Stesen
Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Stesen Pembelajaran ialah bilik atau sudut di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif. Murid-murid diberi peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar sambil bermain.
Pendekatan pembelajaran memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid.
14 buah stesen kemahiran P&P disediakan berasaskan 4 bidang dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, iaitu: 1. 2. 3. 4. Bidang Pengurusan Hidup Bidang Akademik Berfungsi Bidang Kerohanian dan Nilai Murni Bidang Sosial, Riadah dan Kerohanian
Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran, kerjasama dari Guru Besar sekolah, Penyelaras program, guru pendidikan khas dan ibu bapa diperlukan. Dalam konteks ini, guru besar merupakan orang yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang kondusif.
Guru pemulihan dipertanggungjawabkan menguruskan dan menceriakan stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang sesuai untuk memastikan proses P&P dilaksanakan dengan berkesan.
Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran.
Kajian yang dilaksanakan oleh Berliner (1983) di beberapa buah sekolah rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan dalam stesen-stesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaan, kerja kumpulan, pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan, pertandingan, projek seni dan sains.
Contoh: Contoh:
Dalam stesen ini, disediakan pelbagai bahan bacaan seperti: 1. Kad Suku Kata 2. Kad Perkataan 3. Kad Ayat 4. Carta Cerita Pendek (Big Book)
Stesen ini bertujuan memberi ruang kepada muridmurid untuk mengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang telah berjaya membaca bahan yang disediakan dengan lancar akan diberi hadiah.
Stesen ini menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri (pembelajaran mengikut kebolehan). Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing. murid dapat beralih ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya pada tahap sebelumnya.
Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan adalah bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid membaca cepat .
Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Guru pemulihan dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.
Selepas murid menjalani aktiviti-aktiviti di keempat-empat stesen, guru boleh memberi ujian kepada murid. Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan.