Anda di halaman 1dari 6

PEMBELAJARAN MELALUI VISUAL

(Suatu Perspektif Dalam Pembelajaran)

Ahmad Fuad Muhammad1

Penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi yang


amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses
pembelajaran. Kertas ini cuba membincangkan bagaimana
pembelajaran melalui visual boleh berlaku dan bagaimana pengajar
boleh menggunakan visual dengan lebih berkesan untuk
meningkatkan pembelajaran.

Objektif Pembelajaran

Setelah memahami isi kandungan kertas ini, anda bertambah yakin


untuk:

1. Menghuraikan bagaimana teknologi visual pengajaran boleh


mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Menyenaraikan fungsi-fungsi spesifik visual dalam
pengajaran.
3. Merekabentuk alat bantu visual mengajar yang berkualiti.

Sebab-Sebab Menggunakan Visual Dalam


Pengajaran
Untuk Menghadapi Pelbagai Stail Pembelajaran

Alat bantu mengajar yang baik dapat menyediakan mesej-mesej


visual untuk pelajar-pelajar yang bersifat abstrak dan konkrit.

Untuk Memperluas Isi Kandungan

Sesuatu alat bantu mengajar visual yang baik mampu


menyokong dan memperluaskan isi kandungan. Alat bantu
mengajar tersebut mestilah relevan dan sepatutnya boleh
membantu pelajar memahami, menyakinkan, dan mengingati
maklumat yang dibentangkan.

Untuk Tumpu Perhatian

1
Perunding Latihan/Pendidikan (afuadm@gmail.com)

1
Alat bantu mengajar visual yang baik dapat menarik/menawan
perhatian pelajar-pelajar. Alat bantu mengajar visual boleh
memberi fokus kepada satu konsep yang kritikal dalam subjek
yang kompleks atau memberi penekanan kepada perkara-
perkara yang diutamakan.

Untuk menjelaskan Pengajaran

Alat bantu mengajar visual juga membantu memberi penjelasan


kepada ajaran/arahan dengan menambah maklumat atau
memperluaskan ide-ide yang verbal.

Fungsi-Fungsi Utama Visual Dalam Pengajaran


1. Fungsi Perhiasan

Digunakan untuk menghias teks. Tiada kesan positif --


malahan ada terdapat kesan-kesan negatif.

2. Fungsi Gambaran

Mempertingkatkan poses pengajaran dengan menyediakan


peluang kedua untuk pembelajaranberlaku.Visual tersebut
mestilah relevan dan dapat membantu pelajar memahami,
mempercayai, dan mengingati maklumat yang diajar.

3. Fungsi Organisasi

Menyediakan penyusunan teratur gambaran keseluruhan isi


kandungan. Menunjukkan bagaimana bahagian-bahgian
kandungan memperlengkapi keseluruhan pembentangan.

4. Fungsi Intepretasi/Penafsiran

Menjadikan perkara-perkara yang abstrak lebih konkrit dan


padat.

5. Fungsi Tranformasi (Perubahan bentuk/rupa)

Menyediakan satu visual yang mnemonik (sesuatu yang


senang diingati).

2
Impak Penggunaan Visual Keatas Pembelajaran

Kita belajar melalui Pancaindera ....

Apa Kita Belajar: Hasil Kajian


Melalui deria RASA? 1.0%

Melalui deria SENTUHAN? 1.5%

Melalui deria BAU? 3.5%

Melalui deria PENDENGARAN? 11.0%


Melalui deria PENGLIHATAN? 83.0%

Deria Visual/Penglihatan merupakan pancaindera yang amat


berkuasa dalam pembelajaran.

Orang Mengingati sesuatu ...

Berapa banyak yang kita ingat: Hasil Kajian


Apa yang kita BACA? 10%

Apa yang kita DENGAR? 20%

Apa yang kita LIHAT? 30%

Apa yang kita LIHAT dan DENGAR? 50%

Apa yang kita KATA semasa kita CAKAP? 70%

Apa yang kita KATA semasa kita BUAT? 90%

Kesan Visualisasi keatas Penangguhan Daya Mengingat


Kembali (Delayed Recall)

Kaedah Mengajar Ingat kembali 3 jam Ingat kembali 3 hari


Hanya Memberitahu 70% 10%
Hanya Menunjukkan 72% 20%
Beritahu & Tunjuk 85% 65%

3
4
Perkara-Perkara Yang Diberi Pertimbangan Semasa
Merekabentuk Visual Pengajaran
Persoalan-Persoalan Utama

1. Adakah bahan-bahan visual bersesuaian dengan objektif dan


isi kandungan?
2. Patutkah bahan visual terpakai digunakan semula?
3. Berapakah kos dan masa yang ada bagi menyediakan atau
mencari setiap item visual tersebut?
4. Adakah masaalah dalam kegunaan bahan-bahan visual?
Adakah anda mempunyai kemudahan-kemudahan, perkakasan
dan penyeliaan yang sesuai dalam penggunaan visual
tersebut?

Celik Grafik Pelajar

1. Sekiranya pelajar tidak celik grafik, maka konvensyen ini mesti


diajar supaya penggunaan grafik dalam visual akan berkesan.

Penggunaan Warna

1. Warna boleh meningkat dan mengekalkan perhatian pelajar.


2. Orang lebih suka pada visual yang berwarna warni.
3. Hanya terdapat sedikit sahaja perkaitan wujud antara
kecenderungan pelajar terhadap visual dan tahap
pencapaiannya. Kajian mendapati tidak konklusif tentang
keberkesanan warna dalam visual.

Penggunaan Pemberi Isyarat (Cueing)


Digunakan untuk tumpu perhatian kepada bahagian-bahagian
kritikal yang ingin dipelajari.

Startegi-strategi pemberi isyarat (cueing) yang lazim digunakan


ialah:

"Contrast" "Underlining" Saiz


"Arrows"

Animasi "Oddity" Tekstur


"Encircling"

Garisan "Shading" "Bordering" "Motion"

Persoalan Kesan Optikal "Novelty" Ulangan

Koding Warna "Labeling"

Saiz Font:

Tajuk (Title) - 44 points


5
Teks (text) - 32 points

Subtext - 28 points