Anda di halaman 1dari 23

CERPEN Tina

Oleh : Farah bt Khuzaimah

SINOPSIS

Dua bulan belajar di sekolah baru, Haidi seringkali terpandang seorang pelajar perempuan yang mirip wajah adiknya, Sutina(Tina) Haidi berusaha untuk berkenalan dengan pelajar tersebut.Setiap kali melihat pelajar itu Haidi teringat kembali peristiwa-peristiwa yang dilalui bersama-sama adiknya, Tina Tina seorang budak yang periang dan amat disayangi oleh Haidi.Haidi terbayang betapa seronoknya Tina dapat bermain layanglayang.Keseronokan itu akhirnya membawa padah apabila Tina yang menghidap penyakit jantung berlubang telah jatuh pengsan ketika cuba mengejar Mamat yang merampas tali layang-layangnya

Tina meninggal dunia sebelum pembedahan dilakukan terhadapnya Usaha Haidi untuk mendekati pelajar itu tercapai apabila pada suatu hari dia memberanikan diri untuk bertegur sapa dengannya Nama pelajar itu Kursiah Persahabatan antara mereka mula terjalin walaupun Kursiah pada mulanya agak tegas dan garang

Kursiah merupakan pelari jarak jauh yang mewakili rumah Tuk Janggut dalam acara 5,000 meter.Haidi sentiasa memberikan semangat dan dorongan agar Kursiah memenangi pertandingan tersebut.Malah, Haidi menjanjikan ganjaran RM5.00 kepada Kursiah jika berjaya menyahut cabaran tersebut Kursiah mencapai impiannya apabila mendapat tempat pertama dalam acara tersebut.Haidi melonjak kegembiraan melihat Kursiah menjadi juara. Kegembiraan itu tidak lama.Apabila Kursiah diusung oleh anggota PBSM, Haidi meraung kerana teringat saat- saat akhir adiknya, Tina.Dia mahu Kursiah dibawa ke hospital dengan segara

Haidi berterus terang dengan Cikgu Amir tentang apa yang dialaminya dan tidak mahu perkara yang sama berlaku pada Kursiah Mendengar bunyi ambulans membuatkan Haidi semakin lemah.Dia hanya mampu berdoa agar Kursiah selamat dan dapat mengganti adiknya, Tina

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA
Kemanusiaan,iaitu kasih sayang dan kerinduan seorang abang terhadap adiknya yang telah meninggal dunia

PERSOALAN
Tekanan perasaan akibat kehilangan orang yang disayangi Haidi tidak dapat melupakan kisah suka-duka ketika bersama-sama dengan adiknya Tina yang telah meninggal dunia Ketabahan ketika menghadapi dugaan hidup Tina masih bersemangat untuk hidup sekalipun tahu bahawa dia menghidap penyakit jantung berlubang Sikap prihatin masyarakat Haidi dan keluarganya yakin Tina dapat diselamatkan dengan adanya sumbangan derma daripada orang ramai

Kegigihan dalam memburu kejayaan Kursiah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam acara 5,000 meter yang disertainya

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
HAIDI ialah pelajar baru di sebuah sekolah.Dia begitu tertarik dengan seorang pelajar perempuan di sekolahnya kerana wajahnya mirip adiknya, Sutina Penyayang Haidi amat menyayangi adiknya, Tina - Haidi sentiasa teringat saat-saat gembira dia bersama-sama adiknya, Tina sebelum Tina meninggal dunia. Gigih Berusaha tanpa jemu untuk mencapai keinginannya - Haidi terus berusaha untuk berkenalan dengan Kursiah yang mirip wajah adiknya, Tina.Akhirnya dia berjaya dan Kursiah menjadi sahabat baiknya. Tidak berputus asa Tetap positif terhadap sesuatu perkara - Haidi terus memberi perangsang kepada Tina bahawa dia akan menjalani pembedahan jantung dengan selamat hasil bantuan kewangan daripada orang ramai.

Watak Sampingan
TINA ialah adik kepada Haidi.Tina telah meninggal dunia kerana menghidap sakit jantung berlubang. Manja dan periang Mendapat kasih sayang daripada Haidi dan sentiasa gembira - Walaupun sakit, Tina tetap mendapat kasih sayang daripada Haidi.Haidi sentiasa menemaninya bermain layang-layang.Ini semua membuatkan Tina merasa gembira.

KURSIAH ialah pelajar perempuan yang mirip wajah Tina. Garang dan tegas Tidak suka diganggu - Kursiah tidak mahu melayan Haidi yang cuba berkenalan dengannya. Gigih dan bersemangat tinggi Berazam untuk memenangi acara larian 5,000 meter - Menyahut cabaran Haidi dengan menjuarai acara larian tersebut.

LATAR

Latar Tempat
Anjung rumah Haidi terkenang kisah dia dan adiknya, Tina melalui saat-saat bahagia sebelum Tina meninggal dunia Bilik darjah Haidi belajar di dalam kelas bersama kawan-kawannya Kantin sekolah Perkenalan Haidi dengan Kursiah walaupun tidak diterima baik oleh Kursiah Padang sekolah Sukan sekolah bermula dan Kursiah menyertai acara 5,000 meter dengan penuh semangat

Latar masa
Petang Haidi duduk-duduk di anjung rumah Waktu persekolahan Pelajar-pelajar menjalani kehidupan sebagai pelajar

Latar Masyarakat
Masyarakat sekolah Masing-masing sibuk dengan urusan sekolah Ada guru dan pelajar yang menjalani aktiviti harian di sekolah Masyarakat Kampun Perenggan Sikap tolong-menolong penduduk kampung Sewaktu Tina dikeluarkan dari ambulans orang-orang Kampung Perenggan turut membantu

GAYA BAHASA

Gaya Bahasa Bahasa harian yang mudah difahami

Contoh Simpan duit kan elok.Lepas tu Tina nak beli kain putih bang,kau,ku debar hatiku menggila Bagai kuntum bunga yang mulai mekar Bagai seekor burung yang merendah Pokok-pokok yang longlai dipuput bayu melihat kemurungan yang menyerangku masuk bakul angkat sendiri

Sinkof Hiperbola Simile

Personifikasi

Peribahasa

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai
- Kasih sayang - Tolong-menolong - Kegigihan

Pengajaran
Kita haruslah menyayangi ahli keluarga Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain Kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan Kita hendaklah tabah apabila menghadapi ujian dalam hidup

Anda mungkin juga menyukai