Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK MEMBINA AYAT

Dalam peperiksaan, kamu tidak boleh menambah imbuhan, menggandakan perkataan tersebut atau menggunakannya dalam bentuk peribahasa. Ayat yang dibina haruslah terdiri daripada SATU ayat sahaja. Oleh itu, pelajar yang membina dua ayat tidak akan diberikan markah. Ada pelajar yang seolah-olah membina sepotong ayat, tetapi sebenarnya membina dua ayat. Contoh : Dia terpaksa membuat pengakuan terhadap kesalahannya, dia berasakan bahawa dia patut menerima hukuman yang ringan. Ayat 1 : Dia terpaksa membuat pengakuan terhadap kesalahannya. Ayat 2 : Dia berasakan bahawa dia patut menerima hukuman yang ringan. Ayat yang kamu bina haruslah menggambarkan pemahaman kamu dan menunjukkan makna perkataan tersebut. Untuk membuat demikian, jadikan perkataan yang diberikan sebagai KATA FOKUS. Fikirkan dan catatkan beberapa perkataan / frasa yang berkaitan dengan KATA FOKUS tersebut. Contoh : KEMISKINAN i) meminta sampah ii) sedekah masyarakat iii) berpakaian dihina iv) koyak-rabak

Kemudian, gabungkan perkataan / frasa yang telah kamu fikirkan dengan .KATA FOKUS tersebut untuk membina sepotong ayat. Contoh Ayat : Pemuda yang ditimpa kemiskinan itu terpaksa meminta sedekah dengan berpakaian koyak-rabak walaupun sering dihina orang kerana menjadi sampah masyarakat  Elakkan membina ayat yang tidak menunjukkan makna perkataan tersebut. Contoh : Kakak menerangkan makna perkataan kemiskinan kepada adik. Hamid tidak dapat membina ayat daripada perkataan - Pastikan ayat yang dibina tidak ada kesalahan tatabahasa seperti ejaan, frasa, tanda baca dan struktur ayat. Jika ayat menggambarkan makna, tetapi ada kesalahan tersebut, markah akan dipotong.

NO 1 2 3 4 5 6 8

PERKATAAN terputus kehendak kecundang secara kecilkecilan amat memeranjatkan nyata halangan

MAKNA terhenti keinginan, kemahuan, hajat kalah, gagal, tewas tidak secara besar-besaran sangat mengejutkan benar-benar ada, jelas dan terang rintangan, aral, gangguan

AYAT CONTOH Bekalan elektrik terputus akibat disambar petir. Kehendak adik untuk membeli mainan itu terpaksa dituruti kerana jika tidak dia akan menangis teresak-esak. Pasukan bola sepak Manchester United kecewa kerana kecundang dalam pusingan terakhir itu. Majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja kerana tidak mahu membazirkan wang. Berita tentang kematian nenek sangat memeranjatkan kerana di kelihatan sihat semalam. Para pelajar akan mudah memahami pengajaran seseorang guru jika dia menerangkan sesebuah topik dengan nyata sekali. Jika tidak ada apa-apa halangan, mereka akan meneruskan penjelajahan ke seluruh Eropah.

gelisah

10

memaparkan

hati yang tidak tenang, tidak tenteram , risau membentangkan, menghuraikan

Ibu bapa Razali berasa gelisah apabila anak dara mereka sedang menjalani pembedahan. Majalah Manja bulan ini memaparkan tentang kisah seorang selebriti yang berjaya.

