Anda di halaman 1dari 23

AL-QUR'AN PADA MASA RASULULLAH DAN KAEDAH TILAWAH DAN APLIKASI DI MALAYSIA

A. PENDAHULUAN Al-Qur'an pada masa Rasulullah pemeliharaannya melalui dua iaitu dengan hafalan dan tulisan. Bangsa Arab pada permulaan Islam umumnya masih belum berminat membaca dan menulis. Akan tetapi mereka itu mempunyai

keistimewaan sebagaimana yang lazim kita dapati dalam kalangan bangsa Arab yang mempunyai kekuatan ingatan dan hafalan, atau watuz-dzakiran."

Kekuatan hafalan inilah yang menjadikan bangsa Arab untuk mempusakakan turun-temurun atau silsilah mereka yang selalu menjadi kebanggaan mereka, ataupun meriwayatkan qashidah-qashidah dan syair-syair serta pujanggapujangga mereka yang terkemuka. Di Negara Malaysia pada hari ini pengajaran Al-quran telah mendapat sambutan yang begitu meluas disemua peringkat lapisan tua dan muda mempelajari Al-quran sebagai perkara yang wajib terutama bagi orang Islam.

B. METODOLOGI PENGAJARAN AL-QURAN DI ZAMAN RASULLAH Rasulullah menggunakan kekuatan ingatan dan hafalan umumnya ini sebagai faktor utama dalam rangka pemeliharaan Al-Qur'an. Setiap kali ayatayat diturunkan kepada Rasulullah, beliau mengajarkan dan menyampaikan ayat-ayat itu kepada umatnya, dan beliau menyuruh mereka untuk menghafalkan ayat-ayat tersebut, berikut susunan ayat-ayat pada surah-surah, sebagaimana yang telah beliau ajarkan kepada mereka.

Untuk mempercepat dan memperkuat hafalan mereka itu, maka Rasulullah menganjurkan kepada mereka supaya ayat-ayat Al-Qur'an itu selalu dibaca, dan beliau menetapkan bahwa membaca Al-Qur'an itu dapat dijadikan suatu ibadah, bahkan beliau mewajibkan membaca Al-Qur'an itu dalam sembahyang. Dengan demikian bertambahlah keghairahan masyarakat Islam untuk menghafalkan ayat-ayat Al-Qur'an itu, sehingga sesuatu surah dihafalkan oleh beribu-ribu orang. Bahkan banyak pula di antara para sahabat yang menghafalkan seluruh ayat-ayat Al-Qur'an itu, misalnya: Dari golongan Muhajirin : 1. Abu Bakar Ash-Shiddiq. 2. Umar ibnu Chattab 3. Utsman ibnu 'Affan 4. Ali ibnu Abi Thalib. 5.Thalhah 6.Sa'ad 7. Huzaifah 8. Abu Hurairah 9. Saalim 10. Abdullah ibnu Mas'ud 11. Abdullah ibnu 'Umar. 12. Abdullah ibnu 'Abbas. 13. 'Amr ibnu 'Ash.

14. Abdullah ibnu 'Amr ibnul 'Ash 15.Mu'awiyah. 16. Ibnul Zubair 17. Abdullah ibnu Assaib. 18.'Aisyah binti Abi Bakar. 19. Hafshah binti 'Umar. 20. Ummu Salamah. Dari golongan al-Anshar": 1. Ubai ibn Ka'ab 2. Mu'adz ibnu Jabal 3. Zaid ibnu Tsabit 4. Abu Ad-Dhardaa. 5. Abu Zaid (Qais ibnu Sakan ibnu Qais) Yang terkenal sebagai guru Al-Qur'an di masa Nabi dan sesudahnya adalah: 1. Utsman bin Affan 2. Ali bin Abi Thalib. 3. Ubay bin Ka'ab. 4. Zaid bin Tsabit. 5. Ibnu Mas'ud. 6. Abu Darda' 7. Abu Musa Al-Asy'ary

