Anda di halaman 1dari 14

1

HUKUM MEMPERTAHANKAN DIRI DARIPADA GANGGUAN


ATAU MEMBALAS SERANGAN PENJENAYAH
( )
1. Pendahuluan

Kita sering diberitakan dengan kejadian-kejadian jenayah yang berleluasa dimana-mana sahaja
sama ada di negara maju atau negara umat Islam. Punca utama masalah ini adalah jauhnya
manusia daripada Allah SubhanaHu wa Taala dan ajaran Islam yang sebenar.

Persoalan yang timbul, mengapakah kemajuan negara-negara Eropah yang terlalu dikagumi
oleh golongan sekular dan liberal tidak dapat mengurangkan atau menyelesaikan masalah
jenayah yang berlaku di negara mereka? Jawapannya adalah kerana mereka hanya mengejar
kemajuan material semata-mata, tanpa mementingkan peningkatan nilai moral dan spiritual
dalam masyarakat.Ini juga menunjukkan bahawa kemajuan material tidak menjamin keamanan
dan kesejahteraan sesuatu negara, bahkan ideologi-ideologi seperti sekularisma, marxisma,
komunis, dan lain-lain yang menjadi dasar, telah terbukti gagal membentuk masyarakat yang
baik.

Malangnya di negara umat Islam pula, Islam tidak dipraktikkan secara menyeluruh sebagai
dasar negara, undang-undang, pendidikan, ekonomi, dan cara hidup. Malahan mereka sendiri
kebanyakannya lebih selesa berkiblatkan Barat dari segi hubungan sosial, budaya, dan
pemikiran, namun mereka masih tetap mundur dari segenap segi.Ini semua antara penyebab
peningkatan jenayah. Maka sudah sampai masanya untuk kita sebagai satu umat berubah dan
kembali kepada Islam secara keseluruhannya, sama ada perubahan itu berlaku secara serta
merta atau berperingkat-peringkat.

Artikel ini adalah sekitar topik hukum mempertahankan diri ketika berdepan dengan serangan
penjenayah (seperti pembunuh, perompak, perogol dan lain-lain) atau dengan gangguan dan
pencerobohan hak.




2

2. Definisi perkara-perkara yang berkaitan

Pergelutan lazimnya berlaku di antara dua pihak;
I. Penjenayah /penyerang /penceroboh ) : ( Iaitu seseorang yang
menyerang muslim [begitu juga seseorang yang ( ) seperti seorang Zhimmi
) ( ] dengan tujuan mencederakan atau memudaratkan, sama ada pada tubuh
badan, maruah, dan harta.[1]

II. Mangsa ( ): Seseorang muslim yang diganggu haknya, atau
diserang, atau diancam dengan sesuatu bahaya Atau;

III. Pembela ( ): Iaitu orang yang mempertahankan mangsa.


















3

3.Hukum Mempertahankan Diri

Berbeza mengikut keadaan, adakalanya hukumnya wajib, dan adakalanya bersifat harus
(dibolehkan), mengikut keadaan tertentu, beserta syarat-syaratnya yang tertentu yang akan
dijelaskan kemudian.
Mangsa atau pembelanya hendaklah memilih tindakan yang ringan sebelum yang berat
misalnya;
y Jika jenayah dapat dihalang dengan kata-kata dan minta pertolongan, maka haram dia
memukul penjenayah.
y Manakala jika dia mampu menghalang penjenayah dengan memukul menggunakan
tangan kosong, haram dia memukul dengan menggunakan senjata.
y Jika dia mampu menghalang dengan memotong satu anggota badan penjenayah,
haram dia membunuh. Namun jika jenayah tidak dapat dihalang melainkan dengan cara
membunuh maka membunuh penjenayah tersebut dibolehkan (harus hukumnya).
y Jika penjenayah menghunuskan pisau atau pedang dan berkemungkinan membunuh,
mangsa atau pembelanya dibolehkan (harus) bertindak membunuh penjenayah
tersebut, kerana jika dia meminta pertolongan nescaya dia akan dibunuh penjenayah
tersebut sebelum datangnya bantuan orang lain.

