Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 73530 BATU BERENDAM, MELAKA.

TEL: 06-3174376 FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KE EMPAT 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 8 NOVEMBER 2011 (Selasa) : 12.00 tengah hari - 12.30 tengah hari : Bengkel 3 : 1. En. Low Chor Peng - Ketua Panitia Kemahiran Hidup 2. Cik Nur Fadiah binti Muhammad- Setiausaha 3. Cik Saadiah binti Kamar 4. Pn. Eleeza binti Amir 5. Pn. Norazila binti Zakaria 6. Cik Nurhayati Adha binti Kamarudin Tidak hadir bersebab: 1. Tn. Hj Ismail bin Abdullah (GKMP Teknik & Vokasional) 2. Pn. Siti Munirah binti Shahari Bertindih dengan P&P 3. Pn. Hasnah binti Seman Ke Hospital 4. Cik Siti Norhanes binti Zailani Ke Hospital 5. Pn. Khatirina binti Mat Shah Cuti bersalin 6. Pn. Pon Sau Keng Bertindih dengan P&P 7. Pn. Rohana binti Mamat - CRK 8. En. Yussup bin Ismail Urusan Peribadi 1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (EN. LOW CHOR PENG) 1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali yang ke empat ini. 1.2 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang telah menjalankan tugas dengan baik selama ini. 2. PEGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Tuan Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali kedua 2011. Pn. Eleeza binti Amir telah mengesahkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh Cik Nurhayati Adha binti Kamarudin. Tindakan : Makluman semua guru KH 3. LAPORAN AKTIVITI PANITIA 3.1 Pengerusi membentangkan laporan program yang dijalankan sepanjang tahun 2011. Antara program yang telah dikendalikan oleh Panitia Kemahiran Hidup ialah:3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 3.1.6 Menyasarkan kelulusan 100% Program latihan topical setiap bab Program skor A Program 30/40 Program latih tubi Model PMR dan soalan negeri lain Program teknik menjawab soalan untuk pelajar PMR Tindakan : Semua guru KH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 73530 BATU BERENDAM, MELAKA.


TEL: 06-3174376 FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

4. LAPORAN KEWANGAN PANITIA 4.1 4.2

Tuan Pengerusi memaklumkan perbelanjaan Panitia Kemahiran Hidup sehingga berakhir 31 Disember 2011 ialah RM 25,457.25 Pengerusi juga memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM1,207.00 telah ditarik balik oleh kementerian kerana enrolment pelajar pada tahun ini ialah kurang berbanding wang peruntukan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Baki berakhir 31 Disember 2011 ialah RM1,187.68.

4.3

Tindakan : Makluman semua guru KH 5. PERANCANGAN 2012 5.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa perancangan tahun 2012 adalah seperti aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2011. Cuma aktiviti yang bakal dijalankan akan dimantapkan lagi serta dirancang lebih menarik. 5.2 Antara aktiviti yang dirancang bakal ditambah untuk tahun 2012 ialah aktiviti lawatan sambil belajar serta pertandingan berkaitan Kemahiran Hidup. 5.3 Perincian untuk perancangan 2012 akan dimurnikan lagi di dalam Mesyuarat Panitia KH kali pertama 2012. Tindakan : Semua guru KH 6. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.1

Tuan Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru KH kerana berjaya menghabiskan sukatan pelajaran di dalam masa yang ditetapkan. Penggunaan ICT disarankan diteruskan untuk tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. Tindakan : Makluman semua guru KH

6.2

7. ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 DAN 2 7.1 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa analisa peperiksaan akhir tahun belum diperolehi lagi daripada unit peperiksaan. Oleh yang demikian laporan terperinci akan dibentangkan dalam mesyuarat pada tahun hadapan. Tindakan : Makluman semua guru KH 8. LAPORAN KERJA KURSUS 8.1 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa fail pelajar yang telah siap mesti disimpan di tempat yang selamat atau di simpan di bengkel beliau. 8.2 Selain daripada itu, fail pemarkahan dan fail kelompok mesti diserahkan kepada beliau selewat-lewatnya pada hari terakhir persekolahan untuk tahun ini iaitu pada 18 November 2011. Tindakan : Makluman semua guru KH 9. PENGURUSAN BENGKEL

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 73530 BATU BERENDAM, MELAKA.


TEL: 06-3174376 FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

9.1 9.2

Tuan Pengerusi meminta semua pengurus utama bengkel untuk mengemas kini buku stok dan menghantar kepada beliau selewat-lewatnya pada 18 November 2011. Beliau juga meminta jasa baik semua guru supaya memulangkan semua peralatan yang dipinjam daripada panitia kepada beliau sebelum cuti persekolahan.

Tindakan : Pengurus utama bengkel KH 10. HAL-HAL LAIN 10.1 Cik Nur Fadiah Binti Muhammad memaklumkan bahawa bermula tahun hadapan, pelajar tingkatan Satu tidak lagi mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila mereka di tingkatan Tiga kelak. Sebaliknya akan digantikan dengan satu sijil yang namanya belum diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sijil tersebut berteraskan Penilaian Berasaskan Sekolah dan 100% penilaian adalah di bawah tanggungjawab guru. 10.2 Oleh yang demikian, pengerusi memaklumkan bahawa satu taklimat in-house akan diadakan pada awal tahun hadapan untuk menerangkan secara terperinci tentang Penilaian Berasakan Sekolah yang pelaksanaannya akan menggantikan PMR sedia ada. 10.3 Sehubungan dengan itu, pengerusi memaklumkan bahawa Cik Nur Fadiah Binti Muhammad (KT) dan Pn. Hasnah Binti Seman (PK) akan dipertanggungjawabkan untuk memberi taklimat tentang Penilaian Berasaskan Sekolah yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan. Tindakan : Cik Nur Fadiah Binti Muhammad dan Pn. Hasnah Binti Seman 11. UCAPAN PENANGGUHAN Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali ketiga 2011 ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.

Disediakan oleh:

.. NUR FADIAH BINTI MUHAMMAD SETIAUSAHA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP .

Anda mungkin juga menyukai