FOKUS TATABAHASA SPM 2010: MEMBINA AYAT Salah satu bahagian yang sukar dalam soalan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM ialah Soalan 3(a), iaitu membina ayat. Banyak calon yang mengetahui makna perkataan yang diuji tetapi tidak dapat membina ayat yang gramatis atau mengikut kehendak skema jawapan. Sebagai contoh, murid tingkatan 5 menghadapi masalah untuk membina ayat dengan menggunakan perkataan yang tidak mempunyai imbuhan awalan atau pasangan perkataan me---kan dan me---i. Namun, jika mereka menguasai teknik tertentu, mereka sudah tentu dapat membina ayat dengan mudah dan cepat. Oleh itu, penulis akan memperkenalkan satu teknik untuk membantu murid membina ayat yang dikenal sebagai Teknik Transformasi atau Teknik Tukar Bentuk. Bagi guru pula, penulis akan menyediakan satu contoh rancangan pelajaran untuk disampaikan kepada murid di dalam kelas. Sebagai contoh, banyak murid yang tidak dapat membina ayat yang gramatis dengan menggunakan perkataan yang di bawah ini, iaitu: (i) hadiahi (ii) kirimi (iii) anugerahi (iv) hutangi (v) huluri (vi) cucuri Berdasarkan pengalaman penulis, banyak murid yang tidak dapat membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut. Hal ini demikian kerana murid mestilah terlebih dahulu menguasai ayat yang mempunyai dua objek, ayat pasif, ayat pasif songsang, dan ayat perintah. Selepas itu, murid mestilah menguasai proses penukaran ayat aktif kepada ayat pasif, ayat pasif susunan biasa kepada susunan songsang, dan seterusnya ayat susunan songsang kepada ayat perintah. Jika aspek ini sudah dikuasai barulah murid dapat membina ayat tersebut. Selain itu, jika kesemua aspek itu telah dikuasai, barulah murid dapat menggunakan teknik transformasi. Sekarang, marilah kita lihat cara-cara teknik tranformasi digunakan. Melalui teknik tranformasi, murid mestilah menentukan atau mengenal pasti perkataan asal sebelum membina ayat . Sebagai contoh, bagi perkataan hadiahi, perkataan asalnya ialah menghadiahi. Selepas itu, murid dikehendaki membina ayat dengan menggunakan perkataan asal dahulu, iaitu menghadiahi dan kemudian melakukan proses pasif susunan biasa, seterusnya melakukan proses pasif songsang, dan kemudiannya ayat perintah melalui proses penguguran seperti yang berikut: Saya menghadiahi Encik Ahmad sebuah jam tangan. (Aktif) 2. Encik Ahmad saya hadiahi sebuah jam tangan. (Ayat Pasif) 3. Saya hadiahi Encik Ahmad sebuah jam tangan. (Ayat Pasif Songsang) 4. Hadiahi Encik Ahmad sebuah jam tangan.(Ayat Perintah) 5. Hadiahilah Encik Ahmad sebuah jam tangan.(Ayat Perintah yang telah dilembutkan dengan partikel lah)

Dengan berdasarkan proses tersebut, kita dapat menggunakan salah satu daripada ayat (2) hingga (5) sebagai jawapan Sekarang, marilah pula kita melihat cara-cara ayat yang kedua dibina dengan menggunakan perkataan kirimi melalui teknik transformasi. Lakukan proses yang sama seperti tadi. Lihatlah proses itu di bawah ini:Saya mengirimi Suzana sepucuk surat. (Ayat Aktif) 2. Suzana saya kirimi sepucuk surat.(Ayat Pasif) 3. Saya kirimi Suzana sepucuk surat. (Ayat pasif Songsang) 4. Kirimi Suzana sepucuk surat. (Ayat Perintah) 5. Kirimilah Suzana sepucuk surat. (Ayat Perintah yang telah dilembutkan dengan partikel lah) Dengan berdasarkan kedua-dua proses yang ditunjukkan di atas, penulis yakin bahawa anda telah dapat mengetahui cara-cara untuk membina ayat yang seterusnya dengan menggunakan perkataan anugerahi. Melalaui proses yang sama, diharapkan anda dapat membina ayat seperti yang berikut: Beta menganugerahi Menteri Besar pingat kebesaran. 2. Menteri Besar beta anugerahi pingat kebesaran. 3. Beta anugerahi Menteri Besar pingat kebesaran. 4. Anugerahi Menteri Besar pingat kebesaran. 5. Anugerahilah Menteri Besar Pingat Kebesaran. Seterusnya, anda juga telah dapat membina ayat dengan menggunakan perkataan hutangi mengikut proses yang sama, iaitu; Saya menghutangi Hazwan wang sebanyak lima ringgit Malaysia. 2. Hazwan saya hutangi wang sebanyak lima ringgit Malaysia. 3. Saya hutangi Hazwan wang sebanyak lima ringgit Malaysia. 4. Hutangi Hazwan wang sebanyak lima ringgit Malaysia. 5. Hutangilah Hazwan wang sebanyak lima ringgit Malaysia. Dengan berdasarkan pengetahuan dan proses tadi, kita dapat membuat kesimpulan bahawa ayat yang tidak berimbuhan awalan seperti perkataan di atas tadi hanya dapat dibina dengan empat bentuk ayat sahaja, iaitu: 1. Ayat pasif Diri Pertama atau Kedua. Contoh: (a) Ayah saya hadiahi sebuah kereta. (b) Ayah kamu hadiahi sebuah kereta. Ayat pasif diri pertama atau kedua songsang. Contoh: (a) Kami hadiahi ayah sebuah kereta. (b) Engkau hadiahi ayah sebuah kereta Ayat perintah Contoh: (a) Hadiahi ayah sebuah kereta, kata kakak kepada abang. (b) Tolonglah, hadiahi ayah sebuah kereta, kata kakak kepada abang

2.