Hukum mempertahankan diri dan membalas serangan penjenayah diharuskan adalah kerana
Dharurat (perkara yang tidak dapat di elak), dan kaedah fiqh ada menyebutkan bahawa
( ), iaitu Dharurat hendaklah ditentukan dengan kadarnya yang perlu sahaja
(tidak lebih).[2]










4

4.Dalil-Dalil Berkaitan Hukum Mempertahankan Diri

Firman Allah, antaranya:
Bb b6Bb BB
b6Bb 66Bb, B@C P
N)JBb N@1
Fb)JBB =@1 Vd B
N)JBb N@1 P Fb_fVBb, Bb
Fb_1Bb, 0 Bb fJBb

194. (mencabuli) bulan Yang dihormati itu ialah Dengan (sebab membalas pencabulan dalam)
bulan Yang dihormati; dan tiap-tiap perkara Yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya
Yang seimbang. oleh itu sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah
pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu; dan
bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang
Yang bertaqwa. (Surah al-Baqarah).

Fb, @ @
B1d. F BA A10,
0 [V Bb P =f N 1
1Bb
40. Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan Yang
bersamaan dengannya; Dalam pada itu sesiapa Yang memaafkan (kejahatan orang) dan
berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan
Yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berlaku zalim.
(Surah Asy Syu'araa')

Penjelasan:
i. Ayat di atas menjelaskan bahawa membalas penindasan / pencerobohan/ serangan
yang diharuskan, adalah dilakukan dengan cara yang adil (iaitu sama kadar dan tidak
berlebihan).[3]
ii. Perintah bertakwa dalam ayat menunjukkan bahawa tindakan membalas kerana
mempertahankan diri mestilah didasari prinsip berpada-pada (tidak melampau) dan


5

hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat agar balasan ke atas penyerang
/penjenayah tidak berlebihan daripada perbuatannya ke atas mangsa.[4]
iii. Maka tindakan mangsa yang dibenarkan Syarak adalah hanya sekadar untuk
melepaskan dirinya atau mangsa serta menghentikan serangan penjenayah dan tidak
lebih dari itu.

Sabda Rasulullah s.a.w., antaranya:

"
."
) - -
(
) 10 / 114 18565 . ( ) 1 / 190 1652 ( ) 1 / 66 106 (
) 4 / 246 4772 ( ) 4 / 30 1421 ( : . ) 7 / 116 4095 ( ) 2 / 248
949 ( ) 3 / 266 5858 ( ) 3 / 292 1092 ( : . [5]
Mafhumnya:
Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah syahid, dan
sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan darahnya (nyawa) maka dia adalah syahid,
dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah syahid, dan
sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya maka dia adalah syahid.[6]

Hadith tentang tuntutan membela mangsa dan menghalang seseorang daripada menzalimi atau
dizalimi:

: " .
" : " "




6

... ": ".... [7]
Mafhumnya:
Sabda Rasulullah s.a.w:
Bantulah saudaramu yang zalim atau dizalimi. Para sahabat bertanya: Ini kami membantunya
kerana dizalimi, bagaimana pula membantu orang yang zalim? Jawab Baginda : Kamu ambil
kekuasannya (sekat dan halang kezalimannya).

Hadith lain:
"
" [8]
Mafhumnya:
Sesiapa yang mendapati seorang mukmin dihinakan (dizalimi) sedangkan dia mampu membela
/ menolong, akan Allah hinakan (malukan ) dia di hadapan sekalian makhluk pada Hari Kiamat.














