Anda di halaman 1dari 24

Diterjemahkan oleh: Amir Sharifuddin Wong, JK Pengadil, FAM.

Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri, Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan.

Berkuatkuasa 2004

1. GELANGGANG PERMAINAN Dimensi: Gelenggang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan golnya. Panjang: Minimum 25 m Maksimum 42 m Lebar : Minimum 15 m Maksimum 25 m Perlawanan antarabangsa Panjang: Minimm 38 m Maksimum 42 m Lebar: Minimum 18 m Maksimum 22 m. Tanda-tanda Gelanggang Gelanggang permainan ditandakan dengan garisan, yang menjadi sebahagian dari kawasan di mana ia menjadi sempadannya. Dua garisan sempadan yang lebih panjang ialah garisan tepi. Dua garisan sempadan yang lebih pendek ialah garisan gol. Semua garisan adalah 8 sm lebarnya. Gelanggang dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Tanda tengah ditandakan pada pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 3 m ditandakan mengelilinginya. Gelanggang berikut: dan peralatannya ditunjukkan di dalam rajah (RAJAH GELANGGANG FUTSAL) Kawasan Penalti Kawasan penalti dikenalpasti pada kedua-dua hujung gelanggang seperti berikut: Garisan suku lengkuk berjejari 6 m, ditandakan dari bahagian luar setiap tiang gol. Garisan lengkuk ditandakan dari garisan gol ke arah garisan bayangan yang ditandakan bersudut tepat kepada garisan gol dari bahagian luar tiang gol. Di bahagian atas kedua-dua garisan lengkuk ini disambungkan dengan suatu garisan 3.16 meter panjangnya yang selari dengan garisan gol di antara kedua-dua tiang gol. Garisan lengkuk yang menandakan ini sempadan kawasan penalti dinamakan garisan kawasan penalti. Tanda Penalti Tanda penalti ditandakan 6 m dari titik pertengahan di antara kedua-dua tiang gol dan sama jaraknya darinya. Tanda Penalti Kedua Satu tanda penalti kedua ditandakan di atas gelanggana 10 m dari titik pertengahan di antara kedua-dua tiang gol dan sama jaraknya darinya. Lengkuk Penjuru Satu suku bulatan berjejari 25 sm dari setiap penjuru ditandakan di dalam gelanggang. Zon Penggantian Zon penggantian diletakkan di bahagian gelanggang yang sama dengan bangku pemain simpanan dan bertepatan di depannya ialah tempat dari mana pemain masuk atau keluar padang semasa penggantian.

Zon penggantian diletakkan di depan bangku pasukan dan sekurang-kurang 5 m lebarnya. Ia ditandakan pada setiap bahagian tepi oleh suatu garisan yang bersudut tepat dengan garisan tepi., 8 sm lebar dan 80 sm panjangnya, 40 sm dari garisan itu ditandakan di dalam gelanggang dan 40 cm di luar. Terdapat suatu jarak 5 m di antara bahagian terdekat zon penggantian dan di tempat garisan tengah bertemu garisan tepi. Ruangan bebas ini, tepat di depan meja penjaga masa hendaklah dibiarkan kosong.

Keselamatan Tiang-tiang gol boleh diubah-ubah tetapi mestilah diletakkan kukuh ke tanah semasa perlawanan. Permukaan Gelanggang Permukaan hendaklah licin, rata dan tidak kesat. Kegunaan bahan kayu atau sintetik adalah disyorkan. Permukaan konkrit atau tarmac hendaklah dielakkan. Keputusan-Keputusan 1. Dalam keadaan jika garisan gol berukuran di antara 15 ke 16 meter, jejari garisan tengah berukuran 4 m saja. Dalam keadaan ini tanda penalti tidak lagi diletakkan di atas garisan yang menandakan kawasan penalti dan berada tetap pada jarak 6 m dari pertengahan di antara kedua-dua tiang gol dan sama jarak darinya. 2. Kegunaan rumput asli, sintetik atau tanah adalah dibenarkan tetapi tidak untuk perlawanan antarabangsa. 3. Suatu tanda boleh ditandakan di luar gelanggang, 5 meter dari tiang penjuru dan bersudut tepat dari garisan gol untuk memastikan bahawa jarak ini dipatuhi semasa suatu sepakan penjuru dibuat. Lebar tanda-tanda ini ialah 8 sm. 4. Bangku simpanan pemain-pemain diletakkan di belakang garisan bersebelahan kawasan bebas di depan meja penjaga masa. II. BOLA Ciri-ciri dan Ukuran: Bola hendaklah: berbentuk sfera diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan yang sesuai dengan ukur lilitan tidak kurang 62 sm tidak lebih dari 64 sm tidak kurang 400 gram atau tidak lebih 440 gram beratnya pada permulaan perlawanan tekanan angin sama dengan 0.4 0.6 atmosfera (400600g/sm2) pada paras laut.

Tiang dan Palang Gol. Gol-gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol. Ia mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari setiap penjuru dan disambungkan di bahagian atasnya oleh satu palang melintang. Jarak (ukuran dalaman) di antara tiang-tiang itu ialah 3 m dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2 m. Tiang dan palang gol hendaklah sama lebarnya dan berukuran 8 sm. Jaring yang diperbuat daripada hemp, jut atau nylon, adalah dipasangkan pada tiang dan palang gol di belakang gol. Bahagian bawah hendaklah disokongkan oleh tiang bulat atau penyokong lain yang bersesuaian. Bahagian dalam gol, ialah jarak dari bahagian dalam tiang gol ke bahagian luar gelanggang, ialah sekurang-kurangnya 80 sm di bahagian atas dan 100 sm pada paras tanah.