Untuk menperbetulkan hafalan dan bacaan mereka itu, maka pada waktuwaktu tertentu Rasulullah mengadakan ulangan terhadap mereka. Dalam hal ini Rasulullah menyuruh mereka membaca Al Qur'an itu di hadapan beliau. Apabila terdapat kesalahan dalam hafalan atau bacaan mereka, maka Rasulullah segera membetulkannya. Menurut keterangan Zaid Ibnu Tsabit, pada tahun terakhir sebelum wafatnya Rasulullah, Jibril melakukan ulangan itu dua kali terhadap beliau. Setiap kali Jibril mengadakan ulangan ini, Rasulullah membaca ayat-ayat al-Qur'an yang telah diturunkan kepada beliau. Adapun pemeliharaan dengan tulisan, adalah merupakan faktor kedua sesudah hafalan, sebab sebagaimana dikatakan tadi bangsa Arab pada masa itu pada umumnya masih buta huruf. Cuma sedikit sahaja orang-orang yang dapat menulis dan membaca. Mereka waktu itu belum mengenal buku dan kertas. Kata-kata "Al-waraq" dan "al Qirthaas" yang sekarang ini dipakai untuk erti "kertas", pada masa itu belum wujud. Kata "Al-waraq pada masa itu hanyalah dipakai kepada ertinya yang asli, iaitu "daun kayu". Sehingga kata "al-qirthaas" (yang kemudian menjadi "kertas" dalam bahasa Indonesia, pada masa itu mereka pakai untuk menjadi nama bagi benda-benda atau bahan-bahan yang waktu itu mereka pakai untuk ditulis, seperti kulit binatang yang telah dibersihkan, tulang-tulang dan batu-batu yang dihaluskan, pelepah tamar, sutera dan sebagainya. Mereka barulah mengenal kertas setelah mereka menaklukkan negeri Parsi, sesudah wafatnya Rasulullah, kerana pada masa itu bangsa Parsi telah pandai membuat kertas dan mereka namakan sebagai "kaghid".

Maka semenjak itu bangsa Arab-pun memakai perkataan "kaghid" tersebut untuk erti "kertas". Jadi bermula dari itu menjadikan perkataan kaghid itu ke dalam perbendaharaan Bahasa Arab. Dan itulah sebabnya maka kata-kata tersebut tidak pernah kita jumpai dalam Hadits-hadits Nabi atau kesusasteraan Arab yang berasal dari masa sebelum dan permulaan Islam. Dan dalam perkembangan selanjutnya kata- kata "Al-waraq" dan "Al-qirthaas" tadi pun dipakai oleh bangsa Arab untuk apa yang disebut "Kaghid' dalam bahasa Parsi itu. Sampai pada permulaan Islam itu Bangsa Arab juga belum mengenal buku. Mereka belum mempunyai buku atau kitab tentang apapun juga. Apa yang mereka sebut "kitab" pada masa itu ialah : sepotong batu, tulang atau kulit dan sebagainya yang telah ditulis. Dan kadang-kadang kata kitab tersebut juga mereka pakai untuk erti "surah". Misalnya surah-surah yang pernah dikirim Rasulullah kepada raja-raja sekitar jazirah Arab dimasa itu untuk mengajak mereka masuk Islam, surah-surah itupun mereka sebut "Kutuuburrasul," (kutub = jama' "kitab" berarti "surah'). Pada umumnya bangsa Arab ketika itu masih buta huruf cuma sedikit sahaja di antara mereka terdapat orang-orang yang telah pandai menulis dan membaca. Sedang alat-alat tulis pun masih sederhana. Namun demikian Rasulullah juga menggunakan faktor "tulisan" itu sebagai salah satu alat dalam rangka pemeliharaan Al-Qur'an, sedangkan "hafalan" tetap merupakan faktor utama. Maka setiap kali ayat-ayat itu diturunkan kepada Rasulullah, beliau segera menyampaikan dan mengajarkan ayat-ayat itu kepada sahabat, dan 5

menganjurkan kepada mereka untuk menghafalkan, serta menyuruh mereka untuk menuliskannya. Untuk itu Rasulullah telah membentuk suatu Dewan Penulis Wahyu, yang disebut "Kattabul- Wahyi" (Kattab atau Katabah adalah jama' "Katib", yang bererti "penulis"). Dengan ini terdiri dari sahabat yang pada masa itu telah pandai menulis dan membaca mereka ini antara lain ialah : 1. Abu Bakar Ash-Shiddiq. 2. Umar bin Khattab. 3. Utsman bin Affan. 4. Altbin.Abi'ThalHb. 5. Amir bin Fuhairah. 6. Ubai bin Ka'ab
r

