Anda di halaman 1dari 3

konsep dan model kajian tindakan Document Transcript

1. TUGASAN KELAS : Konsep dan Model KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN 1. DEFINISI Mc. Niff (1988),

" Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lai secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian. Elliot & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesional guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. Kemmis (1983) pula mentafsirkan kajian tindakan adalah pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan. Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia masih boleh dilakukan secara individu dan kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan profesional, perkembangan program sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan polisi. Mills (2003) pula menyatakan kajian tindakan ialah pertaanyaan secara sistematik yang dikendalikan oleh guru sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah, bagaimana guru mengajar dan bagaimana pelajar belajar. Maklumat dikumpulkan dengan satu matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang positif kepada persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif pelajar. Ebbut (1985): Kajian tindakan adalah kajian secara sistematik untuk mempertingkatkan amalan pendidikan secara berkumpulan yang dilakukan oleh pengkaji sendiri dimana pengkaji sendiri terlibat secara langsung dan membuat refleksi. 2. KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu amalan perkhidmatan pengajaran guru Melibatkan proses perkembangan amalan pengajaran yang bersistematik melaui refleksi yang membina dan analisis yang kritikal.

2. Melibatkan pembinaan teori daripada amalan sebenar. Penekanannya kepada praktik. Membudayakan

penyelidikan Kolaboratif dengan guru-guru lain. 3. PERBANDINGAN PNDEKATAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN LAIN YANG BERSIFAT KUANTITATIF Kajian Tindakan Lain-lain Kajian TUJUAN Memperbaiki amalan perguruan dan Membuat generalisasi dan menguji teori membentuk teori peribadi yang praktis serta menjelaskan prinsip dan kritis REKABENTUK KAJIAN Boleh diubahsuai berdasarkan situasi Ditetapkan terlebih dahulu sebelum sebenar kajian dijalankan SUBJEK KAJIAN Penyelidik adalah sebahagian daripada Penyelidik bukan subjek kajian. Subjek subjek kajian adalah contoh yang dipilih. PENGKAEDAHAN Dilakukan dalam situasi sebenar dan Nilai penyelidikkan bergantung kepada analisis hasil kajian menggunakan teknik teknik dan analisis statistik yang canggih. dan kaedah deskripsi dan naratif LAPORAN HASIL KAJIAN Laporan menggunakan bahasa yang Laporan bersifat teknikal mudah difahami

3. PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN KENAL PASTI PENILAIAN MASALAH MEMBUAT

PERANCANGAN TINDAKAN 1. MENGENALPASTI ISU/MASALAH/SITUASI Untuk mengenalpasti perkara di atas, guru perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara berikut : Apakah yang sedang berlaku Bagaimanakah sesuatu isu/masalah/ situasi itu wujud Apakah yang boleh dilakukan sebagai tindakan guru Menghadkan kajian kepada isu spesifik, tidak rencam. Memberi keutamaan berdasarkan persoalan yang mana perlu didahului seiringan dengan kehendak pentadbiran sekolah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Sebaik-baiknya kajian dilakukan secara kolaboratif (kerjasama dengan rakan sekerja) Pemilihan isu kajian i. Subjek dalam kawalan penyelidik ii. Perlu tindakan segera iii. Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian iv. Melibatkan penyelidik dan rakan sejawat v. Diyakini akan mendatangkan kesan yang baik ekoran kajian tindakan

4. Untuk melakukan kajian tindakan,tidak semestinya bermula dengan masalah. Dalam mengenalpasti

masalah kajian tindakan, apa-apa idea/ isu pun boleh digunakan tetapi ia hendaklah sesuatu yang bertujuan untuk penambahbaikan contohnya berkait dengan perkembangan sekolah, target sekolah, target dan misi untuk perkembangan diri dan juga profesion perguruan selain dari meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengenalpasti masalah, idea-idea/isu-isu hendaklah dicatat terlebih dahulu tetapi isu yang dipilih hendaklah bukan sesautu isu yang memang tidak boleh lagi diubah contohnya mengubah isi buku teks dalam tempoh yang singkat atau sebagainya. Isu yang dipilih juga hendaklah spesifik dan dalam skop yang kecil sahaja. Ini bertujuan,

untuk memudahkan kita mengenalpasti masalah yang sebenar dan juga menyelesaikannya, di samping senang untuk merancang penggunaan masa yang diperlukan. Selain itu, isu yang dipilih juga hendaklah memberi kepentingan atau faedah kepada guru, pelajar atau sekolah itu sendiri. Permalasalahan kajian tindakan ini juga boleh dikenalpasti melalui refleksi yang dilakukan oleh guru itu sendiri terhadap pengalamannya di dalam bilik darjah. Apabila terdapat 1 isu yang difokus, guru hendaklah mengemukakan soalan-soalan bagi tujuan penyelesaian masalah tersebut. Walaubagaimanapun, guru juga boleh melakukan hipotesis jika terdapat 1isu yang spesifik yang telah dikenalpasti. Ini bermaksud, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan berdasarkan refleksi pengalaman guru itu sendiri di dalam bilik darjah, sebaliknya mendapat idea baru mengenai sesuatu isu tersebut dan kemudian membuat satu hipotesis, seterusnya melakukan kajian tindakan untuk melihat kebenaran hipotesis tersebut. 3. MERANCANG TINDAKAN Menyediakan matlamat tindakan Menyediakan rasional / sebab-sebab cadangan tindakan Contoh senarai tindakan-tindakan yang dicadang : - Tugas dan tanggungjawab baru - Aktiviti baru - Bahan-bahan baru - Sturktur organisasi baru - Falsafah dan konsep perubahan - Penyataan cara-cara pemantauan yang ada - Penilaian - Penyataan keperluan yang lain seperti sumber rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan, masa dan sebagainya. - Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan sebenar.

