Anda di halaman 1dari 30

Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui

peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.

Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh :

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.

Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti

kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

Seni dalam pendidikan

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidkan lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi guru. Dengan ini, guru diharapkan dapat mengamalkannya. Seni Dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni , muzik dan pergerakan. Guru dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik dan pendidkan jasmani yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Seni Dalam Pendidikan

MENGGAMBAR PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR . satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. . melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. .menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. .lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. .meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. .membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.. .dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. R Definisi Menggambar .representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. .mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. . gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang

.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek . Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. . Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi . Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

LUKISAN Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata

CATAN .proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. . mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak .Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus . Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan . Satu ciptaan gambar yang berwarna . latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. . Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. . Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain . Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna. Kolaj .bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan .perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. .satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih .Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. . Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. . Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. .Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. . Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan. .Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain .Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. . Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

MONTAJ . Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar . Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. . Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain .Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi . imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan . hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. .komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. . Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. .Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto. . Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni . Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen

SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan menggunakan pancaindera. Murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan bagi meningkatkan kreativit dan daya imaginasi untuk mencapai objektif pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanakkanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. murid -murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential. Aktiviti seni pergerakkan pula mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan. Manakala seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaanperbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini, , iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak

Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya. Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti 1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan

pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat 2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam pengajaran yang

menggunakan pendekatan bertema. Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants Tema Persekitaran : Pokok Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik. Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan. Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna. Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu, - untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains) - mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik) - menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (seni visual) - melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)

3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih; Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini.

Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar. Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. 3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P a)Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. 2)Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsurunsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. 3)Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. 4)Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. 5)Pengayaan

Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. 3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran? Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya : (a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan. c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah

3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran? Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasabahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN TAJUK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANG SOALAN TUTORIAL Anda dikehendaki membaca beberapa artikel journal atau buku mengenai seni dalam pendidikan. Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingan seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan rujukan kepada teori pembelajaran Jawapan anda hendaklah disokong dengan pandangan tiga orang tokoh dalam bidang ini.

.Kanak- kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti dan mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Kereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983:11), kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka. Teori Howard Gardner menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi penekanan kepada 2 kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan sentuhan muzik, gerakan kinestetik, emosi dan seni. Seni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan fotografi. Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan dan merangsangkan daya fikir seseorang murid serta untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Dengan memiliki bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu mengeluarkan daya kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan. Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak dengan melakukan pergerakanpergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar. Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, secara tidak langsung merangsang daya kreativti yang tersimpan di dalam jiwa mereka. Ini akan memperkenalkan mereka kepada aliran pergerakan serta memantapkan fakulti daya ekprisi spontan mereka. Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam keadah pengajaran, kemahiran- kemahiran bermotor termasuk pergerakan kemahiran- kemahiran berasas, permaianan, tarian dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam proses pembelajaran serta menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan oleh Rudolf

