Anda di halaman 1dari 1

Persepsi Pelajar Muslim Terhadap Mata Pelajaran Pengajian Islam: Kajian Ke Atas Pelajar Tahun Satu Kolej Pengurusan

Bisnes Dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional


Oleh Rusli Abdul Roni
Jabatan Bisnes dan Perakaunan Kolej Pengajian Asas dan Umum rusli@uniten.edu.my

Mahlindayu binti Tarmidi


Jabatan Perakaunan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional mahlindayu@uniten.edu.my

Abstrak Perlaksanaan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia adalah berdasarkan perakuan-perakuan yang terkandung dalam penyata Tun Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan akta pelajaran 1961. Mata pelajaran Pengajian Islam adalah subjek MQA yang wajib diambil oleh setiap pelajar Islam di sesebuah institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta. Hal ini tidak terkecuali kepada pelajar Islam di UNITEN sebagai salah sebuah IPTS di Malaysia. Kajian ini adalah sebuah kajian rintis yang bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar Islam terhadap mata pelajaran Pengajian Islam di Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, Kampus Sulthan Haji Ahmad Shah Universiti Tenaga Nasional. Seramai 360 pelajar dikenal pasti akan diambil sebagai responden iaitu pelajar tahun pertama semester kedua 2010/2011. Dalam kajian ini penyelidik akan menggunakan set soal selidik sebagai instrument kajian yang terdiri dari beberapa item yang disusun berdasarkan skala likert. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan akan dianalisis dengan menggunakan SPSS Version 18.0 for windows. Diharapkan hasilkan kajian ini dapat memberi gambaran tentang keberkesanan dan penerimaan pelajar berkenaan isi kandungan pelajaran dan akan dapat membantu tenaga pengajar bagi penyediaan pengajaran yang lebih berkesan dan jitu di masa hadapan.

Kata kunci: Pengajian Islam, persepsi pelajar, Universiti Tenaga Nasional