7. Tsabit bin qi'is bin Syammas. 8. Zaid bin Tsabit. 9. Mu'awiyah bin Abu Sofyan. 10. Yazid ibnu Sofyan 11. Mughirah bin Syu'bah 12. Zubair bin Awwam 13. Chalid bin Walid. 14. 'Ala Al Hadrammi. 15. Amr bin 'Ash. 16. Mohammad bin Maslamah.

Tugas Dewan ini ialah menuliskan ayat-ayat Al-Qur'an yang telah diturunkan kepada Rasulullah, dengan menggunakan alat-alat dan bahan- bahan yang ada pada masa itu. Dan tulisan-tulisan yang telah selesai lalu disimpan oleh Rasulullah sendiri di rumah beliau. Tulisan-tulisan yang rasmi yang disimpan Rasulullah itu, maka para sahabat yang pandai menulis pada masa itu juga menuliskan ayat-ayat Al-Qur'an itu untuk dipakai sendiri bersama keluarganya dan handai taulan mereka. Dalam rangka penulisan ayat-ayat AlQur'an itu Rasulullah memberikan beberapa peraturan dan bimbingan, antara lain: 1. Rasulullah menunjukkan susunan ayat-ayat dalam masing-masing surahnya. 2. Rasulullah menentukan, bahawa hanya ayat-ayat Al-Qur'an sajalah yang boleh dituliskan ketika itu. Adapun selain dari itu, pelajaran-pelajaran yang kemudian disebut Hadits Nabi, tidak dituliskan. Larangan ini dimaksudkan untuk menjaga kemurnian Al-Qur'an itu, agar kemudian jangan sampai ayat-ayat Al-Qur'an itu bercampur aduk dengan yang lain. 3. Apabila sesuatu surah telah selesai diturunkan semua ayat- ayatnya, dan telah selesai pula dituliskan, maka Rasulullah menyuruh mencantumkan "Basmalah" pada permulaan surah itu (selain surah Taubah), sebagai pemisah antara surah tersebut dengan surah yang sebelumnya. Dan beliau juga memberikan nama bagi surah tersebut. Untuk memperhebatkan gerakan penulisan ayat-ayat Al-Qur'an itu, haruslah diperbanyakkan jumlahnya orang-orang yang pandai menulis dan

membacanya. Untuk ini, maka Rasulullah telah melancarkan berbagai macam usaha, antara lain ialah : 1. Mempertinggi keinginan dan keghairahan masyarakat untuk mempelajari tulisan bacaan. Dalam hal ini Rasulullah memberikan penghargaan yang tinggi terhadap orang-orang yang telah pandai menulis dan membaca. 2. Selain itu Rasulullah juga telah menggunakan sesuatu cara yang baik, yang belum dipergunakan orang sebelumnya, iaitu memanfaatkan tenaga para tawanan perang dalam rangka memberantas buta huruf itu. Telah menjadi kebiasaan pada zaman dahulu, bahawa tawanan perang itu dapat dibebaskan apabila ditebus dengan wang atau melalui pertukaran tawanan. Dalam peperangan Badar, kaum Muslimin telah berhasil menawan tawanan perang. Maka kepada para tawanan itu Rasulullah telah memberikan suatu ketentuan bahawa mereka yang tidak dapat menebus dirinya dengan wang, dan yang tidak dapat dibebaskan dengan pertukaran tawanan, mereka itu dapat juga dibebaskan apabila masing-masing mereka telah dapat mengajar berpuluh anak orang muslimin sampai pandai menulis dan membaca. Maka banyaklah di antara tawanan itu, yang pandai menulis membaca, menggunakan kesempatan yang baik ini, sehingga mereka dapat membebaskan diri setelah menjalankan hukuman itu. Usaha-usaha tersebut di atas, telah menambah keinginan masyarakat untuk mempelajari tulisan dan bacaan, dan telah memperbesar jumlah orangorang yang telah dapat menulis, sehingga bertambah banyak pulalah jumlahnya

