Anda di halaman 1dari 8

Pengguna

Pengguna merupakan kumpulan ekonomi yang paling penting tidak kira sama ada bagi sektor awam ataupun swasta. Merekalah yang menentukan ekonomi negara. Bagi menjaga kepentingan kumpulan terbesar ini, hak pengguna telah diwujudkan. Terdapat lapan hak pengguna yang diperjuangkan secara universal di seluruh dunia.Walaupun terdapat undangundang tertentu yang melindungi hak pengguna, namun para pengguna juga mempunyai tanggungjawab sendiri. Terdapat lima tanggungjawabpengguna yang sebenarnya hendaklah mendahului lapan hak tersebut.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI PENGGUNA BIJAK


-SEDIAKAN SENARAI MEMBELI-BELAH -BANDINGKAN HARGA -PILIHLAH PRODUK YANG BERKUALITI -PILIHLAH HARGA MURAH -BACALABEL - PASTIKAN TARIKH LUPUT -ELAKKAN DARI BARANGAN CETAK ROMPAK -WASPADA BAHAYA GORENGAN DAN KERTAS PEMBUNGJUSAN -TAHUKAH KITA MINYAK MASAK YANG DIGUNAKAN BERULANGKALI SANGAT BAHAYA? -PENGEDARAN GULA PERLU DIPANTAU PIHAK BERKUASA -Cara Kenalpasti Barang Tiruan

Isu Untuk umat islam


-ISU KASUT CROCS ADA KALIMAH ALLAH:SATU KEBETULAN? -INI JAWAPAN DARI USTAZ NOR AMIN MENGENAI KASUT CROCS -KAFIR SEMAKIN BERANI,UMAT ISLAM SEMAKIN LEMAH

Wednesday, June 23, 2010


Cara Kenalpasti Barang Tiruan
Cara Kenalpasti Barang Tiruan Tahukah anda bagaimana untuk mengenalpasti barangan buatan Made in China? Dunia sekarang dilimpahi dengan pelbagai macam jenis barangan dari China. Yang mana kebanyakan barangan dari China adalah barang tiruan. Adakah anda dapat membezakan yang mana satu barangan dari China atau Taiwan? Ada 1 cara mudah bagaimana untuk mengenalpasti barang Made in China ini. Caranya ialah mengenalpasti melalui teknik barcode. CONTOH BARCODE DARI TAIWAN.

Untuk pengetahuan semua, semua barang yang dihasilkan di mana-mana negara telah pun ditetapkan kod pengeluarannya. Dan semua barangan yang dikeluarkan di negara Cina (Made in China), barcode nya bermula dengan 3 digit ini iaitu ; 690, 691, dan 692. Semua barang yang mempunyai barcode yang dimulai dengan 3 digit ini, adalah barangan Made in China. Manakala, 3 digit pertama barcode barangan Made in Taiwan ialah 471. Sekarang ini, ramai sekali peniaga yang cuba untuk menipu pelanggan mereka. Dia kata dia jual barang asli, berjenama dan berkualiti. Namun, apabila kita beli, setelah membayar dengan harga yang mahal, dapat-dapat barang, semuanya barang tiruan, rendah mutu dan kualiti nya. Apabila diperiksa betul-betul, rupa-rupanya barang yang dijual itu adalah barang Made in China Saya tak mengatakan semua barangan Made in China tak bagus. Tapi realitinya kebanyakan barangan keluaran negara Cina adalah barang tiruan dan banyak yang tak berkualiti. Sebab itu barangan mereka murah. Justeru, adalah sangat baik jika kita dapat selidik dulu apa-apa barang yang ingin dibeli. Terutamanya apabila ingin membeli barangan berjenama dan mahal. Berikut disenaraikan beberapa negara dan barcode yang digunakan bagi produk keluaran mereka. Nombor-nombor ini adalah nombor digit pertama pada barcode yang tertera pada produk.

690 ~ 692 00 ~ 09 30 ~ 37 40 ~ 44 49 ~ 50 ~

Made in China Made in USA & CANADA Made in FRANCE Made in GERMANY Made in JAPAN Made in UK

Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. ____________________________________________________________________ Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti barangan asli. Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran. Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya. Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya adalah melalui penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian laman web yang dilayari oleh pelanggan. Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini, barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan barangan itu berjenama dan murah.

Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di mana-mana sahaja. ____________________________________________________________________ Contoh Jawapan Rumusan 2: Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia. Punca lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak berkemampuan ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan. Selain itu, pasaran globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia. Pada masa yang sama, teknologi terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Malahan, kegiatan pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui kegagalan. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama. Faktor terakhir ialah penjualan barangan tiruan dilindungi oleh sindiket besar. Untuk mengatasinya, tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak yang terlibat. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang tiruan dapat dibantera

Soalan yang telah ditanya kepada saya ialah : Apa hukum menjual dan membeli barangan tiruan kepada jenama-jenamaan yang mempunyai hak cipta terutamanya pakaian, beg kasut dan lain-lain? Jawapannya Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini

barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya. Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud : Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara. Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud : Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan

setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada raguragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah. Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud : Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (AlBaqarah : 172) Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. (An-Nahl : 114)

Bagaimana hendak membezakan antara barangan asli dengan tiruan? Ciri-ciri barangan asli:Ciri-ciri barangan tiruan

Harga jualan adalah mahal/ telah ditetapan. Dijual di premis tetap seperti komplek membeli-belah ternama atau outlet yang diiktiraf dan dilantik sahaja. Mempunyai kad jaminan kualiti. Mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif. Mempunyai hasil kerja pembuatan (workmanship) yang halus, kemas serta menarik. Dibuat dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi. Dihasilkan di kilang yang menggunakan peralatan moden dan berteknologi tinggi. Kebanyakkannya diimport dari luar negara. Tahan lama dan tidak mudah rosak. Tahap keselamatan yang dijamin selamat. Harga jualan adalah murah dan boleh tawar menawar ke tahap minima. Dijual di premis terbuka seperti pasar malam, gerai tepi jalan atau kaki lima. Tiada kad jaminan kualiti. Tidak mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif. Mempunyai hasil kerja yang tidak kemas pembuatan (workmanship) yang kasar, tidak kemas dan tidak menarik. Menggunakan bahan yang berkualiti rendah. Dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang paling asas, industri kecil-kecilan (belakang rumah) dan berteknologi rendah. Kebanyakkannya dibuat di dalam negara. Tidak tahan lama dan mudah rosak. Tiada jaminan dan mungkin membahayakan kesihatan.

Jika pengguna tertipu dan terbeli barangan tiruan, bagaimana untuk membuat aduan?

Pengguna yang tertipu / terpedaya membeli barangan tiruan bolehlah membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK di semua Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan atau menggunakan sistem E-aduan / e-mail : e-aduan.kpdnkk.gov.my.

Anda mungkin juga menyukai