Laban. Analisis ini dapat mencernakan satu arah baru dalam pendidikan fizikal iaitu dalam bidang pergerakan. Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya Kanak-kanak mendengar ritma atau alunan muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan dari segi intensiti, tekanan, kederasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan- tekana fizikal akan menimbulkan perasaan riang kepada deria kanak- kanak. Di samping itu, muzik tidak jauh beza dengan nada dan irama di mana ketinggian dan kerendahan nada, intensiti dan tempoh akan mengiringi pergerakan-pergerkan gerak tari, memantap serta memperlihatkan ekpresi emosi. Pembelajaran tarian sangat penting kerana aspek ini dapat memberi kesan memori yang panjang di mana mereka mudah mengingati apa yang dipelajarinya. Sebagai contoh irama muzik yang selalu diiringi dengan melodi riang dan rancak rentaknya seperti Lenggang- Lenggang Kangkung, Burung Kakak Tua, Air Pasang Pagi, Ikan Kekek dan sebagainya akan menghasilkan satu tarian yang akan menghiburkan perasaan mereka. Elemen masa boleh digambarkan menerusi rentakan dan alunan tubuh badan, seperti denyutan nadi, denyutam jantung dan pernafasan. Setiap kanak- kanak memnpunyai naluri terhadap susunan dan integrasi ynag terbit daripada gerak denyutan memberikan kepada mereka suatu perlindungan dan rangsangan. Selain penggunaan alat muzik untuk mengiringi pergerakan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran, mereka juga boleh mengeluarkan suara di samping menghasilkan bunyi-bunyi dari hasil hentakan kaki dan tepukan tangan yang boleh menggembirakan hati mereka. Melalui pendidikan muzik dapat membantu mereka untuk merasai pergerakan secara intim, memupuk naluri terhadap muzik dan meperkayakan pegalamann pergerakan mereka. Untuk memperkayakan lagi pendidikan jasmani agar pergerakan kanak- kanak dapat dipertingkatkan pendidik boleh menggunakan muzik dalam bentuk ritma. Di sini mereka lebih berasa puas, riang dan seronok serta dapat munyuburkan minat mereka dan menghargai keindahan seni. Daripada adunan ritma, aktivitu seperti berjalan, melangkah, berlari dan melompat dapat dihasilkan. Penggunaan muzik dalam proses pembelajaran sangat meluas kerana ia meningkatkan kemahiran berfikir dan pemahaman kanak-kanak. Dengan mendengar irama muzik mereka akan berasa terhibur dan gembira. Pengembangan emosi yang sihat dapat dilihat apabila mereka menjiwai irama muzik tersebut. Melalui pembelajaran muzik mereka dapat membuat keputusan dan andaian serta menginterpretasi maklumat daripada pengalaman sedia ada. Ini dapat membantu pendidik meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir kanak-kanak dengan lebih berkesan lagi. Dengan mempelajari muzik, akan mempertingkatkan daya saing antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, mereka mudah bergaul antara satu sama lain. Teater dan drama juga perlu diberi penekanan kepada kanak- kanak kerana proses pembelajaran untuk setiap mata pelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini bererti kanak- kanak dapat berfikir secara spontan, membuat penyelesain masalah, memberi konsentrasi dan kemahiran menganalisa.. Malah melalui drama juga ia dapat meningkatkan daya imaginasi kanak- kanak di mana mereka cuba mengaitkan dengan keadaan hidup yang realiti. Ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran berfikir dan perkembangan emosi yang sihat apabila bekejasama dan bergaul dengan kanak-kanak yang lain.

Pembelajaran Pendidikan seni visual di sekolah termasuk melukis, mengukir, mewarna, menghasilkan kraftangan dan sebagainya. Dalam pada itu, ia juga membantu mengembangkan daya kreativiti dan mencungkil minat kanak-kanak terhadap keunikan seni. Justeru itu, kanakkanak berasa puas dan seronok kerana diberi peluang untuk mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga membuktikan bahawa mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang tersendiri. Melalui seni visual mereka akan memperlajari membuat pemerhatian terhadap skop yang lebih meluas, mudah memahami dan mempraktikannya. Seni visual juga menyuntik semangat untuk belajar kepada kanak- kanak untuk lebih megingati pelaran yang dipelajarinya. Setiap mata pelajaran bertambah menarik sekiranya malumat yang diberikan memberi kesan yang mendalam kapada kanak-kanak. Sebagai contoh warna yang berwarna-wani dan reka bentuk yang unik digunakan untuk menarik perhatian mereka. TAJUK 3 : IRAMA, WARNA DAN RUANG. SOALAN TUTORIAL Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda,tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut : Bunyi yang anda dengar Pergerakan manusia Susunan peralatan Warna-warna pada makanan,pakaian dan peralatan. Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Bunyi yang anda dengar : Bunyi loceng Suara murid bergerak ke kantin ,perlahan Suara murid membeli makanan,sederhana Selepas makan murid bermain,bunyi kuat Gambaran bunyi boleh dilihat pada bulan dibawah ini yang menunjukkan bunyi perlahan.sederhana, kuat dan senyap / perlahan. Pergerakan manusia: Semasa bunyi loceng murid bergerak perlahan dan beratur. Semasa sampai di kantin murid bergerak secara sederhana untuk membeli makanan Setelah membeli makanan pergerakan agak laju dan suasana yang bising. Susunan peralatan : Makanan nasi goreng mee, nasi lemak, nasi ayam, laksa disusun pada satu tempat. ayam goreng, kentang goreng Kuih-muih, disusun pada satu sudut lain Tempat membeli makanan lelaki dan perempuan diasingkan. Sudut buah-buahan juga berasingan dengan sudut minuman Susunan meja kantin antara lelaki dan perempuan juga berlainan Tempat melatakkan pinggan dan cawan yang kotor disediakan