mereka yang ikut menuliskan ayat-ayat Al-Qur'an itu, di samping Dewan Penulis Wahyu yang ditunjuk oleh Rasulullah. Sebelum Rasulullah wafat, dan setelah semua ayat-ayatAl-Qur'an selesai diturunkan, penulisan ayat-ayat Al-Qur'an itu telah selesai pula, langsung di bawah pengawasan, bimbingan dan petunjuk Rasulullah sendiri, sehingga tak ada satu ayat pun yang tidak dituliskan. Di samping itu telah dihafalkan pula oleh beribu-ribu manusia. Di antara mereka ada yang hanya menghafalkan sebahagiannya saja, dan banyak pula yang menghafalkan seluruhnya. Dengan demikian, maka sebelum Rasulullah wafat, telah ada tiga faktor yang saling menguatkan, yang menjamin terpeliharanya keaslian dan kemurnian Al-Qur'an itu, ialah : 1. Hafalan dari orang-orang yang telah menghafalkannya, yang jumlah mereka ini tidak sedikit. 2. Naskah rasmi yang ditulis oleh Dewan Penulis Wahyu yang disimpan oleh Rasulullah sendiri. 3. Naskah-naskah tak rasmi yang ditulis oleh orang-orang yang pada waktu itu telah dapat menulis, untuk mereka masing-masing.

Suatu hal yang sangat menarik perhatian ialah bahawa Al-Qur'an itu telah selesai diturunkan pada saat Rasulullah telah mendekati saat wafatnya. Atau dengan perkataan lain : Rasulullah barulah wafat, kembali kehadrat Tuhan setelah Al-Qur'an itu selesai diturunkan, dan telah dihafalkan oleh ribuan orang, dan telah dituliskan semua ayat- ayatnya, dan telah tersusun pula tersusun ayat-

ayatnya pada masing-masing surahnya. Dan kesemuanya terlaksana dihadapan mata beliau, langsung di bawah pimpinan, petunjuk-petunjuk dan pengawasan beliau sendiri. Rasulullah telah menggunakan cara-cara yang praktikal, yang sesuai dengan keadaan yang ada pada masa itu. Kaum Muslimin telah mendengar Al-Qur'an itu dari mulut Nabi berkali- kali, baik dalam sembahyang, pidato-pidato beliau, mahupun ketika Nabi

mengajarkan ayat-ayat itu kepada mereka. Sebaliknya, Rasulullah pun telah mendengarkan mereka membaca ayat-ayat itu, baik ketika mereka mempelajari ayat-ayat itu dari beliau, atau pun pada saat beliau mengadakan ulangan kepada mereka untuk membetulkan hafalan dan bacaan mereka.

C. METODOLOGI PENGAJARAN BAKAR DAN UMAR

AL-QUR'AN PADA MASA ABU

Abu Bakar As-Shiddieq diangkat menjadi Khalifah pertama setelah wafatnya Rasulullah saw. Pada masa pemerintahan Abu Bakar, timbullah peristiwa-peristiwa yang mendorong kaum muslimin untuk melakukan

"pengumpulan Al-Qur'an", kerana mereka belum merasa tenteram dengan adanya shuhuf yang ditulis pada masa Rasulullah tersebut. Sebab, walaupun shuhuf ini telah mencakupi semua ayat-ayat Al Qur'an, namun ia belumlah tersusun menjadi satu, kerana masih terdiri dari benda-benda yang tidak seragam, baik bahannya mahupun ukurannya.

10

Peristiwa yang terjadi pada masa pemerintahan Abu Bakar ini ialah pemberontakan dari orang-orang yang ingin membebaskan diri dari kewajibankewajiban yang ditentukan agama Islam, seperti solat dan zakat. Mereka inilah yang disebut "Mani'uzzakat". Diantara para pemimpin-pemimpin Islam yang sangat merasakan kekhuatiran ini ialah Umar Ibnu Khatthab. Beliau

mengusulkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk mengeluarkan perintah supaya dilakukan pengumpulan Al-Qur'an, iaitu menyalin atau menuliskan kembali ayatayat Al-Qur'an itu pada lembaran-lembaran yang sama dan seragam, sehingga dapat dihimpun menjadi satu, supaya tidak ada kemungkinan hilang atau tercicir sebagian dari lembaran-lembarannya. Riwayat-riwayat mengenai hal ini menyebutkan bahawa pada mulanya Khalifah Abu Bakar tidak bersedia menerima usul tersebut, kerana Rasulullah tidak pernah memerintahkan hal itu. Tetapi setelah Umar mengemukakan alasan-alasannya dan menggambarkan faedah dari pengumpulan Al-Qur'an itu, maka akhirnya Khalifah Abu Bakar menyetujui usul tersebut. Kemudian Abu Bakar dan Umar bersama-sama datang kepada Zaid ibnu Tsabit untuk membicarakan hal itu. Zaid pada mulanya juga menolak usul tesebut dengan alasan yang sama seperti yang dikemukakan Abu Bakar kepada Umar. Tetapi setelah Abu Bakar dapat meyakinkannya maka akhirnya Zaid pun

menyetujuinya. Abu Bakar lalu menugaskan kepada Zaid untuk melaksanakan pengumpulan Al-Qur'an itu. Zaid melaksanakan tugas ini dengan amat teliti. Walaupun dia adalah salah seorang dari mereka yang hafal seluruh ayatayat Al-Qur'an itu, dan walaupun ia pernah menjadi anggota Dewan Penulis 11

Wahyu pada masa hidupnya Rasulullah, namun ia tidak mahu menuliskan ayatayat Al-quran itu kembali berdasar hafalan dan tulisan-tulisan yang ada padanya seorang. Dikumpulkannya sebanyak mungkin lembaran-lembaran yang berisi ayat- ayat dan surah-surah Al-Qur'an yang telah ditulis pada masa Rasulullah, baik yang rasmi ataupun yang tidak resmi, lalu diujinya dengan hafalan-hafalan para sahabat yang masih hidup pada masa itu. Apabila sudah terdapat kesepadanan antara tulisan-tulisan itu dengan hafalan para sahabat, paling sedikit hafalan dua orang Qurra" yang dapat dipercaya, barulah Zaid menuliskan ayat-ayat itu kembali. Demikianlah caranya ia bekerja, sehingga akhirnya selesailah ia menuliskan kembali semua ayat-ayat Al-Qur'an itu dengan susunan ayat-ayat pada masing-masing surah sesuai dengan apa yang ditentukan Rasulullah. Semuanya dituliskan pada lembaran-lembaran yang sama dan seragam, yang kemudian disusun menjadi satu dan diikat dengan benang, dan diserahkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk disimpannya. Lembaran-lembaran yang telah disusun dan diikat dengan benang itu, walaupun belum merupakan buku yang benar, namun ia telah menjadi satu kesatuan, dan sudah lebih baik, daripada lembaran-lembaran atau naskah-haskah yang ditulis pada masa Rasulullah dan Abu bakar meminta kepada para sahabat memberi nama bagi naskah yang baru itu. Oleh kerana bangsa Arab pada masa-masa sebelum itu masih belum mengenal buku, mereka bingung, nama apakah yang akan digunakan kepada benda tersebut. Lalu ada yang mengusulkan supaya dinamai "Safar" saja, 12

seperti kitab-kitab suci orang-orang zaman dahulu. Dan ada pula yang mengusulkan nama-nama lainnya. Akhirnya Ibnu Mas'ud mengusulkan supaya benda tersebut dinamai "Mush-haf". ia mengatakan, bahawa sewaktu ia berhijrah ke negeri Habsyi diketahuinya bahawa orang-orang di sana menyebut buku itu dengan nama "Mush-haf". Usul Ibnu Mas'ud ini diterima, sehingga Al-Qur'an yang telah wujud dalam kumpulan dari lembaran-lembaran yang seragam itu lalu dinamakan "MUSH-HAF" (kata-kata "Mush-haf", yang bererti : menyusun lembaran-lembaran yang telah ditulis). Dengan adanya naskah yang baru ini, maka kaum muslimin sudah merasa lebih tenteram tentang pemeliharaan terhadap Al-Qur'an. Ini di sebab naskah tersebut berada dalam keadaan baik, berbanding daripada naskah-naskah yang ada sebelumnya, sehingga

pemeliharaan tersebut lebih terjamin.

