Anda di halaman 1dari 5

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanakkanak.

Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang lebih memahami cara kanakkanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kogniti kanak-kanak. 1. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Jean Piaget ( 1896-1980) telah menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia membentuk skemata dan melaksanakan proses akomodasi dan asimilasi dalam membina ilmu. Piaget mengenalpasti 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu: 1. Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik. 2. Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. 3. Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang2 di sekelilingnya. 4. Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami. Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka dan proses ini dikenali sebagai Proses Mencapai Keseimbangan. Setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman2 tersebut dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil Organisasi. Skema2 ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja individu dilahirkan. Contoh: Kanak-kanak membina skema dan mengkategori bahawa kenderaan yang mempunyai dua tayar sebagai basikal. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berhadapan dengan situasi yang baru. Contohnya: Kanak-kanak telah mengenal bahawa kenderaan bertayar dua hanya basikal, namun apabila terlihat kenderaan bertayar dua yang lain, ibunya menerangkan bahawa ini motosikal. Kanak-kanak akan menjadi buntu, kerana skema yang asal menyatakan, hanya basikal bertayar dua. Namun, proses ini adalah proses yang mana semua individu akan laluinya dan mereka perlu mengubahsuai skema yang lama supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi yang baru.

Proses perubahan atau penukaran skema yang lama kepada skema yang baru dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman-pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada. Contohnya: Setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa motosikal juga bertayar dua, dia akan mengasimilasikan skema yang baru ini dengan skema yang sedia ada. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang berlaku apabila individu dapat menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema yang baru. Dalam contoh di atas: Kanak-kanak tadi dapat mengakomodasi di mana dapat mengkategorikan motosikal sebagai sebuah kenderaan bertayar dua. Menurut Piaget lagi, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah prose yang digunakan untuk individu mencapai keseimbangan. Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk situasi/ pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku, tetapi sekiranya tidak memberi penyesuaian terhadap diri kita, maka keseimbangan tidak berlaku namun kita akan terus membina skema2 baru untuk disesuaikan dengan situasi yg baru tersebut. Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif

1. Peringkat Sensori Motor(0-2 tahun):

Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitaran. Contoh: menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek. Peringkat sensori motor adalah peingkat yang mana kanak-kanak mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka dan mengetahui persekitaran mereka.

Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukan imitasi (proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang pergerakan/ aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk mebentuk skema. Peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dsb. Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan (pretend play). Seperti mengambil watak kartun/ karakter popular seperti spiderman, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor, guru dll. Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup seperti hujan turun kerana menangis. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud, mereka melihat dan memahmi persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat siri kartun, beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit. Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh: Pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dll. Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decenterd atau objektif. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fata dan pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperi berfikir secara abstrak, sistematik dan bboleh membuat hipotesis. Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pendapat orang lain dan mempunyai perasaan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.

Implikasi terhadap proses PnP: -Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit

Kanak-kanak boleh di ajar dengan menggunakan bahan maujud seperti batang aiskrim, untuk belajar menambah atau menolak.

-Arahan yang diberikan pendek, jelas, ringkas dan beserta contoh

Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, guru boleh melakukan demonstrasi dengan penerangan yang menarik, jelas dan tepat.

-Beri peluang kanak-kanak melakukan hands-on

Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka dan membantu mereka berdikari dan menguasai kemahiran.

-Gunakan contoh-contoh yang berkait dengan pengalaman kehidupan kanak-kanak

Kaitkan proses pnp dengan pengalaman mereka seperti pengalaman seharian yang mereka lalui dalam memahami perkara yang lebih kompleks.

Kesimpulannya, kemahiran kognitif sangat penting untuk kelangsungan hidup seseorang

Anda mungkin juga menyukai