7




5. Jenis-Jenis Serangan Atau Jenayah Serta Perincian Hukumnya

Seseorang yang mengetahui serta mampu membela mangsa daripada diserang dan
menghalang jenayah, wajib mempertahankan mangsa dalam apa pun keadaan, lebih-lebih lagi
jenayah berkaitan nyawa seorang muslim dan maruah seorang perempuan, sekalipun pembela
tersebut dibunuh.[9]
Manakala mangsa pula, terdapat perincian hukum baginya:
A. Serangan/ jenayah ke atas nyawa:
Iaitu serangan tersebut sama ada bertujuan membunuh atau membahayakan tubuh mangsa
seperti memukul, menumbuk, melukakan dan lain-lain.

Hukum

Mazhab Syafie:[10]
y Wajib: Jika penjenayah bukan seorang muslim, mangsa wajib mempertahankan dirinya.
Begitu juga hukumnya jika seseorang diserang oleh binatang buas, dia tidak boleh
membiarkan dirinya menjadi mangsa.
y Harus: Jika penjenayah seorang muslim, mangsa diberi pilihan oleh Syarak sama ada
mempertahankan dirinya ataupun tidak.
Mazhab Maliki dan Hanafi:
y Wajib: Setelah penjenayah diberi peringatan, iaitu jika penjenayah masih tidak tertegah
dengan kata-kata. Ini adalah syarat disisi mazhab Maliki.[11]

Mazhab Hanbali:
y Harus: Walaupun penyerang/penjenayah sama ada seorang kanak-kanak atau dewasa,
orang gila ataupun berakal.[12]








8







B. Serangan/ jenayah ke atas maruah:
Iaitu sama ada pemerkosaan atau bentuk-bentuk gangguan seksual (muqaddimah zina
seperti mencium, meraba dan lain-lain).

Hukum

Wajib: Mangsa wajib mempertahankan dirinya walau apa jua keadaan sekalipun, semampu
mungkin, sekalipun dibunuh atau membunuh. Pendapat ini disepakati fuqaha.[13]

C. Serangan/ jenayah keatas harta:
Iaitu dengan cara merampas, merompak, memusnahkan harta mangsa dan seumpamanya.

Hukum
Jumhur fuqaha:
y Harus: Mangsa tidak wajib mempertahankan hartanya, namun dibolehkan.

Mazhab Maliki:
y Harus: Jika harta tersebut kecil nilainya. Ini adalah pendapat sebahagian daripada
ulama Maliki.
y Wajib: Sebahagian yang lain berpendapat dengan pendapat ini, dengan syarat
penjenayah telah ditegah dengan kata-kata seperti di atas.[14]

Mazhab Syafie:
y Wajib: Jika harta tersebut bukan milik mangsa, dan dia hanya pemegang amanah
seperti pemimpin negara, penguasa tentera[15] bagi harta negara dan lain-lain seperti
harta yang berkaitan dengan pajakan ( ) dan penyewaan ( ).Begitu juga
hukumnya mempertahankan harta yang bernyawa (haiwan) jika penjenayah bertujuan
hanya membinasakanya (bukan memanfaatkannya), mengikut pendapat yang terkuat
dalam mazhab Syafie.[16]





9

y Harus: Mangsa tidak wajib mempertahankan harta miliknya, namun dibolehkan oleh
Syarak.[17]



6. Syarat-Syarat Pengharusan Mempertahankan Diri Dan Membalas
Serangan Penjenayah [18]
I. Tindakan yang dilakukan oleh penyerang adalah satu bentuk jenayah atau kezaliman
(melakukan sesuatu tanpa hak).
II. Serangan tersebut benar-benar berlaku, bukan semata-mata kata-kata ancaman
daripada penjenayah. Misalnya seseorang yang mengugut bunuh sedangkan dia tidak
mempunyai senjata dan tidak melakukan apa-apa, maka mangsa tidak bolehmengambil
tindakan membunuh penjenayah tersebut hanya semata-mata kerana ugutannya.
III. Mangsa tidak dapat melepaskan dirinya melainkan dengan membalas tindakan yang
sama yang dilakukan oleh penjenayah, seperti memukul,menendang dan lain-lain.
IV. Tindakan membalas hanya sekadar perlu dan tidak keterlaluan. Jika mangsa dapat
melepaskan diri dengan cara menjerit meminta pertolongan dia tidak boleh terus
memukul penjenayah.