D. METODOLOGI PENGAJARAN AL-QUR'AN PADA MASA 'UTSMAN BIN 'AFFAN

Setelah wafatnya Khalifah Umar, maka diangkatlah 'Utsman ibnu 'Affan menjadi Khalifah ketiga. Khalifah ini meneruskan usaha perluasan daerah Islam, sehingga pada masa pemerintahannya pasukan- pasukan Islam telah sampai ke Tripoli di Afrika Utara dan Armenia serta Azerbeiyan di Utara Syria. Dengan demikian, maka umat Islam itu telah tersebar pada daerah yang begitu luas, yang terbentang dari Tripoli, Mesir, Syria, Irak, Persia dan Jazirah Arabia sendiri. Suatu hal yang perlu ditegaskan ialah bahawa dimanapun Umat Islam itu berada, dan kemanapun mereka itu pergi, namun Al Qur'an tetap menjadi Iman

13

dan pedoman hidup yang utama bagi mereka. Mereka telah memiliki lembaranlembaran yang berisi ayat-ayat Al-Qur'an itu, dan mereka selalu berusaha untuk menghafalkannya. Akan tetapi, pada masa pemerintahan khalifah Utsman ini telah nampak gejala-gejala pertikaian antara kaum muslimin mengenai AlQur'an, kerana : 1. Tidak adanya keseragaman tentang susunan surah-surah pada naskahnaskah yang mereka miliki. 2. Tidak adanya keseragaman dalam qiraat atau cara membaca ayat- ayat Al-Qur'an. 3. Tidak adanya keseragaman dalam ejaan tulisan yang mereka pakai dalam menuliskan ayat-ayat Al-Qur'an itu, kerana masing-masing mereka menggunakan ejaan tulisan yang sesuai dengan lahjah atau dialek mereka masing-masing. Dan hal ini memperluas pula perbezaan dalam qira'at itu. Masalah yang pertama, iaitu tidak adanya keseragaman dalam menyusun tertib unit surah-surah Al-Qur'an itu disebabkan kerana Rasulullah dulunya memang tidak memerintahkan supaya surah-surah Al-Qur'an itu diatur menurut susunan yang tertentu. Rasulullah memang pernah memerintahkan supaya surah Al-Qur'an (Al-Fatihah) dicantumkan pada permulaan Al-Qur'an, akan tetapi beliau tidak pernah menyusun keseluruh surah-surah Al-Qur'an itu, kerana masing-masing surah itu pada hakikatnya berdiri sendiri, sehingga kalau AlQur'an itu terdiri dari 114 surah, seakan-akan bererti bahawa ia terdiri dari 144 kitab yang berdiri sendiri. Jadi tidaklah dirasakan penting ketika itu untuk membentuk keseluruhan surah-surah tersebut. Akan tetapi, pada masa khalifah

14

'Utsman dimana umat Islam itu telah semakin banyak jumlahnya, dan tersebar pada daerah-daerah yang semakin luas pula, kelihatanlah gejala-gejala yang tidak baik, yang berpunca kepada tidak adanya keseragaman tentang susunan surah-surah itu. Maka hal ini perlu ditertibkan, untuk mencegah timbulnya hal-hal yang tak diinginkan. Mengenai masalah yang kedua, iaitu tidak adanya keseragaman dalam cara membaca ayat-ayat Al-Qur'an itu, adalah disebabkan kerana Rasulullah dulunya memang memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada setiap Qabilah Arab yang telah masuk Islam ketika itu, untuk membaca dan melafazkan ayat-ayat Al-Qur'an itu menutur dialek atau lahjah qabilah mereka masingmasing, walaupun Al-Qur'an itu diturunkan. Akan tetapi pada masa khalifah "Utsmani ketidak seragaman qiraat itu telah menimbulkan perpecahan. Perpecahan ini mungkin jadi bertambah luas dan lebih membahayakan, apabila tidak lekas dibendung, sebab masing-masing qabilah tentu menganggap bahawa bacaan mereka yang benar dan yang terbaik. Orang yang mula-mula menyendari adanya perpecahan ini, dan merasakan perlunya segera diterbitkan, ialah seorang sahabat yang bernama Huzaifah ibnu Yaman. Beliau menyertai pertempuran-pertempuran ketika menaklukkan

Armenia dan Azarbaiyan. Dalam perjalanannya itu, ia beberapa kali telah menyaksikan adanya perpecahan yang disebabkan adanya perbezaan qiraat itu. Bahkan ia pernah melihat dua orang yang sedang bertengkar, dimana yang seorang berkata kepada yang lain :"Bacaanku lebih baik daripada bacaanmu ".

