Anda di halaman 1dari 1

1.

Negara Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan rakyat tempatan mendaki Gunung Everest, pencapaian akademik para pelajar negara di university bertaraf dunia serta pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diiktiraf sebagai salah sebuah lapangan terbang yang terbaik dan tercanggih di dunia. Namun demikian,, kami masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain dari segi kebersihan. Sampah sarap kelihatan bertaburan di mana-mana sahaja, sama ada di tempat peranginan seperti di pantai Port Dickson atau di sepanjang jalan raya menuju pecan Muar di Johor. Warganegara Malaysia seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ,tidak mengambil berat terhadap kebersihan dan mencemarkan alam sekitar dengan sewenang-wenangnya. 2. Pada pendapat saya, sikap rakyat tempatan yang tidak menjaga kebersihan dan lalai untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang disyorkan menjadi punca penyakit berjangkit yang boleh meragut nyawa , merebak dengan cepat. Misalnya, penyakit taun yang memudaratkan mudah menjangkiti kanak-kanak kecil disebabkan persekitaran yang tidak bersih dan bekalan air yang dicemari. Penyakit tersebut membahayakan kesihatan golongan muda ini kerana mereka masih tidak mempunyai daya ketahanan atau system keimunan yang kuat untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit berbahaya. Timbunan sampah yang banyak di tempat kediaman dan masalah air yang kotor turut memburukkan keadaan. Oleh itu, banyak kanak-kanak dijangkiti penyakit taun dan meninggal dunia akibat tidak mengikuti ungkapan kebersihan alam sekitar, tanggungjawab bersama.

Anda mungkin juga menyukai