Warna pada makanan, pakaian dan peralatan: Warna makanan pelbagai dan menarik merah, hijau, kuning, ungu. Warna pekaian bercorak-corak dan bewarna Warna peralatan pinggan, mangkok, merah , hijau, kuning. Aktiviti yang sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah ialah membuat pergerakan bebas Di seluruh kawasan bilik darjah : Berdiri tegak di kawasan yang bebas keseluruhan kelas dengan tangan melakukan pergerakan perlahan Meneroka ruang di sekeliling bilik darjah sambil meregangkan tangan secara perlahan, sederhana, laju dan perlahan ke hadapan dan ke belakang. Dengan iringan muzik seperti Lagu Gazal Pak Ngah Balik Bulan Mengambang murid bergerak mengikut rentak pergerakan secara kreatif mengikut ruang dalam bilik darjah. TAJUK 4 : DERIA DAN SENI SOALAN TUTORIAL i) Tuliskan satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria, terutamanya, dalam konteks anda sebagai seorang pelajar serta guru. 1. Lihat melihat dan menganalisis apa yang dilihat. melihat sesuatu pemandangan, objek atau peristiwa. memahami apa yang berlaku. berlaku dalan P&P sehari-hari murid melihat carta, gambar dan guru mengajar untuk menambah ilmu pengetahuan. 2. Lidah (rasa) mengerut muka apabila merasa masin. menunjukkan sesuatu yang tidak disukai. guru boleh menggambarkan ekspresi muka yang berkerut apabila memarahi murid. Ini menunjukkan guru tidak suka pada kelakuan tersebut. 3. Dengar mendengar muzik dan meggerakkan kaki, menari atau menghayati sesuatu yang didengar. suasana yang tenang ( tidak bising). mendengar pengajaran guru di dalam kelas. 4. Hidu Gembira bau wangi Tidak ceria-bau busuk suasana kelas yang wangi, tidak berbau dengan bauan boleh meningkatkan kualiti pengajaran

& pembelajaran . bau badan akibat berpeluh tidak menyelesakan proses P&P. ii) Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan kepentingan deria untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti perlakuan di sekeliling kehidupan harian anda. iii) Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang disediakan . Aktiviti Jenis Deria Melukis gambar pemandangan dan warnakannya Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa dalam gambar tersebut Pelajar mengekspresi suasana dengan menggunakan alat-alat muzik ( Gambar Suasana Pantai ) -Lihat, rasa Pergerakan perlahan - sangat perlahan Piano ( Irama yang syahdu dan mendamaikan ) Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara manusia. Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni visual Dengar, rasa, lihat, sentuh Muzik Jangan kau mimpi Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan kontur sesuatu permukaan Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas. Pelajar membanding beza sentuhan yang dialami dan mengekspresikan melalui pergerakan. Rasa Lembut atau kesat Rata atau mengerutu Kertas pasir- Mengerutu Benang bulu lembut Kapas halus dan ringan Lembut perlahan Kasar agak keras dan agresif Kesat sederhana perlahan Membuat latihan pernafasan Melakukan pergerakan dengan menggunakan imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara nyaman dan kemudian melukis imej visual mengikut sepertimana yang diekpresikan. * Mulut yang ketiga di sebelah buat mata sepet seperti nyaman Tarik nafas selama 5 saat (tulis sendiri harum, busuk, nyaman ) Susah nak tulis TAJUK 5 : PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

SOALAN TUTORIAL Berdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan rakan-rakan anda dikehendaki melakonkan situasi di pasar malam itu. Anda dikehendaki menggunakan bahan-bahan gantian untuk menggambarkan eksplorasi, pengalaman dan ekspresi bagi situasi itu. LAKONAN SITUASI DI PASAR MALAM Eksplorasi Penggunaan Ruang, Warna dan Bunyi Ruang : Perlakuan aktiviti jual beli / tempat berniaga / kawasan (tapak gerai) Warna : Peralatan, Bahan Jualan, Pakaian, Tempat / Kedai Bunyi : Muzik, Bising (orang bercakap), penggunaan alatan (Plastik, timbang, bakul-bakul dan sebagainya Pengalaman Membeli barangan di pasar malam. Contoh barangan yang dibeli : makanan buah-buahan, barang-barang kering, barang-barang basah, pakaian, kasut, air dan barang-barang plastik. Ekspresi Proses tawar menawar antara pembeli dan penjual melibat ekspresi wajah. Proses membeli dan menjual juga melibatkan ekpresi wajah. Kepentingan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah 1) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai disokong oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa setiap individu dikurniakan dengan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Setiap potensi yang ada boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tersebut ialah: a) Kecerdasan linguistik merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata,tulisan kreatif,puisi,perbahasan,berjenaka dan bercerita. b) Kecerdasan logikal-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. c) Kecardasan visual-spatial merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta gambaran mental serta mengamati dunia visual. d) Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik. e) Kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka-cipta gaya menari. f) Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. g) Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama,refleksi pemikiran kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri.