15

Untuk memudahkan dan mempercepat mereka dalam mempelajari dan menghafal ayat-ayat tersebut. Di atas telah disebutkan, bahwa panitia tadi telah membuat lima buah buku atau Mush-haf. Empat buah di antaranya lalu dikirim ke daerah- daerah di luar kota Madinah, yaitu ke Mekkah, Kufah, Bashrah, dan Syam (Syria). Sedang yang satu lagi tetap tinggal di Madinah untuk khalifah 'Utsman. Mush-haf inilah yang dinamakan "Mush-haf Al-Imam". Mush-haf mush-haf tersebut dimaksudkan untuk menjadi standard dalam menghafal dan memperbanyak mush-haf mushhaf itu pada masa-masa selanjutnya. Sebab itu khalifah 'Utsman memerintahkan supaya semua lembaran- lembaran yang berisi ayat-ayat Al-Qur'an yang telah ditulis pada masa- masa sebelumnya, (Selain naskah yang ada pada Hafshah), semuanya dikumpulkan dan kemudian dibakar habis. Dengan demikian, maka Mushhaf Mush-haf yang beredar hanyalah Mush-haf mush-haf 'Utsman saja, serta mush-haf mush-haf baru yang diturun dari mush-haf mush-haf tersebut, sehingga terwujudlah kesatuan dan keseragaman dalam lingkungan Umat Islam seluruhnya mengenai susunan surah-surah Al-Qur'an dan ejaan tulisannya. Dengan adanya keseragaman dalam ejaan tulisan ini, dapat dikurangi perbezaan dalam qiraat, sebab qiraat yang diperbolehkan hanyalah qiraat yang tidak menyalahi ejaan tulisan yang tertera pada Mush-haf Mush-haf 'Utsman tersebut. Adapun qiraat-qiraat yang menyalahi ejaan tulisan itu tidak

diperbolehkan lagi. Dan ini tidak bererti bahawa perbezaan qiraat itu telah dapat dilenyapkan sama sekali sebab bentuk qiraat yang diterima dari Rasulullah dengan riwayat-riwayat yang shahih, masih tetap diperbolehkan, asal saja tidak

16

menyalahi ejaan tulisan yang dipakai dalam mush-haf yang baru itu, sehingga pada masa kita sekarang ini pun masih diakui dan dikenal adanya tujuh atau sepuluh jenis qiraat. Apabila kita perhatikan tujuan dari penulisan ayat-ayat Al-Qur'an pada masa Rasulullah, dan pengumpulannya pada masa khalifah Abu Bakar, kemudian pembukuannya pada masa khalifah 'Utsman, maka dapatlah disimpulkan bahwa masing-masingnya bertujuan sebagai berikut: 1. Penulisannya pada masa Rasulullah bertujuan untuk : a. Mencatat semua ayat-ayat Al-Qur'an itu, sehingga tak satu ayat pun yang ketinggalan.

b. Untuk menyusun tertib urutan ayat-ayat pada muka surahnya, menurut petunjuk RasululIah. 2. Pengumpulannya pada masa khalifah Abu Bakar bertujuan supaya : lembaran-lembaran Al-Qur'an itu bisa dihimpun dalam satu kesatuan, sehingga lebih terpelihara. Hal ini hanya mungkin apabila ayat-ayat tersebut dituliskan pada lembaran-lembaran yang seragam, sehingga dapat disusun dan diikat menjadi satu naskah, atau mush-haf. 3. Dan pembukaannya dimasa khalifah 'Utsman bertujuan untuk membuat mush-haf mush-haf yang surah-surahnya tersusun menurut tertib unit yang tertentu, dan memakai ejaan tulisan yang tertentu pula.

