yang lama supaya boleh mengkaji pelbagai aspek kebudayaan Tang sama ada yang bersifat agama atau politik. Di sini dapat kita lihat sifat unggul orang Jepun yang bersungguh - sungguh mahu belajar sesuatu yang baru apabila mereka bertembung dengan satu tamadun yang berbeza dengan tamadun mereka sendiri. Ini membuktikan bahawa orang Jepun mempunyai semangat dan sifat ingin tahu yang amat kuat dan mereka mempunyai minat yang mendalam untuk belajar kelebihan orang lain dan bijak memilih, meminjam, menyesuaikan serta menjepunkan pengetahuan dan teknik orang asing. Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah selepas

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA kemangkatan Putera Shotoku pada 621 Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan menambah kekuasaan mereka serta menunjukan tanda-tanda yang mereka bersedia hendak merampas kuasa. Pada tahun 645 Masihi berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara Katamari. Satu kerajaan pusat yang amat kompleks telah didirikan dan sekurang-kurangnya di atas kertas dapat dilihat setiap tingkat pentadbiran telah diubahsuai supaya selaras dengan sistem yang terdapat di China. Pada kurun ke-7, masih terdapat satu gabungan kesukuan yang agak longgar kerana bentuk muka bumi yang bergunung -ganang itu telah mernyebabkan masyarakat Jepun terpaksa menerima keadaan ini. Walaupun nama keluarga yang memerintah itu disanjung tinggi kerana ianya didirikan atas tradisi agama asli Shinto yang diterima umun tetapi kuasanya sebagai pemerintah sebuah kerajaan tidak begiti kukuh. Kebangkitan keluarga Soga membuktikan bahawa sesuatu suku yang bercita-cita tinggi bukan sahaja boleh merampas kuasa tetapi juga mampu mengancam keluarga maharaja Jepun. Oleh itu, untuk menguatkan kerajaan Maharaja Imperial dan sekaligus menyokong kuasanya sendiri, Fujiwara telah meniru contoh pentadbiran pusat dari China. Sebenarnya pentadbiran ini tidak berapa sesuai di Jepun dan sistem ini akhirnya telah runtuh kerana pelbagai suku di Jepun telah berusaha menghancurkan sebahagian besar sistem tiruan daripada Dinasti Tang ini. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:55 pm Post #5 2.2B: Zaman Heian Dalam sejarah Jepun, Zaman Heian yang dikatakan mahsyur dianggap bermula pada tahun 794 Masihi apabila istana di

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Heian-kyo didirikan di Kyoto dan berakhir pada tahun 1185 Masihi. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan tentera telah ditubuhkan di bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo. Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan serta kesenian. Zaman Heian merupakan kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan dalam bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan, ukiran dan seni bina.

Administrator/Angg ota SPTians Sepanjang zaman Heian, keluarga Fujiwara iaitu pemerintah sebenar di Jepun pada keseluruhannya bersifat berperikemanusiaan dan memetingkan keindahan. Golongan penentang atau musuh mereka hanya dihukum buang negeri berbanding dengan cara tradisi iaitu dihukum mati. Walaupun keluarga Fujiwara tidak dapat menyebarkan kebudayaan Heian ke segenap lapisan masyarakat Jepun, tetapi mereka telah Posts: berjaya memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu 2,790 serta cintakan kesenian.Budaya cintakan ilmu dan kesenian ini menjadi asas dan pengaruh untuk merebut kuasa di Jepun Group: hingga kurun 19. Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Pada zaman Heian, terdapat satu perubahan penting dalam kedudukan politik maharaja. Kuasa politik sebenar maharaja telah merosot dan susur galur maharaja telah masuk ke dalam keluarga Fujiwara kerana mereka telah menggunakan taktik berkahwin dengan keluarga diraja. Dengan perkahwinan seorang puteri dari keluarga Fujiwara dengan seorang bakal maharaja Jepun yang masih muda, telah menyebabkan maharaja dengan mudah dipujuk melepaskan tahtanya dengan alasan tanggungjawab maharaja adalah berat kerana bersangkut paut dengan hal-ehwal agama dan negara. Kemudian anak lelaki daripada hasil perkahwinan ini akan dilantik menjadi maharaja dengan dibantu oleh seorang Pemangku Maharaja ( Kampaku). Anggota keluarga yang paling berjaya, berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga yang memeritah selama lebih 30 tahun di bawah lapan orang maharaja. http://dukeamienerev.blogspot.com

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:57 pm Post #6 2.3 Zaman Kamakura

Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192M , Administrator/Angg beliau dilantik sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami telah menjadi ibu negara dan pusat kegiatan ota SPTians politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah negara Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan Khemah atau Bakufu dalam bahasa Jepun. Apabila dilihat dari aspek pembinaan kerajaan Kamakura pada zaman Kamakura ini, secara keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua pusat pemerintahan iaitu Kyoto dan Sagami. Kyoto mengekalkan keagungan pentadbiran tradisional Jepun, yang mana ia menempatkan maharaja Jepun bersemayam dan lebih menumpukan kepada perkembangan sastera yang merangkumi penulisan sastera Jepun. Manakala Sagami pula merupakan jentera pentadbiran Kamakura. Ia menjadi pusat dominasi kuasa tentera oleh golongan Samurai. Bagi mengekalkan kestabilan negara yang baru pertama kali menerima suasana pemerintahan yang berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto dikatakan mengekalkan pentadbirannnya di bahagian Timur. Dari aspek pentadbiran kerajaan Kamakura pada asasnya mempunyai tiga jabatan iaitu Samurai Dakoro, Mandokoro dan Manchujo. Selain dari tiga unit asas utama dalam pentadbiran kerajaan, dua lagi jawatan diwujudkan oleh Yoritimo iaitu Shugo dan Jito. Dengan wujudnya jawatanjawatan ini maka pentadbiran kerajaan Kamakura menjadi semakin kukuh. Tanggungjawab dan tugas utama setiap jabatan dalam kerajaan ini adalah seperti Samurai Dokoro yang diketuai oleh kumonjo bertanggunjawab menguruskan hal ehwal tentera dibawah autonomi jabatan supaya dapat mendisiplinkan golongan samurai. Mondoro pula menguruskan urusan harian bakufu sementara

Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA manchujo pula menguruskan mahkamah agong dan membicarakan semua kes-kes awam. Sementara itu bagi jawatan shugo dan jito pula, kedua-duanya dianggap sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai klasifikasi tugas yang berbeza. Shugo bertindak sebagai pegawai tinggi polis manakal jito bertanggungjawab menguruskan semua perkara berkaitan dengan tanah awam dan persendirian di wilayahwilayah. Pemerintahan banyak memberi penekanan dari segi ketenteraan dan kehakiman. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerajaannya. Dalam Zaman Kamakura menyaksikan pertumbuhan bilangan estet-estet persendirian atau ianya dipanggil juga Syo atu Syoen. Ini adalah hasil daripada pertumbuhan feudalisme. Dengan itu secara tidak langsung menyebabkan pemindahan kuasa dari kerajaan pusat kepada pengusaha-pengusaha wilayah dan tuan-tuan tanah wilayah. Calon-calon bagi jawatan Jito dan Shugo ditentukan sendiri oleh Bakufu Yamakura. Ini terbukti semasa pemerintahan Yorimoto telah memberi keutamaan kepada golongan tentera atau perwira yang dikenali sebagai Buke untuk mendapat tempat dalam jawatan tersebut. Ini adalah disebabkan oleh semasa menentang keluarga imperal Taira di Kyoto pada tahun 1184 dan keluarga imperal pusat iaitu keluarga imperal Fujiwara di Hiraizumi bagi menguasai pemerintahan seluruh Jepun. Jika dilihat secara keseluruhannya, Bakufu Kamakura ini mempunyai sistem yang mudah dan ringkas. Hanya beberapa ribu pegawai-pegawai feudal yang kebanyakkannya berselerak sebagai Jito di seluruh Jepun dan ditadbir dibawah pemerintahan yang longgar dari pentadbiran pusat Bukufu Kamakura di Kanto. Walaupun begitu, namun ianya berjaya mengekalkan pemerintahan selama hampir 150 tahun iaitu dari 1192M-1333M dan menangani pelbagai masalah dan ancaman yang menjatuhkan kerajaannya. Dalam Zaman Kamakura ini juga telah merakamkan pertumbuhan ekonomi yang positif dalam sejarah Jepun. Ini dilihat dalam peningkatan dan pertambahan hasil sektor pertanian yang besar. Seiring dengan itu menyebabkan kepelbagaian penggunaan barangan dan alatan pertanian serta pembukaan kedai-kedai

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA dan pasar yang meningkat. Tanaman padi diberikan perhatian yang khusus dalam sector pertanian ini. Ia juga merupakan makanan utama. Akibat perdagangan yang semakin meningkat wujudnya pertumbuhan ekonomi wang. Wang kemudian menjadi perantaraan yang sah untuk tujuan pembayaran seperti tebusan cukai dan sebagainya. Ekoran dari kepesatan perdagangan dan aktiviti perdagangan telah membentuk satu seranta sosial masyarakat Jepun yang diklasifikasikan daripada bidang pekerjaan dan status mereka dalam masyarakat. Secara tidak langsung muncul satu lagi golongan pedagang yang menjual hasil barangan secara borong seperti beras, sake dan lain-lain. Golongan pedagang ini membentuk persatuan pedagang terutama di bandar dan di pekan. Antara cabaran yang dihadapi semasa Zaman Kamakura ialah krisis politik Bakufu Kamakura. Beberapa ancaman dan permasalahan dalam kerajaan Kamakura antaranya ialah dua krisis utama iaitu hilangnya waris Minamoto dalam siri kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh Yorimoto dan digantikan dengan pengganti-pengganti raja Hojo. Selain itu terdapat juga ancaman luar iaitu dari negara Monggol dan Genjiz Khan. Selepas kematian Yoritomo pada 1199, Kepimpinan Kamakura Bakufu telah beralih kepada jandanya iaitu Masako bersama ayah serta adiknya iaitu Hojo Yoshitoki. Mereka telah berkuasa dan bersama-sama dalam komplot pembunuhan anak Yoritomo yang bakal menggantikan kepimpinan Kamakura iaitu Yoriie dan Sanetomo yang berumur 11 tahun. Mereka kemudian meletakkan Fujiwara yang masih kecil sebagai pemerintah yang akhirnya berfungsi sebagai puppet begitu juga maharaja Kyoto hanya kekal sebagai maharaja tetapi jentera pentadbiran sebenarnya adalah ditangan kerajaan tentera di Kanto. Walau bagaimanapun terdapat buku menyatakan bahawa selepas kematian Yoritomo, beliau telah diganti oleh anaknya Yoriie yang baru berusia 17 tahun. Jeneral-jeneral Yoritomo ingin merebut kuasa pemerintahan dan bimbang sekiranya Yoriie merupakan seorang yang berkaliber dan bijak mentadbir satu masa nanti pasti kedudukan dan keistimewaan mereka

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA akan goyang. Ini telah membawa kepada peristiwa pembunuhan Yorrie oleh Hojo Tokimasa pada 1204 kerana beliau mahu berkuasa penuh. Peristiwa ini juga berlaku terhadap adik Yorrie iaitu Sanetomo yang menggantikan tempatnya. Kerajaan Kamakura mendapat ancaman dari kerajaan luar yang cuba melemahkan penguasaan mereka. Ini merupakan cabaran kepada kerajaan kamakura. Ancaman yang diterima oleh mereka ialah serangan tentera Monggol yang diketuai oleh Kublai Khan lewat abad ke 13. pada masa itu Monggol yang menguasai China mahu Jepun tunduk kepada kekuasaannya. Kublai Khan terus menyerang Utara Kyushu pada tahun 1274 dan 1281 kerana Kerajaan Kamakura tidak melayan kehendak mereka. Walau bagaimanapun serangan ini gagal kerana berjaya dipatahkan oleh pemangku raja iaitu Hojo Tokimune. Faktor lain yang menyebabkan kegagalan serangan ini adalah kubu pertahanan yang dibina oleh pihak Jepun dan serangan kecil dari bot-bot penyerang di perairan Jepun. Bukan itu sahaja, ribut taufan juga telah berjaya melemahkan dan memusnahkan angkatan laut Kublai Khan. Akhirnya, Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun 1333 Masihi akibat timbulnya cubaan dari beberapa orang maharaja Jepun yang berusaha menggulingkan kerajaan tersebut. Pada tahun 1333, Maharaja Godaigo (1288-1339) dengan bantuan jeneraljeneral utama seperti Kosunoki Masashige (1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-1338) dan Ashigaka Takauji (1305-1358). Akhirnya maharaja Godaigo berjaya mengambilalih namun selepas dua tahun baginda telah kehilangan kekuasaan politiknya. Ini adalah kerana baginda sendiri tidak mampu melawan kuasa kelas-kelas tentera wilayah, termasuklah golongan Shugo dan Jito. Akibatnya kerajaan imperal tidak mampu menjaga dan menguruskan hal ehwal pentadiran negara Jepun semakin kehilangan kuasa, sedikit demi sedikit rakyat mula hilang kepercayaan terhadap pemerintahan Imperal. Pada ketika ini seorang jeneral tentera telah membantu Maharaja Godaigo pada ketika itu iaitu Ashikaga Takauji telah muncul

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA memberontak dan menentang kerajaan imperal dalam tahun 1335. Pada tahun 1338, Takauji melantik dirinya sebagai Sei-ITaishogun dan mengasas kerajaan Bakufu yang baru dinamakan Kesyogunan Ashikaga. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:59 pm Post #7 2.4 Zaman Kesyogunan Ashikaga

Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan Administrator/Angg Kesyogunan Ashikaga, Jepun berada di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah pada zaman kesyogunan ota SPTians Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan Kesyogunan Ashikaga adalah di sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaingo menjaga kepentingan komander tentera di bawah pentadbirannya. Ashikaga Takauji pada masa itu tidak berpuas hati dengan Maharaja Godaigo Posts: mengenai perlantikan gabenor wilayah tentera kepada 2,790 puteranya dan bukan kepada tentera yang menyokongnya. Ashikaga Takauji telah bangkit dan memberontak menentang Group: kepimpinan Maharaja Godaigo. Pada tahun 1336 Ashikaga Admin Takauji dengan kerjasama Maharaja Komya berjaya mengalahkan Maharaja Godaigo. Dua tahun kemudian Member Ashikaga Takauji telah di beri taraf shogun. #1 Joined: October 6, 2004 Ashikaga shogun yang berjaya mengambil alih pemerintahan mengalami kesukaran untuk membentuk satu kerajaan yang kuat. Ini di sebabkan kekurangan ilmu dalam hal-ehwal menguruskan pentadbiran negara. Namun demikian pengaruh Ashikaga Shogun bertambah teguh melalui sistem persekutuan feudal diperkenalkan serta kemampuan Ashikaga mengawal vassal dengan tentera. Keluarga Ashikaga di beri kelebihan dalam kekayaan dan sumber tentera pada setiap vasalnya.Untuk rumah tentera yang mana memberi khidmat kepada shogun sebagai vasdal dan kawasan pengaruh dan

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA kekuasaan..Ashikaga Shogun mengambil tindakan mengabungkan dengan kekuasaan tentera bagi mengukuhkan kedudukanya. Ashikagun telah membina Bakufunya di Kyoto iaitu Shikimoku sebagai satu piagam politik yang boleh membawa perubahan dalam pentadbirannya. Namun hakikat pembinaan itu tidak membawa banyak kesan yang positif seperti yang dirancang. Sistem pentadbiran Ashikaga yang termaktub pada Bakufu mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Shugo merupakan pegawai tertinggi dalam kerajaaan persekutuan dan kerajaan tentera tempatan. Organisasi pusat yang terdiri daripada shogun-shogun menjadi vassal yang merupakan pembantu yang baik. Oleh yang demikian mereka telah menjadi satu unit yang boleh mengimbangi kuasa ashikaga. Shogun berada di tahap yang paling tinggi dan dibawahnya dibahagikan kepada empat wilayah iaitu Kanto Kubo (Timur), Kyoto Kanrei, Wilayah Shogun dan Wilayah Barat.Kanto. Di Wilayah Timur ia di ketuai oleh Kanta Kanrei yang merupakan wakil kepada shogun. Di system pentadbiran pusat, ketua pentadbiran ialah Kanrei yang dipilih daripada tuan-tuan tanah shogun yang paling berkuasa iaitu Shaiba, Hatakeyama dan Hosokawa. Ketiga-tiga kuasa ini di kenali sebagai sankan yang mampu mengimbangi kuasa vassal Ashikaga. Dari segi perancangan ketenteraan, ketua pentadbiran yang penting digelar Ketua Samurai. Jawatan ini akan di berikan oleh keluarga yang bertanggungjawab serta mampu mempertahankan polisi Ashikaga. Mandora pula bertanggungjawab bagi kewangan shogun, manakala jawatan setiausaha dan perekod gudang cadastral di gelar Manchujo. Polisi pentadbiran jeneral pula dibahaskan dalam Dewan Perundangan majlis tertinggi. Shogun berkuasa untuk melantik sejumlah pentadbir rasmi yang akan memegang jawatanjawatan tertentu dari kalangan keluarga. Selepas tahun 1368, pemerintahan kerajaan Ashikaga di warisi oleh Yoshimitsu, struktur pemerintahan yang di buat berdasarkan kesetiaan dan perpaduan. Peranan yang dimainkan oleh Yoshimitsu dan pegawai bawahannya dikawal dengan keras tetapi adil, dan pengawasan vassal adalah terlalu subjektif untuk dikawal. Undang-undang dikuatkuasakan dan arahan pemimpin dipertahankan walaupun kebanyakan baron tidak setuju dan tidak menyenangi tindakan pemerintah. Disini

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA dapat dilihat kekurangan kekuatan dan sokongan pada kuasa pusat untuk merancang dan mengatur perjalanan pentadbiran kepada polisi yang lebih mantap. Kekuatan baron semakin berpengaruh dan pemimpin Ashikaga tidak mampu mengawal dan menyekat pengaruh baron yang semakin kuat. Pada akhir abad ke-14, Kanrai yang menjadi ketua pentadbiran di pusat dapat megimbangi kuasa di Bakufu daripada pentadbiran Ashikaga. Mereka dapat melantik pegawai daerah di setiap kawasan dengan kuasa yang terbatas. Kepentingan pentadbiran kerajaan Ashikaga juga terjejas kerana kelemahan mereka mengawal tindakan pemimpin bawahan mereka yang suka membuat keputusan yang terburu-buru. Samurai-dokoro juga telah berjaya mengambil alih kuasa pentadbiran di Bandar dan daerah daripada Ashikaga. Mereka telah mengambil alih kuasa dan memegang tanggungjawab yang penting bagi mengawal keselamatan awam. Pada zaman kerajaan Ashikaga, perkembangan ekonami berlaku dengan pesat melalui pengagihan kuasa yang diperkenalkan. Masyarakat yang terpisah berdasarkan kelas dapat disatukan melalui pembinaan Bakufu. Apabila hubungan masyarakat bertambah baik, proses pembinaan ekonomi bertambah mantap diikuti oleh hasil pengeluaran yang banyak dari bidang pertanian secara komersil. Sistem tanaman secara giliran diusahakan dengan menanam gandum atau barli selepas penanaman padi. Pembaziran tanah selepas penanaman padi dapat di atasi dan membantu menambahkan pendapatan kerajaan Ashikaga. Ketua tentera wilayah juga memberi galakan kepada petani supaya meningkatkan hasil pertanian mereka dengan menggunakan teknologi yang baik dalam pertanian.Kaedah pengairan secara pengawalan sungai telah di pertingkatkan bagi mengairi kawasan pertanian.Pembukaan tapak pertanian secara komersil telah membantu sepenuhnya perkembangan ekonomi Ashikaga.Sapi dan kuda digunakan dengan lebih meluas untuk proses penanaman.Kawasan pertanian yang mempunyai perkampungan kecil telah bertukar kepada perkampungan besar dengan jumlah penduduk semakin bertambah.Dalam bidang industri, pengeluaran barang-barang tembikar telah meningkat dengan pesat dan bandar Seto di wilayah Omari menjadi pusat pengeluaran barang-barang tembikar di Jepun.Dari segi status kawasan pentadbiran Ashikaga, setiap

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA daerah mempunyai Bandar dan penduduk sentiasa bertambah terutamanya di kawasan kuil dan makam yang menjadi tumpuan rakyat.Pengekalan secara langsung golongan feudal berkuasa dan terpengaruh membantu perkembangan ekonomi seterusnya menambahkan kemajuaan sesuatu bandar. Kawasan pasar juga mula mengalami perubahan apabila banyak gudang-gudang dibina sambil mendiri rumah kecil untuk peniaga tinggal akhirnya berkembangan menjadi bandar.Pertumbuhan ekonomi Kesyogunan Ashikaga juga dikenalpasti melalui pengenalan dan pertumbuhan tanomoshiko atau mujinko yang merupakan persatuanpersatuan kewangan. Pusat-pusat pertukaran wang,kedai-kedai beras dan sake (sekaya) juga mila berkembang secara pesat dan proses ini telah dipercepatkan oleh kemajuan perdagangan tempatan dan luar negeri, terutamanya dengan negara China. Melalui dasar pentadbiran yang di lakukan oleh kerajaan Ashikaga ini sebanarnya telah menyebabkan pemerintah Ashikaga yang digelar shugo mengalami kekurangan pengaruh secara berperingkat-peringkat seterusnya mengalami kejatuhan.Dari segi kawalan politik,Kesyogunan Ashikaga telah gagal mengenakan kawalan sepenuhnya keatas kelas tentera wilayah dan daimyos atau tuan-tuan tanah feudal.Mereka amat berkuasa dan siap sedia berperang atau memberontak terhadap pemerintanan Ashikaga yang berpusat di bakufu.walaupun mereka terdiri dari daripada provokasi yang kecil.Pentadbiran Ashikaga pula tidak mempunyai pemimpin yaang berkaliber. Sebahagian daripada mereka banyak membazirkan kekayaan Bakufu keatas projek-projek mewah.Di bawah pimpinan Yoshimitsu,Kerajaan Ashikaga telah membina kiul Pavilion Emas yang termashur sementara di bawah pemerintahan Yoshimoto telah membina sebuah bangunan yang hampir sama yang dipanggil Pavilion PerakPembinaan bangunan ini mengaut sumber-sumber ekonomi Bakufu.Keadaan ini telah membawa kejatuhannya. Faktorfaktor lain yang telah membawa kepada kejatuhan Ashikaga ialah kebuluran yang telah berlaku pada tahun 1940 dan wabak penyakit yang berlaku pada tahun 1425.Pemberontakan petani dan Perang onin telah melemahkan lagi Kesyogunan Ashikaga.Perang Onin (1467-1478) telah memusnahkan pusat pentadbiran Kerajaan Ashikaga di Kyato.Ia berpunca kegagalan

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA kuasa pusat untuk campur tangan dalam perselisihan yang sengit di antara dua kumpulan keluarga Kavei yang bersaing untuk merebuk pengaruh.Perselisihan itu dipimpin oleh Hosokawa dan Yamana. Tuan-tuan tanah feudal yang lain juga telah campur tangan dalam perselisihan ini yang menyebabkan huru-hara bertambah runcing.Pergaduhan ,rompakan dan pembakaran harta benda telah berlaku secara berluasa selama beberapa tahun dan menyebabkan kemusnahan Kyoto dan kawasan-kawasan sekeliling.Dalam peperangan ini, kemenangan di perolehi oleh kumpulan Hosokawa dan mereka meluaskan pengaruh dan kekuasaan ke atas Syogun-syogun Ashikaga.Kejatunhan Syogun-syogun Ashikaga dipercepatkan lagi oleh kedudukan dominan keluarga Hosakawa yang mula berkuasa melantik dan memecat beberapa orang Syogun.Mereka telah memaksa beberapa orang Syogun yang di kalangan keluarga Ashikaga meletak jawatan dan melantik ahli keluarga mereka sebagai Syogun. Keadaan ini menyebabkan Kesyogunan Ashikaga beransur-ansur hilang pengaruh dan kuasanya di Jepun. Pada tahun1565,Syogun Ashikaga iaitu Yoshiteru telah dibunuh dan beliau telah diganti oleh Ashikaga Yoshihide yang meninggal dunia tiga tahun kemudian. Yoshiaki telah dilantik sebagai Syogun oleh Oda Nobunaga yang telah menjadi seorang daimyo yang paling berkuasa di Jepun.Yoshiaki kemudian telah dipecat oleh Nobunaga dalam tahun 1573.Keadaan ini telah menamatkan zaman pemerintahan Kesyogunan Ashikaga di Jepun. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:01 pm Post #8 2.5 Zaman Sengoku Jidai

Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun 1460 Administrator/Angg hingga 1573 masihi. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman peperangan. Dimana pada zaman ini, pertempuran dan dan siri ota SPTians peperangan antara daimo-daimo seringkali berlaku. Setiap daimo-daimo bersaing diantara satu sama lain untuk

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA menguasai suatu kawasan. Khususnya, kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian. Penguasaan kawan seperti ini membolehkan kuasa dan kedudukan suatu daimo akan lebih kauta dan stabil. Faktor kelemahan pengaruh dan kuasa penganti Youshimasa serta ketiadaan kuasa keluarga Liosokawa terhadap daimodaimo menyebabkan daimo-daimo ini bebas bersaing dan berperang diantara satu sama lain untuk mnguasai wilayahwilayah bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing. Oleh itu, pergolakan, peperangan dan ketidak stabilan osial seringkali berlaku pada zaman ini. Dari segi sruktur politik dan sosial pada zaman ini, daimo berkuasa keatas suatu kawasan yang dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal. Tanah milik daimo ini diwariskan pada seorang pewaris yang sulung dan pewaris ini tidak semestinya anak lelaki atau perempuan. Ini menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo semakin kuat. Dari segi ketenteraan dalam zaman ini, semangat kepahlawanan dan berani mati dikalangan pahlawan daimo serta kesetiaan terhadap ketua juga telah melahirkan manusia yang sanggup mlakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan dan mengembalikan kuasa. Penguasaan daimo terhadap suatu kawansan membolehkan ia mempunyai pekerja dan tentera yang ramai. Ini sekali gus menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo semakin kuat. Disamping itu, kemasukan pedagang portugis di Jepun ini dan pengenalan terhadap senjata api iaitu sejenis senapang yang dikenali juga sebagai matchock muskets menyemarakkan lagi peperangan. Para daimo juga turut menyambut baik kemasukan pedagang portugis ini menyebabkan senjata yang lebih moden diperkenalkan. Oleh itu, pertempuran dan pergolakan dalam negara seringkali berlaku antara daimo. Sementara itu juga, raja yang memerintah Jepun ini juga tidak mempunyai kuasa dan pengaruh terhadap daimo-daimo. Pada 1551, Oda Nobunaga telah menjadi penganti ayahnya dalam Daimo Owari. Bagi mengukuhkan kedudukannya, Oda Nobunaga telah melancarkan kempen ketenteraan bagi menghapuskan musuh-musuhnya. Menjelang 1559, Oda Nobunaga berkuasa penuh di wilayah Owari setelah

Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA menumpaskan adiknya. Selain itu juga, kuasanya makin bertambah apabila shogun-shogun menjalinkan hubungan persahabatan dengannya. Kebijaksanaan oda Nobunaga di dalam mengatur strategi dan tenteranya yang sanggup berani mati demi untuk kemenangan membolehkan beliau mengalahkan Imaga iaitu seorang daimo yang sangat berkuasa di wilayah Suruga dan juga menewaskan Saito Dosan iaitu tuan tanah di daerah Mino. Ini memnyebabkan kuasanya semakin mantap. Pemerintahan Oda Nobunaga bersifat kuku besi iaitu beliau berkuasa mutlak di dalam perlantikan dan pemecatan seorang bakufu. Sistem ini sekali gus menamatkan sistem pentadbiran Keshogunan Ashikaga di Jepun. Pada 1570 Oda Nobunaga telah memecat Yoshiaki yang mula menentang dan dan mencabar kekuasaannya. Oda Nobunaga juga turut mendapat tentangan daripada Ishiyama Honganji iaitu pemimpin mazhab Ikko. Pada 1570, angkatan tentera Oda Nobunaga telah ditewaskan oleh samisami dari mazhab tersebut. Namun, angkatan tentera Oda Nobunaga bangkit dan seterusnya berjaya memusnahkan kediaman Ikko di Naga di Nagashima. Seterusnya pada 1580, Ishimayama Honganji turut ditewaskan. Pada 1568, beliau berjaya menguasai kawasan peleburan logam di wilayahwilayah sekitar Kyoto. Namun hasrat beliau untuk menyatukan Jepun tidak kesampaian apabila Akechi Mitsuhide iaitu jeneral yang dipercayainya telah membunuhnya pada tahun 1582. Kematian Oda Nobunaga telah dibela oleh Toyotomi Hideyoshi apabila berjaya menewaskan Akechi dalam pertempuran Yamakazi dan hasrat untuk meneruskan impian untuk menyatukan Jepun telah diteruskan oleh Toyotomi Hideyoshi. Toyotomi Hideyoshi bertindak bijak di dalam perwarisan takhtah terhadap dua anak Oda Nobunaga dengan melantik cucu Oda Nobunaga sebagai penganti. Sekali gus menyelesaikan masalah ini. Disamping itu, pembahagian tanah Oda Nobunaga turut diselesaikan dengan membahagikan wilayah-wilayah kepada anak-anak Oda Nobunaga dan di kalangan jeneral-jeneralnya. Selain itu, majlis yang terdiri daripada empat orang jeneral ditubuhkan dan ia berfungi untuk menjalankan pentadbiran hal ehwal kerajaan. Selain daripada itu, terdapat juga ahli majlis yang lain iaitu Ikeda, Niwa dan Shibata. Namun, pertikaian dikalangan ahli majlis telah

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA menyebabkan kekacauan politik iaitu permusuhan Toyotomi Hideyoshi dengan Shibata berlarutan hingga tahun 1583. Pada tahun yang sama, Toyotomi Hideyoshi berjaya mengalahkan Shibata dalam pertempuran di Shizugatake. Toyotomi Hideyoshi mara dengan menawan wilayah-wilayah Noto, Kaga dan Etchu. Tindakan ini sekali gus memperkukuhkan kedudukan politik Toyotomi Hideyoshi. Selain itu juga, Toyotomi Hideyoshi berjaya menangani konfrantasi di Onai. Pada tahun 1585 Masihi, Toyotomi Hideyoshi menjadi pemangku raja dan menakluki pulau Shikoku. Setahun kemuadian, beliau menjadi ketua menteri dan pada 1587, Toyotomi Hideyoshi menakluki Kyushu. Toyotomi Hideyoshi berjaya menguasai Istana Odawara iaitu milik keluarga Ujimasa di wilayah Sagami. Toyotomi berkuasa ke atatas wilayah Kanto apabila berjaya mengalahkan kebangkitan di Mitsu dan Dewa. Penaklukkan terhadap wilayah Kii dan Izuma merealisasikan usaha penyatuan Jepun. Selepas berjaya menyatukan Jepun, sasaran Toyotomi Hideyoshi seterusnya adalah untuk menawan China. Pada tahun 1592, tentera Jepun menceroboh Korea dan menakluk Seol selama beberapa minggu. Bagaimana pun, mereka dihalau balik oleh askar-askar China dan Korea dalam tahun yang berikutnya. Toyotomi Hideyoshi tidak mengaku kalah sehinggalah penyingkiran terakhir dari Korea pada tahun 1598 dan pada tahun yang sama Toyotomi Hideyoshi meninggal dunia. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:06 pm Post #9 2.6 Zaman Kesyogunan Tokugawa 2.61 Pembinaan

Administrator/Angg Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa Ieyasu

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA ota SPTians (1603-03). Beliau telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai. Ini dapat dibuktikan apabila Oda Nobunaga mengahwinkan anak perempuannya dengan anak sulung Ieyasu iaitu Nobuyasu. Pada yahun 1567, beliau menjadi pemerintah Mikawa dan diiktirafkan oleh kerajaan imperial kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang majlis pemangku raja yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi. Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun.

Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

2.62 Pengukuhan Aspek feudalisme tidak dapat diketepikan kerana ia berperanan untuk mencorakkan dan merupakan unsur-unsur penting dalam pembentukan pentadbiran.Ini bertujuan untuk memberikan pemerintah sama ada Syogun Tokugawa atau pengganti-penggantinya mentadbir negara jepun melalui kuasa mutlak. Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga badan terpenting pentadbiran peringkat tertinggi iaitu pertama Tairo (majlis penasihat-penasihat agung). Tairo berperanan dan bertanggungjawab untuk meemberikan nasihatkepada syogun mengenai dasar-dasar penting negara menjadi pemangku raja jika syogun yag dilantik belum dewasa. Kedua Roju (majlis tertua) membentuk majlis negara dengan keanggotaannya berubah mengikut keperluan pentadbitan feudalisme. Roju berperanan dan bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan hal ehwal istana raja, kuge (golongan bangsawan) dan golongan daimyo, menyelia hal ehwal dalam negeri selain mengawasi tempat-tempat suci(biara). Ketiga Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah majlis yang dianggotai oleh roju dan sebilangan kecil pesuruhjaya(bug-yo) yang mengetahui beberapa jabatan penting dalam pentadbiran feudalisme bakufu.peranan dan tanggungjawab hyojosho terakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak wujud pemisahan bidang kuasa yang jelas antara kuasa eksekutif

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA (pelaksana) dan kuasa kehakiman. Selain tiga badan ini pentadbiran Kesyogunan Tokugawa terdapat beberapa jabatan-jabatan penting kerajaan berpengaruh. Antaranya ialah penasihat-penasihat rendah(waka doshiyori) ,setiausaha-setiausaha sulit syogun(sobayonin), penyelia upacara(sojabon), gabenorgabenor raya istana di Kyoto dan Osaka(jodai), dan wakil peribadi syogun di Kyoto(Kyoto shoshida). Dalam bidang pentadbiran, kekuasaan dan keunggulan kesyogunan tokugawa ditentukan oleh bentuk pentadbiran Bakufu. Bakufu pertama Kesyogunan Tokugawa iaitu Syogun Tokugawa Ieyasu telah memeperkenalkan beberapa dasar-dasar untuk mengukuhkan kesyogunan ini dan bermatlamat untuk melemahkan kuasa-kuasa tuan daimyo atau tuan-tuan feudal. Dasar-dasar ini diperkenalkan berikutan kebimbangan tentang konsep kesetiaan daripada kuasa-kuasa daimyo yang berpotensi dan berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa. Antara dasar-dasar yang diperkenalkan adalah seperti berikut: Pertama membentuk satu sistem untuk membolehkan kawalan dan perhatian ketat diberikan ke atas kuasa-kuasa daimyo dan kegiatan tuan-tuan tanah feudal yang dianggap mencurigakan.

Kedua, mengeratkan beberapa sekatan ke atas daimyo dengan memberikan tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan antaranya membaiki kerosakan-kerosakan istana. Ketiga, langkah mengelakkan komplot dan subahat dengan memperkenalkan peraturan menghadkan keluasan istanaistana daimyo ini dan perkahwinan di kalangan daimyo dikawal. Keempat, pengenalan suatu kod panduan tatatertib dan kelakuan mereka dikenali sebagai buke so-hatto(peraturan bagi rumah-rumah tentera). Kelima, mengukuhkan kekuatannnya melalui pengumpulan harta kekayaan dan meembendung kegiatan kelas tentera dan daimyo-daimyo Tozama. Selain itu, beliau telah mewujudkan struktur politik yang telah

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA mengekalkan kuasanya ke atas semua lapisan masyarakat feudal Jepun termasuk maharaja dan golongan bangsawan istana(kuge) selain golongan daimyo, samurai atau pahlawan, petani, golongan pertukangan dan pedagang-pedagang. Beliau juga telah memperkenalkan satu peraturan untuk menyekat kuasa maharaja dan golongan bangsawan.

2.63 Cabaran Dalam mejalankan pemerintahan shogun tokugawa menjalankan pentadbiran yang tegas dan menindas. Walaupun shogun tokugawa memberi jaminan akan menjaga dan mempertahankan kedudukan maharaja, namun pengawasan yang ketat dikenakan terhadap maharaja dan juga rakyat. Maharaja dinasihatkan jangan turut aktif dalam soal pentadbiran. Maharaja kecuali mendapat kebenaran daripada shogun tokugawa. Rakyat hanya dibenarkan melihat maharaja setahun sekali. Rakyat hendaklah membuat pekerjaanpekerjaan yang ditetapkan dan golongan daimyo hendaklah mengabdikan diri kepada shogun tokugawa di istana dalam masa tertentu selama empat bulan. Kelemahan pentadbiran shogun tokugawa. Di peringkat awal pemerintahan Shogun Tokugawa merupakan zaman kejayaan dan kegemilangan. Kemajuan-kemajuan telah dicapai pada zaman Ieyashu, Hidetada dan Iematsu. Pada zaman Shogun Tsunayoshi(1680-1709), Jepun mencapai zaman kemewahan. Dalam pemerintahan Shogun Yoshimune, Jepun mengalami kejatuhan ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran. Keadaan itu secara tidak langsung menjejaskan kedudukan shogun tokugawa. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Yoshimune meniggal dunia, ia diganti oleh shogun-shogun yang lemah. Misalnya Shogun Ieshige(1745-88) adalah bebal dan gagap hingga sukar memahami percakapannya. Shogun Ieharu adalah pemalas dan tidak mengambil berat tentang urusan pentadbiran. Selain itu, Shogun Tokugawa telah mengabaikan soal-soal pertahanan dan hubungan dengan penyokongnya. Akibatnya ramai penyokongnya tidak lagi taat kepada Shogun Tokugawa. Pada awal pemerintahan Shogun Tokugawa, orang-orang Jepun

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA telah digalakkan mempelajari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sastera dan sejarah Jepun kuno. Dalam sejarah Jepun kuno terdapat kepercayaan Shinto yang menyatakan raja adalah keturunan Dewi Matahari(Amiterasu). Akhirnya beberapa buah buku sejarah telah dapat dihasilkan seperti kojiki dan nihon shoki yang mengandungi unsur-unsur dongeng dan lagenda. Berdasarkan ajaran Shinto, ahli sejarah Shinto dapati bahawa maharaja yang semestinya berkuasa dan dihormati, bukan Shogun Tokugawa. Akibatnya timbul rasa curiga terhadap pemerintahan Shogun Tokugawa. Fakta-fakta di atas menyebabkan perasaan taat setia kepada maharaja semakin meningkat di kalangan rakyat jepun. Rasa tidak puas hati terhadap Shogun tokugawa. Pada abad ke-18 dan awal ke19, berlaku zaman kemeseletan ekonomi. Zaman ini dkatakan musim kebuluran sehingga ramai kanak-kanakdibiarkan mati. Zaman kemelesetan ini juga melibatkan golongan daimyodaimyo yang mana hasil pendapatan mereka berkurangan. Untuk mengatasi kekurangan pendapatan, daimyo-daimyo termasuk tuan-tuan tanah memeras petani-petani. Kedudukan orang jepun terutama golongan petani bertambah buruk apabila berlaku bencana alamdan bertambahnya penduduk Jepun. Menjelang pertengahan abad ke-18, jumlah penduduk jepun kira-kira 30 juta orang. Rasa tidak puas hati datangnya daripada golongan daimyo-daimyo. Ini disebabkan mereka dikenakan sekatan-sekatan dan kawalan rapi seperti yang dihadapi oleh daimyo Tozama. Daimyo-daimyo juga menentang sistem Sankin Kotai yang dikenakan kepada mereka. Perkembangan perdagangan dan pengaruh golongan saudagar. Perdagangan terus berkembang pada zaman Shogun Tokugawa. Bandar-bandar Osaka dan Yedo telah menjadi pusat perdagangan. Dengan berkembang perdagangan, golongan saudagar berpendapat bahawa dasar isolasi yang diamalkan oleh Shogun Tokugawa menjadi penghalang kepada perkembangan perdagangan. Oleh kerana itu terdapat golongan saudagar yang menentang Shogun Tokugawa. Misalnya, sudagar-saudagar di Bandar Osaka telah membantu golongan anti-Tokugawa. Selain itu, prkembangan perdagangan menyebabkan kedudukan dan pengaruh golongan saudagar semakin meningkat dalam masyarakat. Mereka menjadi kaya raya dan kekuasaan mereka bertambah besar sehingga jauh lebih besar daripada golongan Daimyo dan Samurai. Ramai daimyo dan samurai telah membuat

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA pinjaman dengan golongan saudagar sehingga mereka terikat dengan golongan saudagar. Malahan telah berlaku perkahwinan di antara golongan daimyo dan samurai dengan golongan saudagar. Salah satu golongan saudagar yang sangat berpengaruh ialah Mitsui. Oleh kerana kedudukan mereka semakin kukuh, mereka sering mengadakan pakatan dengan suku-suku kaum lain untuk menentang Shogun Tokugawa. Tentangan suku kaum dari barat juga berlaku. Suku kaum dari barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza, dan Hizen merupakan golongan yang sangat aktif menentang Shogun Tokugawa. Mereka menentang Shogun Tokugawa disebabkan Tokugawa merupakan saingan politik kepada mereka dalam merebut kekuasaan di Jepun. Oleh kerana itu mereka terus mengadakan penentangan setelah Tokugawa berjaya mengambil alih kekuasaan di Jepun. Mereka menentang Shogun Tokugawa juga disebabkan Shogun Tokugawa menjalankan dasar menindas terhadap suku kaum lain. Untuk menentang Shogun Tokugawa, mereka menyatakan sokongan dan taat setia kepada maharaja yang selama ini ditindas oleh Shogun Tokugawa. Mereka juga bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golongan suadagar yang anti-Tokugawa. Seterusnya mereka telah menggunakan isu kemasukan orang asing untuk menentang Shogun Tokugawa. Mereka menentang tindakan Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian Kanagawa untuk mandapat sokongan maharaja dan rakyat yang turut menentang perjanjian Kanagawa dan perjanjianperjanjian lain. Kedatangan barat iaitu Kedatangan komodor perry dan mamaksa Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian Kanagawa telah menjadi punca kemarahan orang Jepun dan mempercepatkan kejatuhan Shogun Tokugawa. Suku kaum Satsuma, Choshu, Toza, da Hizen menggunakan kesempatan ini untuk mengkritik pemerintahan Shogun Tokugawa. maharaja yang telah terasing turut juga mengkritik Shogun Tokugawa kerana segala perjanjian dan hubungan dengan orang-orang asing tidak dibincangkan terlebih dahulu degan maharaja. Masalah-masalah inilah yang menyebabkan keruntuhan Kesyogunan Tokugawa di negara Jepun. http://dukeamienerev.blogspot.com

