Anda di halaman 1dari 7

1.

Comprehend To Desktop Computer


1.1.1 Describe the evolution of computer Sejarah Dan Generasi Perkembangan Komputer Sejarah komputer bermula di Tanah Besar China, 500 tahun yang lalu di mana penggunaan abakus (cepoa) untuk tujuan pengiraan digunakan dalam perdagangan. Sehingga kini, revolusi komputer berkembang pesat dan menghasilkan aplikasi-aplikasi komputer yang lebih canggih dan maju seperti teknologi kepintaran buatan dan teknologi jaringan sedunia. a) Zaman Sebelum Tahun 1940 Pada zaman dahulu, pengiraan dijalankan dengan menggunakan jari, batu, kayu kecil, simpulan tali dan sebagainya. Seterusnya manusia mula mencipta alat yang memudahkan pengiraan. Penciptaan demi penciptaan akhirnya berjaya menghasilkan suatu sistem pengiraan yang lebih kompleks dan canggih dikenali sebagai komputer. i) 3000SM - Alat Penghitung Abakus Merupakan alat penghitung pertama didunia yang membolehkan pengguna melaksanakan pengiraan berdasarkan sistem susunan manik. Ia mula digunakan di Babylonia. 1614 - Tulang John Napier Alat ini dicipta oleh ahli matematik Scotland, John Napier. Ianya terdiri daripada set bongkah pengiraan yang diperbuat daripada kepingan tulang dan gading yang menjadikan proses mendarab dan membahagi lebih pantas dan mudah.

ii)

iii) 1642 - Pascal Pascaline Alat ini dicipta oleh ahli matematik dan falsafah Perancis, Blaise Pascal. Ia merupakan mesin kira mekanikal yang pertama didunia dan hanya boleh melaksanakan operasi penambahan sahaja tetapi alat ini merupakan perintis kepada penciptaan alat pengiraan.

Mesin Pascaline iv) 1694 - Alat Pendarab Leibniz Alat ini dicipta oleh ahli matematik dan falsafah Jerman, Gottfried Wilhem von Leibniz yang mampu melaksanakan operasi pendaraban.

v)

1777 - Mesin Logik Alat ini dicipta oleh seorang Bangsawan Inggeris dari Stanhope, Charles Mahon. Ia merupakan satu alat yang mudah dan bersaiz poket yang dapat menyelesaikan masalah logik perangkaan dalam bentuk logik dan juga masalah kebarangkalian.

vi) 1801 - Mesin Kad Tebuk Jacquards Loom Alat ini dicipta oleh Joseph Marie Jacquard dari Perancis yang beroperasi berasaskan sistem kad tebuk.

Mesin Kad Tebuk Jacquards Loom

vii) 1820 - Mesin Kira De Colmar Charles Thomas De Colmar telah mencipta mesin Arimometer yang berasaskan konsep alat pendarab Leibniz. viii) 1821 - Enjin Perbezaan Babbage Mesin ini menggunakan kuasa stim dan mampu melaksanakan pengiraan dan mencetak hasil secara automatik.

Enjin Perbezaan Babbage ix) 1842 - Enjin Analytical Babbage Mesin ini merupakan komputer pelbagai guna yang pertama dan mampu melaksanakan operasi aritmetik dengan kadar 60 operasi seminit. Teknologi ini menjadi asas kepada ciriciri komputer moden.

x) 1890 - Mesin Tabulasi Hollerith Penggunaan mesin ini mengurangkan kadar masa pengiraan undi di Amerika Syarikat dari 7 tahun kepada 6 minggu.

Mesin Tabulasi Hollerith b) Generasi Komputer Evolusi komputer digital secara umumnya boleh dibahagikan mengikut genarasi. Setiap generasi dibahagikan berdasarkan pencapaian atau peningkatan dramatik berbanding generasi sebelumnya di dalam teknologi pembinaan komputer. Berikut dibincangkan secara ringkas generasi-generasi komputer dari dahulu sehingga kini. GENERASI Era Mekanikal TAHUN 1623 1941 TEKNOLOGI - Ahli matematik membangunkan alat yang dapat melaksanakan proses menambah, menolak, mendarab dan membahagi dengan kadar lebih pantas. - Saiz besar, menggunakan teknologi tiub vakum (hampagas) untuk memproses dan menyimpan maklumat. - Media input dan output dalam bentuk kad tebuk atau pita magnetik. - Penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan cepat rosak. - Perisian ditulis dalam bahasa mesin. - Transistor dan diod menggantikan tiub vakum - Penggunaan pita magnetik untuk storan seterusnya meningkatkan kelajuan pemprosesan - Menggunakan bahasa aturcara asas seperti COBOL dan bahasa penghimpun - Saiz komputer lebih kecil, laju, murah dan lebih dipercayai berbanding generasi pertama CONTOH Enjin Analytical Babbage, Enjin Perbezaan Babbage dan Mesin Tabulasi Hollerith