17

Akhirnya dapat pula kita simpulkan, bahawa pembukuan Al-Qur'an pada masa khalifah 'Utsman ini memberikan beberapa faedah, iaitu: a. menciptakan keseragaman tentang susunan surah-surah pada mush-haf Al-Qur'an, seperti yang kita lihat sampai sekarang ini. b. Menciptakan keseragaman tentang rasam atau ejaan tulisan pada mush-haf. c. Kerana adanya keseragaman tentang ejaan tulisan itu, dapat pulalah diciptakan keseragaman tentang qiraat atau cara membaca ayat- ayat itu. Atau setidak-tidaknya dapat mengurangi perbedaanperbezaan dalam qiraat tersebut. d. Terciptanya lima buah mush-haf yang seragam, yang dapat disebarkan kebeberapa tempat, untuk menjadikan pedoman

utama bagi seluruh umat Islam dalam menghafal dan memperbanyak mush-haf mush-haf itu selanjutnya.

E. KAEDAH TILAWAH DAN APLIKASI DI MALAYSIA

Pendekatan

terbaik

pengajaran

al-Quran

ialah

TALAQQI

dan

MUSYAFAHAH iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah saw ketika wahyu yang pertama diturunkan di gua Hira. Pengajaran al-Quran juga perlu dilakukan dalam kumpulan kecil bagi memudahkan guru melakasanakan pendekatan talaqqi dan musyafahah di atas.

18

Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu kaedah Qiraati, kaedah Iqra dan kaedah Hattawiyah. Berikut ialah huraian ringkas kaedah-kaedah pengajaran al-Quran tersebut :

1. Kaedah Iqra

Kaedah ini diasaskan oleh Asad Humam, pengasuh Team Tadarus Angkatan Muda Masjid-Musholla (AMM) berpusat di Jogyakarta, Indonesia pada tahun 1984. Kaedah Cepat Belajar Membelajar Al Quran ini kemudiannya dibukukan dan diterbitkan dalam enam jilid, dilengkapi buku Tajwid Praktis dan disusun secara sistematis. Buku Iqra ini telah mengalami beberapa fasa percubaan melalui penggunaannya oleh pelbagai peringkat umur pelajar dan telah menunjukkan hasil yang baik dalam pembacaan Al Quran. Kaedah ini mengambil idea dari pelbagai metode atau kaedah pembacaan Al Quran, terutamanya kaedah Qiraati, karangan Ustaz Hj. Dachlan Salim Zarkasyi yang paling banyak memberi inspirasi dan sumbangan dalam penyusunan buku Iqra ini.

Buku-buku

Iqra

sepertimana

juga

buku

Qiraati

disusun

untuk

memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan

19

huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.

2. Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati yang bermaksud Bacaanku, mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.

20

3. Kaedah Baghdadiyah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berbad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah alQuran. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.

4. Kaedah Hattawiyyah

Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca alQuran dengan berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran.

21

F. PENUTUP

Pengajaran Al-quran di Malaysia telah wujud seiringan dengan masuknya Islam ke Tanah Melayu dan berkembang sehingga ke dunia hari ini. Tersebarnya agama Islam di Malaysia telah menjadi faktor yang menjadikan pusat pendidikan Islam yang terkenal di Nusantara. Di negara Malaysia pada masa sekarang terdapat banyak kaedah pengajaran al-Quran amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu kaedah Qiraati, kaedah Iqra dan kaedah Hattawiyah. Kaedah yang paling banyak dipakai pada hari terutama di sekolahsekolah di bawah Kemeterian Kerajaan Malaysia ialah kaedah Iqra.

22

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd Salleh, Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Shah Alam : Fajar Bakti, 1997.

Mohd Yusoh Bin Ibrahim, Tafsir Al-quran Pertumbuhan dan Perkembangan 1-150 H, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, 1992.

Mohd Yusuf Bin Ahmad, Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-quran, Kuala Lumpur : Universiti Malaysia, 2000.

Drs. H.A. Mustofa, Sejarah Al-quran, Surabaya : Al-Ikhlas, 1994.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, j-QAF Buku Panduan perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005.

23

Anda mungkin juga menyukai