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:08 pm Post #10 2.7 Zaman Meiji

Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa Administrator/Angg yang penting dalam sejarah Jepun. Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan Maharaja kepada kedudukannya yang ota SPTians sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar kepada Tokyo. Maharaja Meij yang masih muda telah muncul dari tempat pengasingannya di Kyoto ke Tokyo yang berjarak 6.4 kilometer. Beliau telah diiringi oleh seribu orang bangsawan, pembesar, samurai dan Posts: lain-lain pegawai tinggi. Pemilihan tersebut tidak 2,790 memperlihatkan Maharaja Meiji mempunyai kuasa autokratik untuk memerintah negaranya. Sebaliknya, Maharaja Meiji Group: hanya merupakan ketua negara yang simbolik. Kuasa politik Admin terletak terutamanya dalam tangan beberapa orang pemimpin samurai muda yang telah menjalankan inisiatif menjatuhkan Member rejim Tokugawa. Pemimpin-pemimpin samurai ini berasal dari #1 kawasan-kawasan penguasaan feudal atau Han suku kaum Joined: Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen. Diantara mereka termasuk October 6, Okubo, Saigo, Matsukata Masayoshi dan Kuroda (dari 2004 Satsuma), Kido, Ito, Inone, Yamagata Aritomo dan Katsura (dari Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki Taisuke (dari Toza). Pemimpin-pemimpin baru Meiji juga termasuk Saionji Kimmochi, seorang bangsawan dari Kyoto. Bermula dari zaman pemulihan Meiji 1868, kepimpinan kerajaan baru telah didominasikan oleh samurai muda dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki Sat-cho. Pemimpin-pemimpin baru Meiji menyedari bahawa Jepun tidak dapat menandingi kuasa-kuasa imperialisme Barat yang telah memaksa negara tersebut supaya menandatangani perjanjianperjanjian tidak adil. Tambahan pula, pemimpin-pemimpin ini juga sedar bahawa kuasa-kuasa Barat yang berada di puncak imperialisme mereka, merupakan satu ancaman utama kepada kedaulatan Jepun. Oleh yang demikian, mereka menyedari satu-satunya cara untuk mengatasi ancaman ini ialah dengan mewujudkan sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Oleh itu, tujuan utama, kerajaan baru ialah

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Fukoku Kyohei(sebuah negara yang kaya dan tentera yang kuat). Bagi mencapai hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin Meiji sengan teliti telah menggubal suatu dasar modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas penyerapan teknologi, pengetahuan, institusi barat secara besar-besaran. Sehubungan dengan perkara ini, asas intelektual bagi pengaliran dan penyerapan pengetahuan Barat telah disumbangkan oleh Fukuzawa Yukichi iaitu salah seorang intelek moden teragung dalam sejarah Jepun. Fukuzawa Yukichi yang telah melawat Eropah dan Amerika Syarikat telah menyebarkan tamadun Barat sebagai asas bagi modenisasi dan mewujudkan Jepun sebagai sebuah negara yang kukuh. Proses modenisasi ini merangkumi pembentukan semula secara besar-besaran dalam aspek institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial berdasarkan garis panduan dari Barat. Perubahan-perubahan yang luas dan drastik ini menyebabkan berlaku satu revolusi dalam masyarakat dan kerajaan Jepun. Langkah pertama ke arah proses modenisasi Jepun ialah penghapusan sistem feudal. Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo,Itagaki dan Okuma telah berjaya mempengaruhi golongan daimo dari suku kaum Choshu, Satsuma, Tosa dan Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela pada maharaja. Dalam bulan Julai 1869, semua daimo yang lain telah diperintahkan oleh kerajaan Meiji agar menyerahkan tanah mereka. Pada mulanya, tanah-tanah yang telah diserahkan oleh semua daimo tidak berada dalam kawalan terus maharaja. Sebaliknya, pembesar-pembesar feudal telah dilantik sebagai Gabenor di dalam kawasan-kawasan penguasaan mereka sendiri. Namun, pada 29hb Ogos 1871, maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah feudal. Semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada bulan berikutnya semua tentera feudal telah dibubarkan dan dengan itu meninggalkan Kerajaan Pusat sebagai satu-satunya pemilik sah pasukan tentera di Jepun. Dengan penghapusan tanahtanah feudal ini, nagara Jepun telah dibahagikan kepada daerah-daerah (Ken) yang diketuai oleh pagawai-pegawai pentadbir. Menjelang akhir tahun 1870 ken sabagai tambahan kepada bandar-bandar, tokyo, Kyoto dan Osaka. Dalam tahun

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA 1872, bilangan ken telah dikurangkan kepada 72 dan menjelang tahun 1890 hanya terdapat 45 ken sahaja. Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Meiji Baru. Ia membolehkan Kerajaan mempunyai bidang kuasa yang sepenuhnya keatas seluruh penduduk dan negara, selain dari meletakkan hasil-hasil pendapatan bekas Han dibawah penguasaan Kerajaan Pusat. Ini memberi jalan kearah mewujudkan sebuah negara moden. Langkah selanjutnya kearah modenisasi ialah penghapusan sistem atau hiraki sosial ketat yang telah diwujudkan oleh Kesyogunan Tokugawa. Pemimpin-pemimpin Meiji telah menghapuskn sistem kelas yang terdiri dari golongan samurai, petani, petukang dan saudagar dalam tahun 1871. Golongan samurai telah menikmati taraf sosial yang tinggi semasa era atau zaman Tokugawa telah terjejas oleh penghapusan hiraki sosial tersebut. Dalam bulan september 1871, golongan samurai telah kehilangan hak menggunakan pedang terhadap kelas-kelas yang lebih rendah. Pada bulan Mac 1876, Kerajaan telah mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai. Golongan samurai juga telah kehilangan hak tradisional mereka sebagai pahlawan. Dalam bulan Disember 1872, kerajaan telah memperkenalkan sistem tentera kerahan moden yang terdiri dari Helmin atau rakyat biasa. Pada tahun yang berikutnya, gaji yang diberi kepada samurai telah ditukar dari bentuk beras kepada wang tunai. Golongan samurai juga telah diberi elaun tahunan dalam bentuk wang tunai. Pada bulan Ogos 1876, Kerajaan telah mengumumkan bahawa sistem pemberian elaun tahunan akan digantikan dengan sistem pembayaran sekali gus yang akan dibayar dalam bentuk bon-bon kerajaan. Dibawah sistem ini, Kerajaan mengumumkan bahawa bon-bon ini akan matang dalam masa 14 tahun dan bahawa kadar faedah tahunan sebanyak 7% akan diberi kepada samurai. Langkah-langkah ini telah mengahapuskan keistimewaan kelas golongan samurai dan menurunkan taraf mereka sebagai rakyat biasa Maharaja. Langkah-langkah ini ternyata telah meningkatkan kemarahan kelas-kelas samurai dan ini terus memuncak hingga membawa kepada tercetusnya beberapa pemberontakan samurai. Pemberontakan yang paling serius ialah Pemberontakan

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Satsuma yang telah dipimpin oleh Saigo dalam tahun 1877. Bagaimana pun, pemberontakan ini telah ditumpaskan oleh tentera kerahan yang baru ditubuhkan itu. Dengan tumpasnya pemberontakan Satsuma telah menamatkan kedudukan istimewa golongan samurai. Ini juga membuka jalan bagi pembentukan sebuah Negara Jepun yang moden dan bersatu padu. Kerajaan Meiji telah memberi tumpuan khusus kepada pengwujudan sebuah angkatan Tentera Darat dan Laut yang kuat mengikut cara Barat. Ini perlu bagi menentang ancaman kuasa-kuasa Barat di Jepun. Pemimpin-pemimpin Meiji sedar tentang keunggulan kuasa-kuasa Barat dari segi organisasi ketenteraan dan alat-alat kelengkapan senjata. Mereka yakin bahawa Jepun hanya dapatberdiri dengan teguh melalaui proses memodenisasikan angkatan tenteranya. Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor Rusia yang sedang giat mengamalkan dasar perluasan pengaruhnya di Asia Timur. Rusia dibawah pemerintahan Tzar dalam tahun 1870an sedang menunjukkan minat yang semakin besar ke atas Korea iaitu jiran Jepun yang paling hampir. Tambahan pula, ramai pemimpin Meiji sedar bahawa orang-orang Rusia mungkin akan memperluaskan pengaruh mereka ke Hokkaido. Modenisasi Angkatan Tentera bermula dalam tahun 1870an. Awal tahun 1868, Timbalan Menteri Hal ehwal Tentera iaitu Omura Masojiro telah mencadang kerahan tentera dilaksanakan di Jepun. Walau bagaimana pun, beliau terpaksa menunggu sehingga penghapusan sistem feudalisme dan sistem Han selesai dilaksanakan. Dalam tahun 1872, Yamagata Aritomo yang mengantikan Omura Masojiro telah mengemukakan suatu usul yang menyokong kuat tindakan kerajaan Meiji melakukan polisi kerahan tentera dan polisi memodenkan Angkatan Tentera Darat dan Laut Jepun. Yamagata dan rakan-rakan sejawat beliau telah memperdebatkan bahawa angkatan tentera yang wujud iaitu sebanyak 20 batalion yang telah ditugaskan untuk menjaga keamanan dalam negeri tidak berkeupayaan untuk membalas sebarang tindakan luar yang akan mengancam kedaulatan Jepun. Oleh yang demikian, mereka mendesak kerajaan Meiji supaya melaksanakan suatu kerahan tenaga moden mengikut cara Barat. Mereka juga telah mengesyorkan penubuhan

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA akademi-akademi tentera untuk melatih pegawai dan askar dan penubuhan sebuah biro bekalan tentera untuk membekalkan mereka senjata-senjata ketenteraan. Sistem kerahan tentera telah dilaksanakan ke atas mereka yang telah berusia 20 tahun. Askar-askar yang telah dikerah harus berkhidmat dalam Angkatn Tentera Darat atau Laut. Angkatan tentera telah dibahagikan kepada Pasukan Tetap dan Pasukan Simpanan. Pada tahun 1878, Yamagata Aritomo telah menyusun semula pentadbiran Angkatan Tentera Ala Negara Jerman. Beliau menambahkan tempoh perkhidmatan kerahan tenaga dari tahun 1878 sehingga tahun 1883 dan ini mewajibkan seorang askar kerahan supaya berkhidmat dalam Angkatan Tetap atau Simpanan selama 12 tahun iaitu 3 tahun dalam Angkatan Tetap dan 9 tahun dalam Angkatan Simpanan. Sebagai tambahan 200,000 orang dikerakan pada waktu darurat atau perang. Angkatan Tentera Jepun juga diperkukuhkan oleh senjata-senjata moden termasuk senapang dan meriam yang dibuat oleh industri-industri tempatan. Caracara latihan juga telah diperbaiki dan beberapa orang pegawai tentera asing telah diambil berkhidmat untuk melatih teknikteknik berperang kepada pegawai-pegawai dan askar-askar Jepun. Angkatan Tentera Laut Jepun diperkembangkan dan mengalami proses modenisasi yang pesat. Pada tahun1872, Kementerian Angkatan Tentera Laut telah ditubuhkan. Pada tahun tersebut Jepun memiliki 17 buah kapal tentera laut yang beratnya berjumlah 14,000 tan. Dalam tahun 1875-1876, Angkatan Tentera Laut telah membina 2 buah kapal api. Tiga buah kapal laut yang besar telah dibeli dari Britain dalam tahun 1876. Kemudahan-kemudahan limbungan telah diperbaiki dan Pegawai-pegawai Tentera Laut British telah diambil bekerja sebagai arkitek-arkitek angkatan laut dan sebagai jurulatih-jurulatih Angkatan Laut Jepun. Menjelang tahun 1894, Kerajaan Meiji telah memperhebatkan kekuatan Tentera Lautnya. Ia mempunyai 28 buah kapal moden engan jumlah isipadu 57,000 tan serta 24 buah anak-anak kapal perang dan turpedo. Proses memodenkan Angkatan Tentera telah meletakkan Negara Jepun kedalam masalah kewangan yang membebankan. Hampir 1/3 belanjawan negara tersebut

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA terpaksa di bahagikan kepada dua cawangan Angkatan Tentera iaitu Laut dan Darat. Kerajaan Meiji juga bertanggungjawab mengendalikan beberapa industri strategik yang mengeluarkan senjata, peluru, turpedo, kapal-kapal laut dan sebagainya di mana kesemua ini membebankan lagi masalah kewangan kerajaan. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa kewangan kerajaan Meiji telah memberi penekanan keatas pengwujudan satu Angkatan Tentera yang moden dan berkuasa. Menjelang thun 1880an Jepun berjaya mewujudkan sebuah Angkatan Tentera yang mampu mempertahankan ancaman asing. Disamping itu, Jepun juga bersiap sedia untuk melancarkan kempen ketenteraan di Asia Timur. Sistem ketenteraan Jepun memainkan peranan penting dalam kemajuan dan modenisasi komunikasi. Modenisasi keatas sistem komunikasi Jepun dilakukan, di mana Rejim Meiji telah menumpukan perhatian yang besar keatas pembinaan rel keretapi. Menjelang tahun 1881 Jepun mempunyai 26 batu landasan keretapi. Pada tahun 1872, Tokyo dan Yokohama telah dihubungkan oleh landasan keretapi. Dua tahun kemudian Kobe dan Osaka telah dihubungkan oleh landasan keretapi. Pada tahun 1877, landasan keretapi ini telah diperluaskan ke Kyoto. Pada tahun berikutnya, kerja-kerja pembinaan telah dimulakan ke atas suatu projek landasan keretapi baru untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu, Tsuruga dengan Nagahama. Landasan keretapi Tsuruga-Nagahama telah siap dibina empat tahun kemudian. Pada tahun 1880an Landasan keretapi Tokyo-Yokohama telah mengangkut diantara 2 juta hingga 3 juta penumpang. Muatan kargo juga telah meningkat dengan banyak 848,000 tan. Angkatan ini agak besar jika dibandingkan dengan taraf Barat. Kemajuan telegraf jauh lebih pesat berbanding dengan kemajuan yang dicapai dalam pembinaan landasan keretapi. Menjelang tahun 1880 hampir kesemua bandar-bandar utama Jepun telah dihubungkan oleh ibusawat telegraf. Beribu-ribu batu cawangan talian dan stesen-stesen telegraf telah dibina merentangi negara Jepun. Dalam tahun 1893, Jepun telah mempunyai 4000 batu kawat telegraf. Jumlah bilangan berita kawat yang telah diterima dan dihantar telah bertambah dari 19448 dalam tahun 1871 kepada 1.27 juta dalam tahun 1878.

