Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT KHAS PADA 19 JANUARI 2011 MINIT MESYUARAT KHAS KELAB SUKAN DAN REKREASI TAMAN MALURI

KUALA LUMPUR _____________________________________________________________________

Tarikh Masa Tempat

: : :

19 Januari 2011(Rabu) 9.00 11.00 Malam. Bilik Latihan 2, KSRTM, Pusat Penjaja, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Tuan Pengerusi (Al-Fatihah untuk Allahyarham Abd. Muhin bin Mohamad Razali) 2. Membincangkan perkara-perkara mengenai Pertandingan PingPong Berpasukan Tertutup KSRTM 2011(PPPBT), sama-sama memikirkan masalah yang ada sebelum pertandingan, semasa pertandingan diberhentikan dan semasa pertandingan akan disambung semula:
         

Bagaimana perbincangan dibuat sebelum diumumkan untuk berhentikan pertandingan? Siapa yang mengetuai dan menjadi Pengerusi dalam perbincangan tersebut? Siapa Ketua Pasukan yang dipanggil dalam sesi perbincangan itu? Bagaimana penjelasan diberikan kepada Ketua Pasukan?Adakah dibincangkan perkara@masalah yang akan timbul apabila pertandingan akan disambung nanti? Berapa ramai bilangan Ketua Pasukan yang hadir dan setuju diberhentikan? Kenapa tidak menghubungi dan minta pendapat Ketua Teknikal pertandingan@Urusetia pertandingan? Kenapa tidak panggil Urusetia pertandingan@Setiausaha Kelab dalam perbincangan? Siapa yang buat pengumuman tersebut? Siapa akan info tarikh baru kepada pemain? Siapa yang akan mengendalikan pertandingan seterusnya dan apakah format dan syarat lama akan dikekalkan?

3. 4. 5.

Keputusan penganjuran PPPBT KSRTM11 Hal-hal lain Penutup.

MINIT MESYUARAT KHAS KELAB SUKAN DAN REKREASI TAMAN MALURI KUALA LUMPUR _____________________________________________________________________

Tarikh Masa Tempat

: : :

19 Januari 2011 (Rabu) 9.30 11.15 Malam. Bilik Latihan 2, KSRTM, Pusat Penjaja, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.

Kehadiran

Tidak Hadir :

1. Shaharudin Ahmad Sham Rahman 2. 3. 4. 5. 6. 7. Salehuddin Ahmad Juhari Bahar Nor Fadzilah Abu Imeruddin Zamri Ibrahim Mohd Nazreen Ismail Khairuddin Abdullah

1.

Syed Abd Kadir Syed Abd

2. 3. 4. 5.

Ahmed Assad Asmanie Halim Amran Mohamed Ghaus Mohd Faisal Sabli (Proxi)

8. 9. 10. 11. 12.

Mohd Rashid Abu Chik Abd Razak Satam Mustaffa Taib Shukri Samak Mohamad Abd Aziz

1. 1. UCAPAN TUAN PENGERUSI Shaharudin Ahmad Sham(Tuan Pengerusi) memulakan mesyuarat khas dengan bacaan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Abd. Muhin Mohamad Razali,semoga rohnya berada bersama-sama orang-orang yang beriman. Tuan Pengerusi maklumkan Syed Abdul Kadir(Pengerusi) tidak dapat hadir kerana ada urusan perniagaan dan beliau menggantikan tempatnya serta mengucapkan terima kasih kepada AJK yang hadir pada malam ini. Tuan Pengerusi minta semua AJK yang hadir membuat penjelasan apa yang berlaku sehingga menyebabkan pertandingan yang diadakan pada 15 Januari 2011 terpaksa di berhentikan.

1. 2.

MEMBINCANGKAN PERKARA MENGENAI PPPBT KSRTM 2011

2.1. Shaharuddin Ahmad Sham Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa beliau berada dalam dewan waktu itu dan Yuspandi telah membuat pengumuman pertandingan diberhentikan. 2.2. Salehuddin Ahmad Beliau memaklumkan bahawa tidak dipanggil untuk sesi perbincangan tersebut,selepas selesai solat zuhur ternampak Syed Abd Kadir sedang bercakap dengan beberapa pemain.Beliau terus ke meja urusetia dan telah dimaklumkan bahawa

saudara Abd. Muhin telah disahkan meninggal dunia,beliau terus membuat pengumuman dan meminta sumbang kilat untuk diserahkan kepada keluarga arwah di Hospital. 2.3. Abd Razak Satam Beliau berada bersama Juhari Bahar menguruskan Allahyarham Abd. Muhin semasa keputusan diumumkan. 2.4. Mohd Rashid Abu Chik Beliau memaklumkan bahawa keadaan waktu itu terlalu pantas dan masing-masing terpinga-pinga dan ada dua kumpulan iaitu LHDNM dan KSRTM. Syed Abd Kadir bercakap supaya pertandingan diberhentikan untuk menghormati Allahyarham tetapi mendapat bantahan salah seorang Ketua Pasukan iaitu Seenivasan,beliau meneruskan juga walaupun mendapat bantahan dan meminta Zamani membuat pengumuman supaya pertandingan diberhentikan. 2.5. Mustapa Beliau maklumkan sama seperti Mohd Rashid dan menyatakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana tidak menghubungi Juhari Bahar sebagai Pengerusi Pertandingan dan seolah-olah tidak menghargai kerja-kerja beliau yang telah merancang untuk mengadakan pertandingan ini dari mula hingga ke hari pertandingan.

