Anda di halaman 1dari 6

Pada 27 Julai 2011 yang lalu, kelas Pendidikan Khas PISMP semester 4 telah terlibat dengan projek penanaman

cili padi menggunakan sistem fertigasi yang kos dan tanggungan dibiayai oleh kerajaan dengan bantuan dan kolaborasi dengan pihak Kolej Komuniti Ledang Johor hasil usahasama daripada pensyarah kami Pn. Norasikin bt Ismail yang memilih pakej B yang merangkumi 100 batang pokok cili padi, 2 jam teori dan 4 jam amali.Setelah hampir 2 jam mempelajari teori mengenai sistem fertigasi ini yang disampaikan oleh Tn. Hj. Khalid bin Haris pengurus syarikat KR Fertigasi Enterprise TM, kami didedahkan pula cara penanaman cili padi menggunakan sistem fertigasi secara amali selama hampir 2 jam pada hari yang sama. Dalam amali 2 jam ini, kami didedahkan dengan cara menyediakan tapak penanaman dan pemasangan alat. Sebelum penyediaan tapak dilaksanakan, kelas kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan mendapat 25 batang pokok cili padi. Kawasan lapang dan terbiar di belakang kelas pra-sekolah menjadi pilihan pensyarah pembimbing kami iaitu Pn. Norasikin bt Ismail. Tapak dibersihkan terlebih dahulu daripada batu supaya rata untuk mengelakkan silver shine yang akan dibentangkan koyak. Kumpulan kami adalah kumpulan keempat dan mendapat tempat paling hujung sekali berhampiran dengan pagar. Selesai membentangkan silver shine di atas tanah dan menyusun polybag yang berisi cocopeat/ sabut kelapa, Tn. Hj. Khalid menerangkan dan menunjukkan cara-cara pemasangan paip dan pam untuk menyalurkan air ke setiap pokok. Luas kawasan bagi kumpulan kami adalah sepanjang 57 kaki panjang x 3 kaki lebar. Jarak diantara setiap polybag yang disusun adalah 1.5 kaki.

Pada hari seterusnya iaitu pada 28 Julai 2011, kami meneruskan amali selama 2 jam dengan penanaman dan penyediaan baja. Kami dibekalkan dengan 100 anak pokok dan setiap kumpulan mendapat 25 anak pokok. Anak pokok tersebut telah disemai terlebih dahulu dalam tanah baja yang diimport daripada belanda dan tingginya sudah mencecah lebih kurang 15cm. bagi penyediaan baja pula, Baja campuran berbentuk serbuk yang mudah larut digunakan untuk projek ini. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili ini adalah Set A (Kalsium nitrat, Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Monokalium hydrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat).Baja ini direka bagi mempercepatkan kadar pertumbuhan tanaman berjenis fertigasi bagi menghasilkan tuaian hasil yang sihat,subur dan berkualiti. Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya mendakan. Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja yang akan dialirkan ke dalam polibeg. Selesai membancuh baja, setiap saluran dripper diuji dan diperiksa agar air baja tidak tersekat atau tidak berlaku sebarang kebocoran pada setiap paip poly.

NORHAFIZAH BT OMAR 900705-01-5362 PISMP PK/PJ/PSV SEM 4 REFLEKSI Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Projek Fertigasi Tanaman Cili Padi yang dijalankan selama hampir tiga bulan ini membuahkan hasil dan telah pun selesai dilaksanakan oleh kami. Projek penanaman Cili Padi ini menggunakan sistem penanaman secara fertigasi dengan kos sebanyak hampir RM3000.00 yang ditanggung oleh kerajaan dengan kerjasama dan kolaborasi daripada pihak Kolej Komuniti Ledang hasil usaha daripada pensyarah pembimbing kami Pn. Norasikin bt Ismail. Kami dibekalkan dengan sebanyak 100 anak pokok cili padi. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dipertanggungjawabkan untuk menjaga 25 anak pokok. Kumpulan saya terdiri daripada lima orang ahli termasuk saya iaitu Aimi Amalina, Fatin Asmidar, Arifah Salehah dan Muhammad Firdaus. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, kami menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan tidak kurang juga ilmu baru, pengetahuan dan pengalaman. Pada mulanya, kami didedahkan secara teori mengenai apa itu Fertigasi dan pelbagai pengetahuan lain mengenai fertigasi seperti alat-alat yang digunakan, media tanaman, kelebihan dan sebagainya selama hampir 2 jam. Teori ini disampaikan oleh pengurus KR Fertigasi sendiri, Tn. Hj. Khaled bin Haris. Saya berasa begitu bertuah, pakej yang diberikan oleh syarikat KR Fertigasi ini juga memberikan khidmat mengajar cara-cara menanam dan menyediakan sistem penyiraman pokok secara amali kepada kami. Hal ini kerana teori yang telah dipelajari dimantapkan lagi secara praktikal dan ilmu tersebut benar-benar melekat dalam ingatan saya.