7. Isu-Isu Lain Yang Berkaitan
Kecederaan dan kematian penjenayah
Jika penjenayah cedera/menjadi cacat/terbunuh dengan sebab tindakan mangsa/pembelanya,
sama ada;

I. Tanpa sengaja: Iaitu tindakan mempertahankan diri tersebut hanya bertujuan
melepaskan diri dan bukan bertujuan menzalimi.
Hukum: Orang yang mencederakan tersebut tidak berdosa dan tidak akan dikenakan
apa-apa hukuman. Penjenayah atau warisnya pula, tidak berhak menuntut apa-apa
ganti rugi apabila berlaku kecederaan/kecacatan atau kematian.
Atau;



10

II. Dengan sengaja mencederakan penjenayah:
Maka salah satu daripada dua keadaan, iaitu:
i) Kerana darurat: Iaitu tindakannya hanya untuk melepaskan diri daripada
penjenayah, bersesuaian dan bertindak sekadar yang perlu.
Hukum: Sama seperti tindakan mencederakan penjenayah tanpa sengaja yang telah
disebutkan di atas, kerana mangsa atau pembelanya berhak berbuat demikian dan
kecederaan penjenayah tersebut seolah-olah akibat perbuatannya sendiri.
Atau;
ii) Tanpa keperluan: Contohnya seorang peragut (tanpa mencederakan mangsa)
dibelasah sehingga cedera atau mati.
Hukumnya: Haram dan orang yang cedera tersebut atau warisnya (dalam kes
kematian) berhak menuntut balas Qisas ( )atau ganti rugi Diah ( ) atas
kecederaannya/kematian melalui proses mahkamah berkaitan bab Qisas dan
Diah.[19]
















11






Mengintai rumah orang atau menceroboh hak privasi
Jika seseorang mengintai rumah orang lain melalui lubang atau celahan pintu lalu cedera
dengan sebab dibaling batu kecil atau dijolok oleh tuan rumah dengan kayu, pengintai tersebut
tidak berhak menuntut hak Qisas atau Diah atas kecederaannya.
Namun jika dia cedera dengan benda yang boleh membunuhnya seperti besi atau panah, maka
orang yang mencederakan boleh dikenakan Qisas atau Diah.Ini adalah pendapat mazhab
Syafie dan Hanbali, berbeza dengan pendapat mazhab Hanafi dan Maliki yang tetap
mewajibkan Qisas atau Diah dalam kedua-dua keadaan yang disebutkan diatas.
Perbezaan pendapat di atas berlaku dalam kes apabila seseorang itu mengintai dari luar
rumah. Manakala jika seseorang itu menceroboh masuk atau hanya menghulurkan kepalanya
ke dalam rumah orang lain lalu dicederakan, maka dia tidak berhak menuntut apa-apa ganti rugi
atau hukuman secara Ijma ulama.[20]













