Anda di halaman 1dari 4

5.0 PEMULIHAN TULISAN 5.

1 KONSEP PEMULIHAN TULISAN Pada masa kini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid-murid lain akan diasingkan dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Waktu-waktu pelajaran tertentu telah ditetapkan untuk memberikan pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan mengenai latar belakang murid, supaya pengajaran yang hendak dijalankan benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dijalankan, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini dinamakan sebagai saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada dalam bidang membaca, menulis atau mengira. Langkah diagnosis akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkahlangkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

5.2 TEKNIK PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada cara memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna.
14

Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran pada kebiasaannya mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan bahawa punca utama masalah menulis dalam kalangan murid ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul, terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapislapis. Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan bahawa guru-guru sekolah rendah haruslah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas.

Terdapat juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.

Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

15

5.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas penulisan. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

5.4 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh.

Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Usaha pengajaran permulaan dalam penulisan pada kebiasaannya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa, masih kanak-kanak penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid tersebut kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.

Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar memegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut: 1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang

16

bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja. 2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. 4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. 5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) pada kedudukan yang betul.

17

Anda mungkin juga menyukai