Penggantian Bola yang Rosak Jika bola pecah atau rosak semasa permainan: permainan diberhentikan permainan dimulakan semula dengan menjatuhkan bola yang baru di mana bola asal pecah Jika bola pecah atau rosak ketika bola di luar permainan, ketika sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau sepakan ke dalam: Permainan dimulakan sepatutnya mengikut UndangUndang Permainan. Bola tidak boleh ditukar semasa permainan tanpa kebenaran pengadil. Keputusan-keputusan 1. Bola bersalut felt tidak boleh digunakan untuk perlawanan antarabangsa. 2. Bola tidak boleh melantun kurang daripada 50 sm atau lebih daripada 65 sm pada lantunan pertama apabila dijatuhkan dari ketinggian 2 m. Untuk perlawanan pertandingan, hanya bola yang memenuhi keperluan teknikal yang minimum di dalam Undang-undang II, dibenarkan untuk digunakan.

International Matchball Standard


Keperluan sedemikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji secara rasmi dan didapati memenuhi keperluan-keperluan teknikal yang khusus, berbeza bagi setiap kategori dan tambahan kepada spesifikasi minimum yang disebutkan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan khusus tambahan bagi setiap kategori tertentu akan dikeluarkan oleh FIFA. Institusi yang melakukan ujian ini dipilih oleh FIFA. Persatuan-persatuan kebangsaan boleh menetapkan kegunaan bola yang mempunyai salah satu daripada tanda-tanda di atas saja untuk pertandingannya. Di dalam semua pertandingan lain bola mestilah memenuhi keperluan di dalam Undang-undang 2. Jika persatuan kebangsaan menetapkan kegunaan bola yang mempunyai logo FIFA APPROVED atau FIFA INSPECTED untuk perlawanannya, persatuan kebangsaan mestilah membenarkan juga kegunaan bola yang mempunyai logo tanpa royalti International Matchball Standard. Di dalam perlawanan pertandingan FIFA, dan di dalam perlawanan pertandingan yang dikelolakan di bawah kawalan konfederasi dan persatuan kebangsaan, tiada sebarang iklan pada bola dibenarkan, kecuali tanda pertandingan, pengelola pertandingan atau tanda buatan pembuat bola. Peraturan

Di dalam perlawanan pertandingan FIFA, dan di dalam perlawanan pertandingan yang dikelolakan di bawah kawalan konfederasi, penerimaan bola untuk digunakan tertakluk kepada syarat bahawa terdapat salah satu dari tiga ungkapan berikut: Logo rasmi "FIFA APPROVED" atau - Logo rasmi "FIFA INSPECTED" atau - Rujukan "INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARDS"

pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda ini. III. BILANGAN PEMAIN Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak melebihi lima pemain, dan salah seorang menjadi penjaga gol. Prosedur Penggantian Pengganti boleh digunakan di dalam sebarang perlawanan rasmi dikelolakan di bawah naungan FIFA, persekutuan atau persatuan kebangsaan. Bilangan pengganti maksimum yang dibenarkan ialah tujuh orang. Jumlah penggantian yang dilakukan semasa sesuatu perlawanan tidak terhad. Seorang pemain yang telah digantikan boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti pemain lain. . Suatu penggantian dilakukan semasa bola masih di dalam permainan dengan syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi: Pemain hendaklah keluar melalui garisan tepi melalui sektor yang dinamakan zon penggantiannya. Pemain hendaklah masuk melalui zon penggantiannya tetapi setelah pemain yang digantikan telah keluar sepenuhnya dari garisan tepi. Seorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budibicara pengadil sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak. Penggantian dikira lengkap apabila pengganti masuk ke gelanggang, dengan itu dia menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat sebagai pemain.

Seorang penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain. Kesalahan/Hukuman Jika, semasa satu penggantian, seorang pengganti masuk ke gelanggang sebelum pemain yang digantinya itu keluar sepenuhnya, permainan diberhentikan. pemain yang hendak digantikan itu diarahkan keluar dari gelanggang Pengganti diberi amaran dan dilayangkan kad kuning Permainan dimulakan semula dengan satu sepakan percuma tidak terus yang dibuat oleh pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan. Walau bagaimanapun, jika bola berada di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu hendaklah dibuat pada garisan kawasan penalti yang berhampiran dengan kedudukan bola semasa permainan diberhentikan. Jika semasa satu penggantian, pengganti masuk ke gelanggang atau pemain yang digantikan itu keluar dari tempat selain dari zon penggantian permainan diberhentikan. pemain yang bersalah diberi amaran dan dilayangkan kad kuning. permainan dimulakan semula dengan suatu sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat di mana bola berada semasa permainan diberhentikan. Walau bagaimanapun, jika bola berada di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu hendaklah diambil pada garisan kawan penalti, yang berhampiran dengan kedudukan bola semasa permainan diberhentikan.

Keputusan-keputusan 1. Pada permulaan perlawanan, setiap pasukan mestilah mempunyai lima pemain minimumnya. 2. Jika, ketika seorang pemain diperintah keluar, manamana pasukan mempunyai kurang daripada tiga pemain (termasuk penjaga gol), permainan hendaklah ditamatkan.

shinguard alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada canvas atau kasut latihan dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.