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Angka ini telah berlipat ganda menjadi 2.7 juta dalam tahun 1884. Semua kawat telegraf dimiliki dan diusahakan oleh Kerajaan kecuali beberapa cawangan. Kemajuan sektor komunikasi yang membanggakan jelas mencerminkan keazaman pemimpin-pemimpin Meiji untuk menampakkan keupayaan gerakan angkatan militari negara tersebut serta pembangunan ekonomi yang menyeluruh untuk proses modenisasi Jepun. Dalam bidang pendidikan, beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains dan pentadbiran serta teknik perindustrian Barat. Kerajaan juga telah mengkaji sebilangan besar pakar-pakar, golongan profesional, pakar teknologi Barat dan lain-lain untuk mengajar berbagai-bagai kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang seragam di negara tersebut. Pada tahun 1872, kerajaan telah mengumumkan bahawa negara Jepun akan dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan pendidikan. Setiap kawasan ini akan mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Semua kanak yang berusia 6 tahun ke atas akan menerima pendidikan dan pelajaran wajib selama 16 tahun menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28000 buah sekolah rendah dengan lebih dari 2 juta murid-murid. Dalam tahun 1886, Mori Arinori yang menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1885 hingga 1889 telah membuat perubahan selanjutnya kepada sistem persekolahan. Beliau telah memulakan satu sistem yang mengandungi sekolah-sekolah rendah, diwajibkan selama 8 tahun sementara sekolah menengah menawarkan kursus selama 4 tahun. Sekolah-sekolah tinggi terutama sekolah-sekolah teknikal peringkat tinggi telah ditubuhkan meliputi bidang-bidang seperti perubatan, sains, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan, perikanan dan lain-lain. Pusat tertinggi sistem pendidikan dan pelajaran di Jepun ialah Universiti Diraja Tokyo yang telah ditubuhkan pada tahun 1886. Menjelang tahun 1910, beberapa buah Universiti Diraja telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka. Selain daripada sistem pelajaran negara, terdapat banyak sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti persendirian ditubuhkan. 2 daripada universiti persendirian

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA yang terkemuka ialah Universiti Keio yang diasaskan oleh Fukuzawa Yukechi dalam tahun 1858 dan Universiti Waseda yang diasaskan oleh Okuma dalam tahun 1882. Kementerian Pelajaran mengawal rapi semua aspek pendidikan dan pelajaran termasuk latihan guru-guru, penyeliaan sekolahsekolah dan kurikulum. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi persendirian juga tertakluk kepada kawalan rapi ini. Sistem pelajaran bukan sahaja memberi latihan praktikal yang berorientasikan Barat tetapi juga memberi penekanan ke atas pendidikan moral dan semangat nasionalisme yang berpusat suasana diraja. Dalam bidang undang-undang, pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat pembaharuan. Sistem undang-undang yang moden dianggap sebagai syarat mutlak yang penting untuk mengkaji semula perjanjian-perjanjian tidak adil dan berat sebelah yang telah ditandatangani di antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dalam tahun 1850-an dan 1860-an. Sistem undangundang yang moden juga perlu bagi perkembangan industri kapitalisme di negara tersebut. Pada tahun 1873, seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe telah dilantik sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan di Jepun. Beliau ditugaskan mengubal satu undang-undang jenayah moden yang telah dikuatkuasakan dalam tahun 1882. Satu undang-undang sivil dan perdagangan turut digubal dan kedua-dua enakmen ini diluluskan dalam tahun 1898 hingga tahun 1899. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:11 pm Post #11 2.71 Dasar Luar Meiji.

Dasar luar semasa zaman Meiji merupakan perkara yang Administrator/Angg menarik dan penting kepada masyarakat Jepun. Sebagaimana yang diketahui sebelum ini, salah satu matlamat kepimpinana

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA ota SPTians Meiji yang paling penting ialah menjalankan proses transformasi negara tersebut kepada pengwujudan sebuah negara yang moden dan kuat. Sealain dari menyalurkan sebahagian besar daripada tenaga mereka untuk membangunkan Jepun menjadi sebuah negara militari yang kukuh. Pemimpin-pemimpin Meiji juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan pengkajian semula perjanjian-perjanjian tidak adil yang telah ditandatangani diantara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dalam tahun-tahun 1850an dan 1860an. Berhubung dengan isu-isu hak wilayah asing dan penafian autonomi tarif, dimana Jepun kehilangan hak untuk meletakkan tarif keatas barang-barang asing telah menimbulkan perasaan marah dan terhina dikalangan rakyat Jepun sejak tahun 1860an. Pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat banyak percubaan-percubaan diplomatikdalam tahun 1860an dan 1890an untuk memujuk negara-negara Barat supaya mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang tidak adil. Tetapi usaha ini tidak pernah tercapai terutamanya disebabkan keenganan kuasa-kuasa Barat untuk merunding semula perjanjian-perjanjian mereka dengan Jepun. Dalam tahun 1890an, isu perjanjian-perjanjian tidak adil tersebut telah menjadi isu politik yang penting dalam arena politik tempatan negara tersebut. Parti-parti pembangkang termasuk Parti Jiyuto dan Kaisinto telah menggunakan isu tersebut untuk membangkitkan perasaan rakyat Jepun menentang kepimpinan Meiji. Apabila tekanan mengenai isu tersebut mula meningkat terhadap pemimpin-pemimpin Meiji, Ito iaitu perdana menteri pada ketika itu telah mengarahkan Menteri Luar Negerinya iaitu Mutsu Munemitsu supaya mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap kuasa-kuasa Barat mengenai isu mengkaji semula perjanjian-perjanjian tersebut. Mutsu Munemutsu telah mengumumkan kepada negara-negara Barat terutamanya Britain bahawa sekiranya perjanjian-perjanjian ini tidak dikaji semula, Jepun mungkin akan terpaksa menolaknya. Disebalik ancaman ini, Menteri Luar Negeri Jepun telah memberi jaminan kepada Britain dengan menyatakan bahawa sekiranya Britain bersetuju untuk merundingkan semula perjanjian-perjanjia dengan Jepun, maka kerajaan Meiji akan memberi peluang yang lebih besar kepada saudagar-saudagar asing untuk berniaga di mana-mana wilayah Jepun. Ini merupakan suatu konsesi yang penting

Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA kerana mengikut perjanjian-perjanjian yang termaktub saudagar-saudagar asing hanya boleh menjalankan perniagaan di pelabuhan-pelabuhan tertentu sahaja di Jepun. Kerajaan British akhirnya bersetuju dan pada bualan Julai 1894 suatu perjanjian baru telah ditantangani. Ini membawa kepada penghapusan hak wilayah asing. Perjanjian-perjanjian baru juga telah memberi Jepun hak untuk meletakkan tarif yang sesuai keatas barang-barang asing. Selain daripada isu pengkajian semula perjanjian, penentuan batas sempadan dan keselamatan negara juga terkandung didalam dasar luar Jepun. Isu penentuan batas sempadan dan keselamatan negara telah menjejas perhubungan Jepun dengan Korea, negara China dan Rusia. Berhubung dengan isu ini, satu persetujuan sempadan telah ditandatangani dengan Rusia dalam tahun 1875 dimana Jepun mengugurkan tuntutannya keatas Shakalin sebagai ganti terhadap kepulauan Kurile. Persetujuan ini bermaksud bahawa Russia bahawa Rusia megiktiraf kuasa Jepun keatas Hokaido. Kemudian dalam tahun 1879, kepulauan Ryukyu atau Okinawa telah diserap sebagai sebahagian wilayah Jepun. Pulau-pulau ini menjadi kawasan jajahan Satsuma sejak abad ke 17. Kepulauan Okinawa telah lama mengekalkan hubungan jajahan takluk dengan negara China. Namun demikian dalam tahun 1879, kepulauan ini telah dijadikan sebahagian dari wilayah Jepun apabila mereka diberi status wilayah oleh kerajaan Meiji. Dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an, Korea telah menjadi isu penting di Jepun. Sebenarnya, pada awal tahun 1873, isu mengenai Korea telah mengakibatkan satu krisis besar dalam kepimpinan Meiji apabila Itagaki dan Saigo mahukan Jepun supaya mengamalkan satu dasar yang agresif terhadap korea. Dasar ini telah ditentang oleh Okubo dan Iwakura yang telah mendebatkan bahawa walaupun Korea merupkan satu isu penting kepada Jepun tetapi Kerajaan harus menumpukan ke arah melaksanakan proses tranformasi Jepun kepada sebuah negara yang moden dan kuat. Dalam pertikaian mengenai Korea, Iwakura dan kumpulannya telah berjaya dan ini telah menyebabkan Itagaki dan Saigo meletakkan jawatan. Walaupun kerajaan Meiji tidak menyerang Korea, ia telah bersikap lebih tegas terhadap kerajaan Korea. Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan diplomasi ubat bedil

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA untuk memaksa Raja Kojong dari Korea supaya menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada Jepun. Kepentingan Jepun di Korea telah mula meningakat dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an disebabkan beberapa faktor dalam negeri dan antarabangsa. Di Jepun sendiri terdapat banyak kumpulan yang menyokong penyerangan ke atas Korea. Salah satu kumpulan penganjur yang paling bersemangat menyokong serangan ke atas Korea ialah kumpulan ultranasionalis seperti Genyosha. Kumpulan Genyosha yang diasaskan dalam tahun 1881 telah melakukan tekanan ke atas kerajaan Meiji supaya memperluaskan sistem militarinya di Korea dan dibahagian-bahagian lain di Asia Timur. Ramai pemimpin-pemimpin Meiji sendiri telah menyokong dasar perluasan ini. Mereka menyedari bahawa Jepun memerlukan lebih banyak bahan-bahan mentah dan saluran pasaran untuk menjadi sebuah kuasa dunia yang utama. Mereka juga yakin bahawa Jepun dalam tahun-tahun 1890an telah memiliki kekuatan militari yang secukupnya untuk memulakan satu dasar perluasan di Korea. Pemimpinpemimpin tentera seperti Yamagata, telah mengukuhkan keyakinan ini dengan menyatakan bahawa Angkatan Tentera Darat dan Laut yang baru dipermodenkan itu berkeupayaan untuk melaksanakan kempen militari secara besar-besaran untuk menyerang Korea yang masih mengiktiraf kuasa Negara China. Faktor-faktor ekonomi dan strategik merupakan faktor yang mendorong perluasan kuasa Jepun di Korea. Negara Jepun sedang menghadapi masalah kewangan yang serius kesan dari rancangan modenisasi negara tersebut. Inflasi kian meningkat manakala kos kehiupan mula melambung tinggi di bandarbandar. Petani-petani Jepun telah dibebani dengan cukai-cukai yang tinggi sementara buruh perindustrian di pekan-pekan dan bandar-bandar merasa gelisah. Kesatuan-kesatuan sekerja telah diharamkan dan pekerja-pekerja terpaksa bekerja lebih masa dan dibayar upah yang rendah. Perasaan tidak puas hati mula bertakhta di hati rakyat. Oleh itu dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an, kerajaan Meiji telah menyokong perlaksanaan suatu dasar perluasan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu dalam negeri kepada

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA antarabangsa. Kerajaan Meiji yang telah pun memperolehi banyak faedahfaedah ekonomi dan politik di Korea sebagai hasil Perjanjian Chemulpo pada 1876 ingin mengeksploitasi selanjutnya pasaran dan sumber-sumber asli Korea. Golongan Zaibatsu terutamanya, Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan lain-lain mendesak kerajaan Meiji supaya menyerang Korea. Sebenarnya sebelum tahun 1890 lagi, Korea telah menjadi pasaran terpenting bagi pasaran kapas Jepun. Disebalik ketidakstabilan negara Korea, Mitsui dan zaibatsu-zaibatu lain telah pun mendirikan kilang-kilang kain dan kertas di negara tersebut. Tambahan pula, Zaibatsu-zaibatsu dan syarikatsyarikat Jepun yang lain juga telah membeli beras, kacang soya, kulit lembu, emas dan lain-lain pada harga yang rendah dan dengan itu memperolehi banyak keuntungan. Oleh itu, tidak hairan bahawa Perang China-Jepun yang tercetus terutamanya mengenai isu Korea sebahagian besarnya telah dibiayai oleh Zaibatsu-zaibatsu berkenaan. Pertimbangan-pertimbanagan strategik telah menambahkan lagi keyakinan dikalangan rakyat Jepun bahawa Korea harus diletakkan dibawah kuasa Jepun. Korea telah menjadi pintu masuk yang penting bagi penyusupan Jepun ke Asia Timur. Lebih penting lagi, pihak Rusia sedang menunjukkan minat ke atas Korea. Rakyat Rusia yang mempunyai aspirasi-aspirasi imperialis di Asia Timur telah mendirikan sebuah pangkalan tentera laut di Vladivostok dan bersiap sedia untuk bergerak ke arah selatan ke dalam Korea dan Manchuria. Kerajaan Meiji sedar bahawa sekiranya Korea jatuh ke bawah pengaruh Rusia, ia akan mempunyai seorang musuh berhadapan dengannya. Berdasarkan kepada alasan ini Jepun telah mengambil tindakan menyerang Korea. Dasar-dasar dan polisi Negara China di Korea telah memberi dorongan seterusnya kepada Jepun untuk memperluaskan kuasanya di Korea. Korea telah lama mengiktiraf kuasa China. Oleh itu, apabila Jepun memaksa Korea supaya menandatangani Perjanjian 1876, negara China menyatakan perasaan tidak puas hatinya dan dengan serta-merta telah mencabar kesahihan perjanjian ini. Negara China menuntut bahawa Korea adalah sebuah negeri dibawah naungan China.

