Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA DALAM BAHASA MALAYSIA

Tujuan pendidikan keselamatan jalan raya adalah mendidik pemandu dan pengguna jalan yang lain supaya mereka tidak mengambil risiko di jalan raya dan memperlengkapkan diri dengan ilmu ser ta kemahiran yang bersesuaian. Dengan latihan yang sesuai dan efektif, risiko yang tidak diingini boleh dielakkan. Pengguna jalan raya yang mudah terdedah kepada bahaya seper ti penunggang motosikal, pemandu dan pejalan kaki perlu diberikan latihan pendidikan Keselamatan jalan raya secukupnya melalui program pendidikan yang direka khas bermula dengan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah. Pendidikan keselamatan jalan raya merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula di peringkat sekolah rendah, merangkumi program bagi mengajarkan amalan keselamatan lalu lintas dari seawal sekolah rendah hingga ke sekolah menengah supaya pendidikan keselamatan jalan raya menjadi sebahagian daripada budaya dan amalan bagi setiap kanak-kanak di Malaysia. Justeru, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil. 1/2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 15 Mei 2006. Program ini ber tujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanakkanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.

Matlamat Pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah rendah bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara

keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

Objektif Khusus Pada akhir pembelajaran Tahap 1 murid akan dapat: - menunjukkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya - mempamerkan sikap positif dan ber tanggungjawab ketika berada di jalan raya - memahami bahagian jalan dan persekitaran yang selamat - mampu untuk melintas di jalan raya dengan bantuan dan selamat

Pada akhir pembelajaran Tahap 2 murid akan dapat: - memahami konsep keselamatan jalan raya - mempamerkan sikap positif dan ber tanggungjawab ketika berada di jalan raya - mampu melintas di jalan raya dengan selamat secara bersendirian - memahami kegunaan alat keselamatan (topi keledar, tali pinggang keledar, permantul cahaya) dan kepentingan penyelenggaraan basikal

Kanak-kanak dan Keselamatan Jalan Raya Punca utama kecederaan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak di jalan raya ialah mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai keselamatan di jalan raya. Pendidikan keselamatan jalan raya perlu dibangunkan secara bersesuaian, ber terusan dan berperingkat-peringkat dari tahap prasekolah hingga tahap dua sekolah rendah. Kanak-kanak memerlukan penyeliaan aktif dan rapi apabila berada di jalan raya. Perkara ini melibatkan kanak-kanak berumur hingga 12 tahun. Kadar kemalangan yang tinggi dalam kalangan pejalan kaki yang melibatkan kanak- kanak berumur 5 hingga 12 tahun disebabkan oleh peningkatan mobiliti kanak-kanak tersebut. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya penyeliaan atau belum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk berada dengan selamat di jalan raya sebagai pejalan kaki, pembonceng dan penunggang basikal. Perkembangan mental, fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang terhad

menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di jalan raya. Perkembangan yang terhad ini menyebabkan mereka: - tidak dapat mengenal pasti tempat melintas yang selamat tetapi mereka berpendapat bahawa mereka boleh melintas bersendirian - tidak dapat menentukan kelajuan dan jarak kenderaan dengan tepat - tidak dapat mengenal pasti arah bunyi - tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan lalu lintas di jalan raya - tidak dapat memahami perkara-perkara abstrak berkaitan keselamatan di jalan raya - lebih suka menumpukan perhatian kepada satu aspek pada satu masa mudah hilang tumpuan - berkelakuan tidak konsisten ketika di jalan raya - sukar dilihat oleh pemandu kenderaan disebabkan oleh saiz mereka yang kecil

Organisasi Kandungan Kandungan sukatan pelajaran keselamatan jalan raya sekolah rendah digubal dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu diamalkan oleh murid. Hasil pembelajaran ini ber teraskan pengetahuan dan pemahaman, kemahiran, amalan ser ta sikap dan nilai. Hasil pembelajaran ini berdasarkankonsep Cermat, Tiba Selamat ser ta empat tema utama. Tema I. Sikap dan tanggungjawab Sikap positif dan kelakuan baik yang harus diamalkan ketika berada di jalan raya. Membolehkan murid mengetahui dan menyedari bahawa mereka ber tanggungjawab untuk menentukan tahap Keselamatan mereka di jalan raya. II. Persekitaran Waktu dan keadaan cuaca memerlukan pendekatan yang berlainan dalam memastikan keselamatan diri ketika berjalan. Murid harus memahami tahap penglihatan berubah mengikut waktu dan keadaan cuaca. Murid mesti menggunakan pakaian yang sesuai agar sentiasa selamat. III. Kenal pasti bahaya Mengenal pasti keadaan berbahaya yang terdapat di jalan raya dan mempelajari cara-cara mengatasinya. Perkembangan mental, fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang terhad menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di jalan raya. IV. Melintas dengan selamat Cara yang baik dan betul untuk melintasi jalan raya secara selamat dalam pelbagai keadaan lalu lintas. Murid harus memahami bahawa setiap keadaan lalu lintas adalah berlainan, cara berjalan dan melintas jalan tidak semestinya sama dalam semua keadaan.

Berdasarkan tema di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran digubal agar merangkumi perkara seper ti di bawah. Pada tahap satu, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran asas keselamatan jalan raya. Pada tahap dua pula, pelajar akan mula diajar dengan kemahiran keselamatan jalan raya yang lebih kompleks dan mendalam.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahap satu akan ter tumpu kepada tajuk satu hingga lima, manakala aktiviti untuk tahap dua akan meliputi semua tajuk tetapi pengajaran dan pembelajaran akan lebih ter tumpu kepada tajuk enam dan tujuh. Tajuk-tajuk yang dimaksudkan adalah seper ti berikut: a. melintas dengan selamat b. gunakan tempat yang selamat untuk melintas c. melintas dengan orang dewasa d. memahami persekitaran di jalan raya (termasuk bahagian jalan dan cara-cara perjalanan) e. kenal pasti bahaya f. keselamatan ketika menunggang basikal dan membonceng motosikal g. keselamatan penumpang bas dan kereta Kata Kunci Keselamatan Jalan Raya Sepanjang aktiviti pengajaran, murid akan diperkenalkan dengan pelbagai kata kunci yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Murid akan didedahkan dengan maksud dan penggunaan kata kunci tersebut dalam kehidupan seharian. Pejalan kaki Lampu isyarat Penunggang basikal Merah

Pemandu Kuning Kenderaan Hijau Lintasan pejalan kaki Simpang Jejantas Bulatan Lorong pejalan kaki Perhentian bas Bahaya Ber waspada Orang hijau Peka Orang merah Halangan di hadapan Bahu jalan Letak kereta (parkir) Penunggang motosikal Klinik Jalan raya Laluan dua arah Pengawal lalu lintas

Anda mungkin juga menyukai