Sepanjang menjalankan projek ini, secara berkumpulan kami membahagikan tugasan dan menyediakan jadual tugasan bagi setiap ahli untuk memantau pokok kami dari semasa ke semasa. Pun begitu, kami juga menerima dugaan apabila pokok kami diserang virus ketika pokok cili tersebut sudah mula mengeluarkan hasil. Tidak kurang juga serangan daripada serangga seperti kerengga yang begitu menguji kesabaran kami. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bagi menangani virus yang melanda, kami meminta bantuan daripada KR Fertigasi sendiri untuk membantu kami menghapuskan virus tersebut. Pokok-pokok yang yang telah dijangkiti virus dengan teruk, telah dikuarantinkan dan ada beberapa pokok yang tidak dapat diselamatkan terpaksa dibuang. Alhamdulillah, barisan pokok daripada kumpulan kami tidak menerima serangan yang teruk berbanding kumpulan lain. Kami telah diberikan racun cecair yang perlu disiram pada setiap pokok seminggu sekali untuk menghapuskan virus itu. Bagi mengatasi ancaman Kerengga pula, kami menaburkan racun serangga pada setiap pokok. Apabila buah cili padi sudah merah, saya dan semua ahli kumpulan saya berasa begitu gembira kerana hasil yang kami nanti-nantikan selama ini sudah boleh dituai. Saya merasakan kepuasan yang amat mendalam kerana ilmu yang diberikan dan usaha yang ditaburkan akhirnya membuahkan hasil. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya Pn. Norasikin bt Ismail yang bersungguh-sungguh mendapatkan projek ini untuk kami laksanakan kerana ilmu dan pengalaman yang diperoleh amat berguna pada masa akan datang.

REFLEKSI Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan berkat inayahNya akhirnya Projek Jahitan bagi matapelajaran Kemahiran Asas Untuk Bedikari (KAUB) PKB 3107 ini akhirnya dapat disempurnakan pada masa yang ditetapkan. Selama hampir sebulan projek ini dijalankan saya mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang berharga. Pada mulanya, saya berasa amat cemas dan risau ketikan menerima tugasan projek ini kerana saya tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas mengenai jahitan asas dan jahitan hiasan. Kami telah ditugaskan untuk membuat sulaman bagi alas meja menggunakan jahitan asas dan hiasan. Pada awalnya saya banyak merungut kerana mengambil masa terlalu lama untuk menjahit menyebabkan tangan saya sakit dan lenguh akibat tidak biasa menjahit. Tetapi, saya tabahkan hati dan membiasakan diri untuk menjahit. Akhirnya, setelah mempelajari banyak kemahiran jahitan daripada rakan-rakan dan penyarah pembimbing Pn, Norasikin bt Ismail, saya sudah mula menyukai kemahiran ini. Pelbagai aneka sulaman telah dapat saya aplikasikan sehingga saya begitu ralit menjahit dan menyulam. Walaupun begitu, saya mengambil masa yang amat lama untuk menyiapkan tugasan ini kerana aspek kekemasan yang begitu ditekankan oleh saya. Oleh itu, saya menjahit dan menyulam dengan begitu teliti agar sulaman saya menjadi kemas. Saya menjahit dan menyulam hampir pada setiap waktu senggang kerana takut tugasan ini tidak dapat disiapkan pada waktunya. Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana ramai rakan-rakan dan pensyarah yang sudi membantu saya melepasi kesulitan dengan tunjuk ajar mengenai jahitan ini. Saya tidak menyangka kerana akhirnya saya dapat mempelajari asas jahitan dan akan menggunakan pengetahuan ini pada masa kini dan akan datang.

Anda mungkin juga menyukai