Jersi atau baju nombor di antara 1 hingga 15 mestilah tertera pada bahagian belakang baju. warna nombor hendaklah berbeza dengan jelasnya dari warna jersi. Untuk perlawanan antarabangsa, nombor mestilah tertera juga di bahagian hadapan peralatan dengan saiznya yang lebih kecil. Shinguard

IV. PERALATAN PEMAIN Keselamatan Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya kepada pemain-pemain lain, termasuk sebarang barangan kemas. Peralatan Asas Peralatan asas yang diwajibkan ialah: jersi atau baju, seluar pendek jika seluar dalam thermal digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendek. stokin

shinguard mestilah dilitupi keseluruhannya oleh stokin mesti diperbuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastik atau bahan yang serupa) mesti memberikan perlindungan pada tahap yang munasabah

Penjaga Gol panjang.

Penjaga gol dibenarkan memakai seluar

Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna yang membezakan dengan mudahnya dengan pemain-pemain lain dan juga Pengadil. Jika seorang pemain menukar tempat dengan penjaga gol, jersi penjaga gol yang digunakan oleh pemain lain mestilah ditandakan di bahagian belakangnya oleh nombor pemain tersebut. Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman Untuk sebarang pelanggaran Undang-undang ini:

pemain bersalah diarah oleh Pengadil keluar gelanggang untuk membetul atau melengkapkan alatannya. Pemain itu tidak dibenarkan masuk semula tanpa melaporkan diri terlebih dahulu kepada Pengadil yang akan menentukan peralatan pemain itu sempurna.

V. PENGADIL Kuasa Pengadil Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil, yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran gelanggang yang ditetapkan itu sehingga dia keluar. Kuasa dan Tugas Pengadil:

Undang-undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan luar; mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersabit kesalahan-kesalahan yang perlu diberi amaran atau diperintah keluar; memastikan orang lain yang berkenaan saja dibenarkan masuk ke padang; berhentikan permainan jika, pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada pendapatnya tercedera ringan; menentukan bahawa sebarang bola yang disediakan memenuhi kehendak Undang-undang II. Keputusan-keputusan Pengadil Keputusan-keputusan pengadil terhadap sebarang berkaitan dengan permainan adalah muktamad.

fakta

menguatkuasakan

Undang-undang

Permainan;

meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari beruntung dari advantej ini dan menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan itu tidak berhasil pada masa itu; membuat catatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin terhadap pemainpemain, dan/atau pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perlawanan itu; bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir; memberhentikan, menangguh atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan

Keputusan-keputusan 1. Jika Pengadil dan Pengadil Kedua mengisyaratkan kesalahan serentak dan terdapat perselisihan pendapat pasukan yang sepatutnya dihukumkan, keputusan Pengadil diutamakan. 2. Kedua-dua Pengadil dan Pengadil Kedua berhak untuk memberikan amaran atau perintah keluar seseorang pemain, tetapi jika terdapat perselisihan pendapat, keputusan pengadil diutamakan.

Keputusan-keputusan Untuk perlawanan antarabangsa penggunaan Pengadil Kedua adalah diwajibkan.

VII. PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA Tugas-tugas Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik. Mereka ditempatkan di luar gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon penggantian. VI. PENGADIL KEDUA Tugas-tugas Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang bertentangan dengan Pengadil. Dia juga dibenarkan untuk menggunakan wisel. Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan.. Pengadil Kedua juga: mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran undang-undang; memastikan penggantian dilakukan dengan betul.

Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan.

Penjaga Masa: memastikan jangkamasa perlawanan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam Undangundang 8 dengan memulakan jamnya selepas sepak mula - mulakan jam itu setelah sepak mula; - memberhentikan jam itu bila bola di luar permainan; - memulakan semula selepas satu sepakan ke dalam, hantaran gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan-sepakan dari tanda penalti pertama atau kedua, hentian masa atau jatuhan bola; mengawal hentian masa satu minit; mengawal masa bagi tempuh masa hukuman 2 minit ketika seseorang pemain diperintah keluar;

Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya, Pengadil akan menamatkan tugas Pengadil Kedua, dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

memberi isyarat tamatnya masa separuh masa pertama, tamatnya masa perlawanan dan tamatnya masa-masa tambahan dengan satu tiupan wisel atau isyarat bunyi lain yang berbeza dari bunyi wisel Pengadilpengadil; menyimpan catatan semua hentian masa untuk setiap pasukan, memberi maklumat sewajarnya kepada pengadil-pengadil dan pasukan-pasukan tentang ini dan memberi isyarat kebenaran hentian masa apabila diminta oleh jurulatih dari salah satu pasukan. (Undangundang 8) menyimpan catatan lima kesalahan terkumpul pertama bagi setiap pasukan, setelah dihukum oleh pengadil, pada setiap separuh masa perlawanan dan memberi isyarat apabila kesalahan kelima dilakukan oleh mana-mana pasukan.

mendapatkan penggantinya serta melaporkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

kejadian

itu

Jika berlaku kecederaan, Pengadil Ketiga boleh menggantikan sama ada Pengadil atau Pengadil Kedua. Keputusan-keputusan 1. Untuk perlawanan antarabangsa, kegunaan seorang Penjaga Masa dan seorang Pengadil Ketiga adalah diwajibkan. 2. Untuk perlawanan antarabangsa, jam randik yang digunakan hendaklah merangkumi semua fungsifungsi yang diperlukan (penyukat masa yang tepat, kaedah merakam tempuh masa hukuman 2 minit serentak untuk empat pemain dan mengesan jumlah kesalahan terkumpul setiap pasukan di setiap masa).