3.

Tegasnya, perkataan hadiahi, kirimi, anugerahi dan hutangi dapat dibina seperti ayat (2) hingga (5). Jika anda telah memahami proses pembinaan ayat seperti di atas, sila bina ayat di bawah ini tanpa menggunakan Teknik Tranformasi. Namun, jika anda mempunyai masalah, sila gunakan teknik tranformasi. Kemudian, sila semak jawapan anda. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA Soalan 3 (a): Membina Ayat Kata Kerja Terbitan menenggelami = membanjiri atau menggenangi (ttg air) menenggelamkan = menyebabkan tenggelam; mengaramkan; memasukkan atau membenamkan sst ke dalam air JAWAPAN CONTOH YANG MANTAP: Banjir kilat yang berlaku baru-baru ini telah menenggelami beberapa kawasan perumahan. Kaum nelayan itu telah menenggelamkan beberapa buah sampan buruk untuk dijadikan tukun. Soalan 3 (a): Membina Ayat Kata Nama Terbitan pedalaman = daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar pendalaman = perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan sst (seperti longkang, sungai, dll) JAWAPAN CONTOH YANG MANTAP: Kehidupan kaum Penan di pedalaman Sarawak terancam oleh aktiviti pembalakan haram. Kerja-kerja pendalaman sungai itu tergendala akibat musim tengkujuh. Soalan 3 (a): Membina Ayat Kata Ganda Berimbuhan berfoya-foya = bersuka-suka; bersenang-senang (dgn menghabiskan masa, wang dsb) berseri-seri = kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll; meriah dan ceria (berkenaan majlis, persembahan dsb) JAWAPAN CONTOH YANG MANTAP: Julia bersama-sama rakan-rakan sebayanya berfoya-foya di pusat hiburan. Wajah Mariah berseri-seri kerana lulus SPM dengan cemerlang. Soalan 3 (a): Membina Ayat Kata yang berbeza makna tetapi hampir sama bunyinya mengubah = 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar 2. menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal menggubah = 1 mengatur atau menyusun bunga dsb utk perhiasan 2. membuat cerita atau lagu dsb; mengarang cerita; mencipta sajak Sejak peristiwa hitam itu, Julia telah mengubah cara hidupnya. Mariamlah yang menggubah bunga untuk majlis persandingan saya. Soalan 3 (a): Membina Ayat Kata Hampir Sama Makna memangkas = 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek 2 memotong dgn gunting mencantas = memancung (hujung dahan, kepala, dll) JAWAPAN CONTOH YANG MANTAP: Pada waktu senggang, Pak Mail memangkas pokok-pokok bonsai di halaman rumahnya. Ayah sedang mencantas dahan pohon rambutan yang bersarang kerengga.

Sampel Soalan SPM Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. i) Mudah ii) Kemudahan iii) mudah-mudahan iv) memudahkan v) mempermudah vi) bermudah-mudah Jawapan yang Lemah i) ii) iii) iv) v) vi) Soalan matematik itu mudah-mudah sahaja. Balai raya itu dibina buat kemudahan rakyat. Makanlah ubat ini. Mudah-mudahan kamu cepat sembuh, kata Arini., Jejambat telah dibina untuk memudahkan kanak-kanak melintas jalan. Pegawai itu telah mempermudahkan urusan Pak Long di pejabat tanah. Janganlah bermudah-mudah dalam pekerjaan sembahyang.

Analisis Jawapan i) ii) Ayat ini betul tetapi tidak diberikan markah. Hal ini demikian kerana kata mudah telah digandakan menjadi mudah-mudahan. Perkataan kemudahan digunakan dengan betul dalam konteks ayat tetapi markah tidak akan diberikan. Hal ini demikian kerana perkataan buat ialah kata kerja tetapi telah digunakan sebagai kata sendi. Perkataan ini sepatutnya digantikan dengan perkataan untuk. Markah tidak akan diberikan untuk jawapan ini. Hal ini demikian kerana jawapan ini terdiri daripada dua ayat. Penggunaan perkataan jejambat dalam ayat ini tidak tepat. Jejambat bermaksud jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain seperti jambatan. Perkataan yang betul ialah jejantas. Oleh itu, tiada sebarang markah diberikan. Markah tidak akan diberikan untuk jawapan ini. Hal ini demikian kerana akhiran kan telah ditambah pada perkataan mempermudah. Penggunaan perkataan pekerjaan dalam ayat ini tidak tepat. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah mengerjakan. Tiada markah diberikan untuk jawapan ini.

iii) iv)

v) vi)