12






8.Penutup
Secara fitrahnyaseorang manusia yang normal sentisa menginginkan hidupnya aman tenteram
dan sejahtera. Sudah pasti dia tidak suka diri dan keluarganya diganggu, dizalimi apalagi
dicabuli. Islam datang bagi memastikan setiap individu mendapat hak masing-masing dengan
adil dan saksama. Dengan sebab itulah disyariatkan undang-undang jenayah dan kehakiman (
), kekeluargaandan perwarisan harta ( ), urusniaga (
), pentadbiran dan kepimpinan ( ) beserta hukum-hakamnya
demi menjaga maslahat manusia dan hak sesama mereka ( ),disamping
pensyariatan hukum hakam berkaitan ibadat ( ) demi menjaga hak dan hubungan
antara hambadan Allah Taala ( ).
Maka teramat-amat benarlah firman Allah S.W.T.:
6= N@1 J@Bb BBb,
=6, q6Bb B, V0 @ Bb
= f11Bb, [_C_Bb,
@,@Bb, @1Bb, B,
VAH0 Bb Nf B /@H[ B, A[
[V 1;1Bb 0, Fb_fJV
J.BB P N[ C N _,@Bb
CBb FbAAH N1@ A
_ _Bb, P _,@Bb
61H0 N Nq@ 60,
N@1 / 6@,;, N
16Bb Bqq@ P Bb [
L@,/A ,@A bBJ 64 T Bb
;_A @=;
3. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar
mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari
Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati
ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya),
dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang
anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa
(daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan
umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu
takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku
13

telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk
kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak
cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Disediakan oleh :
Mohd Farid Bin Yahaya
Felo MANHAL PMRAM
16 Safar 1433,
10 Jan 2012


RUJUKAN :
[1] Dr.Mustafa Al Khin, Dr.Mustafa Al Bugha, dan Ali As Syirbajy, Al Fiqh Al Manhajy, Dar Al
Kalam: Damsyik, 2011, jil.3, m.s 451.
[2] Lihat Dr. Wahbah Az Zuhaily, Al Fiqh Al Islamy Wa Adillatuh, Dar Al Fikr: Damsyik,
2007, jil. 6, m.s 4837-4838.
[3] Op. cit, Dr.Mustafa Al Khin, dll., jil.3, m.s 452.
[4] Op. cit, Dr. Wahbah Az Zuhaily, jil. 6, m.s 4838.
[5] Hadith no.6049, Imam Jalaluddin As Suyuthy, Jam Al Jawami, (
) , Maktaba Shamela, sumber ; .Hadith no.22679/4183, Imam
Jalaluddin As Suyuthy, Jam Al Jawami , Al Azhar As Syarif: Kaherah, 2005, jil. 9, m.s
742.
[6] Lihat: Imam Muhammad Al Mubarakfury, Tuhfat Al Ahwadzi ( ),
Dar Al Hadith: Kaherah, 2001,jil.4, m.s 333-334.
[7] Hadith no. 2484, Sohih Al Bukhary, Jameyah Al Maknaz Al Islamy: Jerman , 2000, jil. 1,
m.s 459. Nashkah Sulthoniyah, juz 3, m.s 128-129.
[8] Hadith no. 15985, Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal, Maktaba Shamela, sumber;
Muassasa Resala
[9] Lihat: Op. cit, Dr. Wahbah Az Zuhaily, jil. 6, m.s 4845-4846.
[10] Lihat: Op. cit, Dr.Mustafa Al Khin, dll., jil.3, m.s 451-452. Hukum yang disebutkan di sini
adalah mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.
[11] Lihat: Op. cit, Dr. Wahbah Az-Zuhaily, jil. 6, m.s 4842.
[12] Lihat: Ibid, jil. 6, m.s 4842.
[13] Lihat: Ibid, jil. 6, m.s 4845.
[14] Lihat: Ibid, jil. 6, m.s 4849.
[15] Lihat: Op. cit, Dr.Mustafa Al Khin, dll., jil.3, m.s 453.
14

[16] Lihat: Op. cit, Dr. Wahbah Az Zuhaily, jil. 6, m.s 4850.
[17] Lihat: Op. cit, Dr.Mustafa Al Khin, dll., jil.3, m.s 452-453.
[18] Op. cit, Dr. Wahbah Az Zuhaily, jil. 6, m.s 4840-4841.
[19] Lihat: Ibid, jil. 6, m.s 4839, m.s 4843.
[20] Lihat: Ibid, jil. 6, m.s 4847- 4849 .

Anda mungkin juga menyukai