Pengadil Ketiga Pengadil Ketiga membantu Penjaga Masa. Dia akan: menyimpan catatan bagi lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan yang dihukumkan oleh Pengadil, pada setiap separuh masa dan memberikan isyarat apabila kesalahan kelima dilakukan oleh mana-mana pasukan; menyimpan catatan semua pemberhentian dan sebab-sebabnya di dalam sesuatu permainan; catatkan nombor pemain-pemain yang menjaringkan gol; catatkan nama dan nombor pemainpemain yang diberi amaran atau diperintah keluar; memberikan maklumat-maklumat lain yang ada kaitan dengan permainan itu. Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya oleh Penjaga Masa atau Pengadil Ketiga, Pengadil akan menamatkan tugasnya dan

Masa Rehat Rehat pada separuh masa tidak boleh melebihi 15 minit. VIII. TEMPUH MASA PERMAINAN Tempuh Masa Permainan Perlawanan hendaklah dijalankan dalam dua tempuh masa yang sama selama 20 minit. Catatan masa dilakukan oleh Penjaga Masa yang tugasnya adalah dihuraikan di dalam Undang-undang 7. Tempuh masa setiap separuh masa akan dilanjutkan untk membolehkan satu sepakan penalti dibuat. Hentian Masa Setiap pasukan berhak meminta satu hentian masa satu minit pada setiap separuh masa. Keadaan-keadaan berikut dikuatkuasakan: jurulatih pasukan diberi kuasa untuk meminta hentian masa satu minit. hentian masa satu minit boleh diminta pada bila-bila masa tetapi dibenarkan hanya bila pasukannya mengawal bola Penjaga Masa memberi isyarat untuk satu hentian masa apabila bola di luar permainan dengan menggunakan wisel atau bunyi lain yang berbeza dari yang digunakan oleh pengadil-pengadil. ketika satu hentian masa dibenarkan, pemain-pemain mesti berada di dalam gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan dari pegawai pasukan, ia hendaklah dilakukan di garisan tepi gelanggang berhadapan dengan bangku pemain simpanan pasukan. Pegawai yang memberi arahan tidak dibenarkan masuk ke gelanggang. Pasukan yang tidak meminta hentian masa pada separuh masa pertama, masih berhak untuk satu hentian masa saja pada separuh masa kedua. Keputusan-keputusan Jika seorang Penjaga Masa tidak disediakan, jurulatih boleh membuat permintaan hentian masa dari Pengadil Jika peraturan pertandingan menetapkan bahawa masa tambahan dimainkan pada penghujung masa biasa, tiada hentian masa dibenarkan dalam masa tambahan. IX. PERMULAAN DAN PERMULAAN SEMULA PERMAINAN Pra-perlawanan Lentinganan syiling dibuat dan pasukan yang menang lentingan membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya pada separuh masa pertama. Pasukan lawan akan membuat sepak mula perlawanan itu. Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pada separuh masa kedua perlawanan. Pada permulaan separuh masa kedua perlawanan, kedua-dua pasukan bertukar tempat untuk menyerang gol yang bertentangan. Sepak Mula Sepak mula adalah satu cara untuk memulakan atau memulakan semula permainan: pada permulaan perlawanan selepas satu gol telah dijaringkan pada permulaan separuh masa kedua perlawanan pada permulaan setiap masa tambahan, bila sesuai. Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula. Prosedur

Semua pemain berada di dalam kawasan separuh gelanggangnya. Pemain pasukan lawan berada sekurangkurangnya 3 meter dari bola sehingga bola di dalam permainan. Bola berada tetap di atas tanda tengah. Pengadil memberikan isyarat. Bola di dalam permainan apabila ia disepak dan bergerak ke hadapan. Penyepak tidak dibenarkan untuk memainkan bola buat kali kedua sehingga ia telah dimainkan oleh pemain lain. jaringan, sepak mula

sebelum pemberhentian itu bola belum melintasi garisan tepi atau garisan gol, atau mana-mana sebab yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan yang lain. Prosedur Pengadil hendaklah membuat jatuhan bola di tempat di mana bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali jika ia berada di dalam kawasan penalti, maka jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti, di tempat paling hampir tempat bola berada semasa permainan diberhentikan. Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman Bola dijatuhkan semula: jika ia disentuh oleh seseorang pemain sebelum ia menyentuh tanah; jika bola keluar dari gelanggang selepas ia menyentuh tanah, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.

Setelah sesuatu pasukan membuat dilakukan pasukan lawannya.

Kesalahan-kesalahan/Hukuman Jika penyepak memainkan bola kali kedua sebelum ia dimainkan oleh pemain lain, suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dibuat dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Walau bagaimanapun, jika kesalahan itu berlaku oleh pemain di dalam kawasan penalti pasukan lawan, suatu sepakan percuma tidak terus akan dibuat di atas garisan kawasan penalti yang hampir dengan kesalahan itu. Untuk sebarang kesalahan lain dalam prosedur sepak mula, sepak mula dibuat semula. Jatuhan Bola Jatuhan bola ialah suatu cara untuk memulakan semula permainan selepas sesuatu penangguhan sementara yang diperlukan, semasa bola di dalam permainan dengan syarat

X. BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN Bola di luar permainan Bola adalah di luar permainan apabila:

keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara;

permainan diberhentikan oleh pengadil; ia menyentuh siling.