Pertama

1942 1958

MARK 1, ENIAC, EDVAC, UNIVAC, IBM 701, IBM 650

Kedua

1959 1963

IBM 1401, IBM 7094 Model 1

Ketiga

1964 1970

Litar Bersepadu (IntegratedCircuits) Konsep multipengaturcaraan - Penggunaan cakera magnetik sebagai storan - Saiz komputer lebih kecil, laju, IBM 360,DEC PDP-8, dan era murah dan lebih dipercayai komputer mini bermula. berbanding generasi kedua - Komputer mula menggunakan sistem pengoperasian yang mengawal dan menguruskan kendalian komputer Teknologi Litar Bersepadu Skalar Besar dan Skalar Tersangat Besar (LSI and VLSI) yang mengandungi berjuta-juta transistor dan cip - Pengenalan kepada mikropemroses - - Kapasiti ingatan utama ditingkatkan dan pengenalan kepada ingatan maya - Saiz komputer lebih kecil dan aturcara yang bersaiz lebih besar beberapa kali daripada saiz ingatan dapat dilaksanakan

Keempat

1971 1999

Komputer Mikro (Personal Computer): MITS Altair 8800, Apple I, Apple II, Commodore PET dan komputer Super

Kelima

2000 - ?

Penggunaan cakera padat (CD) - Pemproses selari (parallel computing) diperkenalkan bagi menggantikan pemproses vektor atau pemproses kendiri (single processor). - Pemproses selari hasil gabungan beberapa CPU untuk pemprosesan lebih berkuasa dan pantas dalam Cip ULSI, Fuzzy Logic, Neuro melaksanakan arahan dan Network sebagainya. - Teknologi superkonduktor untuk memaksimumkan pengaliran maklumat. - Konsep rangkaian komputer (networking) berkembang pesat. - Konsep kepintaran buatan (artificial intelligence) dan sistem pakar.

1.1.2 KOMPONEN UTAMA SISTEM KOMPUTER. Definisi Perkakasan Komponen-komponen fizikal sistem komputer yang terdiri daripada peranti-peranti elektronik atau mekanik seperti unit pemprosesan pusat, pemacu cakera, pencetak, papan kekunci, tetikus dan lain-lain. Definisi Perisian Komponen-komponen sistem komputer yang mengandungi aturcara, rutin, prosedur dan dokumentasi yang menentukan atau mengawal kendalian komputer. Definisi Pengguna Orang yang mengendali, mengawal dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh satu sistem komputer.

1.1 PENGKELASAN KATEGORI KOMPUTER Secara dasarnya, sistem komputer boleh dikelaskan bergantung kepada saiz, kelajuan pemproses dan juga harga. Terdapat enam kategori pengkelasan : 1.7.1 Kerangka Utama Komputer Kerangka mampu menyokong sehingga ribuan pengguna dalam satu masa. Saiznya lebih kecil dan kurang keupayaannya berbanding Komputer Super. Komputer jenis ini digunakan di bank, syarikatsyarikat besar dan pusat-pusat pengajian tinggi.

Rajah 1.7.1 : Kerangka Utama (Mainframe)

1.7.2

Komputer Super

Komputer Super merupakan komputer yang terlaju di dunia dan dibina berasaskan keperluan bagi menyelesaikan pengiraan saintifik yang mengandungi sejumlah data yang besar. Komputer Super mampu melaksanakan beberapa tugas secara serentak pada satu mikropemproses (multitasking) dan membahagikan satu tugas kepada beberapa mikropemproses (multiprocessing).

Rajah 1.7.2: Komputer Super (Super Computer)

1.7.3

Komputer Mini

Komputer Mini mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Kerangka Utama tetapi mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan Kerangka Utama. Ia beroperasi lebih pantas berbanding Komputer Mikro, mempunyai ruang storan yang lebih besar dan mampu menyokong antara 4 200 pengguna yang berkongsi terminal dalam satu masa.

Rajah 1.7.3: Komputer Mini (Mini Computer) 1.7.4 Komputer Mikro Kategori sistem komputer yang paling pesat berkembang dalam industri komputer, bersaiz kecil, murah dan dibina khusus bagi tujuan peribadi. Merupakan sistem komputer yang beroperasi berasaskan mikropemproses. Komponen lain yang menyokong sistem adalah peranti input, peranti output dan peranti storan.

Rajah 1.7.4: Komputer Mikro (Micro Computer)

1.7.5

Komputer Pelayan

Komputer Pelayan bertanggungjawab menyimpan data dan menyediakan kemudahan yang mahal seperti pencetak pantas. Komputer jenis ini mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan komputer mini. 1.7.6 Komputer Stesen Kerja

Komputer berteknologi tinggi, pantas dan sering digunakan dalam bidang rekabentuk komputer, geografi, animasi komputer, pendidikan dan penyelidikan. Kebanyakkan stesen kerja menggunakan teknologi Reduced Instruction Set Computer (RISC).

Anda mungkin juga menyukai