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Dalam suasana ini, Kerajaan Manchu di Peking telah menegaskan bahawa perjanjian 1876 itu adalah tidak sah. Akibat dari isu Korea, hubungan China mula maeruncing. Sementara itu, satu pertikaian merebut kuasa berlaku di istana Korea. Pihak Jepun dan China masing-masing menghantar pasukan tentera mereka di Korea. Akibatnya, pada tahun 1884 berlaku pertempuran pasukan-pasukan tentera China dan Jepun di Seol, Korea. Pertempuran-pertempuran kedua-dua pihak ini dihentikan melalui rundingan-rundingan terus yang dibuat. Pada awal tahun 1885, Jepun dan China bersetuju mengundurkan pasukan tentera mereka di Seol dan berjanji tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri di Korea. Namun, kedua-dua negara Jepun dan China tetap masih campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri di Korea. Krisis yang lebih serius berlaku di Korea pada tahun 1894, yang mana telah mengakibatkan konfrontasi terus diantara negara China dan Jepun. Pada bulan Jun 1894, berlaku pemberontakpemberontak tempatan yang juga dikenali sebagai Tonghak telah memberontak menenatang Raja Korea. Raja Korea telah meminta bantuan dari Negara China. Pada bulan yang sama, pemberontakan ini berjaya dipatahkan melalui bantuan pasukan tentera China. Sementara itu, Jepun telah menuduh Negara China mencerobah Perjanjian 1885, mengakibatkan tercetusnya krisi Chian-Jepun. Ito yang merupakan perdana menteri Jepun pada ketika itu mengumumkan bahawa Jepun tidak akan menarik tenteranya di Korea kecuali kerajaan Korea melaksanakan pembaharuanpembaharuan yang akhirnya membawa Korea di bawah pengaruh Jepun. Pada bulan Julai 1894, pasukan-pasukan tentera Jepun telah menduduki istana diraja Korea. Tindakan ini menyebabkan China mengistiharkan perang keatas Jepun. Perang China-Jepun telah meletus sekitar tahun 1894 hingga 1895. Jepun telah memenangi peperangan ini dalam masa 9 bulan sahaja. Tentera China tidak dapat mengalahkan tentera Jepun yang lebih moden dan berdisiplin. Selain itu, Tentera Laut Jepun lebih unggul daripada Tentera Laut China dari segi kelengkapan, kepimpinan, latihan dan strategi. Selepas menguasai lautn dimana tentera Jepun berjaya mengalahkan Tentera laut China di muara sungai Yalu dan di Weihaiwei,

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Jepun telah masuk ke Korea dan mengusir keluar tentera China dari Korea. Dari Korea, tentera Jepun mara ke manchuria dan Shangtung. Pihak Jepun bersiap sedia untuk bertindak ke atas Peking, pusat kerajaan kuasa Manchu. Akibatnya, kerajaan Manchu telah menghantar Li Huang-Chang untuk berunding dengan pihak Jepun. Pada 17 April 1895 termeterainya Perjanjian Shimonoseki. Syarat-syarat perjanjian ini ialah Negara China mengakui kemerdekaan dan autonomi Korea, Negara China menyerahkan Semenanjung Liaotung, Farmosa dan kepualuan Pescadores kepada Jepun, Negara China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 230,000 taels atau lebih kurang US$150 juta. Kawasan Weihaiwei yang dimiliki oleh negara China akan diduduki oleh pihak Jepun sehingga China berjaya membayar gantirugi ini. Empat pelabuhan baru iaitu Shasi, Chungking, Soochow dan Hangchow dibuka kepada pedagangan asing. Jepun telah menjadi sebuah kuasa kolonial dengan pengambilan Taiwan. Perjanjian Shimonoseki telah membuka jalan bagi Jepun untuk memperolehi konsesi-konsesi yang penting dari segi strategik di Tanah Besar tetapi dalam satu rancangan diplomatik yang dikenali sebagai Campurtangan Tiga Kuasa, rusia, Negara Jerman dan Perancis telah menghalang Jepun dari memiliki kawasan-kawasan yang berada di bawah naungan Negara China. Sebaik sahaja Perjanjian Shimonoseki dimeterai, Rusia, Perancis dan Negara Jerman telah menuntut bahawa Jepun harus memulangkan Semenanjung Liaotung kepada Negara China. Pada 5 Mei 1895, Jepun telah bersetuju melepaskan Semenanjung Liaotung sebagai ganti pampasan dari Negara China. Akhirnya pada 5 November 1895, Semenanjung Liaotung telah diserahkan semula kepada China dengan jumlah gantirugi tambahan sebanyak 300 juta tael. Campurtangan Tiga Kuasa telah membangkit perasaan benci Jepun terhadap Rusia yang telah mendapat kuasa ke atas Semenanjung Liaotung. Pada tahun 1898, Moscow telah memaksa China supaya memajak bahagian Selatan Semenanjung Liaotung termasuk Pelabuhan Arthur dan Dairen. Sementara itu, negara Jerman telah memperolehi Semenanjung Shangtung dari Negara China, manakala Perancis pula telah menguasai Indochina. Jepun sangat marah apabila menyedari tipu helah rancangan tersebut. Ini tela menaikkan kemarahan Jepun dan ia bersiap sedia untuk membalas dendam terhadap Rusia.

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Jepun telah mengambil beberapa tindakan bagi mengekalkan kuasanya terhadap Korea. Diamana, Jepun telah memaksa Raja Korea agar mengatur semula organisasi-organisasi tentera Korea dan pegawai-pegawai Jepun telah diupah sebagai jurulatih-jurulatih dalam Angakatan Tentera Laut Korea. Miura Goro iaitu menteri Jepun di Korea telah membuat keputusan untuk menghapuskan anasir-anasir anti-Jepun di istana Korea. Pada 8 Oktober 1895, askar-askar Jepun telah menyerbu masuk ke dalam istana Kyongbokung dan telah membunuh Ratu Min. Rakyat Korea telah memohon bantuan daripada Rusia dan rusia yang ingin memperluaskan pengaruhnya telah menawarkan bantuan kepada berbagai-bagai anasir-anasir anti-Jepun di Korea. Hubungan Rusia-Jepun mula merosot dan akhirnya sampai ke kemuncak dengan meletusnya Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904-1905. Dimana, termeterainya perjanjian perikatan antara Britain dan Jepun pada 30 Januari 1902 yang juga dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Jepun. Menjelang bulan januari 1904, kerajaan Meiji telah mengikuti suatu dasar peperangan. Pada 28 Disember 1904kerajaan telah mengeluarkan satu ordianan darurat diraja yang memberi peruntukan khas bagi perbelanjaan-perbelanjaan tentera. Kerajaan juga telah mewujudkan satu Majlis Tertinggi bPepranagan. Pertempuran meletus pada awal Febuari 1904. pada 8 Febuari, Jepun telah melepaskan tembakan ke atas kapal-kapal Tentera Laut Rusia dari Inchon dan Pelabuhan Arthur. Menjelang 10 nFebuari 1904, Jepun telah menguasai kawasan selatan dan telah mempercepatkan kemarahan pasukan militarinya ke wilayah Korea. Jepun telah memenagi peperangan di Korea dan telah mengalahkan tentera-tentera Rusia di Pyongyong. Pada bulan April Jepun telah berjaya mengusir pasukan tentera Rusia dari Sungai Yalu dan juga Korea. Jepun mengukuhkan kedudukan politiknya yang sebenar pada 23 Febuari 1904 dan pada bulan September 1904, Jepun telah mengistiharkan kuasa militari ke seluruh Negara Korea. Jepun turut merampas sistem telegraf dan telefon Korea menjelang september 1904. Jepun telah merampas secara kekerasan banyak tanah bagi kegunaan tentera, merampas seluruh sistem pengangkutan dan kemudahan-kemudahan komunikasi serta mengekplotasi konsesi-konsesi dalam bidang pertanian, perikanan, perhutanan dan perlombongan. Harta benda Korae dirampas dan juga nilai mata wang Korea juga di

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA turunkan. Menjelang Januari 1905, Jepun telahmengambil tanggungjawab untuk menjaga keamanan di Seol dan Korea. Korea secara beransur-ansur menjadi sebuah negara naungan Jepun. Perang Rusia-Jepun tamat dengan termeterainya Perjanjian Portsmouth. Usaha menamatkan perang ini diambil oleh Jepun dan bukan oleh Rusia. Persidangan keamanan itu telah bermula pada 10 Ogos 1905 di Postsmout, New Hampshire. Dalam perjanjian itu, Rusia mengiktiraf keunggulan Jepun di Korea dan menyerahkan bahagian Selatan pulau Shakhalin kepada Jepun. Jepun juga akan memperolehi dari Rusia pajakan ke atas Liaotung, bahagian selatan landasan keretapi Timur China dan lombong-lombong arang batu yang dimiliki oleh Rusia. Kesan-kesan Perang Rusia-Jepun ke atas Jepun ialah perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan pengambilan Semenanjung Liaotung. Keunggulan Jepun juga diiktiraf oleh Rusia melaui Perjanjian Portsmouth. Salah satu kesan terpenting perang tersebut ialah kemunculan kuasa Jepun sebagai kuasa besar di Asia Timur. Kemenangan Jepun melalui Perang China-Jepun 1894-1895 telah menaikkan imej Jepun. Kemengan Jepun terhadap Perang Rusia-Jepun telah mengubah pandangan lura terhadap Jepun. Ini sekali gus meninggikan status Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur. Jepun juga telah memperolehi Semenanjung Liaotung dan bahagian selatan Pulau Sakhalin dari Rusia. Selain itu, Korea telah disahkan berada dibawah lingkungan pengaruh Jepun. Selepas tahun 1910, korea telah menjadi sumber bahan-bahan mentah dan pasaran yang penting bagi Jepun. Jepun telah mengeksploitasi hasil-hasil dan ekonomi Korea. Lebih 75% pengeluaran perindustrian Korea dimiliki oleh perbadananperbadanan Jepun terutamanya golongan Zaibatsu atau golongan kapitalis. Perang Rusia-Jepun 1904-1905, telah memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai manchuria. Melalui Perjanjian Peking pada 22 Disember 1905, Jepun mempunyai kuasa penuh ke atas Manchuria selatan. Ekonomi Manchuria selatan juga di eksplotasi oelh Jepun.

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Dari segi strategik, Korea menjadi sebuah pusat pertahanan Jepun dan menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur. Jepun telah mendirikan banyak pangkalan-pangkalan tentera darat, laut dan udara serta turut membina landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan bagi memenuhi keperluan militarinya. Perang Rusia-Jepun juga mempunyai kesan yang penting ke atas kerajaan Meiji. Apabila perjanjian keamanan tersebut diumumkan, majoriti rakyat Jepun berasa bahawa mereka telah di khianati oleh kerajaan dan mengaharapkan gantirugi yang besar dari Rusia. Jepun telah pun meneriam 200 tael dari Negara China sebagai hasil kemenangannya dalam Perang China-Jepun. Rusuhan dan tunjuk-tunjuk perasaan telah berlaku. Rakyat telah bangun dan menentang kepimpinan Perdana Menteri Katsura. Beliau telah dipaksa meletakkan jawatan pada bulan Januari 1906 dan telah digantikan oleh Saionji iaitu seorang pemimpin Parti Seiyukai. Peperangan tersebut juga mengakibatkan kerugian sumbersumber dan tenaga manusia. Hampir 20,000 rakyat Jepun terkorban dan Jepun telah membelanjakan 1.5 bilion untuk membiayai peperangan tersebut. Selain itu, Perang Rusia_jepun juga telah mempergiatkan aktiviti imperialisme Jepun. Perang China-Jepun telah membawa Taiwan di bawah kuasa Jepun. Ini diikuti oleh Perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang telah memperlihatkan perkuasan kuasa Jepun ke atas Korea dan juga di Manchuria Selatan. Dasar perluasan kuasa ini telah membawa Jepun ke Negara China dalam tahun 1930an dan akhir sekali ke Asia Tenggara dalam tahun 1942, di mana negara tersebut akhirnya mengalami kekalahan dalam tahun 1945. Zaman pemerintahan Meiji berakhir dengan kematian Maharaja Meiji iaitu Mutsuhito pada 30 Julai 1912. Ini merupakan salah satu zaman yang paling gemilang dalam sejarah Jepun. Dibawah pemerintahan Meiji, Jepun telah diubah kepada sebuah negara yang moden dan berkuasa. Pemerintahan Meiji telah berjaya membangunkan bidang perindustrian disamping memimpin negara tersebut ke arah imperialisme. Zaman Meiji ini juga telah memperlihatkan perubahan-perubahn politik dan

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA sosial yang luar biasa yang telah mempengaruhi kehidupan setiap lapisan masyarakat Jepun. Pencapaian terbesarnya ialah proses tranformasi ekonomi negara yang telah disertai oleh perkembangan perindustrian yang pesat serta juga kebangkitan kapitalisme Jepun. Bidang-bidang lain seperti pertanian, dan pendidikan telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat dan drastik. Pada keseluruhannya, Zaman Meiji telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah Jepun. Zaman ini telah mempopularkan Jepun ke dalam bidang politik antara bangsa sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa. Transformasi Jepun yang begitu pesat dan cepat sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa memperlihatkan bahawa proses-proses perkembangannya adalah suatu yang ajaib dan menakjubkan. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:13 pm Post #12 ZAMAN JEPUN MODEN 3.1 Pengukuhan

Administrator/Angg 3.11 PERHUBUNGAN DENGAN BARAT ota SPTians Hubungan awal dengan Barat bermula dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian, terutama di Selatan Jepun. Sedar atas bahaya kedatangan mission-mision tersebut, maka pihak berkuasa Jepun telah melarang penyebaran agama Kristian. Kemasukan orang-orang asing juga telah dihadkan kecuali beberapa orang pedagang Belanda dan China. Mereka hanya dikhususkan berdagang di Pulau Deshima. Rusia atau Britain yang mula-mula memaksa pemerintah Shogun membuka pintu ke Jepun. Oktober 1852, Laksamana Putiyatin (Rusia) telah diberi kuasa untuk memujuk Jepun untuk