Jaringan Gol Kecuali terdapatnya peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol dan di bawah palang gol, kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oleh seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol. Pasukan yang Menang Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih dalam sesuatu perlawanan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringan bilangan gol yang sama atau tiada gol jaringankan, perlawanan dikira seri. Peraturan Pertandingan Untuk perlawanan yang berkesudahan dengan seri, peraturan pertandingan boleh menyatakan peruntukan yang melibatkan tambahan masa atau prosedur-prosedur lain untuk menentukan pemenang sesuatu perlawanan. XII. KESALAHAN-KESALAHAN & KELAKUAN TIDAK BERTERTIB Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bertertib adalah dihukum seperti berikut: Sepakan Percuma Terus Suatu sepakan percuma terus akan diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain dengan sengaja melakukan salah satu dari enam kesalahan berikut yang dianggap oleh pengadil sebagai cuai, gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan: menendang atau cuba menendang pemain lawan membentes atau cuba membentes pemain lawan

Bola di dalam permainan Bola sentiasa di dalam permainan, termasuk apabila:


ia melantun dari tiang gol atau palang gol ke dalam gelanggang ia melantun dari pengadil-pengadil ketika mereka berada di dalam gelanggang

Keputusan-keputusan Apabila sesuatu perlawanan dimainkan di gelanggang dalam dewan dan bola terkena siling, permainan hendaklah dimulakan semula dengan satu sepakan ke dalam, yang dibuat oleh pasukan lawan kepada pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu. Sepakan ke dalam dibuat dari garisan tepi paling hampir kepada tempat di mana bola menyentuh siling.

XI. CARA MENENTUKAN JARINGAN

menerjah ke pemain lawan merempuh pemain lawan, walaupun dengan bahu memukul atau cuba memukul pemain lawan menolak pemain lawan Suatu sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seseeorang pemain melakukan mana-mana dari empat kesalahan berikut: memegang pemain lawan meludah kepada pemain lawan menggelunsor untuk memainkan bola yang sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain lawan (takel menggelunsor), kecuali bagi penjaga gol di dalam kawasan penaltinya dengan syarat dia tidak bermain secara cuai, gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan memegang bola dengan sengaja kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya sendiri

jika dia menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia disepak dengan sengaja kepadanya oleh rakannya jika dia menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia menerima bola terus dari suatu sepakan ke dalam oleh rakannya jika dia menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kakinya di mana-mana bahagian gelanggangnya sendiri lebih dari empat saat.

Sesuatu sepakan percuma terus dibuat di tempat kesalahan. Kesalahan-kesalahan tersebut di atas adalah kesalahankesalahan terkumpul. Sepakan Penalti Suatu sepakan penalti diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu dari kesalahan di atas di dalam kawasan penaltinya tanpa diambil kira kedudukan bola tetapi dengan syarat bola berada di dalam permainan. Sepakan Percuma Tidak Terus Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol melakukan salah satu dari kesalahan-kesalahan berikut: setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia menerima semula bola yang disepak oleh rakannya, tanpa bola terlebih dahulu melepasi garisan tengah atau dimainkan oleh pemain pasukan lawan

Suatu sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat di tempat kesalahan, jika, pada pendapat pengadil, seorang pemain: bermain dengan cara berbahaya; dengan sengaja menghalang pergerakan pemain lawan ketika tidak memainkan bola; menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya; melakukan mana-mana kesalahan lain, tidak disebut terdahulunya di dalam Undang-undang 12, di mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar seseorang pemain Sepakan percuma tidak terus itu dibuat di tempat kesalahan, kecuali di dalam kawasan penalti, maka sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti yang paling hampir dengan tempat kesalahan dilakukan. Hukuman-hukuman Disiplin Kesalahan-kesalahan diberi Amaran Seorang pemain diberi amaran dan dilayangkan kad kuning jika dia melakukan mana-mana dari kesalahan berikut:

dia berkelakuan tidak bersemangat sukan; dia membantah keputusan pengadil dengan perkataan atau tindakan; dia sentiasa melanggar undang-undang permainan; dia melambat-lambatkan permulaan semula permainan; dia gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan dimulakan semula dengan suatu sepakan penjuru, sepakan ke dalam, sepakan percuma atau lemparan gol; dia masuk atau masuk semula gelanggang tanpa kebenaran pengadil atau melanggaar prosedur penggantian dia dengan sengaja keluar dari gelanggang tanpa kebenaran pengadil

dia menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kesat dia menerima amaran kedua dalam satu permainan.

Keputusan-keputusan Seorang pemain yang diperintah keluar tidak boleh masuk semula dalam permainan atau duduk di bangku pemain simpanan. Pemain pengganti boleh masuk ke gelanggang dua minit penuh selepas rakannya diperintah keluar itu, kecuali suatu gol telah dijaringkan sebelum masa dua minit itu tamat, dan dengan syarat dia menerima kebenaran penjaga masa. Dalam hal sedemikian perkara berikut dikuatkuasakan:

Kesalahan Perintah Keluar Seorang pemain diperintah keluar dan dilayangkan kad merah jika melakukan mana-mana kesalah berikut: dia bersalah kerana bermain dengan amat kasar; dia bersalah kerana berkelakuan ganas dia meludah pemain lawan atau orang lain dia menggagalkan pasukan lawan suatu jaringan atau peluang jaringan yang jelas dengan kesalahan memegang bola dengan sengaja (ini tidak termasuk penjaga gol di dalam kawasan penaltinya) dia menggagalkan peluang jaringan yang jelas pemain lawan yang bergerak ke arah gol pemain itu dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan suatu sepakan percuma atau sepakan penalti

jika terdapat lima pemain melawan empat pemain dan pasukan yang mempunyai lebih pemain membuat jaringan, maka pasukan dengan empat pemain itu boleh dilengkapkan dengan pemain kelima; jika kedua-dua pasukan bermain dengan empat pemain dan jaringan dibuat, kedua-dua pasukan kekal dengan bilangan pemain yang sama itu; jika lima pemain bermain melawan tiga pemain, atau empat melawan tiga pemain dan pasukan yang mempunyai lebih pemain membuat jaringan, pasukan tiga pemain boleh menambah satu pemain sahaja; jika kedua-dua pasukan bermain dengan tiga pemain dan satu jaringan dibuat kedua-dua pasukan kekal dengan bilangan pemain yang sama itu; jika pasukan yang kurang pemain membuat jaringan, permainan diteruskan tanpa mengubah bilangan pemain.

XIII. SEPAKAN PERCUMA Jenis-jenis Sepakan Percuma

Sepakan percuma adalah terus atau tidak terus. Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh pemain lain. Sepakan Percuma Terus

kawasan penalti di tempat paling hampir dengan kesalahan itu. Jika pasukan yang membuat sepakan percuma mengambil lebih dari 4 saat suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan. Isyarat-isyarat Sepakan Percuma Terus: Pengadil mengekalkan lengannyanya melintang mengekalkan ke arah sepakan dibuat. Dalam kesalahan yang dikira sebagai kesalahan terkumpul, pengadil mengisyaratkan dengan menunjukkan jari telunjuk ke bawah supaya pengadil ketiga, atau mana-mana pegawai pada meja, tahu bahawa ia dikira sebagai kesalahan terkumpul. Sepakan Percuma Tidak Terus: Pengadil mengisyaratkan suatu sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangan lurus ke atas. Dia mengekalkan tangannya sehingga sepakan itu telah dibuat dan bola telah dimainkan oleh pemain lain atau keluar dari permainan.

Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol dikira.

Sepakan Percuma Tidak Terus

Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol

Kedudukan untuk Sepakan Percuma


Semua pemain lawan mestilah sekurang-kurangnya 5 meter dari bola sehingga ia berada di dalam permainan. Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disepak atau disentuh.

Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman Jika, ketika suatu sepakan percuma dibuat, seorang pemain berada lebih hampir ke bola dari jarak yang diperlukan: Sepakan dibuat semula Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola semula sebelum ia dimainkan oleh pemain lain: suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan di tempat kesalahan itu. Walau bagaimanapun, jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan XIV. KESALAHAN-KESALAHAN TERKUMPUL Kesalahan-kesalahan terkumpul

ialah kesalahan yang dihukum dengan satu sepakan percuma terus yang tercatat di dalam Undang-unhdang 12. Lima kesalahan terkumpul yang pertama oleh setiap pasukan pada setiap separuh masa adalah dicatatkan di dalam catatan perlawanan.

Kedudukan Sepakan Percuma Untuk lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di dalam setiap separuh masa: Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga bola di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini. Bermula dengan kesalahan terkumpul yang keenam yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di dalam setiap separuh masa: Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti. Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang-kurangnya lima meter dari bola. Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada di belakang garisan maya yang selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti. Mereka mestilah berada lima meter dari bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan melepasi garisan maya itu sehingga bola berada di dalam permainan. Prosedur (untuk kesalahan terkumpul keenam dan lebih)

Pemain yang membuat sepakan mesti menyepak bola dengan tujuan untuk membuat jaringan dan tidak dibenarkan untuk membuat hantaran kepada pemain lain. Sebaik saja sepakan dibuat, tiada pemain dibenarkan menyentuh bola sehingga ia disentuh oleh penjaga gol, atau ia melantun dari tiang atau palang gol, atau telah keluar dari gelanggang. Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasan pasukan lawan atau di dalam kawasan sendiri di depan garisan bayangan yang selari dengan garisan pertengahan padang dan melalui tanda penalti kedua 10 meter dari garisan gol, sepakan percuma itu hendaklah dibuat daripada tanda penalti kedua. Tanda penalti kedua ini diterangkan di dalam Undang-undang 1. Sepakan percuma ini hendaklah dibuat menepati peruntukan yang disebutkan di bawah Posisi untuk sepakan percuma. Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasannya di antara garisan 10 meter dengan garisan gol, pasukan yang akan membuat sepakan itu boleh memilih untuk membuat sepakan itu dari tanda penalti kedua atau dari tempat di mana kesalahan itu berlaku. Tambahan masa perlu dibenarkan untuk suatu sepakan percuma dibuat pada penghujung setiap separuh masa atau pada penghujung setiap tempuh masa tambahan. Jika permainan berlanjutan ke masa tambahan, semua kesalahan yang terkumpul dari separuh masa kedua akan dibawa ke masa tambahan itu.

Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman Jika seorang pemain pasukan pertahanan melakukan satu kesalahan Undang-undang ini: Sepakan ini hendaklah dibuat semula, hanya jika suatu gol tidak dijaringkan. Sepakan ini tidak dibuat semula jika gol telah dijaringkan.