5. 4. MELAKSANAKAN TINDAKAN Pada peringkat ini, guru atau pengkaji melaksanakan aktiviti mengikut

perancangan dan jangkamasa ditentukan. Pada ketika ini, guru perlu membuat pemerhatian, refleksi dan penilaian terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan. 3. PEMERHATIAN DAN PENGUMPULAN DATA Kaedah pemerhatian: Pemerhatian secara terbuka Pemerhati mencatat apa yang diperhatikan pada kertas sama ada mencatat nota tentang pelajaran tersebut atau apa sahaja yang dirasakan perlu dicatat, reaksi pelajar atau sebagainya. Kelemahan untuk pendekatan ini ialah terlalu umum atau tidak fokus. Pemerhatian secara fokus Pemerhati meletakkan sasaran apa yang nak diperhatikan Pemerhatian secara berstruktur Dalam pendekatan ini, selalunya pemerhati menggunakan diagram atau borang tertentu. Contohnya pemerhati menyediakan borang tentang apa yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada sikap pelajar, cara dan teknik guru mengajar atau sebagainya dan borang ini akan ditanda oleh pemerhati itu sendiri semasa tempoh p&p itu berlangsung. Pengumpulan data Merakam menggunakan audiotape Sangat berguna apabila memerlukan rakaman data yang spesifik iaitu seperti butir-butir percakapan/komunikasi antara pelajar dan guru semasa sesi pembelajaran.

6. Diari pelajar Cara yang cepat untuk mengumpulkan data. Sesetengah pelajar aka nada diari harian dan

kalau sesi pembelajaran itu bagus, pelajar akan mencatatkannye di dalam diari. Walau bagaimanapun, tidak begitu praktikal kerana tidak semua pelajar ada diari harian masing-masing. Temubual Boleh berlaku samaada secara individu iaitu pemerhati dengan pelajar atau pun guru, atau secara berkumpulan iaitu terdiri daripada 3 atau 4 orang untuk memudahkan sesi temubual. Sebaiknya rakaman perbualan dilakukan atau pun boleh hanya dicatat pada kertas. Videotape recorder atau kamera digital Merakam aktiviti pengajaran menggunakan video atau pun mengambil gambar. Merakam video banyak digunakan kerana banyak maklumat boleh dikumpul dan diperhatikan elalui rakaman tersebut. Data lebih tepat dan mudah untuk didiagnosis atau dianalisis. Rakaman dan gambar juga boleh dijadikan sokongan kepada bentuk pengumpulan data yang lain. Soal-selidik (Questionnaries) Soalan secara spesifik tentang bilik darjah, kurikulum, kaedah mengajar atau apa sahaja subjek/focus yang ingin diambil data. Soal selidik ini akan dijawab oleh pelajar atau subjek yang dikaji. Dokumen Contohnye seperti memo, surat, kertas peperiksaan dan sebagainya. 4. ANALISIS DATA Data dikumpulkan dan dikategorikan Data terbahagi kepada 2 iaitu data kualitatif dan kuantitatif Bagi data kualitatif, pemerhatian dilakukan pada video, temubual yang direkod ditaip balik (transcribe), dan data-data dikategorikan dan dibuat perbandingan dan perbincangan. Kesimpulan daripada data dibuat. Bagi data kuantitatif, data dianalisis secara statistik.

7. 5.LAPORAN DATA Data dilaporkan dan dibuat refleksi MODEL KAJIAN TINDAKAN 1. Model kemmis dan 8. Model 2:Elliott's 1991 9. Model 3: Ebbutt 1985 Model 4: McKernan 1996:29 10. Model Kemmis McTaggard (1988), Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan

Mc Taggard 1988

satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada EMPAT pendekatan iaitu merancang, bertindak dan membuat refleksi dan kitar ini akan berterusan mengikut kesesuaian

masalah. Jika masalah didapati belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, kitar akan diteruskan. Contoh FASAPERTAMA Langkah 1: PERANCANGAN Apakah anda hendak buat? Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda? Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid? Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan? Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang? Langkah 2: PELAN TINDAKAN Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru? Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai? Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa ditentukan oleh anda; iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka berlaku] Langkah 3: PENGUMPULAN DATA Temu duga murid Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) = memerhati apa yang berlaku di kalangan murid Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan, tulisan dan lain-lain Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik darjah Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas Tape audio perbualan dengan murid, guru lain. Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA

11. Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada apa yang sahaja ayng diperkatakan,

atau ayat yang ditutur atau pernyataan daripada pelajar.Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya. Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan. Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul. Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka. Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar. Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan sebagainya. Langkah 6: PELAN TINDAKAN SAMA SEPERTI LANGKAH 2 Langkah 7: PENGUMPULAN DATA SAMA SEPERTI LANGKAH 3 Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI SAMA SEPERTI LANGKAH 4

http://www.slideshare.net/malingall/konsep-dan-model-kajian-tindakan

Anda mungkin juga menyukai