Dengan adanya Seni Dalam Pendidikan, murid murid dapat membentuk imaginasi yang berkesan dalam menghasilkan pengetahuan baru. Berdasarkan rangsangan yang diberikan murid murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis sebagaimana yang dinyatakan dalam kecerdasan logikal matematikal. 2) Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan kanak kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokan Teori Konstruktivisme ada menyatakan bahawa pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dalam sesuatu pembelajaran dan bukan menerimanya secara pasif. Mereka berusaha untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru dengan menggunakan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya dapat meyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul.Organ deria memainkan peranan yang penting dalam memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di sekeliling. Organ organ deria akan bertindakbalas dengan rangsangan rangsangan yang sesuai daripada persekitaran, kemudian di proses dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna seterusnya diamalkan dalam suatu situasi yang sesuai. Jadi, berdasarkan teori ini guru memainkan peranan penting bagi membolehkan pelajar membina pengalaman baru dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan seterusnya pelajar boleh bertindak secara aktif. Misalnya, bagi matapelajaran Bahasa Inggeris guru boleh meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dengan memperdengarkan kepada pelajar beberapa buah lagu Inggeris. Pelajar diminta bersama sama menyanyikan lagu tersebut.Setelah selesai, pelajar dikehendaki mencatat dan menyebut beberapa perkataan yang baru didengar. Jadi di sini, ia dapat menambahkan perbendaharaan kata pelajar tersebut sekaligus mereka mendapat pengetahuan baru. Menurut teori ini lagi, pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Dengan adanya Seni Visual, Muzik dan Pergerakan ia boleh dijadikan sebagai rangsangan kepada pelajar. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan tersebut. 3) Membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Di sokong oleh Hermann yang menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Dengan adanya Seni DalamPendidikan, ia dapat mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana, dalam Seni Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni visual ,muzik dan pergerakan. Otak kiri dan otak kanan masing masing mempunyai peranan yang tertentu. Menurut Roger Sperry (1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat banyak memberi penekanan perkembangan otak kiri iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul tetapi adanya Seni Dalam Pendidikan, ia dapat membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi seni visual, muzik dan pergerakan. Ini kerana, aktiviti aktiviti tersebut dapat memberi peluang kepada otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa yang dilihat dan disaksikan.

4) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda alam. Dengan demikian, aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran Kebolehan mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam Seni Dalam Pendidikan boleh memudahkan proses menghubugkaitkan semua benda alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar dalam p&p boleh membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan pemindahan pembelajaran. Ini kerana, kanak kanak memang suka kepada sesuatu yang bergambar, berwarna ( seni visual ), berbunyi dan berirama (muzik) serta aktiviti yang melibatkan pergerakan. Hal ini di sokong oleh tokoh dalam Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak kanak melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan bukannya secara pasif.

Perkembangan Kanak-Kanak, Remaja dan Seni Seni merupakan asas kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, maka dapat meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanakkanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Lebah. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan remaja Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 1. Keinginan untuk bergerak. - Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal 2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf - Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai 3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat - Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain 4. Keinginan untuk bersaing - Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya. 5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. - Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. 6. Keinginan untuk meneroka - Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan. 7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. - Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif 8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. - Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. 9. Keinginan untuk kefahaman. - Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain Sembunyi Sembunyi (Hide and Seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut : - Bagaimana mereka menguruskan permainan ini - Bagaimana menyembunyikan diri mereka - Tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh orang yang mencari - Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.

SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan, anda dikehendaki memberi contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak. Keinginan untuk bergerak Menggunakan kerusi roda pesakit di hospital sebagai kereta. 2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Mempamirkan sesuatu lukisan yang dihasilkan di dalam kelas; atau dicopbintang apabila menyelesaikan sesuatu tugasan dalam buku aktiviti ataubuku latihan. 3.Keing inan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalammasyarakat. Memberanikan diri menyanyikan sesuatu lagu dihadapan kawan-kawan disekolah atau memenangi tempat pertama dalam kuiz Bahasa Arab, Tilawah

1. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANGFaedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah 1 2. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi. 2 3. WAJ3107:Seni Dalam PendidikanFaedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruhdan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaridengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untukmenyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiranuntuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik

dan Pergerakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiridan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi gurudalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran denganmengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolahrendah.Faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik:1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid- murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. 3 4. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. 4 5. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh:1. Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan menggembirakan.2. Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera.3. Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya.4. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni5. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat

dan selamat.6. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab.7. Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya dengan keselesaan hidup.8. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang berfaedah.9. Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah air. 5 6. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 2 KANAK-KANAK DAN SENISemasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain Sembunyi Sembunyi (Hideand seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:1. Bagaimana mereka menguruskan permainan ini. Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh. Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan menyembunyikan diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim bertindak sebagai pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa orang yang dapat dicarinya. Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli yang lain sudah bersembunyi dan bersedia untuk dicari olehnya. Loceng diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa. Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi pertama yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat dicari adalah bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli yang bermain pada permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu membunyikannya.2. Bagaimana menyembunyikan diri mereka. Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk menyembunyikan diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh dan susah untuk dicari oleh si pencari. 6 7. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan3. Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari. Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh hakim.4. Ekspresi mereka apabila mereka ditemui. Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai penyembunyi, ekspresi muka mereka akan menggambarkan kekecewaan kerana mereka sangkakan tempat persembunyian mereka agak strategik. Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut kerana si pencari berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama kepada penyembunyi pertama yang telah dijumpai oleh si pencari.Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak1. Keinginan untuk bergerak Kanakkanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari.2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan.3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan mereka dianggap tidak kedekut. 7

8. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan4. Keinginan untuk bersaing. Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak- kanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain.6. Keinginan untuk meneroka. Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan kepada mereka.7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka.8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan. 8 9. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya. Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan sterusnya menjiwai watak tersebut. 9 10. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANGUbahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untukbelajar. Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan. Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian murid. Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk menampakkan lebih keceriaan. Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan plastik di atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.Peranan warna dalam kehidupan harian Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau garang atau terang. Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang. Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita. Warna memberi ketenangan dalam kehidupan. Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.Ruang Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatupergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kitamelakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untukbergerak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dandalam berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapatbergerak dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar.

Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia(1983) menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat duniadengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap 10 11. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikanwarna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakanjuga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yangluas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akanmerasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhipemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas. 11 12. WAJ3107:Seni Dalam PendidikanBunyi Suasana Waktu Rehat Bunyi yang Pergerakan Warna makanan, Susunan peralatan didengar manusia minunan & alatan Berjalan Bunyi bersiul Meja teratur Hijau Bunyi bercakap / Kerusi kurang Berlari oren menjerit teratur Bunyi ketawa Bersentuhan Pensil berselerak putih Bunyi berjalan Bertepuk tangan Buku tidak kemas merah Bunyi berlari Berdiri tegak Kasut tidak teratur jernih Tong sampah Bunyi tepukan Berlari anak coklat rebah Bunyi ronyokan Menoleh kiri dan silver kertas dan plastik kanan Bunyi benda Berpusing badan Biru tua terjatuh Bunyi mengunyah Mengangguk Hitam makanan kepala Memegang Bunyi menyanyi sesuatu 12 13. WAJ3107:Seni Dalam PendidikanTAJUK 4 DERIA DAN SENI AKTIVITI JENIS DERIA Melukis gambar pemandangan dan warnakannya. Lihat dan sentuh Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa Lihat dalam gambar tersebut. Lihat, sentuh, Pelajar mengekspresikan suasana dengan dengar dan rasa menggunakan alat-alat muzik. Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara manusia. Dengar Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang Rasa dan sentuh sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni visual. Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan Lihat dan rasa kontur sesuatu permukaan. Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu objek Sentuh dan rasa yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas. Pelajar membanding bezakan sentuhan yang dialami Sentuh dan rasa dan mengekspresikan melalui pergerakan. Membuat latihan melalui pernafasan. Hidu Melakukan pergerakan dengan menggunakan Lihat dan hidu imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara nyaman dan kemudian melukiskan imej visual mengikut sepertimana yang diekspresikan. 13