Jika rakan kepada pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan:


Bola: diletakkan di tanda penalti Pemain yang membuat sepakan penalti: dikenal pasti Penjaga gol bertahan: berada di atas garisan golnya, mengadap penyepak, di antara kedua-dua tiang gol, sehingga bola disepak. Pemain-pemain selain dari penyepak berada: di dalam gelanggang di luar kawasan penalti di belakang atau di tepi tanda penalti sekurang-kurangnya 5 meter dari tanda penalti Prosedur Penyepak sepakan penalti itu menyepak bola ke hadapan. Dia tidak dibenarkan memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain. Bola berada di dalam permainan sebaik ia disepak dan bergerak ke hadapan.

Sepakan ini hendaklah dibuat semula, jika suatu gol dijaringkan. Sepakan ini tidak dibuat semula jika gol tidak dijaringkan.

Jika pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan setelah bola di dalam permainan:

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat dari tempat di mana kesalahan itu berlaku, kecuali ia berlaku di dalam kawasan penalti, dalam hal demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu.

XV. SEPAKAN PENALTI


Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus dan semasa bola di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti. Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan. Kedudukan Bola dan Pemain-pemain Apabila sesuatu sepakan penalti dibuat semasa permainan biasa, atau masa dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk membenarkan sepakan penalti itu dibuat atau dibuat semula, gol diberi jika, sebelum melintasi tiang-tiang gol di bawah palang gol: Bola menyentuh salah satu atau kedua-dua tiang gol, dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol. Kesalahan-kersalahan/hukuman-hukuman

Jika seorang pemain pasukan bertahan melakukan kesalahan: sepakan ini dibuat semula, hanya jika suatu gol tidak dijaringkan. sepakan ini tidak dibuat semula jika gol telah dijaringkan. Jika rakan kepada pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan: sepakan ini hendaklah dibuat semula, jika suatu gol dijaringkan. sepakan ini tidak dibuat semula jika gol tidak dijaringkan. Jika pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan setelah bola di dalam permainan: suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat dari tempat di mana kesalahan itu berlaku, kecuali ia berlaku di dalam kawasan penalti, dalam hal demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu.

Sepakan ke dalam diberi: apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena siling dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu Kedudukan Bola dan Pemain Bola berada tetap di atas garisan tepi disepak ke dalam permainan ke mana-mana arah Pemain yang membuat sepakan ke dalam: sebahagian dari setiap kaki berada di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi ketika menyepak bola itu Pemain bertahan: mestilah berada tidak kurang 5 meter dari tempat sepakan ke dalam dibuat. Prosedur pemain yang membuat sepakan ke dalam mestilah melakukannya dalam masa 4 saat dari masa ia menerima bola pemain yang membuat sepakan ke dalam tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disepak atau disentuh

XVI. SEPAKAN KE DALAM Sepakan ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan ke dalam.

Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika: pemain yang membuat sepakan ke dalam memainkan bola kali kedua sebelum ia disentuh atau dimainkan oleh pemain lain. Sepakan percuma tidak terus akan dibuat oleh pemain pasukan lawan di tempat kesalahan, kecuali ia dilakukan di dalam kawasan penalti, dalam keadaan ini sepakan percuma tidak terus ini akan dibuat dari garisan kawasan penalti di tempat paling hampir dengan tempat kesalahan berlaku. Sepakan ke dalam dibuat semula oleh pemain pasukan lawan jika: sepakan ke dalam tidak dibuat dengan betul sepakan ke dalam dibuat dari tempat selain dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi. sepakan ke dalam tidak dilaksanakan dalam masa 4 saat pemain yang menerima bola itu. sebarang kesalahan lain yang dilakukan.

Prosedur bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya oleh penjaga gol pasukan bertahan pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling melepasi kawasan penalti tersebut. Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman Jika bola tidak melintasi terus dari kawasan penalti: hantaran gol dibuat semula Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua, sebelum ia telah disentuh oleh pemain lain atau melepasi garisan tengah: suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari tempat kesalahan, kecuali ia berlaku di dalam kawasan penalti, dalam hal demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu. Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menerima bola semula dari rakannya: suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu. Jika hantaran bola itu tidak dibuat dalam masa 4 saat penjaga gol itu menerima bola: suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, dibuat di atas garisan kawasan penalti berhampiran dengan tempat kesalahan berlaku.

XVII. HANTARAN GOL Hantaran gol permainan ialah satu cara untuk memulakan semula

Gol tidak boleh dijaringkan terus dari hantaran gol. Hantaran gol diberi apabila: keseluruhan bola melintasi garisan gol, setelah disentuh oleh pemain dari pasukan penyerang sama ada di udara atau di tanah, dan suatu gol tidak dijaringkan mengikut Undangundang 11.

Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman Satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika: pemain yang membuat sepakan penjuru itu memainkan bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain. Sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari mana kesalahan itu berlaku. sepakan penjuru itu tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa pemain berkenaan menerima bola. Sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari tanda sepakan penjuru. Untuk kesalahan-kesalahan lain: sepakan penjuru dibuat semula XVIII. SEPAKAN PENJURU Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan. Sepakan penjuru diberi apabila: keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara, dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-undang 11. Prosedur bola diletakkan tepat pada bahagian dalam lengkuk penjuru yang palaing hampir pemain lawan hendaklah berada tidak kurang 5 meter dari bola sehingga bola di dalam permainan bola disepak oleh pemain pasukan menyerang bola berada di permainan sebaik saja disepak atau disentuh pemain yang membuat sepakan itu tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN Prosedur untuk menentukan pemenang sesuatu perlawanan Masa tambahan dan sepakan dari tanda penalti adalah cara-cara untuk menentukan pemenang di mana peraturan pertandingan memerlukan sesuatu pasukan yang menang setelah perlawnan berkesudahan dengan seri. Tambahan Masa Tambahan masa mengandungi dua bahagian masa 5 minit yang sama . Jika tia gol dijaringkan semasa dua tambahan masa ini, perlawanan akan ditentukan dengan sepakan dari tanda penalti.