Posts: 2,790 Group: Admin

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Member #1 Joined: October 6, 2004 menandatangani suatu perjanjian perniagaan. Tetapi dalam bulan Ogos 1853 satu angkatan Amerika Syarikat di bawah Komander Matthew Perry menuntut agar diadakan hubungan perniagaan. Terdapat empat factor penting mengapa Amerika berminat terhadap Jepun : 1. 2. Perkembangan perniagaan dengan China melalui Canton. 3. Perkembangan perusahaan orang Amerika ikan paus di Pasifik. 4. Pembukaan Carlifornia yang dilambangkan oleh Rebutan Emas dalam tahun 1849. 5. kemajuan dalam bidang pelayaran dengan menggunakan tenaga wap. Satu daripada tujuan Perry ialah untuk mendapatkan jaminan daripada orang Jepun agar memberi layanan baik kepada orang-orang Amerika yang menghadapi kesulitan pelayaran ke negeri China. Namun tujuan ini boleh disangsikan. Yang lebih penting ialah keinginan untuk mendapatkan bekalan, termasuk bekalan arang batu untuk kapal-kapal Amerika yang belayar ke Canton atau dari Conton. Diharapkan juga agar perniagaan dapat diadakan dengan Jepun yang ingin diransangkan lagi dengan persaingan-pesaingan dari Britain. Pada tahun 1854, Perry datang semula dengan 7 buah kapal, Puttyatin juga tiba di Nagasaki dengan 4 buah kapal Rusia. 31 Mac 1854, telah dimaterikan Perjanjian Kanagawa. Hasil dari perjanjian ini, pelabuhan Hakodate dan Shimoda dibuka kepada kapal-kapal Amerika. Seorang konsul Amerika ditempatkan di Shimoda. Sementara Rusia yang diwakili oleh Puttyatin belum membawa sebarang hasil. Rundingan-rundingan Rusia-Jepun diteruskan di Shimoda pada tahun 1855. perjanjian tersaebut telah memberikan pulau-pulau Kurile di Selatan dan Etofuru kepada Jepun. Pulau-pulau di bahagian Utara diserahkan kepada Rusia. Pelabuhan Nagasaki, Shimoda dan Hakodate dibuka kepada kapal-kapal Rusia. Sebelum penghujung tahun 1855, satu lagi perjanjian dengan Belanda diadakan. Mulai 1856, Townsent Harris menjadi wakil kedutaan Amerika Syarikat di Jepun. Beliau berjaya

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA mendapatkan hak undang-undang sendiri bagi orang-orang Amerika yang bermastautin di Jepun. Amerika Syarikat berjaya menamatkan sikap perjanjian diri Jepun. Pembangunan Jepun Baru Dalam perlembagaan baru negara Jepun, rakyat Jepun berikrar untuk menghormati cita-cita mulia keamanan dan demokrasi. Pada pendahuluan termaktub ikrar seperti berikut iaitu Kami rakyat Jepun, ingin kepada keamanan selama-lamanya Kami ingin mendapat tempat yang mulia dalam masyarakat antarabangsa yang berusaha memlihara keamanan dan menghapuskan kezaliman dan perhambaan, penindasan dan penderitaan buat selama-lamanya dari muka bumi. Sebagai mengisi perlembagaan baru itu kerajaan Jepun telah berusaha dalam segala lapangan mengikut beberapa projek yang telah dirancangkan. Contohnya Rancangan Baru Pembangunan Negara yang telahpun berakhir pada tahun 1985. dalam rancangan itu kerajaan berusaha mengatasi kawasan yang sesak, mengatasi masalah penduduk yang semakin bertambah dan mengatasi jurang perbezaan antara daerah. Rancangan itu juga berusaha membangunkan tenaga manusia sejajar dengan masyarakat moden untuk mencapai cita-cita kebajikan bagi seluruh rakyat. Untuk mengatasi masalah kawasan yang sesak dan penduduk yang semakin bertambah, Rancangan Baru itu menitikberatkan tiga tugas utama iaitu pembentukan rangkaian baru bagi kemajuan tanah negara, melaksanakan projek-projek pembangunan perindustrian dan pemeliharaan alam sekitar. Menurut Rancangan Baru itu, kemudahan perhubungan dan pengangkutan akan diperluas ke seluruh negara menyambungkan tujuh buah bandaraya iaitu Sapporo, Sendai, Tokyo, Nagoya, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka disamping menghubungkan beberapa buah bandar tempatan yang lain. Membahagikan penduduk perindustrian dan pembangunan ke serata daerah, manakala tujuh buah bandaraya menjadi pusat menjalankan pentadbiran. Rancangan pembangunan perindusrtrian mengikut dasar keadaan pada satu-satu tempat yang berkaitan dengan rangkaian baru pengangkutan, perhubunga dan pembahagian. Bagi mendapatkan daging dan susu untuk keperluan akan datang, Jepun memerlukan 10 ribu ekor lembu. Oleh sebab itu,

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA padang ternakan lembu diadakan di beberapa daerah termasuklah Hokkaido dan Kyusyu. Pembangunan industri barang-barang buatan akan di perkembang ke kawasan pedalaman dengan mendirikan industri besar dan tempattempat membawa masuk minyak mentah. Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu perkara utama dalam Rancangan baru ini. Keindahan alam dan kebudayaan tradisi akan diperlindungi. Semua jenis tenaga akan digunakan untuk mencegah bahaya bencana alam seperti ribut dan banjir. Pendidikan, pelajaran, kebudayaan, pengangkutan dan kelengkapan-kelengkapan kesihatan akan dimajukan dalam bandar-bandar daerah. Manakala bekalan air akan dibina ke kawasan pedalaman yang jauh. Dasar penting yang merubah keadaan perindustrian dan corak kependudukan ialah supaya tidak menghalang pengaliran barang-barang, orang ramai dan komunikasi ke seluruh ceruk rantau kepulauan Jepun. Untuk mencapai tujuan itu, sistem pengangkutan ke seluruh tempat yang akan dibina bagi pengangkutan laju, umpamanya ialah jalan keretapi superekspres Tokaido Syinkansen yang merupakan pencapaian teknologi yang tinggi bagi perindustrian Jepun. Perkara-perkara penting lain yang berhubung dengan sistem pengangkutan termasuklah pembinaan pelabuhan dan limbungan kapal dan saluran paip minyak. Rangkaian perhubungan cepat merupakan satu faktor dalam hal menghapuskan apayang disebut kepincangan perhubungan. Rangkaian perhubungan rangkaian perhubungan talian jauh telefon akan dibina, disamping memperluas proses perhubungan dengan komputer, telefon, televisyen dan sebagainya. Bagi mengadakan rangkaian pengangkutan dan perhubungan baru itu akan memekan belanja yang besar. Jepun melancarkan satu sistem pelaburan modal yang cukup dari semasa ke semasa untuk mengatasi masalah kawasan sesak dan kawasan kosong. Bagi perhubungan luar negara Jepun dengan negara lain, Jepun mengadakan perhubungan diplomatik dengan negara China dan Soviet Union. Hubungan Jepun dan China diwujudkan kerana mereka mempunyai keyakinan perhubungan diplomatik dapat diadakan antara kedua-dua buah negara atas dasar hormat menghormati kedaulatan masing-masing. Manakala hubungan dengan Soviet Union dipercayai bukan sahaja menguntungkan kedua-dua negara itu tetapi juga mencapai

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA keamanan dan perseimbangan di Timur Jauh.

PEMBANGUNAN JEPUN BARU Selain itu Jepun juga mengadakan hubungan persahabatan dengan Eropah Barat dan Asia. Persahabatan dengan Eropah Barat boleh memberi kesan yang mendalam terhadap saling persefahaman dan kerjasama dalam suasana yang harmoni untuk memberi khidmat yang besar kepada cita-cita pembangunan dan keamanan dunia. Persahabatan Jepun dengan Asia penting kerana Asia ialah kawasan yang penting sekali bagi Jepun. Suasana kerjasama serantau dapat menolong diri sendiri dalam bidang politik dan ekonomi. Bukan itu sahaja, negara Jepun juga mengadakan kerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kerajaan Jepun sentiasa berkerjasama dengan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai satu daripada dasar luarnya dan memberi galakan kerjasama antarabangsa dengan tiap-tiap negara di dalam Bangsa-bangsa Bersatu. Jepun mengambil bahagian yang positif dalam aktivitiaktiviti Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencapai cita-cita pertubuhan dunia itu. Dalam mendukung cita-cita memlihara kehidupannya serta kemakmurannya, mereka berpegang kepada prinsip keadilan dan kepercayaan negara-negara lain terhadapnya. Jepun telah menetapkan tidak akan kembali kepada kuasa tentera sekalipun Jepun mempunyai kesanggupan dan ekonomi yang kukuh untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu cabaran dalam satu percubaan yang tidak pernah tercatat dalam sejarah. Namun demikian harapan untuk dapat mengatasi kesukaran-kesukaran ini dengan kebijaksanaan dan ketekunan rakyat amatlah besar. Buktinya jelas dari kebolehan Jepun membangun semula dari kebinasaan dan kehancuran perang. Jepun akan bergerak maju untuk mendapatkan tempat yang mulia di dunia sebagai satu negara yang stabil dan masyarakat berkebudayaan yang makmur, dan itulah yang memjadi asas diplomasi Jepun pada masa hadapan. http://dukeamienerev.blogspot.com

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:14 pm Post #13 3.12 PEMODENAN NEGARA

Kemasukkan orang-orang asing secara lansung menyebabkan Administrator/Angg kerajaan Syogun tidak popluar dan akhirnya jatuh. Ahli-ahli sejarah memberi pendapat yang berbeza tentang punca ota SPTians kejatuhan kerajaan Tokugawa. Pendapat pertama mendakwa bahawa sistem kerajaan Tokugawa mungkin tidak berubah pada dasarnya jika Amerika Syarikat dan negara-negara asing membuka pintu yang tertutup itu dengan paksa. Kedatangan kuasa asinglah yang merosak kerajaan Tokugawa. Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004 Pendapat lain mendakwa, bahawa kejatuhan Tokugawa secara tidak langsung disebabkan oleh berbagai factor dalam negeri Jepun, sebelum kedatangan Perry lagi, desakan agar dilakukan perubahan ekonomi telah merosakkan asas-asas Bakufu. Kedatangan Barat yang dilambangkan oleh kedatangan Perry hanya sebagai sebab terakhir yang menuntutkan kerajaan Tokugawa. Kerajaan Meiji yang dipegang oleh ketua suku Chosu, Setsuma dan tokoh-tokoh istana yang menggulingkan Shogun dahulu, percaya bahawa Jepun memerlukan satu kerajaan nasional yang bersatu padu bagi mencapai tingkat persamaan dalam bidang ketenteraan serta kebudayaan. Pegawai-pegawai pentadbir dan pemimpin-pemimpin menyukat mendapat sokongan hangat dari maharaja sendiri. Cogankata juga telah ditukarkan menjadi Fukokukyohei. Banyak rombongan-rombongan di atas ke luar negeri bagi meninjau perkembangan kemajuan pelajaran di Barat bagi dicontohi. Pada tahun 1871, satu deligasi pemimpin dan ketuaketua kerajaan yang dipimpin oleh Iwakura Tomomi dihantar melawat Eropah dan Amerika Syarikat. Kerajaan Meiji menganggap bahawa punca kelemahan pentadbiran ialah kerana sistem feudal. Usaha-usaha telah

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA dilakukan untuk mengubahkan sistem ini. Bila Syogun Tokugawa tewas, mereka segera bertindak untuk membasmi sistem susun lapis masyrakat feudal. Pada tahun1869, satu undang-undang telah dikeluarkan untuk menggantikan sistem susunan peringkat yang lama dengan satu sistem pembahagian yang mudah iaitu pembesar istana digelar orang bangswan ( Kazuko), samurai dipanggil Shizoku dan yang lain dipanggil orang awam (Heimin). Samurai dihentikan dari tugas-tugas pentadbiran dengan diberi pencen. Ini menimbulkan kemarahan golongan samurai yang akhirnya menyebabkan meletusnya pemberontakan Satsuma. Pemberontakan ini dapat dihapuskan. Satu sistem cukai akhirnya dilaksanakan. Jumlah pendapatan dari cukai tanah yang bertambah. Kerajaan baru ini telah berjaya memalingkan taat setia penduduknya daripada taat kepada tokoh kepada negara kebangsaan. Untuk meneguhkan rasa taat setia ini, satu sistem pelajaran kebangsaan telah dilaksanakan. Cita-cita hedak meluaskan kekuasaan Jepun bertumbuh selaras dengan perkembangan pendidikan. Pendidikan yang diwajibkan dimulakan dalam tahun1872. kemajuan sistem pendidikan bersama-sama dengan sisitem kerahan tenaga membentuk rakyat Jepun yang menjadi suatu bangsa yang termaju di Asia. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:15 pm Post #14 3.13 PERUBAHAN PERLEMBAGAAN

Permintaan lembaga-lembaga perwakilan di zaman awal Administrator/Angg pemerintahan Meiji datang dari segolongan kecil masyarakat. Mereka ini amat penting kerana terdiri daripada bekas ahli-ahli

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA ota SPTians Oligarki, sarjana, penulis dan tuan-tuan tanah kecil serta sederhana. Merekalah yang menjadi tulang belakang persatuan-persatuan politik paling awal. Dan persatuan politik ini kemudiannya berkembang menjadi parti Kebangsaan (Jiyuto). Pada tahun1881, Okuma Shigenobu telah menubuhkan Parti Kemajuan ( Kaishinto). Parti ini bergiat dikawasan bandar. Kedua-dua parti ini tidak ada persamaan ideologi. Sementara menunggu sebuah perlembagaan baru digubal, suatu reformasi dalam pentadbiran diadakan. Suatu sistem jemaah menteri dengan Ito Hirobumi sebagai Perdana Menteri telah dibentuk dalam tahun1885. Dalam tahun1888, satu Majlis Penasihat Raja (Privy Council) telah dibentuk. Ito menjadi pengerusi yang pertama setelah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Kuroda Kiyotaka. Pada 11 Februari 1889, maharaja Meiji menyerahkan perlembagaan Negeri Jepun yang pertama kepada Perdana Menteri. Ini melambangkan hakikat yang penting bahawa perlembagaan itu merupakan suatu penggunaan daripada maharaja kepada rakyatnya. Antara isi kandungan perlembagaan baru ini ialah Jepun hendaklah diperintah dan ditadbirkan oleh satu keturunan maharaja, maharaja adalah suci dan tak boleh dicabuli. Maharaja tidak patut dijadikan perbualan umum. Maharaja mempunyai kuasa undang-undang dengan persetujuan Parlimen maharaja (Imperial Diet). Walaupun maharaja mempunyai kuasa tetapi tiap-tipa undangundang hendaklah dibentangkan dalam parlimen maharaja. Undang-undang ini menjadi sah kalau Parlimen tidak meluluskannya. Suatu hakikat yang nyata, kuasa membuat undang-undang telah berpindah dari tangan maharaja ke tangan Parlimen. Perlembagaan Meiji telah menetapkan fungsi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. Dewan Pertuanan mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada golongan bangsawan. Kuasa Dewan Pertuanan sama dengan Dewan Perwakilan. Ia boleh membatlkan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan.

Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Dewan Perwakilan dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih secara undi. Tetapi hak mengundi itu terbatas kepada orang yang mempunyai harta sahaja. Rakyat Jepun dijamin hak-hak asasi mereka seperti kebebasan bercakap, menulis dan bersuara, namun pengakuan hak-hak tersebut tidak pula menghalang pelaksanaan kuasa-kuasa maharaja dalm masa darurat. Perlembagaan Meiji merupakan satu kemajuan yang penting ke arah suatu bentuk kerajaan yang disertai oleh rakyat. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:16 pm Post #15 3.14 PERANG RUSIA-JEPUN

Perluasan Rusia ke Manchuria amat membimbangkan Jepun. Administrator/Angg Dalam tahun 1898 Rusia memajak Port Arthur dari China. Manchuria pula menjadi satu kawasan di Timur Jauh yang ota SPTians penting bagi Rusia dari segi ketenteraan dan ekonomi. Bila berlaku Pemberontakan Boxer, Rusia mendapat alasan untuk membawa askar-askarnya ke Selatan melalui Manchuria. Ini memungkinkan Rusia untuk menguasai Teluk Chili dari Taku Bar dan ke Chemulpo, jalan masuk ke Seoul. Ini amat membimbangkan Jepun. Jepun berminat terhadap Korea dan Posts: dengan kemaraan Rusia, minat Jepun ke atas Korea sendiri 2,790 pasti tergugat. Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004 Pada tahun 1901, Britain dan Jepun percaya menghasilkan satu perikatan. Ini amat penting bagi Jepun agar ia diberikan kebebasan untuk bertindak di Korea. Rusia menuntut kuasa ekonomi atas kekayaan Manchuria Selatan dan juga menuntut agar diadakan satu kawasan berkecuali di Korea di Utara Garisan Lintang 39 darjah. Ini menimbulkan ketegangan. Jalan penyelesaian

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA buntu.akhirnya Jepun mengistiharkan perang pada 10 Februari 1904 dengan Rusia. Perang ini mengambil masa paling singkat, iaitu tidak sampai 18 tahun. Jepun memberi layanan yang baik kepada tawanantawanan perangnya. Perang ini ditamatkan dengan Perjanjian Porstmouth ( 5 September 1905 ). Rusia telah bersetuju untuk mengakui kepentingan-kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea serta menyerahkan kepada Jepun pajakan ke atas Semenanjung Liaotung serta jalan keretapi yang menyambung Port Athur dengan Mukden. Rusia juga menyerahkan separuh dari Pulau Sakhalin serta hak-hak istimewa menangkap ikan kepada Jepun. Jepun mendapat faedah besar dari peperangan ini. Ancaman Rusia ke atas Korea telah dihapuskan. Rusia mula menumpukan perhatian semula ke kawasan Balkan yang telah ditinggalkan sejak sekian lama. Jepun berjaya menapak semula di Manchuria. Jepun juga telah meneguhkan kedudukannya di Korea. Dalam tahun 1904, Jeoun telah pun menempatkan penasihat kewangan dan diplomat-diplomat Jepun. Ini berjalan sehingga terjadilah suatu trajedi di mana Ito ( seorang pemimpin Meiji ) dibunuh oleh seorang Korea. Ini memberi alasan ayng kuat untuk Jepun bertindak. Pada Ogos 1910, menerusi suatu perjanjian paksaan Jepun memulakan penduduknya di Korea yang kelak mengambil masa sehingga 35 tahun. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:17 pm Post #16 3.21 PERANG DUNIA PERTAMA Semasa meletusnya Perang Dunia 1, Jepun masih lagi tertskluk

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Administrator/Angg kepada Pakatan Inggeris Jepun. Bila meletus perang pada ota SPTians tahun 1914, semua kuasa-kuasa Barat tertumpu ke Eropah. Dalam perang ini, Jepun berperanan menawan pulau-pulau di Lautan Pasifik serta Semenanjung Liaotung yang dikuasai Jerman. Bila kerajaan China menuntut wilayah tersebut, maka Jepun telah mengemukakan Dua Puluh Satu Tuntutan. Jepun terus berjaya menguasai Manchuria. Di samping itu, untuk meneguhkan kedudukannya, Jepun membuat satu pakatan baru yang dianggotai oleh Jepun, Great Britain, Amerika Syarikat dan Jerman. Sekaligus, pakatan ini memansuhkan pakatan Inggeris-Jepun dulu. Pakatan ini disamping meneguhkan kedudukan Jepun tetapi juga telah mengehadkan aktiviti militer Jepun.

Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

3.22 PERANG DUNIA KEDUA Kejayaan Hittler di Eropah menimbulkan 2 akibat serta merta di Jepun. Jepun mula membentuk totalirisme dalam pemerintahan bila Putera Konoye membubarkan semua partiparti politik. Kemenangan Jerman juga mewujudkan Perjanjian Paksi Tiga Pihak dalam bulan September 1940. Perikatan Jerman, Jepun dan Itali telah meletakkan satu sekatan yang efektif ke atas sebarang tindakan keras oleh Amerika Syarikat di Antlantik atau Pasifik. Hanya Amerika Syarikat yang berupaya menghalang kemaraan Jepun diAsia. Dalam bulan Julai 1941, Jepun menduduki pengkalanpengkalan di Selatan Indo-China dan pendudukan ini merupakan satu ancaman ke atas Siam, Tanah Melayu, dan Pulau-pulau Hindia- Timur. Persidangan yang berlansung di Washington untuk mengelakkan dari meletusnya peperangan ternyata gagal. Jepun terpaksa bersedia memerangi Amerika dan Britain. Ini ternyata kerana pada 3 Disember 1941, Jepun telah menyerang Hawaii, Hong Kong, Tanah Melayu, Singapura dan Filipina. Dan enam bulan kemudian Jepun mencapai kemenangan cemerlang bila seluruh Asia Tenggara berada di

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA dalam gengamannya. Dari segi ketenteraan, kemenangan Jepun mungkin kerana kekuatan angkatan udara dan lautnya. Semangat keperwiraan di kalangan askar-askar Jepun juga tinggi. Dari semangat perjuangan, timbul pula kisah-kisah kekejaman yamg dilakukan oleh askar-askar Jepun. Orang-orang tawanan Jepun diberi layanan yang zalim. Tawanan-tawanan perang tidak dilayan dengan selaras syarat-syarat Perjanjian Geneva. Jepun langsung tidak mengendahkan janji-janjinya sebagai pelindung bagi rakyat Asia dan juga moto Asia untuk Orang Asia. Namun kejayaan Jepun berjaya menghancurkan mitos bahawanya orang putih itu suatu bangsa agung yang serba boleh. Ini menimbulkan semangat yang berkobar-kobar untuk berjuang untuk kemerdekaan selepas pendudukan Jepun nanti. Dalam bulan Jun 1942, tentera Jepun dikalahkan di Lautan Pasifik dalam Peperangan Midway. Tentera-tenra Jepun juga tertewas di pulau-pulau Solomons, New Guinea, dan Utara New Guinea. Jepun mulai sedar bahawa pakatan antara Jepun-Jerman-Itali tida menguntungkan Jerman. Walaupun Jerman berjaya mengalih perhatian Amerika Syarikat dari Asia ke Eropah, namun perang antara Jerman-Sovient Union paling membimbangkan Jepun. Di Tokyo, Tojo terpaksa menerima tanggungjawab di atas kekalahan teruk Jepun Piminan kerajaan baru di bawah Jeneral Kaiso mengharapakn agar Jepun masih berikhtiar untuk mencari pendamaian menerusi perdamaiaan menerusi perundingan dengan pihak Berikat. Di saat-saat akhir peperangan, Jepun terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan. Semangat keperwiraan di kalangan tentera sudah merosot, bekalan minyak simpanan hampir kehabisan dan juga ketegangan hubungan dengan Rusia. Ini kian cemas bila Amerika Syarikat dan British pada 26

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA Julai 1945 mendesak agar Jepun menyerah kalah atau menghadapi bahaya kehancuran negaranya. Pada 6 dan 9 Ogos Bandar Hiroshima dan Nagasaki telah dibomatomkan. Secara rasmi, Jepun menyerah kalah pada 2 September 1945. Jepun tentu tidak memasuki peperangan ini andainya angkatan-angkatan bersenjata mengasingkan diri dari politik. Namun, tentera darat telah menyalahgunakan kuasanya. Dan ini telah memburukkan nama baik Jepun di seluruh Asia. Mereka hampir-hampir menghancurkan buat selama-lamanya sistem pemerintahan beraja dan negara yang mereka telah bersumpah akan berkhidmad untuknya. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:18 pm Post #17 3.23 JEPUN : ZAMAN SELEPAS PERANG

Selepas, Jepun melaksanakan satu dasar pemerintahan yang Administrator/Angg diselaraskan dengan Pengistiharaan Postdam( 29 Ogos 1945 ). Laporan ini menghendaki agar Jepun tidak lagi muncul ota SPTians sebagai kuasa yang boleh menggugat Amerika Syarikat serta keamanan dunia. Matlamat-matlamat laporan ini akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Kuasa Berikat ( Supreme Comander of Allied PowersSCAP ) yang diketuai oleh jeneral Daughlas Mac Arthur. Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, Pada peringkat awal, SCAP telah bertindak segera untuk menghapuskan sokongan tentera kepada pemerintahan yang membawa Jepun ke kancah peperangan dahulu. Angkatan Bersenjata telah dilumpuhkan Agama Shanto yang mendewa-dewakan maharaja dirombak individu-individu yang aktif dalam politik dan organisasi penting. Gerakan pembersihan dijalankan untuk memberkas orang-orang yang bertanggungjwab dalam peperangan dahulu. Bekas Perdana

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA 2004 Menteri Tojo dan Hototo serta beberapa orang pengikutnya dibicarakan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa. SCAP telah merangka satu Perlembagaan Baru untuk beberapa garis panduan. Sistem pemerintahan beraja akan dipertahankan tetapi ini tertakluk kepada kehendak rakyat. Kegiatan ketenteraan dan yang berbentuk perang tidak dibenarkan. Segala bentuk feudalism mesti dihapuskan. Perlembagaan ini menetapkan bahawa kedaulatan tidak terletak pada maharaja tetapi pada rakyat Jepun. Parlimen menjadi alat negara yang tertinggi. Maharaja bertindak sebagai lambing negara dan perpaduan rakyat. Dewan Pertuanan telah digantikan oleh suatu Dewan Penasihat (Councillors). Ahli-ahli dipilih tiap-tipa 6 tahun dan 3 tahun sekali. Ahli-ahlinya terdiri dari orang lelaki. Perlembagaan baru ini walaupun hasil buah tangan Amerika Syarikat tetapi ia dapat oleh rakyat Jepun. Amerika juga menjadikan Jepun sebagai benteng penghalang kepada perkembangan pengaruh Komunis di Timur. Pemerintah baru ini mengambil tindakan tegas terhadap Komunis. Perang Korea meletus pada tahun 1950 dan banyak askaraskar Amerika yang ditempatkan di Jepun dikerahkan untuk mempertahankan Korea Selatan dari jatuh ke tangan Komunis. Perang Korea banyak menguntungkan Jepun kerana Jepun menjadi pembekal utama untuk alat-alat keperluan peperangan di Korea. Menjelang penghujung tahun 1951, Mac Arthur telah dilucutkan jawatannya. Beliau digantikan oleh Foster Dulles yang memainkan peranan penting hingga berjaya mengadakan satu persidangan perdamaiaan di San Francisco pada 8 September 1951. Persidangan yang dihadiri oleh 48 buah negara lain lebih merupakan satu perhimpunan rasmi untuk mempersetujui apa yang telah ditetapkan. Rusia, Poland dan Czechoslovakia enggan menandatanganinya. Pada hari yang sama juga Jepun bersama Amerika Syarikat

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA mematerikan satu Perjanjian keselamatan yang membenarkan penempatan askar-askar Amerika di Jepun untuk keperluan pertahanan. Perjanjian ini dikuatkuasakan pada 28 April 1952. tarikh ini menandakan tamatnya pendudukan Amerika Syarikat ke atas Jepun. Jepun sekali lagi muncul sebagai negara yang merdeka dan dengan penuh yakin melangkah ke hadapan untuk membentuk sebuah negara industri yang moden. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:20 pm Post #18 RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI untuk topik TAMADUN

Administrator/Angg JEPUN :rolleyes: ota SPTians i. ii. Kebangkitan Semula Jepun Abu Yazid Abidin DBP iii. Siri Bimbingan Peperiksaan STP/ HSC, Sejarah Asia Moden, Ibrahim Mustafa B.A.(HONS) Dip. Ed. (Malaya), Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd. Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004 iv. Sejarah Jepun, M.Rajendra, arena buku Sdn Bhd, KL 1998. v. Nota Lengkap STPM, Sejarah China Dan Jepun, Maswari Rosdi, Fajar Bakti. vi. Japan Past and Present, Edwin O. Schauer, DBP, Kementerian Pelajar KL 1970. vii. Japan in Postwar Asia, Lawrence Otson. viii.Modern Japan - Richards Sims. ix. The Meiji Oligarchs. x. Jepun kini. xi. Asian History- China, Japan India, Indonesia-Ronald Laidlaw xii. The Japanese- Richard Tames.

TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA xiii.http://www.japan-guide.com/e/e641.html http://dukeamienerev.blogspot.com

ZetaBoards gives you all the tools to create a successful discussion community. Learn More Sign-up Now Previous Topic Sejarah dan Geografi Next Topic

Top of Form
14 Sejarah dan Geografi

Go
Bottom of Form

Theme: Zeta Original

Track Topic E-mail 5:58 AM Jan Topic 14

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:

..................................................................................................................................... ...........................

Anda mungkin juga menyukai