2.6. Khairuddin Abdulllah Beliau maklumkan keadaan berlaku terlalu pantas tiba-tiba ada pengumuman dibuat oleh Yuspandi bahawa pertandingan diberhentikan. 2.7. Nazreen Ismail Beliau maklumkan bahawa pengumuman telah dibuat tetapi masih ramai yang bermain ketika itu. 2.8. Imeruddin Zamri Beliau maklumkan bahawa pertandingan sepatutnya diteruskan kerana tidak semua pemain setuju diberhentikan sebagai contoh selepas pengumuman dibuat beliau nampak riak wajah Zamzuri tidak setuju pertandingan diberhentikan. 2.9. Nor Fadzilah Beliau maklumkan sama seperti Salehuddin, tidak dipanggil dalam perbincangan tersebut dan mendapat nasihat Juhari ketika berjumpa diHUKM supaya pertandingan diteruskan kerana jika ditangguhkan kemungkinan kos akan bertambah dan masalah

akan menjadi lebih rumit untuk mengumpulkan semula pemain-pemain seramai 64 orang. 2.10. Juhari Bahar Beliau terlebih dahulu menyampaikan ucapan terima kasih daripada keluarga arwah di atas pertolongan semasa urusan di hospital sehingga ke majlis pengebumian.Beliau merasa terkilan kerana tidak mendapat pandangannya atau menghubungi beliau untuk mendapatkan keputusan selaku Pengerusi / Ketua Teknikal pertandingan.Begitu mudah untuk mengungkapkan untuk berhentikan pertandingan tetapi yang akan menlaksanakan tanggungjawab tersebut adalah Ketua Teknikal dan Urusetia Pertandingan sekiranya semua AJK bersetuju untuk meneruskan atau menyambung semula pertandingan tersebut. Beliau juga telah mendapatkan penjelasan daripada En.Zamani tentang perkara ini bahawa beliau(En.Zamani) kalau boleh tidak mahu terlibat dalam perbincangan tetapi telah diminta untuk membuat pengumuman oleh Syed Abd Kadir Pengerusi KSRTM sendiri.

1. 3.

KEPUTUSAN PENGANJURAN PERTANDINGAN PPBTKSRTM 2011

Mesyuarat sebulat suara telah memutuskan bahawa tarikh baru untuk menyambung semula pertandingan pingpong berpasukan tertutup(PPPBT) KSRTM 2011 akan diadakan pada 13 Februari 2011 bersamaan hari ahad. Tuan Pengerusi minta Salehuddin maklumkan kepada semua pemain melalui SMS.

Tindakan : Salehuddin Ahmad

1. 4.

HAL-HAL LAIN

4.1. PERATURAN PERTANDINGAN Mesyuarat sebulat suara telah memutuskan bahawa sekiranya ada pemain yang sebelum ini tidak hadir dan akan hadir bermain untuk pasukannya pada pertandingan kali ini iaitu pada 13 Februari 2011, mereka dibenarkan bermain dengan syarat kekosongan mereka waktu itu tiada pengganti. 4.1.1. Perkara yang dibincangkan dan telah diputuskan

   

Masalah menggantikan tempat arwah, pasukan Din Pos boleh mencari pengganti yang sesuai mengikut gred pemain. Pemain-pemain yang sebelum ini tidak dapat hadir dan akan hadir pada pertandingan kali ini dibenarkan bermain sekiranya tempatnya tiada pengganti. Bagi kes Nugroho, sekiranya beliau hadir dan tempatnya telah diisi dibenarkan bermain di pasukan yang tiada pemain sama gred dengannya. Mesyuarat telah bersetuju bahawa sebarang masalah yang timbul selain daripada masalah yang telah dibincangkan dalam mesyuarat semasa pertandingan di serahkan tanggungjawab kepada Juhari (Pengerusi Pertandingan) dan Shaharuddin untuk membuat keputusan. Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa segala keputusan yang telah dibuat hari ini adalah muktamad.

4.2. KERJASAMA AJK Salehudin mohon kerjasama semua AJK supaya datang seawal yang boleh semasa pertandingan untuk membantu urusetia. 4.3. TAHLIL ARWAH Razak mohon untuk buat majlis tahlil arwah dan diberikan hadiah kepada keluarga arwah Abd. Muhin.Biro Agama diminta ambil tindakan diatas cadangan ini. 4.4. MEJA Juhari maklumkan untuk mendapat persetujuan semua AJK membeli 2 meja sebagai aset kelab bagi kegunaan urusetia semasa pertandingan diadakan. Cadangan beliau mendapat persetujuan semua AJK yang hadir.

1. 5.

PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi kepada semua AJK yang hadir.Mesyuarat ditutup pada pukul 11.15 malam. Disediakan oleh : Salehuddin bin Ahmad ( Setiausaha Kehormat KSRTM)

Disahkan oleh :

Shaharuddin bin Ahmad Sham ( Naib Pengerusi KSRTM)