Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang

perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira. TUJUAN 1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran. 2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. 3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN Disyorkan 3 alternatif seperti berikut : 1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang. 2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. 3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas. BILIK / KELAS a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain seperti kantin,

atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran pemulihan. b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat. c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat tempat penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

PENTADBIRAN KELAS Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan. Di antaranya ialah : Jadual waktu kelas / persendirian Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas. Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin. 4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid. 4.2 Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran. 4.3 Mengemaskinikan rekod rekod. 4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid. 4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa. 4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid. 4.7 Mengemaskinikan sudut sudut pameran pembelajaran. 4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di

kelas pemulihan. PENGELOLAAN SISTEM FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS 01 . FAIL INDUK Kandungan a. Surat surat Perhubungan Luar / Dalaman b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia c. Jawatankuasa Panitia d. Pekeliling pekeliling Ikhtisas ( contoh : PP Ikh . Bil 4 /96 )

02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN Kandungan a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas c. Rancangan Pelajaran Tahunan d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya

03 . FAIL MESYUARAT Kandungan a. Surat surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah b. Buku Minit mesyuarat panitia ( sekurang kurangnya 3 X setahun )

04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN Kandungan a. Program Developmental dan Rutin b. Laporan - laporan program

05 . FAIL ANALISIS IPP2M

Kandungan a. Analisis IPP2M

06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN Kandungan a. Guru Besar b. Guru Penolong kanan

07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID Kandungan a. Jadual Pemeriksaan b. Instrumen Pemeriksaan

08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK Kandungan a. Surat Mesyuarat b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan 09 . FAIL BANK SOALAN Kandungan a. Semua set ujian yang digunakan.

10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN Kandungan a. Jadual guru Pemulihan b. Maklumat guru Pemulihan

PANDUAN MENULIS NOMBOR RUJUKAN FAIL TBA6117 / 06 / 06 / 011 / 01 / ( 01 )

FAIL FAIL LAIN

( Fail peribadi murid ) - Borang Pencalonan murid - Borang pengumpulan maklumat - Kaji selidik / borang latar belakang - Rekod kesihatan

( Fail Bahasa Melayu Individu ) - IIP2M / Saringan - Ujian Diognastik - Rekod Pengamatan - Rekod Pencapaian murid - Borang skor individu

( Fail kerja susulan individu ) - direkodkan bagi murid-murid yang telah menguasai ( sudah mengikuti P&P dalam kelas normal ) - Lawatan - Inventori - BBM / ABM Contoh :Buku buku , carta , kad kad dan lain lain.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

KONSEP

Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah : Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk muridmurid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah . MATLAMAT Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan. TAKRIFAN AE Tanseley dan R. Culliford kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, M. F . Clough kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. Sharifah Rahman Ali kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded). Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya. Strategi Pelaksanaan Pencalonan Murid i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh: * guru mata pelajaran / guru kelas * guru besar * ibu bapa iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan. Pengumpulan Maklumat i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid. ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari: a) Guru besar berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan

b) Guru Kelas boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran, ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain. c) Ibubapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkaraperkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas berjalan lancar. Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah; a. Emosi dan Tingkahlaku i. Perasaan rendah diri. ii. Perasaan risau. iii. Perasaan sedih, hiba atau duka. iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran. v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru. vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. vii. Pasif. viii. Malas b. Sosial i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan. ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan. iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. v. Menangis enggan masuk darjah. vi. Hyper aktif. c. Kesihatan i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus). iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus. v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. vi. Kurang menjaga kebersihan diri. d. Kesediaan Belajar i. Belum bersedia untuk belajar. ii. Perbendaharaan kata kurang. iii. Lemah pemahaman. iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. v. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat. e. Pengamatan

i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak. iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. iv. Lambat mengkelaskan benda. v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah. vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. viii. Tidak kreatif. ix. Lemah pergerakan dan perbuatan. x. Lemah daya pemikiran/ingatan. xi. Tidak boleh mengingat kembali. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas 1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran. 2. Rekod-rekod prestasi 3. Rekod kesihatan 4. Kerja-kerja harian murid 5. Laporan Adab Belajar ( LAB ) 6. Melalui pemerhatian 7. Punca-punca lain yang diperolehi
TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 1. PENGENALAN Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut: 2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role ) 2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas. 2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.

2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun. 2.2 Preskriptif ( Presciptive Role ) 2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. 2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.. 2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik) 2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M. 2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai team teaching / guru pendamping sekiranya perlu. 2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role ) 2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran. 2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M. 2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role ) 2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid. 2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka. 3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3. 3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas. 3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan. 3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas. 3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan. 3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid. 3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi muridmurid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi: 3.4.1 Laporan prestasi murid. 3.4.2 Latar belakang murid. 3.4.3 Laporan kesihatan murid. 3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan 3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi: 3.5.1 Borang Pencalonan. 3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan. 3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat. 3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik 3.5.5 Lembaran Kerja 3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan. 3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid. 3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan. 3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di sekolah.

Kiosk Pemulihan Khas

23 April 2009 cikgu Tinggalkan komen Go to comments Salam sejahtera.. Semalam sahaja, saya menerima berpuluh-puluh email yang rata-ratanya daripada pelajar di institusi pendidikan yang mahu saya papar gambar sebenar kelas Pemulihan.

Baiklah, bagaimanakah yang dikatakan sebuah kelas Pemulihan yang selesa, kondusif, selamat dan sejuk mata memandang? Saya akan paparkan pada minggu depan beberapa contoh kelas Pemulihan yang saya perolehi dalam sesi lawatan Profesional ke lima buah sekolah di sekitar Johor Bahru pada pertengahan 2008 yang lalu. Hari ini saya akan paparkan kehebatan kelas Pemulihan dari Sekolah Kebangsaan Lepar Utara 1, Bandar Jengka yang mempunyai kiosk menarik dan sesuai dengan ciri-ciri kelasnya.

Kiosk Ruang / Visual


y

Kiosk Matematik
y

Kiosk Interpersonal

Kiosk Intrapersonal

Kiosk Muzik

Kiosk Bahasa

Anda mungkin juga menyukai