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN Sepakan dari tanda penalti

Pengadil akan menentukan gol bagi sepakan penalti dibuat. Pengadil membuat lentingan syiling dan pasukan yang menang lentingan syiling itu memilih sama ada membuat sepakan pertama atau kedua. Pengadil menyimpan catatan semua sepakan yang dibuat. Tertakluk kepada keadaan-keadaan yang dinyatakan di bawah, kedua-dua pasukan membuat lima sepakan. Sepakan dibuat secara selang-seli Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, salah satu pasukan telah menjaringan bilangan gol melebihi dari bilangan yang mampu dibuat oleh pasukan lawan, walaupun ia menamatkan kelima-lima sepakan itu, tiada sepakan akan dibuat. Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, kedua-dua pasukan telah membuat jaringan yang sama atau tiada jaringan dibuat, sepakan hendaklah diteruskan dalam giliran yang sama, sehingga salah satu pasukan telah membuat satu jaringan lebih dari pasukan lawannya dari bilangan sepakan yang sama. Setiap sepakan dibuat oleh pemain yang berlainan dan semua pemain yang layk mestilah membuat satu sepakan sebelum mana-mana pemain boleh membuat sepakan kedua. Mana-mana pemain yang layak boleh menukarkan tempat dengna penjaga gol pada bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti itu dibuat. Hanya pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan saja dibenarkan berada di dalam gelanggang semasa sepakan dari tenda penalti dibuat Semua pemain, kecuali pemain yang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol, mestilah berada di dalam gelanggang, di separuh bahagian gelanggang yang bertentangan dengan tempat sepakan dibuat.

Penjaga gol, rakan kepada penyepak mestilah berada di dalam di luar kawasan penalti di mana sepakan dibuat, dan di atas garisan gol di mana ia menyentuh garisan kawasan penalti. Kecuali dinyatakan walau bagaimanapun, Undang-undang Permainan dan keputusan-keputusan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa yang relevan dikuatkuasakan ketika sepakan dari tanda penalti dijalankan. Ketika satu pasukan menamatkan perlawanan dengan bilangan pemain yang lebih dari pasukan lawannya, mereka akan mengurangkan bilangannya untuk menyamai pasukan lawannya dan memberitahu pengadil nama dan nombor setiap pemain yang dikecualikan. Ketua pasukan bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini dilaksanakan. Sebelum permulaan sepakan dari tanda penalti itu, Pengadil mestilah memastikan hanya bilangan pemain yang sama dari kedua-dua pasukan berada di dalam separuh gelanggang yang bertentangan; pemain-pemain ini akan membuat sepakan penalti itu.

ISYARAT-ISYARAT PENGADIL

Kiraan Empat Saat Kelima Mula dan Mula Semula Permainan Advantej

Kesalahan Terkumpul

Sepakan Percuma Terus Tidak Terus

Sepakan Percuma

Beri Amaran/Perintah Keluar Rehat

Masa

ISI KANDUNGAN Undang-undang Undang-undang Undang-undang Undang-undang Undang-undang Undang-undang Undang-undang Ketiga Undang-undang Undang-undang Semula 1 2 3 4 5 6 7 Gelanggang Permainan Bola Bilangan Pemain Peralatan Pemain Pengadil Pengadil Kedua Penjaga Masa dan Pengadil

Mukasu rat

8 Tempuh Masa Perlawanan 9 Permulaan dan Permulaan

Permainan Undang-undang 10 Bola di Dalam dan di Luar Permainan Undang-undang 11 Cara Menentukan Jaringan Undang-undang 12 Kesalahan-kesalahan dan Kelakuan Tidak Bertertib Undang-undang 13 Sepakan Percuma Undang-undang 14 Kesalahan-kesalahan Terkumpul Undang-undang 15 Sepakan Penalti Undang-undang 16 Sepakan ke Dalam Undang-undang 17 Hantaran Gol Undang-undang 18 Sepakan Penjuru Sepakan dari Tanda Penalti Isyarat-isyarat Pengadil

NOTA-NOTA KEPADA UNDANG-UNDANG PERMAINAN FUTSAL Tertakluk kepada persetujuan persatuan-persatuan berkenaan dan dengan syarat prinsip-prinsip Undang-undang ini dipatuhi, Undang-undang ini boleh diubahsuaikan dalam pelaksanaannya bagi perlawanan-perlawanan untuk pemain-pemain di bawah umur 16 tahun, pemain Futsal wanita, pemain veteran (lebih dari 35 tahun) dan pemain-pemain yang istimewa. Mana-mana dari pengubahsuaian berikut adalah dibenarkan: o Saiz padang permainan; o Saiz, berat dan bahan bola; o Lebar di antara tiang gol dan ketinggian palang gol dari tanah; o Tempuh masa permainan; o Penggangian. Pengubahsuaian selanjutnya adalah dibenarkan dengan kebenaran Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa. Lelaki dan Wanita Rujukan kepada jantina lelaki di dalam Undang-undang Permainan berhubung dengan pengadil, pemain dan pegawai untuk permudahkan pelaksanaannya dikuatkuasakan kepada lelaki dan wanita.

Anda mungkin juga menyukai